Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Thursday, July 30, 2009

Destini : Empat.

KETIKA aku masih tingkat lima, sudah jadi rutin pada setiap malam Rabu, Khamis dan Jumaat, aku akan menghadiri kelas tambahan di kawasan bandar berdekatan rumah. Dan memang tugas babahlah yang kena hantar. Tapi dah kalau dengan babah ni, kalau tak lambat, tak sah. Aku nak pergi sendiri, tak bagi.

"Babah, dah nak dekat pukul lapan ni. Lambat karang." Jeritku dari halaman rumah. Dua tiga minit lepas tu baru nampak babah turun tangga dengan baju melayu berwarna kelabu. Aku tarik muka masam dan terus melangkah ke dalam kereta.

Ketika sampai, aku nampak Cikgu Kamal, guru matematik tambahan dah capai pen marker dan mula menulis pada white board. Aku toleh pandang babah. "Tengok. Kan AD dah cakap, mesti lambat." Aku mula tarik muka cencorot.

"AD, baik pergi cepat. Kalau AD membebel macam mama pun, bukannya AD sampai awal kan?" Kata babah. Aku tergelak. Tangan babah aku cium dan terus berlari ke kelas.

"Cikgu, maaf lambat." Aku bersuara selepas mengetuk pintu.

Cikgu Kamal toleh. "Hmmph. Masuklah. Cikgu patut lebih berjaga-jaga kalau kamu datang awal kelas cikgu ni." Cikgu Kamal kembali menulis di white board. Satu kelas ketawa. Aku mencebik geram. Tapi dah memang perangai cikgu Kamal suka sound dalam bentuk sarkastik. Terpaksalah terima.

Mata aku melilau cari kerusi. Ternampak satu kerusi bersebelahan seorang pelajar lelaki berkaca mata, bingkai hitam. Eh pelajar lelaki? Sebelum ni, kelas ni tak ada lelaki pun? Ini mesti budak baru. Tapi apa aku peduli dia budak baru atau tak, aku nakkan kerusi di sebelah dia. Aku memegang kerusi tersebut. “Excuse me, do you mind?”

Lelaki itu pandang aku atas bawah. Kaki dia dah naik atas kerusi kosong sebelah dia. Lepas tu dia menyengetkan sedikit badan untuk melihat white board di depan. Kemudian sekali lagi dia pandang aku. “Excuse me, do you mind?” Penuh sarkastik.

Aku gigit bibir tahan geram, tahan hati. Perangai jenis apa aku pun tak tau lah. Ini mesti banyak masalah disiplin dekat sekolah ni. Tengok rambut ada ekor pun dah tahu. “Cikgu, saya nak ambil kerusi dekat kelas sebelah kejap eh?”

Cikgu Kamal toleh belakang. “Tu sebelah Nabil tu kan ada kerusi kosong?” Mulut cikgu Kamal memuncung ke arah lelaki tadi, atau Nabil.

“Orang bontot besar kena pakai kerusi dua, cikgu.” Aku jawab selamba.

Satu kelas ketawa. Lelaki tadi perlahan tolak kerusi kepada aku, sambil pandang tajam. Aku senyum manis, tapi sinis. Saja simbah minyak tanah pada api. Aku menarik kerusi ke depan sikit dan terus duduk. Tapi entah macam mana, aku terduduk atas lantai. Sakit dia tak boleh nak cakap. Nasib baik malam ni aku pakai T-shirt dan seluar. Kalau pakai baju kurung, tak tau lah terselak macam mana.

Jeritan kecil yang keluar dari mulut aku segera menyebabkan aku jadi tumpuan. Aku bangun cepat-cepat, sambil terus gosok punggung. Aku berdiri merapat ke dinding. Menahan sakit, menahan air mata.

"Kenapa Adelia?" Soal Cikgu Kamal. Aku geleng. Aku toleh tengok lelaki tadi. Lelaki itu senyum senget. Haih memang minta penampar tau mamat ni.

“Cikgu, saya pergi toilet kejap.” Terus aku berlalu ke tandas. Tak, bukan tandas. Tapi ke hujung blok. Tak tau kenapa, aku rasa sakit hati sangat. Buntut pun sakit. Terus menangis terduduk dekat situ. Mata aku tenung batu-bata baki dari pembinaan tandas baru. Ini kalau aku campak dua tiga ketul batu ni tepat kena muka lelaki tu, puas juga hati.

“Aku.. Aku minta maaf.” Tegur satu suara dari belakang. Cepat-cepat aku kesat air mata. Walaupun aku tau tindakan aku adalah sia-sia sebab aku duduk betul-betul bawah lampu. Nampak sangat air mata dekat pipi tadi.

“I’m truly sorry.” Lelaki tadi cuba merendah badannya sedikit apabila aku masih terus diam, dan mengintai aku dari wajah yang sengaja aku tundukkan. “Okay aku tau aku tak patut buat macam tu tadi. Aku tau aku salah. Kita kawan?” Lelaki itu masih cuba memujuk.

Aku angkat muka. “Kau tau tak, kalau salah sikit je tadi, saraf tunjang aku boleh terganggu dan aku boleh lumpuh seumur hidup. Kau boleh bertanggungjawab kalau perkara macam tu jadi pada aku?”

Lelaki itu, Nabil, terdiam. Aku boleh nampak dia telan liur, tergamam. Aku bangun dari duduk dan berdiri berhadapan dengannya. Tapi kena dongak sikitlah. Dia tinggi sangat. “Lain kali, kalau nak bergurau, bukan macam tu.” Aku mula berjalan hendak meninggalkan kawasan itu sebelum terasa ada tarikan pada lengan baju.

“Kau tak nak maafkan aku?”

Aku berpaling semula. “Then what? Kau boleh senang-senang tarik kerusi aku lagi?”

“Tak. Lepas ni, aku takkan buat perkara bodoh tu lagi. Aku janji dengan diri aku, aku takkan buat benda tu lagi pada kau, pada orang lain juga.” Nabil bersuara, separuh merayu, separuh menyakinkan. “Friends?”

Aku menarik nafas perlahan. “Adelia.”

“Nabil. Nabil Rusli.” Nabil tersenyum. Senyuman yang terus menambat hati aku. Peristiwa yang tak berapa sedap untuk pertemuan kali pertama, tetap diakhiri dengan senyuman. Tak sangka, sejak malam tu, aku dan Nabil bertambah rapat. Walaupun sekolah berlainan, tapi disebabkan rumah kami berhampiran, hampir setiap petang mesti ada saja janji nak jumpa di kawasan permainan berhampiran.

Dan dua hari sebelum aku genap 17 tahun, Nabil hadiahkan sesuatu, hati. Aku ditugaskan untuk menjaga hati dia sebaik mungkin. Puppy love. Tapi tak tau apa yang salah, apa yang kurang, aku dengan dia buat keputusan untuk berpisah. Dan sejak itu, semuanya berubah sehinggalah aku bertemu Zaffri.

Cuma tak sangka, akan jumpa lagi dengan Nabil.

***

AKU melangkah keluar ke halaman rumah dengan dulang berisi Teh O Suam, cawan dan kuih waktu berbuka tadi. Jantung di dalam macam nak melompat-lompat keluar. Ini bukan main berdebar sebab dah lama tak jumpalah ni.

“Hah AD. Ingat lagi Nabil?” Babah terus bertanya sebelum aku sempat tenangkan hati. Aku pandang Nabil yang duduk di hadapan babah. Nabil yang segak berbaju melayu kelabu. Aku hanya tersenyum, mengangkat kepala sikit tanda ‘hai’.

“Duduk dulu, Bil. Pakcik nak ambil rokok dekat dalam sekejap.” Babah terus berlalu ke dalam rumah, membiarkan aku dan Nabil berdua. Setelah hampir tiga tahun tak berjumpa, mana tak kekok. Tapi kan aku dah cakap banyak kali, aku pemenang anugerah pelakon wanita terbaik.

“Kau macam mana sekarang?” Aku bertanya sambil menuangkan air ke dalam cawan.

"Macam ni lah. Makin hensem, makin baik, makin kacak." Nabil tergelak memuji diri sendiri.

Aku kecilkan mata. "Aku tuang air ni kat kau karang." Aku ugut.

"Hahaha. Rileklah. Tak cool duh marah-marah gini." Nabil masih dengan sisa tawanya. Aku duduk di kerusi di halaman rumah berhadapan dengan Nabil, tempat babah tadi. Suasana malam sunyi. Aku sendiri tak tahu nak berbual macam mana. Betul janggal.

“Sakit lagi ke dahi kau tu? Macam belon dah tu.” Soalan Nabil buat aku tersedar yang dahi aku membenjol. Aku usap sedikit dan tersengih. “Dari dulu sampai sekarang tak berubah. Kalau jalan tu tak pernahnya nak tengok kiri kanan. Main terus je.”

“Kau ada ke masa aku terlanggar pintu McD tadi?” Aku pula bertanya. Baru teringat aku masih tak tau apa yang jadi sebenarnya.

Nabil ketawa. “Aku yang tolak pintu tu.”

“Kau ni!” Aku ketap bibir. “Pandai nak salahkan aku tak tengok kiri kanan konon. Kau tu yang tolak pintu tak tengok orang dalam. Lain kali, alert sikit. Nasib baik aku yang kena. Kalau orang tua?”

Nabil terus ketawa. “Cakap depan cermin ya?”

Aku menjulingkan mata. Malas nak berlawan cakap dengan budak Nabil ni. Tak pernahnya dia nak bagi orang lain menang kalau lawan cakap dengan dia. Aku merenung cawan di hadapan. Suasana sunyi semula.

"Berapa lama lagi kau belajar dekat UKM tu?" Soal Nabil memecah kesunyian.

Nasib baik budak Nabil ni boleh nak buka mulut tanya aku apa-apa. "Setahun setengah lagi. Sekarang ni busy dengan assignment je. Masuk third year dengan tesis, tak tau lah macam mana aku nanti.”

"Sekarang ni kau merungut, nanti dah habis belajar, kau dah kerja, mesti kau merungut nak belajar balik." Nabil berkata sambil mencapai cawan berisi air yang aku tuang tadi. Dia menghirup perlahan. “Boleh tahan sedap kau bancuh air.”

Aku mencebik. Nak cakap yang aku tak pandai buat kerja dapurlah tu. Baru saja aku nak membuka mulut, babah tiba dengan Dunhill yang diletakkan di atas meja. “Hah Nabil. Bilanya nak dibuat majlis bertunang tu?” Soalan babah kepada Nabil menjentik otak aku.

"InsyaAllah tahun depan. Tunggu dia habis belajar dulu. Dah setahun kenal dia, pakcik. Susah nak dapat dulu, dah dapat ni, memang pegang betul-betullah. Tak mau lepas dah." Nabil menjawab, suara yang penuh bahagia. Aku tiba-tiba turut tersenyum. Gembira untuk pihaknya sekali.

“Orang mana, Bil?” Soal aku pula.

“Budak Taman Indah depan ni. Sarah. Kenal? Sarah Hashim. Dia baya kita." Nabil memberitahu. Aku telan liur, macam tak percaya pun ada. Sarah Hashim? Sarah? Sarah kawan baik aku?

“Lah. Dia tu kawan baik AD.” Babah menjawab bagi pihak aku.

Terangkat kening Adam. "Ye ke?"

Aku cuma mengangguk. Tertunduk.

***

DINA mengerutkan kening melihat aku. Suasana bising di restoren Ameer Ali Seksyen 15 Bangi langsung tak beri kesan. Biasalah, bulan puasa macam ni, kedai mamaklah yang paling laku. Walaupun jam dah pukul 3 pagi, orang tetap ramai. Ah bulan tak puasa pun, memang ramai macam ni.

“Macam mana diorang kenal?" soal Dina, selepas aku ceritakan perbualan aku dan Nabil (termasuk hal pertunangan Nabil dan Sarah) beberapa hari yang lepas, ketika aku balik ke rumah di Pahang. Aku hanya angkat bahu tak tahu. Teh O Ais di depan aku sedut lagi.

“Bukan ke Sarah tau kau dulu pernah jadi someone special pada Nabil?” Aku mengangguk menjawab pertanyaan Dina. Dina diam sekejap sebelum menyambung semula bertanya. "Dan dorang berkawan dalam diam?"

Aku menarik nafas, bersandar pada kerusi. "Aku tak tau lah babe. Bila dorang kenal, macam mana dorang kenal. Sebab bagi aku, itu semua aku tak kisah. Aku happy untuk Nabil, happy untuk Sarah kalau ini yang terbaik untuk diorang. Cuma satu."

Dina pandang aku dan terus buka mulut. “Apa? Kau pelik kenapa dalam masa yang sama dia bagi harapan pada Zaffri?”

Aku mengeluh. “Entahlah babe. Sama ada Sarah saja nak bagitau aku siapa Zaffri yang sebenar, atau dia memang sayangkan Zaffri lagi. Aku tak dapat baca apa ada dalam kepala Sarah sekarang.”

“Kalau dia sayang Zaffri, kenapa dia nak bertunang dengan Nabil. Kan?” Suara Dina lembut seolah-olah memujuk aku. “Aku yakin, dia buat semua ni ada sebab.” Sambung Dina lagi. Aku hanya diam mendengarkan. Mata aku terus tembus skrin besar di hujung belah sana.

“Karma, kan?” Aku bersuara selepas sunyi menyinggah seketika. Dina angkat kepala pandang aku. Aku menyambung. “Ini agaknya Sarah rasa bila dapat tau aku couple dengan Zaffri. Walaupun dah tak ada apa-apa hubungan, walaupun aku yakin yang aku gembira untuk diorang berdua, tapi rasa sakit tetap ada.”

Dina tersenyum sedikit. “Sabarlah babe. Doakan dorang happy je. Itu lebih baik kan?” Aku tersenyum pahit.

***

KELAS Hak Asasi Manusia yang habis awal memang satu perkara yang paling aku tunggu-tunggu. Keluar dari dewan kuliah, aku terus melangkah ke dalam kereta dan terus memandu ke kolej. Tapi ketika di bulatan hadapan masjid UKM, terus aku pusing stereng menghala ke pintu pagar utama. Minyak dah nak E lah.

Selesai isi minyak di Petronas Seksyen 15, aku berhenti di 7-E berhampiran. Bekalan makanan dalam bilik dah nak habis. Tangan laju capai stok makanan untuk bersahur : Maggi, DucthLady, Cadbury, Coke, Chipsmore dan komik Zint; Under 18:End of Fear.

Dalam perjalanan balik, tangan gatal koyakkan plastik komik baru. Macam tak boleh nak tunggu sampai dekat bilik. Biasalah, sifat penyabar tak berapa nak ada. Kelajuan kereta yang cuma 40km/j kadang-kadang memang boleh bagi orang lain marah. Tapi tak apa lah. Aku ambik lane kiri. Boleh bawa perlahan.

DANGG!

Aku tersentak ke depan. Pfft nasib baik pakai seat belt! Cepat-cepat aku berhenti tepi jalan. Dada berdebar macam baru lepas kena renjatan elektrik. Tangan gigil betulkan side mirror. Nampak ada seorang lelaki keluar dari Accord Hitam. Aku telan liur. Lelaki tadi laju saja menghampiri aku yang masih dalam kereta. Dia mengetuk cermin kereta aku perlahan, membuat isyarat supaya aku keluar dari kereta.

I’m a dead meat!

Keluar dari kereta, cepat-cepat aku mengekorinya menuju ke belakang. Nampak bontot MyVi kemek. Baru saja aku hendak membuka mulut meminta maaf, lelaki itu terlebih dahulu memohon maaf. Dah macam Hari Raya.

“Cik. Maaf sangat ye. Saya nak cepat tadi.” Kalut suaranya. Tapi aku tak tahu nak respon apa. Aku tengok bumper depan dia ada calar sikit.

“Cik?” Panggil lelaki itu lagi. Aku dongak, melihat raut lelaki di hadapan aku. Mungkin berusia akhir 20-an atau awal 30-an. Badan boleh tahan tough walaupun buncit sikit. Kulit sawo matang. Eh ni tebiat apa ni sibuk nak tengok fizikal orang masa keadaan tengah genting macam ni? Ini bukan program cari jodoh ya.

“Saya minta maaf, cik?” Permohonan maaf kali kedua dari lelaki itu membuatkan aku tersedar yang aku dekat jalan raya, dan baru lepas kena langgar.

Aku kembali kalut. “Ini first time saya eksiden. Tak tau nak buat apa ni.” Tiba-tiba aku rasa ayat aku macam budak tak sekolah. Ah budak tak sekolah pun boleh bina ayat lagi power dari aku. Dan bila lelaki ini tergelak, aku rasa macam nak balik UKM berlari.

“Saya ingat cik nak marah tadi.” Dia masih tertawa, manis. Laju aku melarikan mata dari terus melihat lelaki di hadapan ini. ADELIA! Fokus!

“Salah saya tadi. Tak perasan kereta cik perlahan. Saya pula nak rushing ada meeting ni.” Jelas lelaki itu lagi. Aku mengangguk tanda faham. Serius tak tau nak buat apa. “Okay. Macam ni. Saya memang dah sangat lambat,” Kata-kata lelaki itu terhenti. Dia mengeluarkan sesuatu dari walletnya, “Dan ini kad saya. Cik hantar kereta cik pergi workshop. Then bill tu bagi pada saya, saya bayar.”

“Boleh percaya ke ni?” Aku ragu-ragu.

“You can count on me.” Lelaki tadi menjawab sambil tersenyum. Dia melihat jam di tangannya. Aku pula yang rasa kesian dengan lelaki ni. Kalau ikutkan hati, mahu saja aku ajak lelaki ini duduk berbincang apa yang patut. Okay, cut the crap Adelia!

“Okay, encik pergilah meeting tu.” Aku memutuskan untuk membiarkan lelaki itu pergi dulu. Ayat yang keluar dari mulut aku membuatkan mata lelaki itu melekat lebih lama pada muka aku. Ni yang mula rasa semua benda tak kena ni. Laju tangan aku berlari di sekitar kepala, membetulkan tudung yang dipakai. “You gotta be late if you keep staring at me like that.”

Amboi Adelia. Beraninya!

Lelaki itu ketawa. Mungkin dia tersedar yang dia terlebih pandang tadi. “Kalau macam tu, saya pergi dululah. Terima kasih sebab faham masalah saya. Terima kasih sebab tak marah. Saya janji, saya akan jelaskan semua bil itu. Terima kasih lagi sekali, cik..?”

“Adelia.” Aku senyum.

“Ok. Terima kasih Cik Adelia.” Lelaki itu mengangkat tangan sedikit sebelum melangkah masuk ke dalam Accord hitamnya. Aku mengangguk. Berdiri melihat Accord hitam berlalu laju, dan aku tunduk melihat kad di tangan.

Muhammad Hizrul bin Wahid
Marketing Manager
Dudes Company sdn. bhd.
03-69161023 / 03-69161026
Aku tenung bontot MyVi, aku renung kad di tangan. Aku hela nafas. Kad itu aku buat kipas, mengipas-ngipas muka yang terasa berpeluh, panas. Tangan capai phone dalam poket seluar. Ini sajalah satu-satunya makhluk yang boleh bantu aku buat masa sekarang.

“Hah, kenapa ni?” Suara Dina di hujung talian mengejutkan aku. Budak ni memang suka terjah-terjah. Tak cukup terjah dekat bilik, dalam telefon pun nak kejutkan orang juga.

“Err..” Tak pasti dari mana aku nak mula cerita apabila suara Dina kedengaran. Aku terus terdiam.

“Baru kena jerkah dah gagap? Kenapa ni? Eksiden?” Tingkah Dina dan terus ketawa. Dia ingat dia tengah tengok rancangan Just For Laugh ke nak ketawa-ketawa ni?

“Haah. Eksiden.” Jawabku ringkas. Sekaligus mematikan tawa Dina.

“WHAT?!”

***

DINA masih seperti tadi, mundar mandir di hadapan aku. Sekejap-sekejap, dia mendengus, sedikit marah. Sekejap-sekejap dia mengeluh perlahan. Tiba-tiba Dina berhenti berjalan, kerusi ditarik dan dia duduk menghadap aku yang bersila di atas katil.

“Kau cerita semula apa yang jadi tadi. Aku tak berapa nak faham.” Dina pandang aku, mata ke mata. Aku telan liur. Bila Dina turn on mode serius ni, aku rasa baik aku batalkan niat untuk masuk mode ketawa riang ria.

“Tadi after kelas, aku pergi isi minyak, then terus singgah 7-E. Beli makanan apa semua dengan komik baru Zint. Lepas tu terus drive nak balik. Dalam kereta aku buka komik tu. I know, my bad. Tapi aku bawa slow, lane kiri tau. Tiba-tiba ada satu Accord ni yang gagal kawal nafsu di bulan puasa, cium buntut MyVi aku. Then lelaki yang drive Accord tu bagi aku name card, dan dia pergi meeting.” Aku cuba jelaskan se-detail mungkin. Sejelas mungkin dan tanpa sengaja termasuk channel gurauan. Ini kalau dapat maki free ni, terima je lah.

Dina jeling. Fuh nasib baik dia cuma jeling. “Yang kau bijak sangat baca komik sambil drive tu kenapa? Tak boleh tunggu sampai bilik?”

“Okay salah aku.” Aku tersengih-sengih, percubaan menjadi comel gagal bila Dina langsung tak hirau.

“Kau tak cakap apa-apa pada lelaki tu?” Dina tak puas hati.

Aku menggeleng perlahan. “Ini kan first time aku eksiden. Aku tak tau nak cakap apa.”

“Sia-sia kau tengok drama korea, cerita melayu, filem Hindustan, English series, tapi bila jadi scene-scene macam ni kau blur tak tau nak cakap apa.” Dina menggelengkan kepala. Aku hanya diam. Takut nak cakap lebih-lebih. Dina hela nafas dalam-dalam. “Kau memang tak cakap apa-apa? Kau lepaskan dia macam tu je?” Dina masih tak puas hati.

Aku mengangguk sedikit. “Kesian dia tau. Dia dah lambat nak masuk meeting.”

“Kalau ikutkan hati, aku nak kepit kepala kau dekat celah tingkap kaca ni. Nasib baik anak orang.” Dina pandang aku tajam. Aku tunduk. Dina ni garang sangatlah. “Kau kesiankan dia, dia ada kesiankan kau? Kalau dia tipu kau macam mana?”

“Ala Dina. Kan dia cakap, dia akan tanggung semua ganti rugi MyVi tu. Kan dia ada bagi name card dia?” Aku bersuara perlahan. Kad nama yang aku peroleh dari lelaki tadi, masih terletak elok di atas meja. Seketika aku bangun dan mencapai kad itu dan menghulurkan pada Dina. “Ini, bacalah.”

“Kita tengok jujur mana lelaki ni.” Dina mengambil handphone di atas meja. Nombor yang tertera di atas kad, Dina dail laju. Sementara menunggu talian di hujung sana berangkat, Dina tenung aku dalam-dalam, renungan penuh geram. Aku hanya mampu tersengih comel.

“May I speak to Mr. Hizrul please?” Suara Dina memecah sunyi antara aku dan Dina. Keadaan sunyi kembali apabila yang di hujung sana berkata sesuatu. Aku terus memerhati.

“I’m Nur Dina.” Ringkas Dina bersuara. Kemudian dia diam lama. Sesekali kening berkerut. Dan mata Dina terus tajam pandang aku. “Are you really sure that he’s not in Malaysia? Because I just met him this morning.”

Jantung aku dah dupdapdupdap bila dengar perbualan Dina dan si penjawab telefon. Walaupun aku tak tahu apa yang di sebelah sana kata, tapi daripada kata-kata Dina, aku yakin aku dah kena tipu. Tahniah, Adelia.

“Okey, then. Thank you very much, miss. Have a nice day.” Dina menamatkan panggilan. Dia memandang aku tepat. “As expected. Kau dah kena tipu.”

Aku tunduk. Geram. Sakit hati. Naluri membunuh meninggi.

3 titik hujan:

NadYa^CuLLen said...

konflik antara watak antagonis perlu diperkembangkan di peringkat konflik.

tembikai kuning said...

nadya..
cemane eh?
tak paham.
huhuhu

Anonymous said...

aq wase pompuan ni bodoh..