Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Wednesday, July 29, 2009

Destini : Satu.

Kelam


Terasa ingin mencuba lagi
Tapi puncakan tembok meninggi
Menghalang niat diri,
Memergi;
Namun menjauh itu tidak bererti
Di dalam ini memati.

Masih berdegup
Sentiasa ditekan-tekan
Sarat mengandung keperluan.

Cuma mungkin
Mungkin sahaja sedikit yang tertinggal
Memasuki segenap ruang sendi
Menghancurkan molekul molekul akli

Dan kini
Ia semakin menghampiri
Semakin mendekati
Semakin mati.

.Amal Hamsan

***

MALAM semakin menggelap, tapi sedikit pun tak berjaya untuk melelapkan aku. Baring menghadap siling, sekejap golek ke kiri, sekejap golek ke kanan. Penyudahnya mulut aku hampir terkoyak bila tak habis-habis menguap. Tangan aku laju menggosok mata yang berair, bukan sebab menangis, tapi sebab terkuap-kuap dari tadi. Dari tengah malam sampai nak membawa ke pagi, tapi aku masih belum tidur.

Ini semua si Sarah punya pasal. Kalau dia tak cakap idea yang kononnya paling bernas dalam dunia tu, tak adanya aku nak jadi burung hantu tengah-tengah malam macam ni. Padahal aku sikit punya rindu nak tidur atas tilam empuk yang dekat sebulan aku tinggalkan. Ingatkan cuti-cuti semester macam ni dapatlah tidur lena dalam bilik sendiri, tapi langsung tak.

Sarah.. Sarah..

***

"TAK apalah. Kau ngorat je si Zaffri tu. Lagipun, korang berdua memang rapat kan?" Ujar Sarah yang kelihatan begitu teruja dengan misi yang baru dia nak lancarkan. Dan targetnya, aku. Aku yang tengah sedap sedut ABC dekat kedai makan Pak Ramli, tersedak. Kelam kabut aku sedut air masak atas meja.

Sarah pandang aku yang berair-air mata sebab tersedak. Geram juga aku dengan perempuan seorang ni. Tak ada inisiatif langsung nak tolong aku masa tersedak tadi. Dah reda sikit perit dekat tekak dan hidung, tangan kiri aku capai tisu, kesat mulut. Lepas tu, tangan kanan aku letak dekat dahi Sarah. Sarah terkebil-kebil pandang aku.

"Tak demam pun?" Aku kerut-kerut kening bila rasa dahi Sarah yang tak panas pun.

"Kau ni! Aku serius tau." Sarah muncung.

"Jangan nak bergurau sangat, babe. Tak kelakar." Aku sambung cari kacang dalam ABC.

Sarah mengeluh. "Kau ada nampak aku tengah buat lawak ke?"

"Tak. Tapi.. Ish tak sedaplah babe. Kau kawan aku. Buddy aku pula tu. Dah macam adik beradik aku. Takkan aku nak bercinta dengan kau punya kut?"

"Hey hey hey. Bekas okey. He's not mine anymore." Sarah pandang tepat pada aku. Aku tersandar pada kerusi plastik merah, mengeluh perlahan dengan perancangan Sarah.

***

"ADELIA! Matahari dah terpacak atas kepala pun tak reti-reti nak bangun ke? Pemalas macam tapir beranak sulung!"

Aku bingkas bangun, terkejut. Berdebar jugalah jantung bila kena sergah macam tu masa tengah tidur. Kalau roh aku tak sempat masuk dalam badan tadi, mahunya dah arwah aku ni. Kepala mula pening.

Satu, sebab malam tadi tidur lewat asyik fikir pasal rancangan-terbaik-abad-ini yang keluar dari kepala Sarah. Dua, sebab itu, yang menjerit sampai nak tercabut anak tekak tu, Kak Lia, kakak nombor tiga aku. Dia ni memang pantang nampak aku tidur lama sikit. Ok tak lah sikit. Memang tidur lama pun. Eheh. Aku usap dada yang melaju denyutannya dan kemudian aku raba kepala.

"Hah kenapa pula ni?" Kak Lia tanya.

"Tak ada pun matahari?" Aku pandang Kak Lia buat-buat blur.

"Main-main!"

Tak dapat nak elak, bulu ayam terbang sampai pada aku. Sebagai pemain bola baling sekolah, Kak Lia memang hebat bab campak-mencampak ni.

"Miang tau kak." Aku bangun dari pembaringan dan sapu sedikit habuk-habuk yang melekat dekat baju.

"Siapa suruh main-main. Dah. Pergi mandi. Kejap lagi tolong mama kat dapur."

Aku bangun capai tuala putih dekat ampaian tepi almari. "Alaa. Nak bermanja dengan kakak sendiri pun tak boleh. Sedih nyaaa.." Aku buat suara sedih. Pura-pura kesat air mata dengan tuala.

"Tak payah mengada sangat eh. Karang petang ni babah nak keluar, AD tak payah ikut."

"Ehh! Kenapa pulak?"

"Habis ni tak mandi lagi. Ni kalau tak tolong masak, lagi lah kena tinggal."

Amboi ini kes ugut ni. "Orang nak mandi lah ni. Halah. Jangan risau. Hari ni, biar orang masak." Aku berkata sambil terus menuju ke bilik air.

"Heleh. Ye lah kamu tu. Tapi nanti tengok-tengok akak jugak yang kena masak kan?"

Aku toleh belakang. "You are so understanding lah kakak!"

Kak Lia jeling marah. Dia baru nak mencapai bantal atas katil aku, tapi aku dah pantas berlari masuk ke bilik air. Ketawa kuat bergema.

***

AKU mengeluh. Bosan betul cuti semester kali ni. Eceh. Bunyi dah macam selalu cuti semester je. Padahal ini pertama kali cuti selepas bergelar pelajar di UKM. Tiada apa-apa perubahan. Dari zaman sekolah, matrikulasi, sehingga universiti. Balik rumah, hadap drama-drama dekat TV. Kalau tak cerita cinta, cerita anak derhaka. Kalau tak pun, cerita pasal gangster. Inilah drama Melayu.

"Pfft. Tak ada cerita yang lagi memberangsangkan otak ke? Kak, tukar channel kak."

"Hish. Akak tengah busy ni."

Aku toleh pandang Kak Lia. Kak Lia ambil kuaci, masukkan dalam mulut, buang kulit kuaci. Ambil kuaci, masukkan dalam mulut, buang kulit kuaci. Serius aku tak nampak celah mana yang busy. Cis!

Baru aku nak bangun capai remote tivi atas meja, vibrate handphone atas peha sedikit mengganggu.

+ Hai. Buat apa?

Terkerut-kerut kening aku baca ayat-ayat yang terpampang dekat skrin handphone. Okey ini boleh kasi aku mengalami kejutan sampai esok ni. Sejak bila Zaffri pandai nak berhai-hai bila mesej aku?

- Tengah rosakkan otak tengok rancangan bodoh dekat tivi. Asal bro?

+ Bosan lah.

- Pergi lah text Sarah oi.

+ Dia tak reply.

- Fine. Bila dia tak balas, kau cari aku lah?

+ Dah kau je yang nak balas.

What the hell, man? Ingat aku ni apa? Bila si gadis tu dah tak mahu kan kau, baru kau cari aku? Hish kasi aku berangin je lah. Mesej dari Zaffri aku biarkan tak berbalas. Air coke atas meja cepat-cepat aku hirup. Fuhh. Nikmat. Setengah jam aku duduk tengok TV. Betul bosan. Tapi dah tak ada channel lain. Kak Lia? Dengan kuaci dia tak habis-habis.

"Handphone bunyi tu cik adik oi." Tegur Kak Lia. Aku macam baru tersedar ringtone No Surprises-Radiohead tengah sedap-sedap berbunyi.

"Hello." Suara lelaki di hujung sana.

Aku cepat-cepat tengok balik siapa yang call. "Hah. Kenapa?" Soalku laju apabila nama Zaffri keluar sebagai pemanggil.

"Sombongnya awek ni. Kenapa tak reply?"

"Malas. Kang bergaduh saja."

"Heleh. Padahal berdebar-debarkan bila mesej dengan aku?" Zaffri serkap jarang.

Aku telan liur. Zaffri ni memang belajar ilmu hitam ke apa masa dekat sekolah dulu sampai boleh nampak aku transparent gini? Eh tapi berdebar-berdebar aku pun, jangan tak tahu, aku pemenang anugerah pelakon wanita terbaik tau.

"Ah. Tak payah nak perasan sangat." Aku menjawab penuh relaks. Zaffri diam. Aku diam.

"AD.." Suara Zaffri dah macam sayup-sayup, nak masuk mod romantik pun ada juga gayanya ni.

Dan aku masih lagi relaks. "Yes."

"Be my girl..?"

***

AKU terus khusyuk memerhati Kak Lia yang terbongkok-bongkok kemas rumah. Kak Lia bekerja sebagai Customer Service Executive di Maybank dekat Bukit Jelutong. Tapi ni dia mengada-ngada cuti seminggu dengan alasan nak berehat. Heleh padahal aku tahu sangat dia rindu aku. Hikhik.

"Kak, nak mintak tolong boleh?" Ayat pertama untuk mendapatkan hasil conversation yang baik ialah kena bertanya atau bersuara dengan penuh sopan. Lebih-lebih lagi dengan seorang kakitangan Perkhidmatan Pelanggan.

Kak Lia toleh. "If and only if kamu tolong akak dulu." Kak Lia kembali sambung vacuum karpet. Kata-kata Kak Lia menyedarkan aku. Aku baru perasan, dari tadi aku duduk atas sofa, tarik-tarik rambut, sambil tengok kak Lia busy kemas rumah.

Adik paling rajin, aku.

"Alaaa kak."

"Hmm. Apa dia?" Kak Lia malas nak layan.

"Err.. Zaffri ajak couple lah kak."

"Zaffri?" Kak Lia pandang aku. Keningnya terangkat. Macamlah aku sebut nama alien yang pelik-pelik sampai dia pandang aku gitu sekali.

Aku angguk juga. "Ya, Zaffri."

“Yang dengan Sarah tu?”

“Dulu. Bukan sekarang. Sekarang diorang dah settle habis dah. Everything is over between them.”

Kak Lia angkat dua-dua belah kening. “Are you really damn sure yang diorang berdua tu betul-betul dah tak ada apa-apa? Tak menyesal kalau jadi apa-apa satu hari nanti?”

Aku kerutkan kening, cuba fahamkan maksud Kak Lia. Tapi waktu pagi macam ni, otak tak berapa nak berfungsi sangat. “Maksud akak?”

Kak Lia diam. Tiga saat. Sepuluh saat. Tiga puluh saat.

"Akaaaakk."

"Tak payahlah." Ringkas. Kening aku punya berkerut, dah macam nak bersambung jadi kening Helga, watak kartun dalam Hey Arnold!

"Why?" Mata aku dah berkaca.

"You are a big girl, Adelia. Dah 19 belas dah pun. You should know better." Kak Lia switch off plug vacuum. Terus tarik vacum pergi dapur. Aku tinggal sorang dekat ruang tamu. Ok tu maksudnya Kak Lia tak nak aku ada apa-apa hubungan dengan Zaffri.

A big no!

Otak hitam : Come on AD. Just do it. Sarah pun support kau kan? So apa lagi?

Otak putih : Macam mana pun Sarah kata dia ok kalau kau dengan Zaffri, dia tetap perempuan. Kau patut lebih paham hati perempuan, AD.



Argghh!

Aku bangun dari sofa. Terus hala ke aquarium dekat penjuru ruang mendekati pintu dapur. Tangan aku perlahan capai makanan ikan atas akuariuam, ambik sikit, tabur dalam akuarium. Leman, seekor kelisa yang aku bela sejak habis SPM. Okay yang sebenarnya babah yang bela, aku tukang cakap ikan ni aku punya je. "Leman, sihat tak hari ni? Lama tak tengok kau kan?"

Keadaan rumah jadi sunyi. Mama dan babah entah ke mana. Kak Lia sudah pun di dapur. Hanya tinggal aku seorang berdiri berhadapan dengan akuarium di ruang tamu ini. "Leman, aku jahat eh kalau aku terima Zaffri?"

***

PERMULAAN musik untuk lagu No surprises mengejutkan aku. Aku tak tahu pukul berapa tapi dengan mata tak boleh nak buka langsung, aku gigih juga untuk capai handphone. Tak berniat langsung nak angkat call yang entah dari siapa, aku terus tekan button cancel. Tak sampai seminit, handphone berbunyi lagi.

Okay ni memang mencabar namanya.

"Kau duduk luar negara ke sampai dah tak tau sekarang pukul berapa dekat Malaysia?" Kita ni kalau nak marah orang, kena straight to the point. Tak boleh nak berkias sangat.

"Assalamualaikum." Lelaki di hujung sana. Aku tengok semula screen henfon.

Zaffri.

Tindakan tidak bijak apabila telefon orang tengah-tengah malam dan ajak main game Hai-marilah-bersarkastik-bersama-saya ni. "Waalaikumsalam. Kau nak apa pagi-pagi buta ni oi. Jam rumah kau rosak ke?" Aku dah start nak marah.

"Saja je." Zaffri ketawa.

"Bangang!" Button merah aku tekan, terus cepat-cepat cabut bateri. Makhluk pesen gini tak boleh nak dilayan sangat. Karang tak pasal-pasal bertambah dosa kering aku.

***

BERGOYANG-GOYANG kaki sambil menonton Spongebob Squarepants di pagi Ahad ialah satu keindahan. Dengan jemput-jemput yang sudah agak sejuk di atas meja kecil di depan aku, aku terus leka melihat si kuning berbentuk petak itu berjenaka. Tapi keindahan ini mula berakhir apabila handphone aku bergetar. Ish kacau!

Aku perhati handphone di atas meja yang bergetar sekejap tadi. Bila dah duduk bersandar dekat sofa, memang malas nak duduk tegak untuk capai handphone. Aku buka sila, dan aku kais-kais handphone dengan kaki. Fuh! Nasib baik babah tak nampak. Kalau tak mahu kena tazkirah Subuh lagi sekali ni. Punat View aku tekan malas. Mesej dari Zaffri.

+ Kenapa off fon malam tadi?

- Suka hati aku lah.

+ Amboi. Marah. Nak call kejap boleh?

- Hah. Cepat.

Tak sampai seminit, phone aku dah berkelip-kelip tanda ada orang call. Tapi aku biarkan sampai nak masuk voice mail baru aku angkat. Barulah tak nampak sangat aku ni hadap sangat call dari dia kan?

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

"Kau buat apa?" Zaffri tanya.

"Bercakap. Kau nak apa ni?"

"Sombong betul. Heh."

Aku ketap bibir tahan geram. "Oh maafkan saya Encik Zaffri. Encik Zaffri ni menelefon saya, kerana hal apa ya?” Zaffri ketawa mendengar aku bersinis. Aku punya sabar ni memang tak terjangka tahapnya. “Kau nak apa ni?”

Zaffri sudahkan tawa, berdehem dan menyambung kata. "Kau."

Aku terdiam. Blur. "What's with 'kau'?"

"I want you, to be mine." Kali ni memang betul-betul diam. Pfft.

"Adelia.."

"Call malam ni. I'll tell you tonight."

Hati, tenang lah.

***

AKU perhati babah yang tengah sedap duduk dekat meja bulat besi sambil baca majalah. Dalam hati, dupdapdupdap juga nak minta pendapat babah ke tidak. Tapi nasihat orang tua inilah yang membantu kita semua untuk terus hidup kan?

"Babah.."

Babah yang tengah bersantai, angkat muka pandang aku. Aku menghampiri. Aku senyum pandang babah. Tak reti nak start macam mana. Babah buka mulut. "Bagi tau je lah.."

Aku tersengih. Memahami sungguh babah ni. "Err..Babah kenal Zaffri kan?" Aku pandang babah. Babah tolak sikit cermin mata ke atas hidung.

"Zaffri, kawan Sarah?" Soal Babah. Aku mengangguk perlahan. "Kenapa dengan dia?" Sambung babah lagi. Kaki aku semakin rancak bergerak.

"Dia.. Err dia nak ber'kawan' dengan AD. Sarah cakap, dia tak kisah." Babah terus pandang aku. Aku tunduk genggam tangan erat-erat. "Macam mana eh bah?"

Babah tutup majalah. Berdehem. Bersandar. Dan pandang aku, tepat. Aku telan liur satu-satu. Babah mula bersuara perlahan. "AD yakin untuk terima Zaffri?"

Aku tunduk. "I fall for him long time ago, bah. Itu satu-satu rahsia yang AD terpaksa simpan dari Sarah."

Babah senyum. "I can see that.” Aku angkat muka pandang babah. Obvious sangat ke rasa hati aku sampai babah pun boleh nampak? “Nevermind. AD yakin yang Sarah tak akan kecewa kalau AD dengan Zaffri?" Sambung babah lagi.

"Tak tau lah, bah. Cuma itu hari, Sarah pernah beria-ia suruh AD berkawan dengan Zaffri."

Kening babah terangkat sikit. “Kenapa macam tu pula? Dia nak suruh AD balas dendam ke apa ni?”

“Eh taklah, babah. Sarah kata, dia nampak AD rapat dengan si Zaffri tu. Macam sepadan. Plus, AD kan tak ada boyfriend lagi.”

“Ini, Sarah tau Zaffri nakkan AD?”

Soalan babah aku jawab dengan gelengan. Babah betulkan duduk sebelum menyambung, "Babah tak mahu bagi apa-apa decision. Cuma, babah nak AD fikir, apa baik dan buruk yang AD boleh dapat kalau AD terima Zaffri. Apa akan jadi kalau betul-betul AD dengan Zaffri. Jangan cuma fikir untuk jangka masa pendek, fikir untuk jangka masa panjang sekali."

“Tapi ingat, the best thing is to let her know every single thing.” Sambung babah lagi, separuh menasihatkan, separuh memberi amaran.

Aku mengangguk. Senyum.

***

SEBELUM masuk bilik tadi, babah dah pesan lagi sekali, apa-apa kena bagitau Sarah. Jangan biarkan perkara ni jadi benda bawah tanah. Benda yang hanya aku dan Zaffri saja yang tahu. Babah tak nak nanti Sarah salah sangka.

“Babah ada cakap dengan mama pasal ni. Mama macam tak berapa nak setuju sangat. Mama cakap, AD perempuan. AD patut hormat perasaan perempuan lain.”

“Tapi kan Sarah yang kasi green light, bah?”

Babah tarik nafas panjang. “Babah tak faham sangat masalah perempuan ni. That’s why I told you, anything happen, let her know. Okay?”


No Surprises berbunyi. Aku angkat kepala tengok handpone dekat atas meja tepi tingkap. Ah. Malasnya nak bangun pergi ambil handphone. Bunyi deringan berhenti. Aku baring semula. Siapa entah yang nak call malam-malam gini.

'Call malam ni. I'll tell you tonight'

Tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan Zaffri siang tadi. Jadi, yang call tadi tu, mestilah Zaffri kan? Ah bengong kau AD. Cepat-cepat aku bangun capai phone atas meja. Ok memang betul Zaffri yang call. Baru je nak tekan button dial, tiba-tiba phone berbunyi lagi sekali.

"Hmm Assalamualaikum." Aku memberi salam sambil menuju ke katil. Baring.

"Waalaikumsalam. So, dah ada apa-apa decision?" Tanya Zaffri. Aku diam. Teringat pesan babah, teringat pendapat mama, terbayang wajah Sarah.

Betul ke apa aku buat ni, Sarah?

"Oii." Panggil Zaffri agak kuat. Aku terkejut. Pantang betullah orang jerit dalam phone. Ingat telinga ni tak ada hati dan perasaan ke nak sergah-sergah macam tu?

"Aku tak pekak lagi lah."

"Ok ok. Sorry sayang."

Aku mula rasa nak terbang bila dengar Zaffri panggil aku sayang. Hoi baru sayang lah Adelia. Takkan dah cair kut! "Why me?" Aku cepat-cepat bertanya sebelum aku terbang lebih jauh.

"It's the best way for me to start my new life. Salah ke?"

"Aku tau. Tapi kenapa aku?"

"Kau faham aku."

"Sebab lain?" Soalku lagi. Sebagai seorang perempuan, kita tak boleh terus menyerah. Kena tanya habis-habisan. Zaffri diam. Aku bagi dia masa untuk susun ayat.

"I need you to help me to forget all the things about her."

Aku mengeluh sedikit. "Zaffri, aku tak boleh tolong kau lupakan dia, sebab sampai bila-bila pun, kau takkan boleh lupakan dia. She's one of the greatest thing that you ever had, kan?"

"Yes. Tapi, ah come on Adelia. Aku nak hidup baru aku."

"Hmmph. Ok. Apa jaminan?"

"Rumah, kereta, anak empat orang. Atau mungkin lebih kalau kau nak?"

Aku tergelak. Memainlah mamat nih. "It's not what I mean."

"Aku tau. Don't worry babe. I will never ever hurt your feeling."

"Betul?"

"I swear, sayang."

Sekali lagi Zaffri berjaya buat aku rasa nak terbang tinggi. Tapi cepat-cepat aku capai tingkap bilik supaya tak ikut terbang sekali. “When will you tell Sarah about us?”

“Why should I let her know about us?”

Aku telan liur. “Yelah. Supaya dia tak kecil hati. Supaya dia tak rasa…” Kata-kata aku terhenti. Tak tahu kenapa tak terkeluar dari mulut.

“Rasa apa? Rasa yang awak rampas saya dari dia?”

Penggunaan saya awak yang terus diubah Zaffri sebelum aku sempat bagitau keputusan aku dah cukup buat aku rasa aku ada dekat dalam taman yang penuh dengan bunga lavender di Perancis.

“Adelia, sekarang, yang penting, awak dan saya. Dia dah tak ada kena mengena dalam hidup saya lagi. Awak boleh faham kan?”

Aku hanya mampu mengangguk dengan telefon di telinga. Mulut dah tak boleh nak bercakap sebab dari tadi asyik senyum, dah tak boleh nak buat perkara lain. Senyum, senyum, senyum.

4 titik hujan:

zarith said...

giler brutal ar AD ni..
tp cute jwk.. ahaha..
intro yg mnarik...

miSs s!v said...

zarith=
huuhu..
tenkiu zarith..
;p

Jalak Lenteng said...

macam real jer citer nih...ehem ehem..tp cm ade penambahan skit dr yg ori...

Amal said...

@luqman;
fuck man. hahaha. diam diam.