Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Thursday, July 30, 2009

Destini : Tiga.

BULAN September ialah bulan kelahiran aku. Bulan kelahiran aku pada tahun ini datang sekali dengan bulan puasa. Tapi tak berapa sedap juga bila hari pertama puasa aku tak dapat nak balik kampung untuk bersahur dan berbuka dengan babah dan mama di mana, ini juga membawa maksud aku tak berpeluang untuk mendapatkan hadiah dari mama dan babah sebab tak balik rumah.

Dan kelas sepanjang bulan puasa memang saja buat aku tak dapat pahala banyak. Nak buat macam mana, kelas semua pagi, balik tengahari terus tidur. Bangun petang, pergi mandi, terus bersiap-siap nak pergi bazar. Bila masa nak kumpul pahala?

"Kau nak pergi bazar tak?"

Teguran di pintu mengejutkan aku. Terangkat jugalah bahu aku. Astaghfirullah al-azim. Aku toleh ke pintu. “Nur Dina, at what age did we learn how to knock the door?”

Dina dekat muka pintu tersengih. Suka betul main terjah-terjah. Lagi-lagi sejak aku duduk bilik single, tak ada roommate, lagilah aktiviti terjah-menerjah ni masuk dalam list wajib budak Dina ni. "Aku ingat kau tengah bergolek lagi atas katil. Mesej aku tak reply. Call aku tak angkat." Dina dah landing atas katil aku. Patung spongebob dipeluk.

"Aku pergi mandilah tadi. Aku tak macam sesetengah orang tu, pergi bazar tak mandi." Aku memerli. Bulat mata Dina, serentak spongebob sampai tepat dekat aku.

"Amboi. Ingat bilik aku ni pusat latihan bola baling ke apa?" Aku berdiri sambil cekak pinggang pandang Dina. Dina dah ketawa kuat-kuat. "Eh pergilah tunggu dekat luar. Aku nak pakai baju ni. Aku seksi tau. Karang kurang pahala puasa kau macam mana?"

Dina mencebik. "Ah tak seleralah aku nak hadap kau." Aku ketawa saja dan Dina menyambung lagi. "Aku tunggu dekat keretalah.”

"Kelisa kan?" Aku cepat-cepat tanya. Sesak dekat bazar buatkan aku malas nak drive si MyVi. MyVi putih milik Kak Lia. Kak Lia dah beli Honda City. Dan kereta MyVi putihnya itu jadi hak aku. Hak sementara kata babah.

“Pemalas tau kau ni. Buat rugi je babah kau bagi kau bawa kereta tu sem ni. Baik hantar semula kereta tu dekat Pahang.” Dina sempat membebel. Dia terus keluar dari bilik aku. Aku hanya ketawa mendengar omelan Dina. “Cepat sikit!” Jeritnya dari luar bilik.

Lima belas minit bersiap, aku dah ada dalam Kelisa milik Dina. Bukan milik Dina sebenarnya. Dia juga sama macam aku. Meminjam kereta kakak sendiri. Dina terus memandu keluar dari kawasan UKM dan menuju laju ke bazaar di PKNS Bangi. Perjalanan ke sana hanya dihiasi dengan lagu-lagu dari Fly FM.

"Sesaknya oi. Nak parking macam mana?" Dina mengomel. Aku memanjangkan leher membantu Dina untuk mencari tempat letak kereta yang paling hampir dengan kawasan bazaar.

"Eh tu ada satu! Tu! Tu!" Aku menunjukkan satu ruang bersebelahan Honda City hitam. Dina memusing stereng ke arah yang aku tunjuk.

"Ah kancil ni pandai bergurau pula." Ujar Dina. Sedikit geram bila ruang kosong yang aku tunjuk tadi, ada Kancil. Cis. Nasib baik sama kecil. Kalau tak, nak je aku suruh Dina lenyek Kancil Putih tu.

"Ah park jauh je lah." Dina terus memusing stereng. Aku mengangguk dengan cadangan Dina. Keluar dari kereta, mata terus mencari Nasi Tomato paling sedap dekat bazar PKNS Bangi.

"Kau nak kuih tak?" Soal Dina dalam hingar bingar bazar.

"Seri muka mau?" Balas aku. Dina angkat kening, tak kisah. Nasi tomato untuk aku, Nasi berlauk untuk Dina, kuih seri muka, air kelapa, otak-otak. "Dah?" Aku tanya Dina. Dina tengok plastik-plastik dekat tangan dia.

"Dah. Jom?" Aku mengangguk dan terus berlalu ke kereta. Sebelum pulang, Dina sempat berhenti di hadapan Secret Recipe. Tanpa bertanya aku apa-apa, Dina terus keluar dari kereta. Tak sampai sepuluh minit, dia masuk semula ke dalam kereta. Dua kotak kek terisi di dalam plastik diletakkan di tempat duduk belakang.

“Siapa punya tu?”

“Kawan aku. Dia tempah tadi.” Jawab Dina ringkas. Dia memberi isyarat untuk membelok ke kiri apabila tiba di satu simpang jalan.

“Kau tak tanya pun aku nak kek ke tak. Menonong pergi masuk macam tu je tadi.”

Dina toleh pandang aku. “Kau nak ke? Kan dah beli nasi tadi? Tak kenyang? Jangan nak ikut nafsu sangat. Tak habis, membazir tau.” Dia kembali memandang ke hadapan.

Aku ketawa. “Aku memain jelah. Mana ada aku cakap nak makan kek. Saja je.” Tapi Dina buat tak tau dengan aku. Dia terus memandu. Dina ni!

Sebuah motor yang memotong dari sebelah kiri sangat mengejutkan. Dina ketap bibir menahan geram. Dia menekan hon. “Bawa motor macam apa je. Tak reti nak motong sebelah kanan ke?!” Dina marah-marah lagi. Aku diam angkat kening sedikit. Tak nak cakap apa-apa kalau Dina tengah marah. Nanti kenyang dengan makian je.

Kami berdua tiba di bilik aku ketika jam tepat pukul 7.05. Lagi beberapa minit, orang azanlah ni. Aku sudah siap menghamparkan beberapa helai surat khabar di meja kecil. Kalau kuah tumpah, taklah kotor nanti. Dina membuka ikatan plastik air kelapa dan menuangkannya ke dalam dua gelas di atas meja. Bakinya, diikat dan disandarkan pada kaki katil.

“Alamak! Aku lupa barang!” Dina menepuk dahi dan berlari keluar dari bilik. Aku tak sempat nak berkata apa-apa, Dina dah hilang. Tiga minit kemudian, aku terdengar orang berlari di kaki lima bilik dan wajah Dina muncul di pintu bilik.

Laungan azan berkumandang. “Dah buka.” Aku angkat tangan, mengaminkan doa yang dibaca Dina. Kemudian, kurma dari dalam bekas bulat aku ambil. Satu aku hulurkan pada Dina, satu untuk aku sendiri. Air kelapa aku hirup perlahan. Dina mengambil sesuatu dari belakangnya.

Dua kotak Secret Recipe diletakkan di hadapan aku. “Happy Birthday, babe.” Ucap Dina tiba-tiba. Terangkat kening aku. “Ya, untuk kau.” Dina berkata lagi. Aku senyum.

“Terima kasih, babe. Terima kasih sebab belikan kek untuk aku. Tapi kan birthday aku esok?” Aku membuka kotak kek. White Choc satu slice dan Chocolate Indulgence satu slice.

“Aku nak jadi orang pertama yang wish dan celebrate birthday kau.” Dina menjawab sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Aku terusan tersenyum. “Dah. Makan nasi tu dulu. Lepas terawih nanti baru makan kek tu.” Tegur Dina.

Aku masih juga tersenyum. Terima kasih, sahabat.

***

HARI Khamis. Empat hari berlalu selepas ulangtahun kelahiran aku. Zaffri masih belum ada tanda-tanda nak call. Kalau aku text pun, dia balaslah tiga empat kerat. Busy sangat. Busy sehingga tiada kata-kata untuk birthday aku. Dia lupa agaknya. Dan aku terus biarkan dia macam tu. Malas nak mengganggu sangat. Karang dia lari jauh, penat aku nak kejar.

Hari ini ada Kelas Hak Asasi Manusia, subjek wajib Universiti. Kelas Hak Asasi Manusia adalah kelas yang paling aku suka. Mana taknya, masuk kelas, duduk baris paling belakang, pasang mp3, main lukis-lukis. Pelajar paling baik, aku.

"Kau dah siap tutor Encik Basril?" Rini di sebelah bertanya. Aku menggeleng, sengih. Rini mengangguk-angguk. "Aku salah tanya orang." Rini jawab perlahan.

"Konghajo!" Aku bersuara perlahan tapi separuh menjerit. Rini ketawa. Kemudian dia mengeluarkan phone dari dalam beg hitamnya, mungkin cuba bertanya orang lain. Lima minit berlalu, aku terasa poket jeans bergegar. Handphone dibawa keluar. Nama Zaffri muncul di skrin. Perkara paling aneh minggu ni ialah bila dapat panggilan dari dia. Cepat-cepat aku keluar dari kelas.

"Busy ke?" Terjah Zaffri.

Terangkat juga kening aku. "Dalam kelas tadi. Tapi dah keluar. Kenapa?" Aku terus duduk di satu kerusi di satu sudut terlindung, luar dari dewan kuliah tadi.

"Oh sorry ganggu."

"It’s okay. Ada apa-apa ke ni?" Soalan aku tidak berjawab. Zaffri terus diam. Ok dia memang ada benda nak cakap, tapi tak tercakap. "Zaffri, nak cakap apa?" Soal aku lagi.

"Err.. Saya ada mesej dengan Sarah baru-baru ni." Sedikit tergagap Zaffri nak meluah, tapi keluar juga kata-kata itu dari mulutnya. Aku telan liur pahit.

"Ok then?" Yes. That's me. Kan aku pernah bagitau yang aku memang pemenang anugerah pelakon wanita terbaik.

"Sarah cakap, dia masih lagi pakai cincin yang saya pernah bagi pada dia." Terus aku terbayang cincin emas putih yang Zaffri pernah hadiahkan pada Sarah masa mereka masih berdua. Ada ukiran Z'S. Dan aku terus terpandang cincin di jari manis aku. Entah kenapa aku baru tersedar sesuatu. Zaffri memang buat aku macam Sarah? Pengganti Sarah?

"Err.. Adelia?" Panggil Zaffri. Aku yang macam tengah terapung tiba-tiba jatuh, pecah. Ok exaggerate.

"Ye ye. Saya ada."

"Macam mana eh?"

"Macam mana apa?" Kerut-kerut kening aku cuba nak fahamkan apa yang Zaffri cuba nak sampaikan. Tak cakap apa-apa, tiba-tiba tanya macam mana. Ingat aku ni tok bomoh yang boleh baca apa orang fikir?

"Ye lah. Awak rasa dia sayang kan saya lagi tak?" Soal Zaffri. Aku dapat agak dia sedang tersenyum masa tanya aku soalan tu. Aku dapat dengar suara bahagia Zaffri. Dan aku dapat dengar bunyi hati aku meretak.

“Why don’t you ask her yourself? Mana tahu kan, entah-entah dia memang tengah tunggu awak lagi.” Aku tak tahu kenapa ayat itu yang keluar dari mulut aku. Aku mendengar Zaffri ketawa senang. Dan aku tak pasti kenapa aku mesti untuk turut ketawa bersama. Mungkin sebab aku sedar yang Zaffri tak pernah ketawa dengan nada ini ketika dengan aku. Bahagia punya nada.

"Awak tolong saya boleh? Bagitau pada dia, saya sayang dia lagi."

Ya, Zaffri dah mula lupa dengan siapa dia bercakap. Dia dah lupa siapa aku pada dia. Dia dah lupa yang aku sekarang memegang status seseorang yang mempunyai hubungan dengan dia. Dia dah lupa. Dia dah lupa.

"Ok. Nanti saya tolong. Saya nak masuk kelas semula ni. Nanti apa-apa saya mesej awak." Terus aku tamatkan panggilan. Aku tersandar pada kerusi.

Dulu, aku tak nafikan, Zaffri dan Sarah adalah pasangan yang paling sweet aku pernah tengok. Tak tau apa yang salah, mereka mula ada masalah. Dan aku, dijadikan tempat untuk luahan dorang. Berbulan-bulan aku jadi orang tengah, dan aku mula rasa aku ada perasaan pada Zaffri. Aku tahan, aku kawal, supaya perkara macam sekarang ni tak berlaku. Tapi sebab terlalu ikut hati, hari ni aku tau aku dah dapat balasan.

"Babe, kenapa menangis ni?" Rini tegur. Kelam kabut aku berdiri. Dan baru perasan, ada air dekat pipi. Aku sapu laju air mata. Tudung putih yang tersarung, aku tarik lipatannya dan aku buat-buat lipat lagi sekali.

"Tempat ni banyak habuklah." Kali ini, depan Rini, aku gagal jadi pelakon terbaik. Aku tertunjuk diri aku yang sangat lemah. Rini menggeleng melihat aku. Aku tahu dia nampak yang aku menangis. Tapi aku bersyukur sebab Rini bukan jenis yang banyak tanya.

"Hebat habuk dekat sini. Dah lah. Jom. Lecturer ada buat kuiz." Aku mengekori Rina ke kelas. Longlai aku melangkah bila jiwa dah mula nak terbang tinggi, dah mula nak memati.

***

GEGARAN handphone di atas meja mengejutkan aku yang tengah busy menyiapkan lab report yang terbengkalai. Zaffri call. Malasnya nak angkat call dia. Teringat apa yang dia cakap tengahari tadi, rasa nak buat adegan 18SG juga kalau aku jumpa mamat tu. Tapi ini cakap-cakap sebelum jumpa. Kalau dah ada depan mata, tak tau mana pergi semua semangat untuk belasah dia.

Gegaran terhenti. Namun tak sampai 2 minit, handphone aku bergegar semula. Kesabaran aku diuji. Satu perkara yang aku tau, Zaffri memang tak faham erti putus asa. Selagi tak dapat, selagi tu dia kejar.

“Ya.” Itu je yang aku cakap bila dengar suara di hujung talian. Aku masih menyalin beberapa perkataan dari nota ke dalam test pad.

“Busy ke?”

Aku menarik nafas perlahan. Dari dulu sampai sekarang, permulaan perbualan aku dan Zaffri hanya dua. Satu, busy ke. Dua, ganggu ke. Tak kreatif langsung! “Tengah siapkan lab report. Esok nak kena hantar. Kenapa?” Soalku malas-malas.

"Awak ada bagi tau Sarah?"

Aku terus mencampakkan pen ke atas meja apabila mendengar soalan Zaffri. Haih. Zaffri ni kan. Memang tak reti nak bersabar tau. “Belum. Saya tak contact dia pun lagi.” Kata-kata aku terhenti. Aku berfikir sejenak. “Errr Zaffri.” Panggilku.

“Ya?” Suaranya meruntuhkan rasa marah. Kenapa dia tak pernah berusaha untuk terus pandang aku?

“Erm kita settle kan hal kita dulu. Then proceed dengan apa yang awak nak okay?" Aku bangun dari kerusi dan melangkah ke katil.

“Settle kan apa?”

Aku gigit bibir tahan geram. Zaffri ni memang tak faham bahasa atau lambat pick up atau memang kena cakap satu-satu baru nak faham? “Let go off me. Then you can hold on to her, forever.”

“Adelia, why should I let you go?” Suaranya menjauh. Hati aku semakin perit. Kenapa soalannya langsung tak masuk dek akal? Kenapa dia langsung tak boleh nak menjaga hati aku?

“Obviously you want her back kan? Jadi apa guna saya ada lagi? Once you have her, I have nothing to do with you, both of you.” Rasa sayang melawan-lawan dengan rasa kecewa. Rasa gembira bertumbuk-tumbuk dengan rasa sengsara.

“Adelia..”

“Awak tak ada niat untuk pasang dua kan?” Aku cuba bergurau, padahal tangan tengah kesat air mata. Gurauan untuk mengawal suara yang mula teresak-esak.

“Adelia, listen. Saya hanya nak minta tolong awak untuk tanya dia, kalau dia sayang saya lagi ke tak. I have no intention to let you go.”

“Oh really? What if she says that she still got a feeling towards you? What will happen next? What will happen to me?”

Zaffri diam. Aku terus menyambung. “Bila dia cakap yang dia masih sayangkan awak, awak akan terus straight pergi pada dia, tinggalkan saya macam apa je nanti. Kan? Tapi kalau awak tak bernasib baik bila dia tak nak terima awak, itu bukan satu masalah sebab awak masih ada saya lagi. Jadi, awak boleh terus proceed dengan saya macam biasa, macam tak ada apa-apa berlaku. Ini ke yang awak plan?”

“Adelia, bukan macam tu.”

Aku memotong laju. “Habis macam mana? Tolong jelaskan. Saya tak dapat agak apa awak cuba nak cakap.”

“Adelia...” Suara Zaffri semakin perlahan. Hanya nama aku yang diulang-ulang dipanggilnya. Mesti tak ada modal nak cakap apa dah.

Aku menarik nafas perlahan. “Saya bukan spare part tyre yang awak guna bila tayar awak pancit dan awak sesuka hati campak dalam laut buat tempat tinggal tiram bila awak rasa saya dah tak berguna.” Aku cuba berfalsafah sedikit.

"Saya tak pernah anggap awak macam tu."

"Jadi siapa saya pada awak?" Aku cuba menduga. Cuba mengetahui apa yang ada dalam isi hati lelaki ini. Namun dia hanya diam. Dia tak dapat jawab. Perit Ya Allah. Perit sangat.

Aku mendengar Zaffri menarik nafas dalam. “I’ll let you go, as you wish.” Putus Zaffri.

Orang perempuan sangat rumit. Walaupun mereka kata yang mereka mahukan hubungan itu putus, tapi dalam hati mereka berharap lelaki itu tak akan tinggalkan mereka, tak akan pergi jauh. Dan ini apa yang aku rasa. Ya, menjadi perempuan memang penuh dengan komplikasi.

“Saya minta maaf. Selama ini, saya tak pernah nak jaga hati awak.” Zaffri meneruskan kata apabila aku diam tidak berkata apa. “Saya dah cuba jadi seorang yang boleh balas apa awak rasa. Saya cuba untuk terus bahagiakan awak, gembirakan awak, macam mana awak gembirakan saya. Tapi saya tau, saya tak boleh paksa diri saya.”

Aku tersandar di dinding bilik, melunjurkan kaki di atas katil. “Maksud awak, selama ni, sepanjang kita berdua ni, awak paksa diri awak untuk terima saya? Awak paksa diri awak untuk sukakan saya?”

“Adelia, jangan terus menuduh. Dengar dulu.” Zaffri masuk mode seorang abang menasihati adiknya yang suka mencelah cakap, yang suka mengeluarkan kata-kata tanpa diproses dalam otak.

“Tipulah kalau saya kata saya langsung tak ada rasa pada awak. Saya suka awak. Dan saya yakin, saya sayang awak. Tujuh bulan bukan macam tujuh minit, Adelia. Tapi saya pun tak boleh bohong diri sendiri. Bila awak tak ada depan mata, saya tak boleh berhenti dari fikirkan pasal Sarah. Lagi-lagi bila dia bagitau yang dia masih pakai cincin pemberian saya. It means something to me. Really something.”

“Kenapa awak tak pernah cuba untuk terus pandang saya? Untuk terus biarkan mata awak hanya pada saya? Kenapa awak kena toleh orang lain?”

Ya. Kata-kata itu terkeluar juga akhirnya. Kata-kata jiwang yang menunjukkan aku memang sudah kalah dengan diri aku sendiri, dengan ego aku sendiri.

“Adelia..”

“Stop calling me like that. You’re just making me feel more pathetic.” Aku lap air mata lagi. Sungguh aku tak sanggup dengar dia panggil aku lagi. Terus aku tamatkan panggilan dan cabut bateri handphone. Laptop dibuka. Cepat-cepat aku pasang lagu The Kooks. Tengah sedih-sedih macam ni, tak elok sangat dengar lagu jiwang. Speaker SonicGear aku pulas sampai maksimum. Nak marah? Ah macam aku kisah.

Dikala bulan yang menyinari
Pasti malam hari ku
Sendirian ku tanpa cintamu
Nostalgia dulu berdua
Saat kau hampir pergi
Erat pelukan menanti pagi


Aku gigit bibir sendiri. Bila masa entah lagu Waktu Indah nyanyian Selamat Pagi Gadis ada sekali dalam list The Kooks ni. Kan tak memasal pipi dah macam empangan pecah.

***

MOOD mengada aku tak boleh nak dijangka sangat bila dia nak datang. Kadang-kadang petang, kadang-kadang waktu subuh. Dan pagi tadi, ketika mood mengada-ngada datang, aku telefon babah suruh babah ambil dekat UKM dengan alasan sakit kepala tak boleh nak drive balik rumah. Bas ada kan? Tapi macam biasalah. Sakit kepala juga sampai tak boleh nak naik train nak ke Pekeliling.

Nasib baik babah memang nak ke Selangor sebab nak hantar nenek balik rumah. Kalau tak mahu kena ceramah dengan mama sebab menjadi anak yang menyusahkan ibu bapa.

“Kenapa mama tak ikut, bah?” Soal aku apabila hanya melihat babah seorang dalam kereta, tiada mama. Kereta mula bergerak perlahan menjauhi kolej kediaman aku.

“Malam ni ada majlis berbuka dekat masjid. Mama tolong memasak dekat situ.” Babah menjawab dan terus memandu. Kereta mula memasuki lebuhraya Seremban.

“Habis ni babah tak ikut pula?”

“Babah kan hantar nenek. Lepas tu kena ambil budak mengada ni lagi. Mana sempat nak tolong.” Ujar babah. Laju aku cebikkan bibir bila babah panggil aku budak mengada. “Kenapa malas nak drive? Lepas ni babah ambil semulalah MyVi tu. Biar babah je yang guna.”

“Babah, ustaz cakap, tak baik tamak. Babah kan dah ada Waja ni. Mama tu bukannya pandai drive. Nama je ada lesen. Lagipun, babah bukannya boleh bawa dua kereta dalam masa yang sama kannn.”

Babah menjeling. “Pandailah dia cakap. Hah ni balik UKM hari apa? Balik naik bas? Ke nak babah hantar?”

“Babah ni. Sampai rumah pun belum lagi dah tanya AD bila nak balik UKM. Babah memang tak sukakan AD balik? Yelah. AD faham. Babah jangan risau, AD takkan ganggu keromantikan mama dan babah nanti.” Aku berpura-pura sedih, tapi tetap rasa nak ketawa.

“Campak keluar tingkap nanti tau lah.” Babah ugut. Tapi tetap ada senyum di tepi bibir. Berbual dengan babah sedikit sebanyak membuang rasa lelah dalam hati. Tapi tak lama aku berbual dengan babah sebab entah macam mana aku terlelap. Sedar-sedar saja, aku dan babah sudah ada di McD Mentakab. Aku kerling jam, 6.45 petang.

“Lajunya babah bawa kereta.” Aku menegur babah kerana seingat aku, babah ambil aku tadi, jam tepat pukul 5. Ini belum dua jam, sudah sampai Mentakab. Tapi babah buat tak tau dengan kata-kata aku.

“Tak sempat nak berbuka dekat rumah ni. Kita makan dekat McD jelah. Babah dah call mama tadi bagitau kita berbuka dekat luar.” Ujar babah. Aku tersenyum laju. Babah memang tau je McD salah satu makanan penghilang kesedihan yang paling mujarab untuk aku, selain coklat.

Azan berkumandang tepat ketika aku meletakkan dulang berisi McDeluxe, BigMac, Ayam Goreng McD, fries, sos, air, etcetera etcetera. Aku cepat-cepat duduk apabila babah dah mula menadah tangan untuk membaca doa. Usai baca doa, laju aku sedut air Coke ke dalam mulut. Dia punya sejuk bila masuk dalam badan, sampai menggeletar usus kecil.

“Kenapa tak beli air milo? Coke tu kan bergas. Perut kosong minum air gas. Kena gastrik nanti macam mana?” Tegur babah. Aku hanya senyum dan mula membuka balutan McDeluxe. Sayur apa semua aku ketepikan. Jelingan babah aku buat-buat tak nampak. Sos diletakkan di atas kepingan ayam dan aku kepilkan kembali dengan roti burger. Sekali gigit, McDeluxe dah tinggal tiga per empat.

Aku dan babah terus makan tanpa ada perbualan. Cuma sesekali babah menegur aku yang asyik makan benda pedas. Babah risau aku sakit perut lagi. Risau aku kena gastrik lagi.

“AD dengan Sarah macam mana? Okay?” Soal babah apabila melihat burger dah habis dan aku mula meratah ayam.

Aku angkat muka sedikit dan mengangguk. “Okay je, bah. Cuma entah, mungkin tak serapat dulu kot. Tapi at least, okaylah dari tak bertegur langsung.”

“AD dengan Zaffri?” Pertanyaan babah membuatkan aktiviti menggigit ayam terhenti. Babah boleh nampak apa yang jadi ke apa ni?

Aku tersengih. “Dah tak ada apa-apa, bah. I had enough. Dia yang rela nak let go AD. Dia yang sanggup nak tunggu Sarah. Jadi AD tak boleh nak cakap apa. I just wish dia bahagia dengan pilihan dia jelah.” Aku menjawab sambil terus menyumbat ayam dalam mulut. Tiba-tiba terasa pedas. “Pedasnya!” Aku laju capai air Coke di sudut meja.

“Pedas atau pedih?” Babah renung aku dalam-dalam. Sikit lagi aku nak tersedak dengan kata-kata babah. Aku letak Coke di tepi.

“What are you now? Sasterawan Negara?” Aku ketawa dengan soalan aku sendiri. Fries dimasukkan ke dalam mulut. Babah hanya menggelengkan kepala. Dan aku terus diam, masih menyumbat fries ke dalam mulut sehinggalah telefon babah berbunyi. Kuat betul sampai tiga empat meja pandang kitorang.

“Babah! Alarm ke apa tu?”

Babah hanya ketawa. “Kak Lia call. AD jawab.” Handphone dihulurkan pada aku. Aku mencapai handphone dan menekan punat hijau.

“AD! Berbuka dekat McD kan?” Nyaring suara Kak Lia di hujung talian. Ini pesen makhluk tak reti bagi salam ni.

“Eh memandai je. Mana ada orang buka dekat McD. Ni dekat kedai mamak ni.” Aku tergelak bila melihat babah menjeling. Aku faham sangat dengan Kak Lia. Mesti nak order Big Mac. Aku saja cakap aku dekat mamak sebab aku tau dia memang tak boleh makan dengan mamak. Apa benda entah. Hilang satu nikmat hidup.

“Heleh! Macamlah akak tak tau. Kalau kamu makan dekat luar dengan babah, mesti McD kan? Dah! Jangan lupa Big Mac untuk akak ye? Bye!” Talian ditamatkan. Aku memandang babah.

Babah tersenyum. “Kak Lia nak apa?” Soal babah.

“Macam biasalah Kak Lia tu, bah. Big Mac. Dia mana suka benda lain. Babah tunggulah dalam kereta. Biar AD pergi beli." Huluran kertas yang orang guna untuk beli barang dari babah, aku sambut. Sudah dapat Big Mac, aku melangkah keluar tanpa sikit pun memandang depan. Sibuk betul aku nak masukkan duit dalam purse. Ehhh. Babah suruh simpan baki ni kan?

DANGG!

Berpinar kepala aku. Pening dekat kepala, pedih dekat batang hidung. Terus terduduk dekat pintu masuk McD. Dah tak fikir malu apa dah bila kepala aku macam nak tercabut bila terlanggar pintu McD.

“Cik. Cik okay tak? Maaf cik! Saya tak sengaja. Tak perasan.” Kalut satu suara. Aku yang daripada kecil memang mengalami masalah lambat faham, diam, berkerut-kerut tahan sakit.

"Eh hidung cik ni berdarah." Jelas suara seorang perempuan. Mungkin cik cashier kut. Terasa ada tangan yang baik hati tolong lapkan cecair yang mengalir dari hidung aku. Aku cuba cari babah, tapi yang aku nampak cuma muka-muka yang aku tak kenal.

Pandangan makin kabur.

***

AKU tersedar dari tidur. Tidur atau pengsan, aku tak pasti. Tapi sekejapan aku terasa perit dekat kepala. Aku pegang dahi yang terasa macam ada bola pingpong melekat. Sakitnya. Nak kerut kening untuk berfikir apa yang dah jadi pun tak boleh. Jadi aku terus berfikir, tanpa ada kerutan di dahi.

Bermula dengan berbuka puasa bersama babah di McD, berbual tentang lelaki yang menggigit jiwa, belikan Big Mac untuk Kak Lia dan.. Dan dahi aku kembali sakit. Ya, aku teringat aku terlanggar pintu kaca McD. Bukan aku sengaja, tapi ada satu makhluk yang tak penyabar nak masuk dalam McD sampai tak nampak aku nak keluar, terus terjah pintu macam apa je.

Aku memang tak pandai nak salahkan diri sendiri. Padahal terang-terangan aku yang berjalan tak pandang kiri kanan atas bawah. Memang patutlah kena hantuk dengan pintu. Memang sesuailah bola pingpong ni melekat dekat dahi.

Aku keluar dari bilik dan berjalan menuruni tangga. Aku tak tahu apa jadi, tak tahu macam mana babah bawa aku balik. Yang pasti, aku sudah ada dekat rumah. Syukur.

“Are you awake?” Suara Kak Lia menghiasi ruang tamu. Aku mengangguk dan berjalan terus menghampirinya yang duduk di sofa, menonton TV. Plastik berisi McD terbiar di atas meja kecil di hadapan kami.

“Sakit lagi kepala tu?” Soal Kak Lia lagi.

Aku memegang dahi. “Sakit. Mana babah dengan mama?”

“Masjidlah. Terawih. Sekejap lagi baliklah tu.” Jawab Kak Lia. Aku melihat jam di dinding. Sudah 9.45 malam. Tak sampai seminit, aku terdengar salam diberi dari luar. Baru saja aku hendak menuju ke pintu, kelibat mama masuk ke dalam rumah.

“Sakit lagi kepala tu?” Terus mama bertanya. Aku tunduk menyalami mama dan mencium pipi wanita ini. Aku menggeleng perlahan dan tersenyum. Mama mengusap sedikit dahi aku. “Itulah. Lain kali jalan tengok kiri kanan. Dah. Pergi pakai tudung. Kawan AD ada dekat luar dengan babah.”

Aku nak kerutkan kening, tapi sakit. “Siapa, ma?”

“Nabil. Anak Haji Rusli.”

0 titik hujan: