Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Sunday, December 27, 2009

Destini : Sebelas.

DUNIA ini bulat. Bulat dan kecil. Kecil sangat sampai aku rasa macam tak percaya yang aku akan jumpa lagi dengan Adib. Ya, Adib lelaki yang sama yang pernah aku ‘curi’ handphone dia tu. Sudahlah tu, siap jadi bos aku pula.

“So, AD. How’s your first day? Okay tak?” Soalan abang Sham menarik aku semula dari bayangan Adib. Petang tadi abang Sham datang dengan kak Sofea bawa berita gembira untuk Pak Long. Abang Sham kata kak Sofea dah hamil 3 bulan. Alhamdulillah.

“Okay! Staf semua peramah. Taklah AD rasa janggal sangat. Dan Tuan Haji ni taklah layan AD macam anak saudara dekat ofis. Garang juga tau, bang.” Aku berbisik pada abang Sham. Tapi cukup kuat untuk bagi Pak Long dengar.

“Sham, papa tak sangka betul. Tadi masa sesi suai kenal, ada orang tu terjumpa cinta lama dia.” Pak Long memandang Abang Sham sambil mengangkat-angkat kening.

Ini antara sebab yang membolehkan aku tersedak ketika makan. Berita-berita macam inilah. Sangat membahayakan! Aku cepat-cepat capai air bila terasa perit dekat hidung. Sakit hoi tersedak benda pedas. Boleh menangis seminggu ni.

“Pak Long! AD dengan Adib tu bukan ada apa-apalah. Kan AD dah cakap yang AD kenal dia sebab AD terambil handphone dia.” Aku pura-pura marah. Kak Sofea ketawa-ketawa sambil menghulurkan tisu pada aku.

“Jodoh agaknya, pa. Sampai jumpa dua tiga kali ni.” Abang Sham pula mengusik.

“Maleh layan Pak Long dengan abang Sham ni!” Aku memandang kak Sofea di sebelah abang Sham, “Bila due date kak?”

“Ada orang tu cuba tukar topiklah Sham.” Pak Long masih lagi menggiatku.

Kak Sofea ketawa lagi. “Papa ni. Dah dah lah tu. Kesian AD ni.” Kak Sofea berpaling melihat aku. “Doktor kata insyaAllah akhir bulan satu atau awal bulan dua tahun depan.”

Nasib baik kak Sofea back up aku. “Bulan dua ye kak? Dapat valentine punya date, memang cool lah!” Aku mengangkat thumbs up pada Kak Sofea. Tak sabar rasanya nak tunggu bulan Februari tahun depan.

“AD bila lagi?” Soal Abang Sham. Dia ni tak habis-habis lagi nak kenakan aku agaknya. Aku ketap bibir. Satu jelingan maut aku hadiahkan. Tapi tak ada effect pun sebenarnya.

“Cari pasal eh?”

Abang Sham kelam kabut mencari sesuatu dari bawah meja. “Mana pasal? Mana pasal?”

“Pak Long, tengok Abang Sham ni!” Aku pandang Pak Long minta simpati. Tapi Pak Long mengangkat bahu, tanda tak mahu masuk campur. Reaksi Pak Long lagilah menggembirakan abang Sham.

“Dah dah! Pergi duduk depan TV!” Aku mengangkat pinggan mangkuk, dan terus membawa pinggan ke dapur. Terdengar suara abang Sham ketawa dari ruang makan.

Selesai mengemaskan apa yang patut, aku terus berlalu ke laman rumah, ke buaian bulat. Kak Sofea dah pun masuk dalam bilik. Pening-pening katanya. Pak Long entah ke mana. Kelibat Abang Sham pun aku tak nampak.

Aku terus duduk berayun dalam buaian bulat. Suasana malam yang sunyi, hanya sesekali terdengar bunyi TV. Aku mendongak melihat bulan, satu perkara yang aku suka sangat bila duduk dalam buaian bulat ni. Tak dapat tidak, bayangan Shafiq mendatangi.

“Kalau satu hari nanti, ditakdirkan kau jadi isteri aku, kau sudi tak?”

Maafkan aku Shafiq. Maafkan aku sebab tak sempat nak jawab, tak sempat nak berikan jawapan yang macam kau nak. Kalaulah aku buka email aku lebih awal, kalaulah aku sempat balas emel kau awal-awal, kalaulah aku teringat untuk baca kad yang kau bagi right away after kau berangkat, aku takkan rasa kesal sampai macam ni sekali kan?

“Lepas ni dah tak ada orang nak kejutkan kau lagi dah.”

Betul, Shafiq. Rumah ni, rumah kau ni, dah tak ada serinya lagi lepas kau pergi. Dah tak dengar suara aku menjerit marahkan kau. Dah tak dengar suara kau ketawa sebab gembira tengok aku terperanjat. Semua tu dah hilang, sekelip mata.

“Kau memang betul-betul sukakan aku kan, AD? Tolonglah jangan nak buat drama halang aku pergi. Tolonglah. Ini masa depan aku. Kalau ya pun kau suka sangat, tunggu sampai aku balik sini. Lepas tu baru aku akan pertimbangkan permohonan kau.”

“Kau jangan nak perasan sangatlah, gila! Kau tak balik sini pun lagi bagus! Menyakitkan hati je!”

“Okay. Aku takkan balik. Nanti kau nangis-nangis rindu aku pun, aku takkan balik dah. Kau menangislah sampai berhari-hari, berminggu-minggu, bertahun-tahun. Aku takkan balik.”

Kau memang dah tak balik kan, Apit? Kau memang tak akan balik lagi kan? Kau dah pergi jauh. Aku dah tak boleh jumpa kau. Tak boleh nak marah kau. Tak boleh nak menangis dengan kau. Tak boleh nak ketawa dengan kau. Aku tak dapat jumpa kau lagi kan, Pit?

“Seronok ke layan perasaan dekat buaian ni?” Teguran Abang Sham mengejutkan aku. Cepat aku kesat air mata. Abang Sham terus duduk di berhadapan dengan aku dalam buaian bulat ni. “Kenapa menangis ni, Adelia?” Soal Abang Sham.

Aku tersenyum menggeleng. “Tiba-tiba teringatkan Apit.” Kata-kata aku mati apabila air mata yang aku kesat tadi keluar lagi. Degil betul mata ni!

“Sorry, bang. Tak tahulah tak boleh kawal pula mata ni malam ni.” Aku ketawa-ketawa sambil terus mengesat air mata. Abang Sham senyum.

“It’s okay. Better to throw it out daripada simpan dalam hati.”

***

SESUNGGUHNYA, aku tak suka nak mencarut petang-petang gini. Tapi, bila tayar kereta pancit dan dah tak ada orang lain yang aku kenal, yang tinggal dekat basement ni, apa neraka ni?

Aku tarik nafas, aku hembus. Tarik nafas, hembus. Tahulah pula aku nombor phone mekanik. Aku mengerutkan kening, berfikir. Pak Long pun dah ke Perlis malam tadi, ada urusan dekat sana. Abang Sham yang ditugaskan untuk menjaga aku, akan datang esok. Sekarang nak minta tolong siapa? Ni macam nak nangis ni.

‘Ok ok. Rilek Adelia. Jangan nak gadis-gadis sangat.’

Aku capai phone. Terkedip-kedip mata aku bila aku tekan keypad handphone banyak kali tapi tak ada keluar cahaya langsung. Kenapa mesti sekarang ni phone nak habis bateri?

Aku menggosok kening perlahan. Ok Adelia. Jom naik ofis semula. Boleh guna phone ofis. Ok ok. That’s quite a good idea, Adelia. Heh. Nak sedapkan hati sendiri.

Aku berjalan menuju ke lif. Jam dah pukul 6.30 petang. Dengan cuaca yang boleh tahan mendung, memang meremang juga sebenarnya bila sorang-sorang dalam lif ni. Dah terbayang dah segala cerita-cerita hantu Thailand, Jepun, Indonesia.

Ting!

Sampai tingkat 8, aku berjalan laju menuju ke kawasan partition pekerja. Seram juga bila tinggal seorang-seorang macam ni. Hajat hati nak masuk ke bilik pejabat aku sendiri aku batalkan apabila ternampak telefon atas meja Julia. Telefon diangkat dan tangan mula mendail nombor abang Sham.

Thank God aku ingat nombor dia.

Tapi kan, kenapa time-time begini aku tak dapat call Abang Sham? Bukan. Kenapa time-time sekarang ni lah Abang Sham nak tutup telefon kan? Semua nak sabotaj aku ke apa ni?

Beberapa saat berlalu, telinga aku menangkap bunyi derap langkah yang makin hampir. Aku dah mula gelabah. Ini pengaruh cerita hantu dekat TV kuat sangatlah ni. Aku pejam mata, berharap bunyi yang aku dengar tu tak benar. Tapi rasa macam makin dekat lagi adalah.

Jangan pandang belakang, Adelia.

"Tak balik lagi?"

Alamak! Dia main tegur-tegur pula. Jantung aku dah macam nak terkeluar dari badan dah dia punya takut. Aku pejam mata rapat-rapat, tak mau tengok muka hantu ni.

Ya Allah, lindungilah aku dari syaitan yang direjam.

“Adelia, are you ok?”

Berkerut kening aku. Mana pula hantu ni tau nama aku? Siap cakap orang putih lagi. Berpelajaran betul hantu ni. Tengah sibuk bersoal jawab dengan diri sendiri, tepukan di bahu memang saja nak test frekuensi suara aku. Terus aku menjerit.

“Eh Adelia. Kenapa ni? Ini sayalah, Adib.”

Aku diam mendengarkan beberapa patah perkataan yang keluar dari mulut hantu itu. Eh apa hantu tu kata tadi? Adib? Aku buka mata perlahan. Sedikit terundur sebab jarak muka aku dan dia terlalu rapat.

“Phew. Ingatkan hantu tadi.” Aku menarik nafas laju-laju, lega. Dada aku tepuk perlahan. Adib ketawa. Dia ingat aku buat lawak agaknya.

“Lain kali tengok lagi cerita hantu banyak-banyak.” Adib menyambung kata. Aku menjeling saja. Adib senyum. “Awak buat apa tak balik lagi?” Soalnya.

“Tayar kereta pancit. Battery phone tiba-tiba gedik nak habis. Tu yang naik atas ni, nak call Abang Sham. Tapi dia pun tiba-tiba off phone juga.”

Adib mengangguk-angguk. “Kalau macam tu, marilah saya hantarkan. Kereta awak tu, esok saya suruh mekanik datang baiki. Ok?”

Aku dongak sikit pandang Adib. “Tak menyusahkan?”

“Saya yang offer diri nak tolong, kan? Kalau menyusahkan, saya telefonkan cab je.” Adib menjawab sambil tersenyum. Aku ketawa kecil. “Dah, jom.” Ajak Adib yang masih tersenyum. Adib yang sentiasa tersenyum.

***

“LEPAS traffic light tu, awak terus je. Nanti jumpa Petronas, terus lagi. Rumah Pak Long dekat depan tu je.” Aku memberitahu jalan menuju ke rumah Pak Long apabila kami sudah masuk kawasan Lubok China. Adib mengerutkan kening. Aku pandang Adib. “Kenapa?”

“Tak. Tak ada apa-apa.” Adib menggeleng sambil terus memandu. Aku diam saja bila Adib dah cakap macam tu. Tak sampai lima minit, Adib memandu perlahan.

“Okay rumah yang putih tu.” Tunjukku pada Adib. Adib memberi signal ke kiri, dan kereta makin perlahan. “Terima kasih tau.” Aku menoleh pada Adib sebelum tangan aku laju membuka pintu kereta.

“Esok saya ambil. Kita pergi kerja sama-sama.” Adib memandang aku.

Aku kerutkan kening. “Tak payahlah kot. Susahkan pula. Lagipun esok Abang Sham ada, dia boleh hantarkan.” Aku kurang selesa sikit. Apa pula kata pekerja lain. Dah lah dia ni bos aku. Karang orang ingat ada scandal dengan bos pula. Buruk nama Pak Long nanti.

“It's okay. Tak susah apa pun. Daripada awak susahkan Abang Sham suruh hantar awak, baik awak terus naik dengan saya. Kan satu jalan?” Adib masih dengan keputusannya. Aku diam. Diam yang tak bersetuju. “So, jumpa pagi esok. Apa-apa, call ok?”

Dasar bos! Dekat luar pun nak arah-arah aku juga. Tapi marah macam mana pun, aku tetap kena berterima kasih dekat budak bos sorang ni. Dia yang baik hati nak hantar aku balik kan. Dan aku terus melihat kereta Adib mengundur perlahan, dan memasuki kawasan rumah Ibu di sebelah. Amboi. Kemain lagi Adib ni. Nak tumpang undur kereta je, kenapa sampai masuk semua body kereta dalam kawasan rumah Ibu?

Aku masih di depan rumah, melihat dengan pelik. Kereta Adib betul-betul masuk ke kawasan parking depan rumah Ibu. Bertambah kerut kening aku bila enjin kereta Adib dimatikan, dan Adib keluar.

“Eh, Along balik rupanya.” Terdengar suara Ibu di sebelah. Terangkat kening aku. Along? Along anak Ibu? Along tu Adib?

***

AKU masih ternganga. Adib, anak Ibu yang sulung. Adib, yang tertukar handphone dengan aku berbulan-bulan yang lepas, anak Ibu yang sulung. Adib, yang menjadi Pegawai Pemasaran dekat tempat kerja aku, anak Ibu yang sulung.

OMG.

“Tak percaya lagi?” Soal Ibu.

Aku menggeleng sambil menahan tawa. "Macam drama tau, bu."

Gelak tawa Ibu, Adib, dan Alia, adik Adib yang bongsu, baru form three masih lagi kedengaran. Aku cuma tersenyum. Dah tak larat nak gelak. "Tak sangka inilah dia yang kalut angkat call Ibu masa Ibu call Along hari tu." Sambung Ibu lagi.

"Itulah. Entah apa yang fikir hari tu, saya main ambil je handphone tu bila pekerja restoren tu bagi pada saya. Dah tak ingat apa dah masa tu."

"Kuat eh jodoh korang. Jumpa lagi." Alia menyampuk. Adib menggeleng sambil tersenyum. Ibu dah ketawa dah. Aku? Mestilah malu-malu. Alia bangun mengangkat pinggan usai makan malam. Aku turut bangun membantu.

"Eh tak payahlah Adelia. Alia boleh buat." Ibu menghalang.

"Ala tak apalah saya tolong Alia, bu." Aku terus mengutip pinggan-pinggan kotor di atas meja, dan sedar, Adib tak lepas pandang.

"Ibu, boleh buat calon menantu ni." Kata Alia tiba-tiba. Tergelak aku mendengar saranan Alia.

"Betul juga tu, dik. Ibu dah lama nak bermenantu ni. Along lambat sangat, biar kita aje yang carikan, kan?" Ibu menyokong Alia. Adib bangun, berlalu ke ruang tamu.

"Ibu ni. Tak elok tau cakap gitu. Tengok.. Along dah lari. Dia kan dah ada girlfriend." Aku bersuara perlahan, takut pula karang Adib dengar. Ibu menggeleng perlahan. Aku angkat kening pandang Alia. Alia angkat bahu, terus berlalu ke dapur sambil membawa pinggan mangkuk. Aku membawa yang selebihnya, dan mengikut Alia.

"Marilah akak basuh. Alia tolong settle kan dekat depan." Ujarku pada Alia. Alia hanya mengangguk dan berlalu ke ruang tamu semula. Aku mula menyinsing lengan baju, terus membuka paip dan satu demi satu pinggan aku cuci.

"Along ada problem sikit dengan Kak Yuni." Suara Alia singgah di telinga. Aku toleh belakang, kelibat Alia yang muncul dengan gelas-gelas sedikit mengejutkan aku. Bukan dia, tapi cerita yang dia bawa. "Sebab tu tadi dia terus pergi tengok TV." Sambung Alia lagi.

Aku mengangguk-angguk perlahan mendengar penjelasan Alia. Teringat wajah gadis yang pernah aku jumpa satu ketika dulu.

"Kalau ikutkan, memang Ibu dah nak pergi meminang dah. Tapi entah, ada je alasan Kak Yuni tu. Tak ready lagilah. Tak ada kerja lagilah. Padahal rasanya gaji Along tu cukup sangat, terlebih cukup nak tampung hidup dia."

"Mungkin dia nak cari life dia sendiri dulu kut? Akak sendiri pun, nakkan kereta sendiri, rumah sendiri, harta sendiri sebelum akak kahwin. Nak ada kerjaya yang boleh jamin hidup akak nanti." Aku cuba memberi pendapat.

"Betul, kak. Tapi dah kalau dia yang memang tak nak, tak payahlah nak bagi alasan berbagai. Cakap aje tak nak, fullstop. Tak payah Along nak pujuk, nak tunggu."

Berkerut kening aku. "Maksud Alia?"

Alia pandang belakang, melihat pintu dapur, kut-kut ada yang mendengar. Seketika, dia toleh kepada aku semula. "Actually, last two weeks, masa Alia hangout dengan member dekat KL, Alia terserempak dengan Kak Yuni, dengan sorang guy ni."

Aku faham maksud Alia. "Kawan mungkin?"

"Kawan? Untuk seseorang yang bertudung macam Kak Yuni tu, takkanlah jalan berpegang tangan dengan lelaki yang cuma kawan, kan kak?" Alia pandang aku. Aku tersenyum. Mengangkat kedua belah kening. "Alia ada bagitau Along, tapi entah. Along macam tak terkejut pun." Alia masih dengan ceritanya.

Aku diam mendengarkan cerita Alia. "Agaknya, Along pernah nampak kut. Tu yang dia macam tak kisah dah. Kesian Along. Kan kak?" Sambung Alia lagi. Aku mengetap bibir, tersenyum. Tak tahu nak cakap apa, sebab hidup aku sendiri pun belum nampak bahagia.

***

AKU mengeluh kelegaan. Punya susahlah nak lari daripada Abang Sham bila dia dapat tahu aku pergi kerja dengan Adib. Habis teruk aku kena perli tadi. Geram betul aku. Nasib baik masa depan Adib tadi Abang Sham tak gatal mulut cakap bukan-bukan.

"Alia cakap apa pada awak malam tadi?" Soal Adib ketika aku dan dia bersama dalam kereta menuju ke pejabat. Aku yang sedang menghayati pemandangan pagi yang penuh dengan kereta di kiri kanan, menoleh memandang Adib.

"Alia tak cakap apa-apa pun pasal awak dengan Yuni."

Adib tergelak. "Alia tak cakap apa-apa, tapi macam mana awak tau pasal saya dengan Yuni?"

Aku rasa macam nak tepuk mulut sendiri. Itulah, pantang kalut sikit, habis semua benda terkeluar. Aku terus diam sebab kantoi yang aku tahu apa yang berlaku antara Adib dan Yuni.

"Dia cantik, baik, dengar cakap." Aku diam mendengar baris-baris ayat yang keluar dari mulut Adib. "Tapi dia berubah lepas dia sambung belajar. Saya tak tahu apa hebatnya budak yang muda empat tahun dari dia. Apa kurangnya saya. Saya tak tau."

"Jadi, apa Alia cakap pasal dia ternampak tu, betullah?" Aku menyoal. Adib mengangguk. Aku menarik nafas panjang. Kental juga Adib ni. Kalau aku, dah lama aku blah.

"Just, let her go." Perlahan ayat itu keluar dari mulut aku. Tak tahu jin apa yang merasuk pagi-pagi ni nak menasihati orang lain. Adib toleh pandang aku, kemudian tengok depan balik. Dia tersengih, sinis.

"Cakap senang Cik Adelia. Yang rasa ni macam nak mati."

Aku senyum mendengar kata-kata Adib. "Ex saya tinggalkan saya untuk orang yang dia sendiri tak kenal, dah kahwin dah pun. Then, orang yang sayang saya, tinggalkan saya juga lepas cuit hati saya. Saya ni lagi rasa macam dah mati, Adib."

Adib diam.

"Kakak saya pernah cakap, kalau kita sayangkan seseorang, kita lepaskan dia. Jangan pegang sangat, takut dia rimas. Biarkan dia terbang bebas. Kalau dia betul-betul sayang awak, dia tak akan terbang jauh. Tinggi mana pun dia pergi, sekali pun dia tak akan lupa awak, tak akan tinggalkan awak."

***

SUASANA sunyi sentiasa menyebulungi andai kita berada bersama dengan seseorang yang kita tak berapa kenal. Itu yang terjadi sekarang. Aku tak tahu apa yang merasuk aku untuk ajak Abang Sham dan Kak Sofea pergi melawat isteri Razmil, Kak Ira. Aku tak tahu apa yang aku cuba buat sebenarnya.

“Akak minta maaf dengan AD.” Suara Kak Ira perlahan menyedarkan aku yang sekarang ni aku masih bersama dengan dia, bukan duduk seorang diri. Aku angkat muka melihat satu wajah yang langsung pucat tak bermaya, namun sedaya mungkin cuba untuk tersenyum.

“Akak tak salah apa-apa, kak. Kenapa nak minta maaf?” Aku senyum seikhlas hati. Betul, aku tak pernah marahkan wanita ini. Aku tak pernah salahkan dia atas apa yang dah jadi antara aku dan Razmil. Bukankah ini yang dikatakan tiada jodoh?

Kak Ira menggeleng perlahan. “Kalau akak tau dia hak AD, akak tak akan rampas, dik. Akak tak tau langsung. Dia langsung tak buka mulut tentang AD.”

Aku pegang tangan Kak Ira. Kalau boleh aku tak mahu dia buka semula cerita yang lepas. Semua pun dah terjadi. “Kak..”

“Family dia datang meminang akak. Mak abah akak terima sebab akak pun tak ada calon lain masa tu. Dia baik, baik sangat. Dia faham akak. Dia ambil berat pasal akak, family akak. Dia sangat baik, dik. Akak sangat bertuah jumpa lelaki seperti dia.” Kak Ira tak pedulikan aku dan terus bercerita. Aku kemudian hanya tersenyum mendengar cerita Kak Ira. Ya, Razmil memang baik.

“Akak dapat semua, dik. Semua. Kecuali satu.” Kak Ira pandang aku, tepat. “Akak tak dapat cinta dia.” Sambung wanita di hadapan aku ini lagi. Perlahan, air mata mengalir di pipi Kak Ira.

Aku terkedu.

“Dia cintakan AD. Sampai bila-bila pun, perkara tu tak kan berubah, dik.” Kak Ira dah teresak-esak. Aku menyapu air mata yang mengalir di pipi mulus itu. Aku toleh ke belakang, melihat pintu bilik, manalah tau Razmil dan Abg Sham ada di situ.

“AD..” Panggil Kak Ira. Aku kembali memandang Kak Ira yang sudah merah matanya. “Akak nak minta tolong dengan AD, boleh?” Sambung Kak Ira.

“Apa kak? Kalau AD boleh tolong, AD tolong.” Aku pegang perlahan tangan Kak Ira. Genggaman aku dibalas, lembut.

“Akak nak sangat lahirkan zuriat Abang Razmil.” Kata-katanya terhenti, sambil membelai perutnya yang masih belum kelihatan, baru hendak mencecah empat bulan. Aku senyum. Kak Ira angkat semula wajahnya dan memandang tepat pada aku. “Andai kata apa-apa jadi pada akak lepas ni, akak nak minta AD, tolong jagakan anak akak, tolong jagakan Abg Razmil, untuk akak.”

Berkerut kening aku. Liur pahit aku telan. “AD.. AD.. Tak janji kak. AD rasa AD tak boleh.” Aku menunduk. Sungguh aku rasa aku tak dapat nak galas permintaan wanita ini.

“AD, akak cuma harapkan AD seorang je. Akak percaya, cuma AD sorang je yang boleh buat Abang Razmil senyum.” Genggaman di tangan semakin kuat.

“Akak..” Aku pandang Kak Ira dalam-dalam, cuba untuk membuatkan dia faham yang aku tak boleh dengan amanatnya yang satu ini. Tolong jagakan anak, mungkin boleh. Tapi bukan untuk jaga Razmil sekali.

“Please. Akak tau AD boleh. Akak yakin dengan AD.” Kak Ira menggenggam kuat tangan aku, tersenyum berharap supaya aku bersetuju dengan permintaannya. Beberapa ketika, pintu diketuk. Aku menoleh belakang. Razmil masuk bersama dulang berisi air dan ubat, diekori Abang Sham dan Kak Sofea.

“Makan ubat, yang.” Ujar Razmil ketika menghampiri katil Kak Ira. Aku beralih, memberi sedikit ruang pada Razmil. Kak Ira cuba bangun dalam susah payah dan Razmil cepat-cepat memapah tubuh isterinya dan mendudukkan Kak Ira dengan selesa. Melihatkan layanan Razmil pada Kak Ira, aku tahu dia terlalu sayangkan isterinya.

"Dia cintakan AD. Sampai bila-bila pun, perkara tu tak kan berubah, dik.”

Perlahan aku keluar dari bilik itu. Duduk di ruang tamu seorang diri, melihat persekitaran rumah mereka berdua. Aku sendiri boleh rasa betapa bahagianya mereka berdua duduk di sini. Dan mata aku tertancap pada gambar Razmil dan Kak Ira, gambar ketika hari persandingan mereka berdua.

Kenapa kau suka buat tindakan yang makan diri kau? Kenapa kau suka lukakan hati sendiri?

Aku mengeluh perlahan. Aku tak tahu apa yang buat aku berubah fikiran untuk datang melawat Razmil dan Kak Ira di rumah mereka di Putrajaya. Aku cuma fikir, dah sampai masa untuk aku lupakan semua perkara. Dan dengan ini, aku boleh bina hidup baru yang lebih tenang. Tapi kenapa bila aku cuba positifkan semua yang berlaku, tetap aku yang rasa sakitnya? Kenapa Shafiq?

***

HARI lebaran terasa cepat betul berlalu. Baru saja aku rasa berpuasa dengan Pak Long, tapi kini rumah aku sudah kembali sunyi apabila kakak-kakak aku semua dah balik ke rumah masing-masing. Rasa lain betul raya bila Shafiq tak ada. Betul kata Shafiq, lepas ni, sekalipun aku menangis sampai berhari-hari, berminggu-minggu, bertahun-tahun, dia tetap tak akan balik. Ah lelaki itu, betapa aku rindu dekat dia.

Aku perhati beberapa ekor ikan koi berenang-renang perlahan dalam kolam kecil di sudut hujung rumah. Teringat dekat Leman, ikan kelisa yang pernah aku bela. Dia dah mati, tak tahu sebab apa. Babah kata, tiba-tiba je Leman terapung dalam akuarium. Ikan koi ni pun, saranan mama. Mama tak mahu babah sedih sangat asyik teringatkan Leman. Jadi mama belikan beberapa ekor ikan ini, dan babah jaga.

Aku tunduk semula membaca CLEO di tangan. Tiba-tiba rasa tertarik sangat dengan artikel : The Biggest Relationship Mistakes Women Make.

Women are not interested in dating men who're shorter, less educated, and earn less than them. And, too often, women forget they're not as great as they think. You'll realise it's not such a bad thing to go out with a sweet Jason Segel type instead of a James Franco doppelganger because you may not be than hot yourself.
Ha Ha Ha (Gelak sarkastik). Betullah.

A woman with her own, separate interests is far happier, and far more interesting, than a woman who becomes a female clone of her guy. Besides, if you break up, you haven't just lost your relationship, you've lost your entire life. A simple piece of device most women forget? "Do your own thing."

Hmmph. Betul lagi.

“Khusyuk membaca?” Satu suara menegur dari pintu rumah. Aku menoleh, melihat babah yang baru keluar dari rumah. Aku senyum saja. Babah menarik kerusi besi putih dan terus duduk di depan aku. CLEO yang aku letakkan di atas peha ditutup dan diletakkan di atas meja bulat.

“Baca sikit-sikit je, bah. Babah ni baru bangun ke?” Aku lihat babah yang masih berkain pelikat dengan kemaja kelabu, rambut yang sedikit basah.

“Haah. Nasib baik masa azan Asar babah tersedar. Tapi tak sempat juga nak ke surau, babah terus solat sekali tadi. Ni AD dah solat?” Babah menyoal. Aku tersengih sambil menggeleng. Babah senyum, faham agaknya.

“Babah nak air tak? AD ada buat cekodok pisang tadi.”

Babah mengerutkan kening. “Mana dapat pisang?”

“Kan semalam AD bawa dari rumah Pak Long. Babah tak perasan?” Aku bangun dari kerusi, berkira-kira untuk melangkah ke dapur.

“Oh ada babah nampak. Terlupa pula. Ha panggil mama turun terus.” Aku angguk, dan berlalu ke tingkat atas, bilik mama dan babah. Baru angkat tangan nak ketuk pintu, mama dah keluar.

“AD baru nak panggil mama. Jom minum. AD ada buat cekodok.”

Mama menyanggul rambut lebat mama yang sudah sedikit keputihan. “Eh? Sejak bila anak mama ni pandai buat minum petang ni? Selalu mama je yang kena buat.”

“Mama ni..” Aku peluk perlahan tangan mama. Dah lama tak bermanja dengan mama. Kami berdua melangkah turun tangga menuju ke ruang tamu. “Mama duduk dulu. AD ambil air dekat dapur.”

Mama mengangguk, aku berlalu ke dapur. Selesai membancuh milo panas, aku bawa sepinggan cekodok pisang ke laman rumah. Aku tuang air ke dalam cawan. “Hah, jemputlah minum.”

“Dah besar dah anak kita, ye mama?” Ujar babah. Aku tergelak mendengar kata-kata babah. Aku tarik kerusi dan duduk di berhadapan dengan mama dan babah.

“Itulah. Dulu nak tengok dia buat air, hmm, setahun sekali, masa raya. Itu pun kalau kakak-kakak dia tak ada." Mama menyambut kata babah.

Aku mengerutkan kening. “Ma, am I that bad?” Aku menyoal mama. Rasa macam tak percaya pula aku macam gitu dulu. Mama ketawa besar.

“AD ni dah ada teman ke? Kalau ada, kita langsungkan sekali dengan Kak Lia aje. Mau?” Kata babah tiba-tiba. Terkejut aku. Ini nasib baik air milo tak cecah tekak lagi. Kalau tak mahu basah mama dan babah kena percikan air milo dari mulut aku.

Aku geleng laju. “No no no. AD tak ready lagi.”

“Tak ready, tapi dah adalah ye?” Mama pula menyoal.

“Mana adalah, ma. AD single and available lagi tau.” Aku menjawab laju. Tapi risau juga dengan jawapan sendiri. Macam mana kalau mama dan babah ada perancangan nak jodohkan aku dengan anak kawan mereka macam cerita dalam drama Melayu? Tak ke haru? Nasib baik babah dan mama ketawa saja. Nasib baik.

“Malam ni AD pergi tak rumah Sarah?” Soal babah. Babah terus pandang straight pada aku yang sedang mengecil-ngecilkan cekodok sebab kalau makan sebiji terus mahu terbakar lidah.

“Pergi, bah. Pagi tadi lagi Sarah dah call ingatkan. Dia risau AD terlupa.” Aku menjawab soalan babah sambil menyuap ketulan kecil cekodok ke dalam mulut. “Mama pergi sekali tak?” Aku memandang mama.

“Mama rasa mama tak dapat pergilah. Malam ni ada kenduri tahlil dekat rumah Haji Malik tu.” Mama mencapai cawan di hadapan. “Lagipun malam ni tak ada apa pun kan?” Sambung mama lagi.

“Sarah cakap malam ni ada jamuan kecil jelah. Lagipun semua kerja dah siap petang tadi. Ini kalau AD datang pun, untuk tolong mana yang tak lengkap lagi. Itu je rasanya.” Aku pandang mama. Mama mengangguk-angguk.

“Nanti kirim salam je lah dekat parents Sarah. Esok baru mama dengan babah datang.” Ujar mama. Aku mengangguk perlahan. Membiarkan angin petang mengikat aku, babah dan mama lebih erat.

***

AKU pandang Sarah dalam cermin sampai tak berkelip mata. Nampak ayu betul kawan aku yang seorang ni. Dengan warna merah jambu lembut, make up yang bagi aku sangat simple, dah cukup tonjolkan kecantikan yang dia ada. Orang dah memang cantik ni, tak perlu make up tebal sangat. Kan?

“Kenapa pandang aku gitu? Kau jangan cakap kau dah tukar selera dekat perempuan pula.” Teguran Sarah menarik aku semula dari terus berfikir macam-macam. Tapi ayat Sarah ni boleh tahan sedap juga. Karang ada juga yang bertunang dengan muka macam Joker karang.

Aku jeling Sarah dan dia terus ketawa yang menyebabkan aku kembali tersenyum. “Kau nampak cantik sangat, babe.”

Sarah balas senyuman aku. “Kau tak payah nak ngengada. Dah kalau make up, mestilah cantik.”

“Tapi serius kau sangat cantik hari ni.” Aku tak alih pandangan pada Sarah yang masih duduk di hadapan cermin. Sungguh cantik kawan aku yang seorang ni.

“Ish kau ni. Meremang bulu roma aku.” Sarah ketawa dengan kata-katanya sendiri. Dia bangun dari kerusi dan duduk berhadapan dengan aku di atas katil. Tangan aku digenggam.

“Kau lagi buatkan aku rasa seram.” Aku menarik tangan aku dari genggaman Sarah. Sarah bulatkan mata dan menepuk tangan aku laju. Aku ketawa saja, bergurau.

“Boleh aku tanya something?” Soal Sarah. Dia pandang aku dalam-dalam. Aku angguk walaupun dalam hati dah dupdapdupdap tak menentu. Sarah diam sekejap sebelum membuka mulut. “Kau betul tak kisah aku dengan Nabil?”

Aku tersenyum mendengarkan soalan dari mulut Sarah. Ini rupanya yang dia nak tanya. Ingatkan apa bendalah tadi. Aku menggeleng perlahan, mewakili soalan Sarah.

“Babe, I'm going to be his fiance. And I'm going to marry someone that you had falling for. Kau betul-betul tak kisah babe?” Sarah masih dengan riak seriusnya, terus renung aku.

Aku genggam kuat tangan Sarah. “Sarah, dulu, memang ya Nabil tu dengan aku. Tapi, itu dah lama berlaku. Long time ago. Dah lama sangat, babe. Kalau betul pun aku masih sayangkan dia, aku sayangkan dia macam seorang kawan baik. Aku tak kisah kau dengan dia, malah aku doakan lagi. Aku happy kalau kawan baik aku, yang pakai baju pink ni happy. Sebab she's everything to me. Kau tau tu, kan?”

Sarah senyum dan ada air mata mengalir. Dia menangis. Aku peluk Sarah erat. Kali ni aku betul-betul ikhlas Tuhan. Semoga kesayangan aku ni bahagia dengan pilihannya.

Monday, December 21, 2009

Destini : Sepuluh.

HARI-HARI aku boleh dikatakan berubah. Bukanlah seratus peratus. Tapi ya, mungkin lebih mematangkan aku. Lebih-lebih lagi sekarang aku duduk dengan Pak Long. Babah yang cadangkan sebab tak mahu Pak Long ingat sangat pada arwah. Ya lah, duduk seorang diri, memang senang betul kalau nak ingat benda sedih-sedih macam ni. Dan kebetulan juga aku pun baru habis belajar. Tak tahu nak buat apa, jadi aku ikut saja cakap babah, temankan Pak Long.

“Adelia.” Terdengar suara Pak Long memanggil dari ruang tamu.

“Ya Pak Long. AD dekat dapur ni. Sekejap.” Tangan yang basah lepas mencuci pinggan mangkuk aku lap pada tuala yang tersangkut berdekatan dengan fridge. Aku pandang jam yang tergantung pada dinding di dapur. Sudah pukul 5.15 petang. Waktu-waktu Pak Long pulang dari masjid ni.

Neslo panas yang sudah tersedia dari tadi aku angkat ke depan bersama dengan karipap yang aku baru buat. Pertama kali buat karipap, dekat sejam juga bergayut dengan mama. Semua benda aku nak tanya, sampai mama kata mama nak datang rumah Pak Long. Okay mama bersinis dengan aku sebab dulu mama nak ajar masak, aku tolak. Kononnya tak bersedia lagi nak masak. Ah tak bersedia apa benda entah.

“Jemput minum, Pak Long.” Aku meletakkan dulang air beserta karipap di atas meja bulat di hadapan Pak Long. Kemudian aku tarik kerusi dan terus duduk sekali.

Berkerut kening Pak Long melihat karipap di atas meja. “Bila AD keluar pergi beli kuih ni?”

“Pak Long ni. Ini AD buat sendiri tau.” Aku berkata sambil menuangkan air neslo ke dalam cawan. Pak Long mengambil seketul kuih dari pinggan. “Cuba Pak Long rasa sedap ke tak. Ini first time tau AD buat karipap ni.”

“First time? Boleh makan ke ni?” Usik Pak Long dan terus menggigit sedikit karipap di tangannya. Aku hanya ketawa mendengar kata-kata Pak Long. Sunyi mencelah masuk buat seketika.

Aku bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke kolam kecil di tepi. Botol berisi makanan ikan aku buka dan aku tabur ke dalam kolam.

“Dulu, Apit lah yang rajin sangat bagi ikan ni makan kalau dia balik rumah. Kadang tu, seminggu sekali dia cuci kolam ni.” Terdengar suara Pak Long dari belakang. Aku menoleh dan melihat Pak Long tersenyum. Aku bangun dari mencangkung dan kembali duduk berhadapan dengan Pak Long.

“Pak Long. AD nak tanya boleh?” Aku senyum sedikit. Risau juga nak bertanya pada Pak Long. Risau Pak Long marah.

Pak Long senyum memandang aku. Neslo di hadapan diteguk sedikit. “Ada apa?”

“AD sebenarnya tak berapa tahu apa jadi pada Apit sebenarnya. Itu hari Abang Sham ada cakap, tapi AD macam tak faham.” Aku renung muka Pak Long. Riaknya berubah sedikit. Terasa pulak bersalah dalam hati.

“Abang Sham bagitau Pak Long, polis dekat sana beritahu yang kereta arwah berlanggar dengan lori dari arah bertentangan. Kebetulan, tayar kereta arwah pecah. Pemandu lori tu pula dalam keadaan mabuk. Lepas tu semua macam jadi tak boleh kawal.” Pak Long mengelap tangan pada tisu.

Aku terdiam mendengar cerita Pak Long. Seketika, perlahan aku menggelengkan kepala. “Kesian Apit.” Luahan aku perlahan kedengaran. Daripada cerita Abang Sham, Shafiq sempat dibawa ke hospital. Dan dia meninggal dunia beberapa minit setelah tiba di hospital. “Pemandu lori tu macam mana Pak Long?”

“Meninggal kat tempat kejadian. Masa ambulans datang bawa arwah pergi hospital, diorang tak sempat nak contact kita. Sebab nak cari contact number masa tu, macam tak sempat.” Pak Long menjelaskan. “Kalau tengok luaran, macam yang AD tengok, tak banyak luka bukan?” Sambung Pak Long. Aku mengangguk. Teringat raut arwah semasa dikapankan. Nampak tenang.

“Tapi dalaman dia banyak rosak. Pendarahan teruk. Doktor dah cuba, tapi tak dapat. Tuhan lebih sayangkan dia.” Pak Long senyum sedikit. Mungkin menahan perasaan sebenar yang ditanggung dalam hati.

***

HARI-HARI yang berlalu aku rasa terlalu cepat. Dah hampir sebulan setengah Shafiq pergi. Pak Long pun dah pergi pejabat macam biasa. Tinggallah aku seorang-seorang dekat rumah ni. Aku berlalu ke ruang tamu setelah selesai mengemas dapur. Sementara tengah tunggu baju dicuci, aku boleh kemas-kemas ruang tamu. Sejenak aku berhenti, berfikir. Aku memang dah macam bibik.

CD Radiohead pemberian arwah aku pasang boleh tahan kuat jugalah. Tak adalah sunyi sangat. Bukan apa, kalau sunyi-sunyi ni, mulalah nak ingat benda sedih. Karang aku juga yang menangis sorang-sorang.

Aku ke laman, sapu-sapu sikit., bagi ikan makan, cabut-cabut rumput yang mula nak melakukan proses tumbesaran. Rumput ni tak boleh nak dibagi muka sangat. Nanti habis dia sapu semua baja bunga. Kesian bunga tak boleh tumbuh cantik-cantik.

“Assalamualaikum.” Tegur satu suara. Aku yang tengah mencangkung nak cabut rumput menoleh.

“Waalaikumsalam.” Aku menjawab salam, tersenyum apabila melihat satu susuk berdiri di sebalik pagar rumah Pak Long. Seorang makcik yang merupakan jiran baru Pak Long. Taklah baru sangat. Hampir sebulan juga. Tapi baru hari ini aku nampak. “Masuklah, makcik.”

Makcik itu tersenyum. Kemudian dia melangkah masuk ke perkarangan rumah Pak Long. Aku berlalu ke paip untuk membasuh tangan. Tangan yang basah aku lapkan saja pada t-shirt merah yang aku sarung.

“Macam sibuk je?” Makcik menegur.

Aku tersenyum lagi sambil menghulurkan tangan bersalam. “Tak sibuk manalah, makcik. Cabut-cabut rumput ni saja. Tak ada kerja dekat rumah, buat kerja dekat luar pula.” Aku menarik kerusi mengajak makcik duduk. “Makcik duduk dulu, saya masuk dalam sekejap buat air.”

Laju tangan aku ditarik. “Tak payahlah susah-susah. Ibu saja datang menjenguk jiran. Nak kenal-kenal.” Makcik itu menjawab. Aku sedikit terkedu apabila makcik ni menggunakan ‘ibu’ sebagai kata ganti dirinya. Tapi aku diamkan saja dan terus duduk berhadapan dengan makcik.

“Ini rumah anak dengan suami ke?” Soal makcik sambil melihat keseluruhan rumah.

Aku tertawa kecil. “Saya tak kahwin lagi, makcik. Ini rumah Pak Long. Saya duduk dengan dia sekarang, sementara belum ada kerja ni. Makcik dulu duduk mana?”

“Tak payahlah bermakcik-makcik. Panggil Ibu saja.” Makcik ‘ibu’ tersenyum. Aku ikut tersenyum sama. “Ibu dulu duduk dekat Sungai Buloh tu ha. Lepas tu suami Ibu kena pindah ke sini. Nak tak nak, kita ikutkan sajalah.” Sambung Ibu.

“Ibu seorang saja dekat rumah? Anak-anak Ibu mana? Sekolah?”

“Yang sekolah, tinggal seorang saja, yang bongsu, satu-satunya anak perempuan Ibu. Abangnya empat orang. Tiga dah bekerja, seorang lagi dekat kolej.” Jawab Ibu. Aku mengangguk-angguk. Ibu menyambung. “Kita berborak ni, Ibu tak tau pun nama kamu.”

Aku tersenyum. “Adelia, Bu. Panggil AD saja. Ibu?”

“Nama Ibu, Fatimah. Hmm AD ya? Macam mana boleh jadi AD pula ni? Panggil Lia kan sedap.”

Tergelak aku mendengar kata-kata Ibu. “Dah ramai sangat panggil AD tu, bu. Dulu masa kecil, saya ni yang sampai nak tergeliat lidah nak sebut Adelia. Tu yang pendekkan jadi AD je. Tapi tak kisahlah kalau Ibu nak panggil Lia.” Aku senyum.

“Oh. Kalau macam tu Ibu nak panggil Adelia lah. Boleh?”

“Boleh Ibu.” Ya, aku tak kisah jika ada yang memanggil aku dengan nama Adelia. Orang kata, lebih elok panggil nama penuh sebenarnya. Bermaksudlah sedikit nama tu.

“Tadi Adelia kata, Adelia duduk dengan Pak Long kan? Kenapa?” Ibu bertanya. Sebelum aku sempat menjawab, Ibu ketawa kecil. “Dah macam busy body pula Ibu tanya macam tu kan?”

Aku tersenyum. “Anak bongsu Pak Long baru meninggal. Dekat dua bulan dah, sebelum Ibu pindah ke sini. Babah dengan mama dekat Pahang. Babah suruh saya duduk dengan Pak Long dulu buat sementara waktu ni. Tak mahu Pak Long sunyi duduk rumah seorang. Mak Long dah lama meninggal. Kebetulan, saya pun memang tak ada kerja lagi ni, temankan jelah Pak Long.”

“Baiknya Adelia ni.” Perlahan tangan aku diusap. Aku senyum lagi. Terdengar deringan telefon dari rumah Ibu di sebelah. Taklah jauh mana rumah Ibu dan rumah Pak Long. Jadi bunyi telefon memang boleh dengar.

“Eh. Entah siapa yang telefon tu. Ibu balik dulu. Kalau Adelia bosan, datang rumah ibu ya. Kita borak-borak. Ibu balik dulu.” Tergesa gesa ibu berjalan menghampiri rumah. Aku cuma mengangguk dan tersenyum.

Wah! Aku dah ada geng ni. Tua pun tua lah.

***

SEJAK duduk dengan Pak Long, aku diarahkan untuk menggunakan kereta Civic milik Shafiq. Sebenarnya aku segan, tapi semua suruh aku guna kereta tu. ‘Amanat arwah,’ kata Pak Long. Jadi nak tak nak (sebenarnya gembira juga), aku pun terus memulangkan MyVi putih pada babah dan mula menjaga Civic macam hak milik sendiri.

Hari Rabu, pulang dari membeli barang dekat kawasan kedai berhampiran, aku tengok kereta Pak Long dah ada dekat garaj. Aku ternampak kelibat seorang lelaki di rumah ibu ketika kaki aku melangkah keluar dari kereta. Aku terjenguk-jenguk macam pencuri. Ini mesti anak Ibu ni.

Sebelum masuk rumah, tak tau kenapa, terdetik hati nak pandang lelaki tadi lagi sekali. Tapi dah tak ada. Dah masuk rumah barangkali. Kening aku berkerut. Aku macam kenal lelaki tu, tapi siapa ya?

“Baru balik AD?” Teguran Pak Long mengejutkan aku. Aku menoleh melihat Pak Long yang sedang duduk di sofa.

"Ha ah Pak Long. Pak Long nak minum?" Soalku.

Pak Long yang sedang menonton TV memandangku. "Tak apalah. Pak Long dah minum tadi. Kenapa tak cakap nak beli barang? Kalau tak boleh Pak Long bawa AD pergi Giant tadi."

"Sikit je Pak Long. Lagipun Pak Long tu baru balik kerja. Penat." Aku berjalan ke dapur. Aku menyimpan barang barang yang dibeli di dalam fridge. Kemudian aku turut duduk di depan TV. "Pak Long dah kenal-kenal ke dengan jiran baru kita tu?" Soalku.

"Cikgu Izzudin tu? Kelmarin bertembung dengan dia masa Pak Long nak pergi kerja. Dia pun nak ke sekolah. Kenapa?"

"Oh. Tak adalah. Itu hari Ibu datang sini, sembang-sembang dengan AD."

"Ibu?" Berkerut kening Pak Long.

"Eh maksud AD isteri Cikgu Izzudin tu, makcik Fatimah. Dia suruh AD panggil dia Ibu." Aku tergelak sedikit bila tersasul depan Pak Long. Pak Long mengangguk-angguk. "Ibu cakap, dia cuma ada seorang je anak perempuan. Tu yang dia macam suka nak suruh AD panggil dia ibu." Aku menyambung.

"Oh. Baguslah macam tu. AD pun berbaik-baiklah dengan makcik Fatimah tu. Senang juga ada kawan dekat sini.” Ujar Pak Long. Aku mengangguk mengiyakan. “Selalu ke dia datang sini?”

"Itu hari dia ada datang masa AD tengah kemas kemas laman. Sembanglah kejap. Dia baik tau Pak Long." Aku mengambil Mr Potato yang ada di atas meja depan TV. Pak Long tersenyum senang. "Erm Pak Long nak makan apa malam ni? Kejap lagi AD siap-siaplah nak masak."

"Pak Long macam nak makan dekat luarlah malam ni. Nak tak?" Ajak Pak Long. Terus bulatlah mata aku dengar Pak Long cakap nak makan dekat luar.

"Jom jom Pak Long. AD nak makan pizzalah." Aku tersengih comel. Buat-buat comel, maksud aku. Pak Long tersenyum. Telefon di atas meja dicapai. Aku cuma melihat.

"Ha assalamualaikum Sham" Pak Long memulakan perbualan.

"Papa dah ada dekat rumah ni. Ni Sham dekat mana?" Soal Pak Long. Aku cuma diam. Masih lagi memfokuskan TV di depan mata.

"Papa nak makan pizza dengan adik kamu malam ni. Jomlah sekali. Papa belanja." Aku menjeling sedikit melihat Pak Long. Sedikit tersentuh dengan perkataan 'adik'. Ya. Pak Long memang anggap aku pengganti arwah Shafiq.

"Hah ye lah. Jumpa malam ni. Assalamualaikum." Talian dimatikan.

"Abang Sham dekat mana Pak Long?" Soalku. Mr Potato masih lagi dikunyah.

"Dia ada kerja sikit dekat Seremban. Semalam sampai sana. Dia ada jumpa Pak Long dekat ofis pagi tadi." Pak Long meletakkan semula handphonenya di atas meja.

"Oh. Dia turun Melaka malam ni eh Pak Long?"

"Taklah. Kita pergi Seremban.” Pak Long mengerling jam pada dinding. “Hah kejap lagi dah nak maghrib. AD pergilah bersiap." Ujar Pak Long. Aku mengangguk dan terus ke tingkat atas.

***

LENGAN aku letakkan ke belakang kepala. Bilik merah hitam putih ini samar-samar dalam kelam cahaya. Aku mengeluh memandang siling. Pulang dari makan malam dengan Abang Sham tadi terusan mengganggu malam aku. Setiap patah kata yang keluar dari mulut Abang Sham menghalang aku dari terus terlelap.

“Isteri Razmil sakit. Ada masalah dengan rahim dia sekarang. Doktor suruh gugurkan kandungan sebab tak nak beri kesan pada Kak Ira tu. Tapi dia degil nak lahirkan anak untuk Razmil.”

“Kak Ira mengandung?”

“Ya, dah dua bulan.”

“Kalau dia terus mengandungkan baby tu, tak boleh ke, bang?”

“Sama ada dia atau bayi tu akan meninggal masa bersalin nanti. Tapi memang doktor tu dah warn awal-awal, kena pilih salah seorang saja.”

Aku melarikan jari ke dahi. Bayangan wajah Razmil ketika dia terlanggar kereta aku, pertemuan dengan dia di rumah nenek, senyumannya setiap kali kami berdua berjumpa, raut wajahnya ketika aku terlihat dia dan Kak Ira di McD Midvalley, nama pada kad jemputan perkahwinan, pautan tangannya pada tubuh Kak Ira ketika hari persandingan. Semuanya datang menyerbu tiba-tiba.

Aku mengiring ke kanan. Senyuman pada raut wajah Shafiq dan muka masam aku dalam gambar aku dan dia ketika raya, gambar yang dia beri sekali dengan kad, aku bingkaikan dan letak di atas meja.

Kenapa kau suka buat tindakan yang makan diri kau? Kenapa kau suka lukakan hati sendiri? Kau tahu tak kau bodoh bila pergi kenduri Razmil? Kau tahu tak kau nampak sangat pathetic bila menangis masa kau nampak Razmil dan isteri dia masuk dewan tadi? Kau sedar tak?

Kau terus buta dengan perasaan kau pada Razmil. Kau terus buta, tak nampak aku yang berdiri dekat sebelah kau.

Kenapa kau pergi cepat sangat, Apit? Air mata mengalir terus ke pipi, membasahkan bantal hitam di bawah kepala. Aku masih perlukan kau, Apit.

***

RINGTONE Sunburn-Muse yang kedengaran kuat dari dalam rumah menganggu. Kelam kabut aku berlari nak mencapai handphone. Penyapu aku campak saja sebelum masuk ke dalam rumah. Handphone di tepi TV aku capai. Satu nombor yang tidak tersimpan dalam contact number muncul di skrin. Siapa ni?

“Hello, assalamualaikum.” Aku menyapa sambil tangan menekan plug kipas.

“Waalaikumussalam. AD?” Satu suara lembut di hujung sana. Suara yang aku kenal sangat-sangat. Suara yang dah lama aku tak dengar.

“Ya, Sarah.” Aku ketawa, gembira. “Lamanya tak dengar suara kau. Macam mana? Sihat?” Laju aku menyoal. Sarah ikut ketawa.

“Alhamdulillah, sihat. Maaflah lama tak call apa semua. Aku busy sangat. Dengan FYP, dengan plan nak sambung master.”

“It’s okay lah, babe. Ini bila nak bertunang ni? Dah setahun lebih dah, tak ada dengar ada jemputan lagi?” Aku terus duduk tersandar di atas sofa.

“Inilah yang aku call ni. Aku nak jemput kau datang rumah masa raya nanti.”

Mata aku membulat, tersenyum girang. “Seriously, babe? Congrates! Happy for you!”

“Kau orang pertama aku jemput tau. So aku memang sangat harapkan kau datang. Kalau kau tak datang, aku merajuk sampai lima belas tahun. Tunggu anak-anak kita dah besar baru aku nak kawan dengan kau balik.”

Aku ketawa. “Kau ni dah nak bertunang, tapi nak merajuk-rajuk lagi. Sekeh karang!” Dan Sarah turut tergelak. Lama betul aku dan dia tak berjumpa. Kali terakhir, masa kami berdua makan cendol pulut bersama.

“Babe.” Panggil Sarah perlahan. “Takziah ya. Aku baru tahu pasal Apit. Seriously I have no idea till the day I met your mama. Banyakkan bersabar ya, AD.”

Aku tersenyum. “Terima kasih, Sarah. It’s been a month now. Aku dah quite okay. Cuma sometimes tu, teringatlah juga. Lagi pula aku duduk rumah dia, bilik dia. Nak tak nak, memang terpaksa tahan hati untuk Pak Long.”

“Aku tahu kau kuat. Aku tahu kau boleh hadapi semua ni, kan?” Sarah separuh memujuk. “Dan aku juga nak kau tahu, aku sentiasa ada untuk kau. You just have to give me a call.”

Terima kasih, Sarah.

***

PENAT betul hari ni. Padahal pergi inteview je pun tadi. Ya, akhirnya aku setuju dengan pendapat babah dan mama supaya aku kerja dekat pejabat Pak Long dulu. Daripada duduk rumah, tak jadi apa juga, baik kerja. Jawatan, pembantu pegawai pemasaran. Pak Long kata, dia boleh tolong. Tapi bagi aku, biarlah aku cuba guna usaha aku. Karang orang dekat ofis tu kata bukan-bukan pula.

Handbag Sembonia yang aku rembat Kak Lia punya aku letak atas meja dalam bilik arwah Shafiq. Perlahan, aku merenung bilik tinggalan arwah. Pada mulanya, aku nak tidur di bilik tetamu saja. Sebab ye lah, aku tak mahulah ganggu apa-apa dalam bilik ni. Tapi Pak Long berkeras juga nak aku jadikan bilik Shafiq ni macam bilik aku. Kata Pak Long, apa saja kepunyaan Shafiq, akan jadi milik aku.

Tiba-tiba, mata aku tertancap pada sekeping kertas kecil terselit dekat bahagian bawah laci meja di sebelah katil. Aku bangun dan membuka laci tersebut, perlahan kertas tu jatuh. Bukan kertas, gambar.

Gambar aku dengan arwah masa raya. Tahun 1995. Ketika aku baru darjah satu, dan arwah darjah tiga. Masing-masing tengah pegang duit raya, baju sama ungu. Teringat babah pernah bagitahu, masa aku kecil, aku tak boleh dipisahkan dari Shafiq. Mana-mana nak Shafiq ada. Sampai apa yang Shafiq nak, aku nak juga. Tengoklah, baju raya pun warna sama.

“Aku pun sebenarnya tak sampai hati nak tinggalkan papa, nak tinggalkan kau.”

“Aku?”

“Ya. Aku risau kalau kau salah pilih lelaki lagi. Nanti kau akan kecewa, akan terus hurt, akan terus jatuh. Aku dah tak ada nak bangunkan kau semula.”

Orang kata, kita cuma perasan tanda-tanda pelik bila orang tu dah tak ada. Dan sekarang, setiap patah ayat yang pernah Shafiq ungkapkan, bermain-main dalam minda aku. Kata-kata yang aku tak sangka, petanda yang dia akan pergi. Dan tahanlah macam mana pun, tetap air mata aku nak keluar. Rasanya macam susah sangat aku nak lupa apa yang dah jadi.

***

JANTUNG aku tak berhenti nak dupdapdupdap. Hari pertama aku jejakkan kaki sebagai Penolong Pegawai Pemasaran. Hari pertama aku bekerja setelah beberapa bulan duduk di rumah. Sesi perkenalan dengan staf-staf ofis berjalan lancar. Ada jugalah dua tiga muka yang lain macam bila tau aku ni anak saudara kepada CEO syarikat ni. Mungkin diorang fikir aku dapat kerja sebab Pak Long kot.

“Cik Adelia, apa-apa, cik bagitau saya ya?”

Aku mengangguk-angguk mendengar pesanan Julia, setiausaha aku. Setiausaha aku? Taklah. Dah besar sangat bunyinya tu. Sebenarnya Julia setiausaha Encik Adib, pegawai pemasaran. Aku ni cuma pembantu dia je.

“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu ya cik Adelia.” Julia mula melangkah ke pintu.

“Julia, tak payahlah panggil saya Cik Adelia. AD je. Okay?” Aku bersuara. Julia tersenyum manis. Dia mengangguk sedikit dan berjalan keluar dari bilik aku.

Aku memerhati keseluruhan bilik. Boleh tahan juga bilik pembantu pegawai pemasaran. Ingatkan pembantu tak ada bilik sendiri. Aku berjalan di dalam bilik aku sendiri, memerhati setiap penjuru. Kemudian, fail-fail yang tersusun di atas meja aku selak. Hari pertama kerja, sungguh aku blur. Tak pernah pula aku tau pasal pemasaran ni. Jadi AJK pemasaran untuk beberapa majlis masa dekat U dulu tau lah.

Ketukan di pintu sedikit mengejutkan aku. Julia menjengahkan kepala. “AD, Tuan Haji Mazlan nak jumpa dekat bilik beliau.” Suara Julia masuk ke dalam telinga aku.

“Sekarang ke?”

“Haah. Marilah, saya tunjukkan bilik Tuan Haji.” Julia menanti aku di pintu. Aku melangkah keluar dari bilik dan terus membontoti Julia. Tak sampai lima minit, aku tiba di hujung laluan, di mana terletaknya bilik Tuan Haji Mazlan, bilik Pak Long.

“Tuan haji, boleh cik AD masuk sekarang?” Sopan suara Julia selepas beberapa ketukan di pintu.

“Ya ya. Silakan dia masuk.”

“Cik..” Julia bergerak sedikit ke tepi, memberikan peluang aku melangkah.

Aku pandang Julia. “Kan dah cakap jangan panggil Cik.” Aku senyum pandang Julia. Julia berbisik pada aku. “Depan bos.” Aku mengangguk-angguk tersengih sedikit.

“Terima kasih Julia". Julia mengangguk. Pintu ditutup. Aku melangkah ke dalam bilik Pak Long. Ada seorang lelaki sedang duduk di hadapan Pak Long.

“Ada apa-apa ke Tuan Haji panggil saya?" Aku bersuara mendatar, cuba mengikut rentak pekerja lain di pejabat ini. Karang kalau aku panggil Pak Long karang, mulalah ada yang mengata lebih-lebih.

Pak Long ketawa. “Lain macam pula Pak Long dengar kamu panggil Tuan Haji.” Aku mencebik. Pak Long ni, aku punyalah nak bekerja dengan serius, dia pula yang main-main. “Ini, Pak Long nak kenalkan kamu dengan Pegawai Pemasaran. Tadi dia tak sempat ada masa sesi kenal-kenal.”

Aku berpaling ke sisi. Lelaki di sebelah turut menoleh memandang aku.

“Adib, ini Adelia pembantu baru kamu.” Suara Pak Long masuk ke dalam telinga aku. Tapi aku tak berapa nak fokus sangat dengan kata-kata Pak Long. Sebab lelaki di sebelah aku ini. Lelaki ini.

Monday, December 7, 2009

Destini : Sembilan.

SENYUMAN lebar tak boleh nak kawal lepas sahaja aku keluar dari bilik Dr. Maliq, pemeriksa projek tahun akhir aku. Siapa tak gembira oi bila tesis yang diminta untuk diperbaiki selepas pembentangan, diterima dan boleh dijilid. Usaha setahun terasa berbaloi walaupun sebenarnya tak lah setahun sangat usaha aku tu. Tapi yang penting, dah siap!

Keluar dari lif menuju ke foyer, aku terasa getaran dari dalam poket seluar. Tergocoh-gocoh juga nak keluarkan handphone bila tangan yang cuma ada dua ni penuh dengan buku, tesis yang diprint black and white dan macam-macam lagi. Nasib baik tak bawa laptop.

Aku terus tersenyum melihat nama Dina tertera pada skrin telefon. “Dina, I’m done!” Dan aku ketawa kecil, teruja sangat.

“Tesis kau? Peh power! Kau jumpa Dr. Zahid ke? Patutlah aku pergi bilik kau tak ada orang.” Dina pun turut ketawa mendengar.

“Taklah. Aku jumpa Dr. Maliq. Dia kan pemeriksa aku. Kalau dengan Dr. Zahid, memang dah okay dah.” Aku ketawa di hujung ayat. “Kau punya macam mana?”

“I’m done too!” Dan ketawa Dina terus sampai ke telinga.

“Cool. Jom, kita pergi jilid. Petang ni nak tak?”

“Boleh. Tapi yang penting sekarang, kita pergi lunch dulu. Aku dah kebulur nak makan nasi ni.”

Aku melangkah menghampiri kereta, membuka pintu dan masuk ke dalam kereta. “Kau tunggu dekat bawah blok. I’ll pick you up.”

“Itulah yang aku nak dengar dari tadi. Yea!”

Aku menggelengkan kepala sambil menghidupkan enjin kereta. MyVi putih perlahan mendaki bukit di kawasan Fakulti Sains dan Teknologi, melalui Perpusatakaan Tun Sri Lanang, berpusing di bulatan berhampiran masjid dan membelok masuk ke kolej Tun Hussein Onn. Dari jauh aku nampak Dina menunggu berhampiran Kelisa merah hitamnya.

“Eh bukan ke itu hari kau ada cerita yang Shafiq ada ura-ura nak bagi kau kereta dia tu kan?” Dina menyoal ketika aku terus membelok keluar dari kawasan kolej menuju ke pintu pagar utama UKM.

“Dia yang cakap nak bagi. Tapi babah macam berat hati nak ambil. Benda mahal tu. Karang adik beradik dia, papa dia, cakap apa pula.” Aku terus membelok ke kanan menuju ke Kajang. “Kita nak makan dekat mana ni?” Aku memandang Dina di sebelah.

Dina diam seketika. “Kita makan chicken chop dekat Metropoint jom. Terasa nak makan western food lah hari ni.”

Aku mengangguk-angguk mendengar jawapan Dina. Sesekali aku melihat Dina mengemas barang di dalam beg yang dibawa. Habis semua dia bawa keluar. “Apa benda yang penuh sangat dalam beg kau tu, Dina?”

“Ini kad-kad yang Hafiz bagi. Masa birthday, masa nak exam. Aku nak simpan dalam kotak, tak tahu macam mana boleh ada dalam beg ni.” Dina terus tunduk menyusun kad-kad bersampul di dalam beg. Kata-kata Dina menyinggah perlahan dalam otak aku. Seketika, aku terbayangkan kad yang aku jumpa dalam slingbag aku, kad yang Shafiq bagi, kad yang dia suruh baca masa dia dekat sana.

“Damn! Dah dekat seminggu baru aku ingat!” Aku mengetuk stering kereta.

Dina memandang aku pelik. “Kenapa kau ni? Kena sampuk jin tanah?”

“Aku ada dapat kad. Apit bagi sebelum dia pergi sana. Haish tertinggal dalam slingbag dekat rumah pula.” Aku mengeluh kecil. Geram dengan diri sendiri sebab selalu terlupa benda-benda macam ni. Aku berhentikan kereta di satu parking kosong berhadapan dengan MyDin.

“Kad apa dia bagi kau?” Dina bertanya ketika aku dan dia sudah pun keluar dari kereta. Aku angkat bahu sambil menekan lock kereta. “Dah macam pakwe berutus surat pada makwe pula bagi-bagi kad sebelum pergi ni.”

Aku jeling Dina.



BABAH membontoti aku sampai ke pintu depan. Aku baru saja tiba di rumah tengah hari tadi dan selepas azan Asar berkumandang, aku dah nak balik Bangi semula. Puas babah kata balik esok saja, tapi aku degil nak balik hari ni. Bukan apa, aku dah janji dengan tokey kedai print nak ambil tesis yang aku dah jilid pagi esok. Kalau ambil awal, boleh hantar awal, boleh fokus dekat study untuk final cepat. Eceh fokuslah sangat.

Ini nasib baik mama tak ada dekat rumah sebab pergi rombongan persatuan wanita. Kalau tak mahu aku kena ikat dekat tiang katil, suruh balik pagi esok ni.

“Balik tu, drive hati-hati. Jangan nak menyelinap sana sini.” Pesan babah. Aku tersengih saja. Selepas bersalaman, aku terus masuk ke dalam kereta dan mula memandu. Nasib baiklah CD Ok Computer hadiah dari Shafiq masa birthday aku yang lepas-lepas ada dalam kereta. Taklah bosan aku memandu seorang.

Aku sampai di bilik ketika jam dah pun pukul 7.45 malam. Penat betul hari ni. Ini tak boleh nak duduk bermalas-malas ni. Silap haribulan, mau tertidur kalau aku duduk atas katil ni. Aku capai tuala, terus pergi bilik air.

Usai solat, aku duduk termenung atas sejadah. Rasa tenang. Aku teringat kad yang Shafiq bagi. Dengan bertelekung, aku mencapai kad di atas meja. Perlahan aku buka. Sekeping surat terselit di dalam. Sekeping kertas terjatuh di atas riba ketika surat aku buka. Bukan kertas, tapi gambar. Gambar aku dan Shafiq masa raya. Gambar dia ketawa dan muka aku yang masam kerana aku marahkan Shafiq yang ketawakan aku sebab kaki aku terseliuh.

Adelia..

Aku tak ada segalanya. Malah, kau patut tahu, aku tak punya apa. Yang ada cuma impian. Impian aku untuk memperoleh hari yang lebih baik dari hari ini. Dan impian aku juga adalah kau. Untuk bersama aku. Untuk terus ada di sebelah aku. Untuk menjadi separuh daripada aku.

Adelia..

Aku berharap kau tahu yang aku sangat ambil berat pasal kau. Yang aku terlalu risaukan kau. Yang aku terlalu sayangkan kau. Jika kau sudi berkongsikan apa yang kita panggil 'life' ni bersama aku, aku akan pastikan kau takkan menyesal terima aku. Dan jika satu hari nanti rasa hati kau berubah, dan aku bukan lagi yang kau dambakan, aku akan tetap dengan rasa ini. Aku akan tetap dengan perasaan ini. Hati aku tetap untuk kau. Cinta aku tak kan berubah, tetap pada kau.

Dan jika ditakdirkan aku mati, aku takkan menyesal. Malah aku bertuah kerana aku jatuh cinta dengan kau, Adelia.

Aku telan liur perlahan, menahan debar di dalam hati. Menahan perasaan yang membuak-buak tak mengerti. Menahan rasa hati yang berdegup kencang tak boleh berhenti.


AKU bersandar pada kerusi di meja study. Leher diregang-regangkan dan aku mematah-matahkan jari. Penat betul kalau musim periksa akhir ni dah sampai. Kalau ada selang hari tak apalah juga. Ini berderet paper. Matilah macam ni.

Aku mendongakkan kepala melihat siling yang ada di atas. Entah macam mana, rambut yang aku gulung menggunakan stick terbuka dan stick itu terjatuh di atas lantai. Ketika aku tunduk mencapai batang kayu kecil coklat itu, bayangan Shafiq melintas. Teringatkan gelagatnya yang suka menarik stick pada rambut aku supaya gulungan terbuka. Terbayangkan dia yang tersengih-sengih apabila aku marah.

Phew. Semua serba tak kena bila ada lelaki yang luahkan rasa.

“AD!” Satu panggilan beserta ketukan di pintu menyedarkan aku. Dina.

“Masuklah. Pintu tak kunci pun.”

Perlahan pintu ditolak dari luar. Dina menjengahkan kepala dan melangkah masuk. Dia terus baring atas katil hitam berbelang merah putih aku. Aku menoleh memandang Dina. “Hah! Baring je. Kau jangan nak sepah-sepahkan pula.”

“Halah. Nanti aku kemaslah balik, kedekut!” Dina menjelir lidah.

“Kau tu cakap je. Nanti tengok-tengok terus lari, buat-buat lupa kan.” Aku kembali mengadap tingkap. “Kau dah habis study ke Dina?” Aku bertanya sambil tangan laju menggulung rambut yang terlepas dari tadi.

“Tak tau lah. Rasanya macam dah. Tapi bila aku try jawab past year paper, macam tak tau apa je. Peninglah. Tu aku datang bilik kau. Konon nak ambil mood study. Tapi masuk bilik kau saja, mood mengantuk pula yang teraktif.” Dina memejamkan mata. Aku menggeleng melihat telatah Dina. Macam-macam budak nilah. “Eh apa ni?” Sambung Dina.

Pertanyaan Dina membuatkan aku berpaling. Laju aku pergi ke katil, dan kad di tangan Dina aku ambil. “Private and confidential!” Phew. Nasib aku cepat, pantas dan tangkas. Bahaya kot kalau Dina baca kad ni. Mau bermacam-macam spekulasi yang dia buat nanti.

“Kedekut taik hidung masin. Kedekut taik hidung masin. Kedekut taik hidung masin.” Sampai tiga kali Dina ulang sebab geram dengan aku. Tapi aku tak peduli. Aku on laptop dan terus log masuk dekat akaun Gmail.

Mata aku laju menancap pada dua emel baru yang aku terima. Dua-dua daripada Shafiq. Tangan pantas klik pada emel bertarikh 20 hari bulan, tiga hari lepas.

20th Apr 2009 19:43

From : Muhammad shafiq
To : adelia azman

Babe, dah baca ke belum? Aku nak tau macam mana reaksi kau.


Aku hanya mengangkat kening sedikit membaca emel pertama dari Shafiq, menjawab di dalam hati yang aku baru baca kad yang dia bagi tu kelmarin. Cursor dilarikan pula pada emel kedua, dua hari yang lepas.

21st Apr 2009 06:37

From : Muhammad shafiq
To : adelia azman

Aku tak tau. Maybe aku macam desperate sangat. Tapi aku takut kalau aku tak ada peluang lain untuk bagitau kau. But whatever it is, aku yakin kau ada rasa yang sama kan? Rasa macam yang aku rasa. Kan Adelia?



“Wow. What’s going on here?” Suara Dina di tepi telinga mengejutkan aku. Tak boleh nak elak, sebab Dina dah baca apa Shafiq tulis. Tak boleh nak cakap ‘tak ada apa-apa’ sebab budak ni dah pun pusingkan kerusi aku mengadap katil, berhadapan dengan dia.

Aku mengeluh sedikit. Kad yang dari tadi aku pegang, aku hulurkan pada Dina. “Nah, bacalah kad ni.” Dina menyambut huluran yang aku beri. Lama dia diam membaca satu persatu ayat dalam kad itu.

“Fuh. Unexpectable.” Ringkas Dina berkata sambil memasukkan semula kad ke dalam sampul. Kad itu diletakkan di atas katil di sebelahnya. “So, apa kau nak buat sekarang? Kad, emel. He’s damn serious.”

Aku garu kepala. “Tak tau. Betul aku tak tau apa aku nak buat sekarang.” Satu keluhan lagi. “Aku.. Aku macam tak percaya yang Apit betul-betul serius. Dia selalu main-mainkan aku. Tapi ini, aku tak nampak pun tanda-tanda dia nak prank aku.”

“Apa kau rasa pada dia?” Soalan Dina aku jawab dengan gelengan. Aku tunduk memandang jari. Ini saat-saat genting. Dengan final, dengan hati. “Aku tak tau nak cakap apa. Tapi aku rasa, Apit betul-betul sukakan kau. Logically, dia tu handsome tapi sampai sekarang tak pernah ada awek. Maybe dia memang betul-betul tunggu kau kan? Tak salah babe, kalau kau terima dia.”

Aku pandang Dina.

“Pandang pada siapa yang pandang kita. Jangan pandang pada siapa yang kita pandang.”



PINTU bilik dibuka. Dua paper sudah berlalu. Tinggal lagi dua. Nama saja budak tahun akhir, tapi periksa akhir, banyak lagi kertas. Ini pun nasib baik satu subjek tak ada final exam. Kalau tak, berkurung dalam bilik ikat kepala dengan tuala putihlah aku.

Kad pelajar, slip kemasukan, alat tulis, semua aku tabur atas meja. Tudung hitam dibuka dan terus disangkut pada paku di pintu. Aku menuju ke meja study dan duduk di hadapan laptop. Gmail dibuka dan emel Shafiq aku baca.

Perlahan, jari aku mula mengetik keyboard laptop. Beberapa kali aku taip dan aku padam, beberapa kali aku berfikir untuk terus berdiam. Tapi mengenangkan Shafiq yang jauh dekat New Zealand, aku siapkan juga satu emel jawapan untuk dia. Dah tekan button send barulah aku baca semula apa aku tulis. Bijakkan? Sepatutnya baca dulu sebelum hantar tadi.

25th Apr 2009 15:32

From : adelia azman
To : Muhammad shafiq

Apit, kenapa?

Aku tak tahu nak cakap apa, Pit. Kau sepupu, kau abang, kau kawan, kau buddy, kau musuh, kau kaki buli. Dan sekarang macam mana aku nak tambah satu lagi watak kau dalam hidup aku sebagai separuh dari hati?

Kau saja buat aku tak senang duduk time final exam macam ni.

But Dina told me this. ‘Pandang pada siapa yang pandang kita. Jangan pandang pada siapa yang kita pandang.’ Okay she knows about us. I have to let her know sebab aku perlukan someone yang boleh nasihatkan aku. Aku takut aku buat keputusan yang kurang bijak.

Aku bukan jin pentunai harapan. Tapi tak salah rasanya kalau aku nak kabulkan permintaan kau untuk nak aku ada dekat sebelah, sampai akhir nanti.

Whenever you come home, I’ll always wait for you.


EMPAT kertas dalam masa empat hari. Satu perkataan saja, gila! Tak cukup tidur, Nescafe 3 in 1 pack hijau, magi, roti dan planta, kertas yang bersepah-sepah. Hanya perkara ini saja yang ada dalam bilik aku selama empat hari ini.

Keluar dari dewan peperiksaan, aku tunggu Dina di tepi kaki lima. Dari jauh aku nampak Dina berjalan dengan mengipas-ngipas menggunakan slip exam. “Masak aku. Ada soalan aku tinggal.”

“Tak apa, Dina. Kita repeat paper ni sama-sama nanti.” Aku berkata, bergurau. Dina ketawa dan memasukkan alat tulis dalam beg yang dibawa.

“Repeat tak repeat, exam dah habis. Sekarang, kita pergi makan. Aku dah kebulur.” Dina terus melangkah menuju ke kereta Kelisanya. Aku hanya menurut. Memang dah plan lepas habis exam nak terus pergi makan. Konon nak celebrate.

Masuk saja dalam kereta, handphone yang aku silent kan bergetar. Nama babah muncul di skrin. “Assalamualaikum babah. AD baru habis jawab paper ni. Ini dalam kereta nak pergi makan dengan Dina.”

“Macam mana jawab tadi? Okay tak?” Soal babah di hujung sana.

Aku ketawa. “Kita tunggu result nanti macam mana lah, babah. Babah dekat mana ni? Babah dah makan?” Dina yang sedang memandu turut tersenyum mendengar kata-kata aku yang nampak sangat nak lari dari soalan babah pasal exam tadi.

“Babah dekat rumah Pak Long ni.”

Aku mengerutkan kening. “Buat apa? Ada apa-apa majlis yang AD tak tau ke?”

“Inilah yang babah call ni. Lepas zuhur nanti, AD terus balik Melaka ya.” Pesan babah, tanpa menceritakan apa-apa. Ini yang aku tak sedap hati ni. Ada apa dekat rumah Pak Long?

“Ada apa ni, bah?” Aku menyoal soalan yang sama.

“Nanti drive hati-hati ya. Pergilah makan dulu. Babah tunggu AD sampai.” Dan babah terus tamatkan panggilan. Aku renung handphone di tangan. Tak pernah-pernah babah perahsia macam ni. Kenapa ya?

“Kenapa?” Soal Dina.

“Babah suruh aku balik Melaka petang ni. Aku tanya kenapa, tak nak cakap pula.” Aku mengeluh. “Aku tak sedap hatilah Dina.” Aku pandang Dina di sebelah.

“Rileks lah. Entah-entah babah saja nak buat surprise untuk kau sebab dah habis exam tak?”

Aku mencebik. “Tak ada kerja babah nak buat benda gitu.” Dan Dina ketawa senang melihat aku menjelingnya.

“Apit apa cerita?” Dina bertanya sambil memberhentikan kereta di hadapan deretan kedai makan Seksyen 16, Bangi. Dia menarik handbrake dan memandang aku.

“Tak tau. Aku dah sent emel dua hari lepas. Pagi tadi aku cek, tak ada respon lagi. Dia busy kerja kot.” Aku mengangkat bahu.

Dina tersenyum. “Take it easy, babe. Sekarang, kita makan.” Dina menepuk bahu aku beberapa kali dan keluar dari kereta. Aku cuba tersenyum ketika melangkah keluar. Tapi panggilan telefon dari babah sedikit melemaskan.




AZAN dari masjid di hujung jalan sayup-sayup kedengaran. Aku membuka mata yang masih berat melekat. Bilik bercat putih gelap kesuraman. Aku tekan suis lampu di atas meja kayu merah di tepi katil. Jam petak hitam menunjukkan pukul 7.25 petang. Sudah maghrib.

“Adelia, bangun. Dah maghrib dah ni.” Suara babah di luar bilik beserta ketukan kedengaran. Aku bangun dan duduk di atas katil hitam, katil Shafiq.

“AD dah bangun, bah.” Dan tiada lagi ketukan. Aku bangun dari katil dan terus menekan suis lampu berhampiran pintu. Tuala maroon yang tersidai di ampaian aku capai dan terus masuk ke bilik air yang tersedia dalam bilik Shafiq.

Usai solat, aku terus turun ke ruang tamu. Perut lapar dari petang tadi dah mula nak tunjuk perangai. Tapi rasa lapar mula pudar apabila dari tangga aku dah nampak babah di sebelah Pak Long, nenek, dan mama. Dupdapdupdap dekat hati tak boleh nak hilang bila aku dapat tengok adik beradik aku dan anak-anak Pak Long duduk bersila di ruang tamu. Semua macam tengah tunggu aku.

“AD, mari. Duduk dekat Pak Long.” Pak Long menggamit aku.

Aku mengerutkan kening, turun dari tangga terakhir dan berjalan menghampiri lalu terus duduk di sebelah Pak Long. Satu-satu wajah di depan mata aku pandang. “Kenapa ni? Ada apa-apa yang AD tak tau ke?”

Aku pandang mama yang merah matanya memandang babah. Babah membalas pandangan mama dan mengangguk perlahan pada Pak Long. Aku melihat Pak Long di sebelah. “Pak Long, kenapa ni? Pak Long tak sihat ke?”

Pak Long tersenyum dan menggeleng perlahan. “Pak Long ada berita nak sampaikan pada AD.” Kata-kata Pak Long terhenti seketika. Baru saja aku nak membuka mulut bertanya, Pak Long terlebih dahulu menyambung kata. “Pak Long harap, AD tenang, bersabar banyak-banyak. Serahkan semuanya pada Allah. Ya?” Suara Pak Long memujuk perlahan.

Aku tersengih kecil. Kepala tak gatal aku garu perlahan. “Apa kias-kias ni Pak Long. AD bukan faham sangat. Pak Long cakap jelah terus terang. Apa dia?”

“Shafiq..” Perlahan suara Pak Long mencecah ke telinga. Satu keluhan kecil kedengaran. Aku memandang Pak Long dengan kerutan seribu dekat dahi.

“Shafiq?” Aku ulang semula.

Pak Long pandang aku dalam-dalam. “Shafiq dah tak ada.”

Mata aku terkelip-kelip renung Pak Long. Otak bergerak laju memproses kata-kata Pak Long tadi. ‘Shafiq dah tak ada.’ Aku alih pandangan pada babah, mama, nenek, Abang Sham, Kak Sofea, Abang Wan, Kak Ika, Kak Dhiya, Abang Faris, Kak Mia, Abang Iqram dan Kak Lia. Dan mereka semua sedang pandang aku seorang.

Aku garu kening sedikit sambil tersengih. “Apa Pak Long kata tadi?” Aku rasa aku dah salah dengar ni. Aku yakin, aku salah dengar. Aku yakin.

“Shafiq dah tak ada, Adelia.” Babah menjawab bagi pihak Pak Long yang sudah menunduk. Aku pandang babah. Kening dikerutkan.

“Okay enough. Mana Apit sekarang? Dia menyorok dekat mana? Dalam bilik Pak Long ya?” Aku bangun dari duduk dan berlalu hendak menaiki tangga ke tingkat atas. Aku yakin Shafiq dekat atas tengah sibuk ketawakan aku.

“Adelia.” Suara Pak Long memanggil. Langkah kaki aku terhenti di sebelah Kak Mia berhampiran tangga. “Percaya cakap Pak Long. Shafiq dah tak ada. Dia dah tak ada bersama kita lagi.”

Lima belas saat aku pandang Pak Long. “Pak Long pun dah join team Apit kenakan AD ke? Mana aci macam ni. Memanglah AD kalah. Come on Pak Long. Bagitau AD cepat, mana budak sorang tu menyorok.”

“Dik, terima kenyataan. Shafiq dah tak ada. Ini bukan macam game yang arwah selalu kenakan AD. Dia betul-betul dah pergi.” Suara Abang Sham macam memanah telinga aku.

Aku telan liur. “Okay memang dia tak ada sebab dia kan pergi New Zealand, kan? Shafiq tak ada sebab dia dapat offer kerja dekat New Zealand. Kan kita ramai-ramai hantar dia dekat LCCT dulu kan?” Aku pandang seorang demi seorang. Abang Sham menggeleng tertunduk. Nenek dan mama menangis. Mata aku mula kabur.

“Kenapa dengan semua orang ni? Kenapa nak menangis? Shafiq elok-elok jelah dekat sana. Dia sihat je. Tak payahlah menangis macam ni.” Aku menyambung kata. Mula terbayang wajah Shafiq, terakhir kali sebelum dia melangkah masuk ke dalam dewan menunggu. Tanpa sedar, air mata mula menitis ke pipi.

Ya, aku baru sedar ini semua bukan mimpi.

“Dia dah meninggal dunia dekat sana, Adelia. Dia kemalangan. Dia dah tak ada.” Perlahan suara Pak Long masuk ke dalam telinga aku.

Aku terjelupuk atas tangga, memeluk erat tiang hitam di situ. Kak Mia menghampiri dan mengusap-usap perlahan bahu aku. “Sabar, dik. Doakan jenazah dia selamat sampai dekat Malaysia malam ni.”

“Kenapa, kak? Kenapa dia pergi cepat sangat? Kenapa dia tak nak balik dulu jumpa AD? Kenapa?” Tak ada seorang pun yang menjawab soalan-soalan aku. Semua mendiamkan diri. Semua menahan sendu dalam hati.



SEORANG demi seorang bangun dan berlalu pergi. Yang tinggal kini hanya aku dan Pak Long. Aku tunduk merenung tanah merah di hadapan. Tangan aku perlahan mengusap butir tanah yang membukit sedikit.

“Adelia, dah tengahari ni. Mari balik, nak.” Kedengaran suara Pak Long menegur. Aku menoleh melihat Pak Long di sebelah. Aku tersenyum sedikit memandang wajah tua itu.

“Pak Long pergi dulu. Sekejap lagi AD sampai.”

Pak Long mengangguk. “Pak Long tunggu AD dekat kereta ya.” Dan aku turut sama mengangguk, menghantar Pak Long pergi dengan ekor mata. Kemudian aku kembali merenung kubur arwah Shafiq di hadapan.

“I’m going away. ”

“Kau nak pergi mana? Sabah lagi?”

“Taklah. Luar Malaysia. Nanti kau dah tak dapat jumpa aku lagi.”

Kau memang dapat rasa kau akan pergi ke Apit? Kau memang dapat rasa kau akan tinggalkan aku ke? Kau memang dapat rasa aku tak akan dapat jumpa kau lagi ke? Kau memang dapat rasa semua ni ke Apit?

“Kalau kau tak selesa, kau baliklah sini tau. Kerja dekat sini.”

“Kau masih ada dekat Malaysia. Jadi aku rasa malas nak balik.”

“Kau jangan balik Malaysia dah!”

Aku kesat air mata yang mengalir laju. Maafkan aku Shafiq. Aku tak berniat pun nak cakap macam tu. Aku sentiasa nak kau balik Malaysia, in fact, aku tak nak kau pergi New Zealand sebenarnya. Aku nak kau terus ada dekat Malaysia, dekat sini, dekat sebelah aku.

Dan tak tinggalkan aku seorang diri macam sekarang.



AKU melipat laju baju-baju yang ada di dalam almari. Esok aku akan daftar keluar dari kolej kediaman ni, dah habis belajar dah. Final exam dah lepas, tesis pun dah hantar. Dan apabila aku perhati seluruh bilik, dah tak banyak pun barang aku yang tinggal. Semua aku dah angkut balik sebelum minggu periksa lagi. Yang tinggal hanya baju-baju dan beberapa barang lain yang penting.

Ketukan di pintu bilik membuatkan aku berpaling. Dina menjengahkan kepala sebab pintu tak berkunci. “Boleh aku masuk?”

Aku tersenyum. “Tak payahlah nak sopan sangat, Dina. Masuk je.” Dan Dina tersengih mendengar kata-kata aku. Dia terus masuk dan duduk berhadapan dengan aku, bersandar pada katil “Kau dah siap kemas ke?” Aku menyoal Dina, memandangnya yang melihat barang-barang aku yang tersusun di dalam lagej.

“Dah. Aku main longgok je. Letak dalam bakul. Tak payah rajin sangat nak lipat, nak susun macam kau ni. Nanti dekat rumah pun nak kena lipat sekali lagi.”

“Ini kau baru tengok aku. Kalau Apit, dia lagi teliti, lagi cerewet..” Dan kata-kata aku mati. Aku gigit bibir. Sekali lagi aku tersebut nama itu. Aku menarik nafas dalam dan tersengih pandang Dina. “Kau gerak balik Melaka bila?” Soalan berpusing tiga ratus enam puluh darjah.

“Petang kot.” Dina menjawab ringkas. Dia terus pandang aku dalam-dalam. “Adelia, it’s okay to talk about him. It’s okay if you still thinking of him. It’s okay, babe. Tak salah pun, babe.”

Aku tertunduk. “Aku.. Aku tak tau nak cakap macam mana. Benda ni semua tiba-tiba. Sangat tiba-tiba.” Aku angkat muka pandang Dina. “Semua dekat aku, ada dia. Semua ada kenangan dengan dia. Dari kecik.. Dari kecik aku nampak dia ada, tapi sekarang bila aku balik Melaka, aku dah tak akan jumpa dia lagi, Dina. Aku tak akan dapat jumpa dia lagi.”

“Adelia..” Dina menghampiri dan terus memeluk aku erat. Dia mengusap perlahan belakang badan aku. Aku terdiam. Dan sedaya mana pun aku cuba tahan, air mata aku jatuh juga.

“He's gone.” Tersedu-sedu aku berkata sambil membalas pelukan Dina. “Dia dah tak ada, Dina. Dia dah tak ada.” Dina aku peluk erat.

“Ya. Aku tau sayang. Doakan dia ya. Jangan risau. Aku ada dengan kau.” Pujuk Dina. Dan air mata mengalir lagi.

Maafkan aku, Apit. Sungguh aku lemah kalau perkara yang melibatkan kau. Kau perkara terbaik yang pernah ada dekat sekeliling aku. Kau ubat penenang yang paling mujarab. Kau pelawak yang paling kelakar untuk hiburkan hati aku. Dan kau benda paling manis yang pernah ada dalam jiwa aku.



KENDURI tahlil di rumah Pak Long dilakukan seperti biasa. Hampir seminggu aku berkampung di sini, bermakna hampir seminggu jugalah aku cuba jadi setabah yang mungkin. Aku sembunyikan air mata aku, aku lukis senyuman dekat muka walaupun aku tahu nampak palsu. Tapi aku boleh lihat, semua orang pun buat perkara yang sama. Senyum tanpa rasa.

“AD, ada lagi ke tetamu?” Soal babah. Aku yang sedang menyapu di ruang tamu mengangkat muka melihat babah yang baru keluar dari ruang dapur dengan kain pelikat dan baju melayunya.

“Semua dah balik dah kot, bah. Tadi AD ada dengar Abang Sham berborak. Tapi ni dah senyap dah.” Aku menjawab dan terus menyapu. Babah mengangguk-angguk. Kemudian babah duduk di sebelah Pak Long di atas sofa. Aku ikut serta selepas penyapu aku letak di sudut rumah. Melihatkan Pak Long melihat album lama milik Shafiq, hati aku jadi sayu.

“Sudahlah Long. Dia dah pergi. Jangan diingat sangat.” Babah memujuk.

Pak Long angkat muka memandang aku dan babah. Satu senyuman terukir. “Bukan apa Ngah. Saja je Long nak tengok dia masa kecik-kecik. Rindu pula rasa.” Perlahan suara PakLong kedengaran. Babah cuma diam.

“Dia anak yang baik, Adelia. Tak pernah pun bantah cakap Pak Long. Putih kata Pak Long, putihlah yang dia buat. Dia manja sangat dengan arwah Mak Long kamu. Tak sangka dia yang dulu pergi jumpa Mak Long kamu tu. Pak Long ingatkan Pak Long yang pergi dulu.” Mata Pak Long mula bergenang.

“Pak Long..” Aku bangun mendekati Pak Long. Ah hati tuanya terlalu cepat tersentuh. Perlahan aku lap air mata di bibir mata Pak Long.

“Sudahlah, Long. Pergilah masuk tidur. Dah lewat ni.” Ujar babah. Pandang babah jatuh pada aku. “AD, pergi teman Pak Long ke bilik.”

Aku mengangguk. Pak Long bangun dan aku terus memimpin Pak Long. Bukanlah Pak Long tak larat untuk berjalan. Cuma aku nak dia rasa yang dia tak keseorangan. Lepas Mak Long pergi, aku rasa terlalu berat kehilangan yang Pak Long rasakan ni.

“Pak Long tidur ya. Jangan difikirkan sangat. InsyaAllah arwah dah selamat dekat sana, dah bahagia dekat sana.” Aku menyelimutkan Pak Long sehingga ke dada.

“Adelia..” Panggil Pak Long ketika aku baru ingin bangun. Melihatkan aku yang duduk kembali, Pak Long menyambung kata-katanya. “Shafiq, dia pernah cakap dengan Pak Long, dia sukakan kamu. Kamu tau?” Soal Pak Long.

Aku sedikit tersentak. Hanya anggukan yang aku dapat beri.

“Dia ada satu diari yang dia sangat rahsiakan. Pak Long sendiri tak tau apa dia tulis dalam diari tu. Tapi dia pernah cakap pada Pak Long, orang yang paling layak untuk baca diari tu, hanya kamu. Sebab itu hak milik kamu. Cubalah kamu tengok dekat bawah katil dia ada satu laci kecil. Pak Long letakkan diari tu dekat situ. Bacalah.”

Aku mengangguk lagi. Tak berdaya rasanya nak cakap apa-apa. “Tidurlah Pak Long. Esok pagi, kita ziarah arwah lagi. Selamat malam Pak Long. Assalamualaikum.”

Paklong mengangguk dan tersenyum.




Terkadang orang yang terlalu bahagia melihat apa yang dialaminya seperti mimpi. Terkadang waktu berjalan sedemikian cepatnya tanpa memberi kita kesempatan untuk berpikir sebenarnya apa yang sedang terjadi pada diri kita sendiri. –Andrea Hirata.


Selamat hari raya, Adelia.
Diari ini aku tulis khas untuk kau (tak tahu kenapa menggedik sangat aku kali ni), tapi aku rasa macam best juga kalau dapat surprisekan kau dengan diari ni kan? Manalah tahu kalau kau terharu ke. Kau tahu tak aku sanggup berlari (nak nampak dramatik sikit padahal bawa kereta) ke Sekinchan semata-mata nak tulis pasal kau dalam ni.
Tentang kau, aku dan rasa ini. (Rasa mual dengan ayat sendiri).

--

Tengahari tadi, masa aku sampai rumah nenek, aku nampak kau duduk bersimpuh sebab tergeliat. Aku tak tahu macam mana nak kawal diri aku bila Abang Iqram cakap kau jatuh tangga masa nak balik kampung sebab excited nak jumpa aku. Sumpah kalau kau dapat tengok jantung aku macam mana laju dia berdegup, mesti kau ketawa kaw kaw punya.

Dan kau takkan dapat tahu macam mana rasa sakit bila aku nampak mata kau tersenyum masa tengok Razmil. Sebab aku dapat rasa, lelaki itu boleh buat kau lupakan Zaffri kan? Kan Adelia?

---

How I wish you were here, Adelia. Sabah, sejuk dan ada view yang cantik. Kau suka semua ni kan? Nasib baik aku datang sini sebab kerja. Kalau tak memang aku dah angkut kau sekali.
Aku betul rindukan kau. And the three-minutes-call is enough for me.

---

Adelia,
Kau kecewa dengan Razmil kan? Kau kecewa dengan apa yang Razmil putuskan. Kawan. Ya, keputusan dia yang menggembirakan aku. Tapi hanya pada mulanya. Bila tengok kau sedih, aku rasa berdosa sebab doakan kau dan dia tiada apa-apa ikatan serius. Maafkan aku, Adelia. Aku jadi tamak bila rasa ini ada.
Aku takut kau hilang dari aku.

---

Adelia,
Tak ada perkara yang lebih indah daripada berpasangan dengan kau. Kebetulan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Terima kasih kepada baju kurung hitam putih kau. Terima kasih kepada baju melayu hitam aku. Kau tau tak, kalau ikutkan hati, aku nak terus bawa kau pergi jumpa tok kadi tadi. Tapi yang penting, aku puas bila nampak perubahan pada muka Razmil.
But damn it! Dia lagi cepat memporak-perandakan hati kau. Sungguh aku rasa nak bunuh lelaki itu. Macam mana dia boleh senang-senang datang untuk bagi kad kahwin dia. Hell, man!
Aku benci tengok kau menangis sebab dia.

---

Adelia,
Kenapa kau suka buat tindakan yang makan diri kau? Kenapa kau suka lukakan hati sendiri? Kau tahu tak kau bodoh bila pergi kenduri Razmil? Kau tahu tak kau nampak sangat pathetic bila menangis masa kau nampak Razmil dan isteri dia masuk dewan tadi? Kau sedar tak?
Tak. Kau terus buta dengan perasaan kau pada Razmil. Kau terus buta, tak nampak aku yang berdiri dekat sebelah kau.

---

Adelia,
Maafkan aku sebab aku dah buat keputusan untuk tinggalkan kau apabila aku terima offer company di New Zealand. Tapi jangan risau sebab aku janji aku takkan lupakan kau. Ah mana mungkin aku lupakan hati aku sendiri, kan?
Aku nak hadiahkan kau Civic baru aku sebab aku tahu kau memang sukakan kereta tu. Aku dah pun cakap dengan papa dan papa tak halang niat aku. Terima kasih pada Papa sebab faham apa aku rasa. Terima kasih pada Papa sebab sentiasa sokong aku dari belakang.
I’m gonna miss you, Adelia.

---

Adelia, aku tak tahu kalau aku tersalah pandang atau apa. Tapi kau tersenyum ketika aku bertanyakan jika kau sudi atau tak untuk menggantikan tulang rusuk aku yang hilang. Kau tersenyum kan? Senyuman yang membuatkan hati aku senang.
Aku tak salah pandang, kan Adelia?

---

Kau masih belum baca kad yang aku bagi, Adelia? Atau kau sengaja nak diamkan diri kau tanpa respon?

---

If I could be who you wanted...
All the time..

---

Hari ni, rasa rindu aku pada semua membuak-buak. Satu persatu bermain dalam otak. Satu kerja pun tak jadi. Duduk melangut dalam office, buka email. Masih tiada balasan, masih diam membeku. Kenapa Adelia?

Ibu, dah hampir empat tahun Ibu pergi kan? Dah hampir empat tahun Apit rindu nak bercakap dengan Ibu. Apit sayangkan Adelia, Bu. Apit betul-betul sayangkan dia. Apit tau, kalau Ibu ada, Ibu pun mesti sukakan dia. Dia masih sama macam masa kecil dulu. Suka lukakan diri sendiri. Suka korbankan hati sendiri. Sebab tu kalau boleh, Apit nak jaga dia, tak nak dia terus berkorban pada perkara yang tak penting. Boleh kan, Ibu?

Papa, Apit sayang papa sangat-sangat. Lepas ibu tak ada, papa lah ibu, papa lah papa. Terima kasih sangat-sangat papa. Apit minta maaf kalau Apit selalu degil, selalu tak dengar cakap Papa.

Dan Adelia,
Terima kasih. Walaupun kau tak beri kata putus pada apa yang aku luahkan, tapi tak apa. Aku anggap kau masih belum bersedia. Cuma aku nak kau tau, kau segalanya untuk aku. Maafkan aku dengan rasa yang tiba-tiba mungkin menyusahkan kau. Aku cuba bagi semua yang aku ada, tapi mungkin kau tak berapa perasan. Terima kasih kerana sentiasa ada bila aku rindukan ibu. Sentiasa layan perangai gila-gila aku. Sentiasa ada untuk aku.

Berhiduplah untuk orang yang terus hargai kau.



“ADELIA, bangun.” Satu suara menyedarkan aku dari lena. Bayangan Shafiq hilang serta merta. Sentuhan di kaki mengejutkan aku. Cepat-cepat aku duduk.

“Abang Sham.” Aku melihat Abang Sham berdiri di hujung katil. Aku mengeluh sedikit. Terasa berat kepala. Rambut yang menutup muka aku raup ke belakang.

“Kenapa AD menangis ni?” Soal abang Sham. Dia menarik kerusi dan duduk menghadapku. Aku yang seperti baru tersedar, mengelap air mata. Kemudian tersenyum sedikit. Jam di bilik arwah Shafiq berdenting empat kali. Dah pukul empat pagi rupanya.

“Abang tak tidur lagi?” Soalan Abang Sham aku jawab dengan soalan juga. Abang Sham menggeleng. Matanya bengkak, agaknya dah hampir dua hari dia tak tidur. Banyak perkara yang perlu dia uruskan.

“AD okay? Mimpi apa sampai menangis?” Tanya Abang Sham lagi. Aku menggeleng. Kemudian menyerahkan diari milik Shafiq kepada abang Sham. Abang Sham ambil dan terus membelek-belek. Aku terus diam di atas katil.

“Ringkas dia tulis. Dan semuanya tentang AD.” Perlahan abang Sham bersuara setelah membaca diari tersebut.

Aku mengeluh perlahan. “Dia tak pernah cakap selama ni, abang Sham.”

“Mungkin sebab dia nampak AD happy dengan Razmil.” Aku tersenyum sedikit. Perit mendengar kata-kata abang Sham. “Abang sendiri tak sangka dia betul-betul sayangkan AD.” Luahan Abang Sham sekali lagi membuatkan air mata yang baru nak kering, kembali mengalir.

“Kalau AD pun ada rasa yang sama macam dia rasa, doakan dia. Rajin-rajin mengaji untuk dia. Dia akan bahagia dekat sana.” Pesan Abang Sham sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Aku mengangguk perlahan. Aku berbaring semula di atas katil hitam.

Dan jika ditakdirkan aku mati, aku takkan menyesal. Malah aku bertuah kerana aku jatuh cinta dengan kau, Adelia.

Apit, kau betul dapat rasa yang kau akan pergi ke?