Dan disebabkan itu, sudah dua bulan aku tinggal di rumah sewa di Putrajaya, presint 18. Kebetulan ada kawan sekelas dari Matrikulasi dulu, Suhana, ajak tinggal sekali. Dan baru sebulan aku bekerja sebagai guru tadika. Cuba untuk bermesra dengan kanak-kanak pula. Mungkin juga mencuba untuk menjadi Ibu. Ehem.
“AD, aku pergi kerja dulu tau.” Satu suara menegur ketika aku ralit melayari internet. Aku menoleh pada susuk di pintu bilik. Suhana dengan pakaian kasualnya memandang aku.
“Eh dah nak dekat pukul 11 eh?” Aku toleh jam. Suhana angguk. Aku bangun dan keluar dari bilik, mengekori Suhana ke pintu rumah. Suhana bekerja sebagai Technical Supporter di HP Company. Dia kena jawab call dari America, jadi waktu kerja dia dari 11 malam sampai 9 pagi. Kalau OT, boleh sampai pukul 11 pagi.
“Drive carefully.” Aku memegang gril pintu rumah sambil melihat Suhana menyarung sneakers merahnya.
“Ye. Kau duduk rumah hati-hati tau.”
Aku senyum memandang Suhana yang mula melangkah. Kemudian, gril, pintu semua aku kunci. Terus masuk bilik, online semula. Kebosanan yang datang tanpa diundang, laju saja tangan taip http://gsc.com.my. Nak tengok movie barulah. Dan bagai orang mengantuk disorongkan bantal, eh betul ke peribahasa aku ni? Ok tak kisah. Tapi yang penting ada filem Mamat Khalid : Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Ok jom siap!
***
MAMAT Khalid ni memang talented lah. Tak sia-sia aku tengok wayang sorang-sorang. Penat juga ketawa tengok cerita komedi seram dia ni. Memang aku setuju bila Aziz M. Osman cakap Mamat Khalid ni Tim Burton Malaysia.
Lampu dalam hall dah mula dibuka. Orang ramai mula bangun dan keluar dari hall. Aku bangun, tangan kiri capai Coke yang baru suku diminum dan berjalan keluar dari row. Tak baik membazir tau. Dan entah macam mana, aku tersadung kaki sendiri.
Dan tersungkur.
Sakit okay. Nasib baik tangan kanan aku sempat capai kerusi depan dan tangan kiri sempat berpaut pada peha orang. Tak adalah tersembam muka dekat lantai karpet ni.
Kejap, peha orang?
Aku dongak perlahan. Berkerut kening aku bila Coke yang aku pegang tadi dah tumpah atas peha seorang lelaki yang masih belum bangun dari kerusi. Dia cuma pandang aku. Pandangan yang diiringi senyuman. Dan senyuman yang aku sangat kenal.
“Adib?” Laju aku bangun. Adib ketawa sambil menggelengkan kepala. Aku rasa bersalah, tapi perasaan pelik tu tak dapat nak elak. Gembira ke bila jeans yang dipakai basah kena Coke?
“Tiga bulan tak jumpa, awak tak berubah lagi ye Adelia? Kalut macam dulu.” Ujar Adib perlahan. Adib bangun sambil menyapu sedikit seluarnya yang dah basah. “Jom keluar.” Adib mengajak sambil berjalan menuruni tangga.
Aku ikut dari belakang. Rasa bersalah tengok seluar Adib basah gitu. Jangan orang lain tengok, orang fikir lain sudah!
“Seorang je ke?” Adib bertanya sambil menoleh ke belakang, melihat aku.
“Ha ah. Housemate kerja.” Aku berjalan laju sikit, cuba menyaingi langkah Adib. Okay kaki dia lagi panjang dari aku. Sekali dia langkah, sama dengan dua kali langkah aku. Kesian.
“Malam-malam gini, bahaya awak keluar sendiri.” Adib terusan bersuara kemudian berhenti di sebelah civic hitam, dekat dengan pusingan berhampiran GSC. “Awak park kereta dekat mana?” Adib pandang aku.
“Dekat dengan traffic light sana tu.” Aku tunjukkan Civic putih pemberian arwah Shafiq.
Adib merenung jauh. Kemudian dia kembali berpaling pada aku. “Nak minum-minum dulu tak?”
“Awak kata, bahaya kalau saya keluar sendiri malam-malam macam ni.” Okay aku saja nak berperli-perli. Bukan selalu tau.
Adib ketawa. “Kan saya ada dengan awak ni.” Dan dia tersenyum manis. Senyuman dia selalu perangkap aku, selalu tangkap aku dari terus merancang untuk kenakan atau perlikan dia. Adib ni pakai ubat guna-guna ni. Pandai patahkan rancangan orang.
“Boleh jugalah. Dekat mana?” Dan aku kalah. Aku tengok jam baru pukul dua. Baru pukul dua. Ayat budak-budak zaman sekarang. Pukul dua pagi tu kira macam standard lagilah kalau nak keluar minum-minum.
Adib senyum lagi. “Rumah awak area sini je kan?” Aku angguk. “Kita hantar kereta awak dulu, nanti pergi minum naik dengan saya je.” Sambung Adib.
“Kenapa pula?” Amboi budak Adib ni. Tahulah aku tak berapa nak basuh sangat Civic putih tu dua tiga hari ni. Tapi janganlah perli sampai gitu sekali.
“Nanti awak tu nak park dekat basement kan? Bahaya kalau sorang-sorang. Biar saya teman dulu. Nanti senang sikit.” Adib dah mula menghampiri kereta dia.
Aku berfikir sejenak dan kemudian mengangguk-angguk setuju. “Ok kalau gitu, awak follow saya eh.” Adib mengangguk dan aku terus berlalu ke kereta.
Belok sana, belok sini, tak sampai 15 minit, aku dah berada dalam kereta Adib. Dua perkara yang aku suka bila duduk dalam Civic hitam Adib ni ialah satu; kereta Adib wangi, bau segar. Dua; dia suka pasang lagu yang aku suka, maksud aku, sangat suka. Contoh macam sekarang, Exit Music, Radiohead yang nyanyi.
“Awak ada CD Ok Computer?”
Adib berpaling pada aku. “Suka juga ke?”
“Favourite.” Aku menjawab ringkas sambil tersenyum sedikit. Sunyi memintas. Masing-masing membiarkan suasana diselubungi keindahan suara Thom Yorke.
“Tiba-tiba nak makan nasi goreng ayam mamak Ameer Ali lah.” Ujarku tiba-tiba. Tak tahu apa benda yang merasuk, terus luah macam tu saja. Tak ada adab sopan nak beri salam langsung.
“Ameer Ali? Dekat seksyen 15 Bangi eh?” Soal Adib. Aku mengangguk. Dan Adib terus memasuki kawasan Sungai Merab dan meluncur laju ke Seksyen 15.
“Eh. Macam mana awak boleh ada dekat sini?” Aku bertanya pada Adib. Rasa pelik pula. Dia kan kerja dekat Melaka. Rumah parents dia pun dekat Melaka. Apa dia buat dekat Putrajaya ni?
“Saya stay sini. Kenapa?” Adib toleh aku sekejap.
“Stay sini? Dah tak duduk Melaka ke? Dah berhenti kerja?”
Adib tergelak. “Bukanlah. Sini rumah sewa Ibu. Tapi tak jadi sewakan dekat siapa-siapa pun sebab bagi Azreel dengan kawan-kawan dia duduk.”
“Azreel?”
“Adik saya, bawah Alfie. Dia kan belajar dekat GMI.” Adib seperti mengingatkan. Aku mengangguk-angguk. Adib membelok memasuki kawasan pusat komersial Seksyen 15 Bangi, tapi dia membelok sekali lagi menghala ke Petronas.
“Kita singgah Petronas sekejap. Saya nak tukar seluar.” Jelas Adib tanpa dipinta. Aku terdiam. Baru teringat seluar dia yang basah kena Coke tadi.
Tersengih buat-buat comel macam biasa. “Sorry, tak sengaja tadi.”
“Tak apa. Nasib baik saya ada short. Tak bawa keluar dari kereta.” Adib menarik brek tangan dan bergegas keluar dari kereta. Dia membuka bonet dan mengambil satu beg kecil. Kemudian dia terus berlalu ke tandas.
Suara Thom Yorke menghiasi suasana dengan nyanyian lagu The Tourist ketika Adib melangkah masuk ke dalam kereta. T-Shirt hitam, short berwarna coklat gelap lusuh dan selipar, Adib memang sentiasa nampak kemas.
“Nasib baik tak ramai orang malam ni.” Aku mengomel sendiri ketika kereta Adib berhenti berhadapan dengan Restoren Ameer Ali. Adib tersenyum mendengar kata-kata aku. Tak tahu apa maksud senyuman dia. Aku terus melangkah keluar membontoti Adib.
“Erm bagi nasi goreng ayam mamak, dua. Teh O Ais satu, Kopi panas satu.” Laju Adib meng-order ketika seorang pekerja warganegara Vietnam datang menghampiri. Aku diam. Aku rasa Adib ni ada belajar ilmu juga ni. Pandai betul dia sampai tahu air apa aku nak minum.
“So, apa cerita sekarang?” Adib pandang aku, tepat. Nasib baik aku duduk menghadap layar besar, boleh buat-buat pandang situ.
“Makin ‘sihat’.” Aku menjawab sambil ketawa. Adib tersenyum. “Saya jadi cikgu tadika sekarang. Dekat Bangi Seksyen 4.” Aku menyambung.
“Oh baguslah. Didik budak-budak. Karang senang nak didik anak sendiri”
“Tengah cari pengalamanlah ni.”
Adib ketawa. Aku ikut senyum. Sebenarnya itu hari, aku saja apply, kononnya nak kerja senang. Padahal babah dah cakap, mengajar budak-budak bukan perkara mudah. Dan aku akui perkara tu selepas sehari mula bertugas.
"Tuan Haji sihat?" Adib mematikan lamunan aku.
"Sihat Alhamdulillah. Tak jumpa Pak Long ke dekat ofis?"
"Tak. Saya baru balik dari conference dekat Sepang. Seminggu. Tu yang singgah sini terus tengok Azreel tu." Adib menyedut perlahan kopi panas yang baru tiba. Aku kadang-kadang rasa kagum dengan orang yang boleh senang-senang telan air yang tengah berasap ni. Tak terbakar ke lidah diorang?
"Pak Long sekarang selalu balik rumah Abang Sham. Tak pun Abang Wan ambil ajak duduk rumah diorang. Pak Long memang jarang sangat ada dekat rumah kalau weekend."
"Itu lah. Ibu pun ada bagitau saya. Tak apalah kalau Tuan Haji senang gitu."
Aku senyum sambil mengacau Teh O Ais guna straw. "Erm. Awak dengan Yuni, okay?" Tiba-tiba aku rasa macam nak jadi busybody. Adib tersenyum sedikit, kelat. Aku rasa aku dah salah tanya soalan. Baru saja aku nak minta maaf, ada getaran dalam poket.
"Sekejap." Aku angkat tangan sedikit. Mulut Adib yang baru nak terbuka tu tertutup semula bila melihat aku kelam kabut mengeluarkan handphone dari poket seluar jeans. "Kejap eh. Abang Sham Call."
Adib mengangguk. Pelik pula abang Sham ni call dekat pukul tiga pagi. Aku menekapkan handphone di telinga. "Hello, abg Sham. Ada apa?"
"AD dekat mana?"
"Dekat Bangi. Tengah minum. Kenapa bang?" Kalut juga aku dengar suara abang Sham yang macam tergesa-gesa.
"Boleh datang Hospital Serdang tak sekarang?"
Kerut-kerut kening aku. Dah tak ada benda lain dalam kepala otak aku selain dari bayang Pak Long. Sungguh aku risau. "Kenapa dengan Pak Long bang?"
"Tak tak. Papa sihat."
"Habis tu?" Bertambah kerut di dahi. Kalau bukan Pak Long, siapa? Takkan Kak Sofea dah nak bersalin? Dia baru lima bulan.
"Isteri Razmil. Dia nazak."
***
AKU melihat Razmil perlahan menyiram pusara arwah isterinya, Kak Ira yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kajang. Kemudian, jag dihulurkan pada ibu Kak Ira. Razmil berlalu jauh sikit dari orang ramai. Dan aku nampak dia lap air mata di sebalik ray-ban yang dipakai.
Siapa sangka, panggilan telefon yang aku terima dari Abang Sham malam semalam merupakan saat di mana Kak Ira hembuskan nafas dia yang terakhir. Nasib baik ada Adib, dia yang bawa aku ke sana.
Aku terus melihat Razmil yang berdiri tidak jauh dari kubur arwah isterinya. Ray-ban yang dipakai, dibuka perlahan. Dan mata merah itu singgah pada mata aku. Aku menarik nafas perlahan dan berpaling.
‘Abang sangat sayangkan Kak Ira kan?’
***
“ANAK kau macam mana, Mil?” Soal Abang Sham, memandang Razmil yang duduk bersila, bersandar ke dinding dengan baju Melayu hitamnya. Ini baru malam pertama kenduri tahlil dijalankan. Aku hanya mengikut Abang Sham dan Kak Sofea. Kalau nak pergi seorang, tak dapatlah.
“Buat masa sekarang, aku minta tolong mak Ira jaga dulu.” Razmil menjawab sambil meraup rambut ke belakang, rambut yang semakin panjang. Aku hanya memandangnya sekilas.
“Mil, ni ajak kawan minum.” Ibu arwah Kak Ira datang dari dapur membawa sedulang air.
“Ala makcik. Susah-susah je. Tadi baru lepas minum.” Abang Sham berbasa-basi. Kak Sofea bangun sedikit tolong tuangkan air. Ibu arwah Kak Ira duduk di sebelah Razmil.
“Ni Sham, mak. Kawan satu ofis saya. Ni isteri dia, Sofea.” Razmil memperkenalkan kepada ibu mertuanya.
“Yang ni, Adelia.” Razmil berkata sambil pandang aku, tepat. Cepat-cepat aku pandang Ibu kak Ira, senyum. Lama Ibu kak Ira tenung aku. Sampai naik segan.
“Adelia buat apa sekarang? Kerja?” Ibu Kak Ira bertanya. Empas pasang mata kini melekat pada muka aku. Ini kalau ada helmet pun bagus juga ni.
Aku angkat muka. “Ha ah kerja. Jadi cikgu tadika je. Dekat seksyen 4, Bangi.”
“Oh eloklah tu. Pandai jaga budak-budak. Nanti ada masa lapang, datanglah rumah makcik. Boleh tolong tengokkan Syahmil.” Ibu Kak Ira senyum pandang aku. Aku hanya mengangguk dan membalas semula senyuman wanita tua itu.
“Eh tak apalah Mil, makcik. Saya balik dululah. Hari dah jauh malam ni. Makcik satu keluarga pun mesti penat.” Abang Sham bersuara sambil mengerling jam di dinding rumah.
“Ok lah. Thanks bro, sudi datang.” Abang Sham bersalaman dengan Razmil.
“Kuat, Mil. Untuk anak kau tu.” Ujar Abang Sham. Razmil mengangguk mendengar pesanan Abang Sham. “Balik dulu makcik.” Sambung Abang Sham lagi. Ibu kak Ira mengangguk. Ketika bersalaman dengan beliau, ada sesuatu diselitkan pada genggaman aku. Aku nak tengok, tapi dihalang.
“Baca balik nanti. Arwah bagi pada Adelia.” Ibu kak Ira senyum.
Aku mengerutkan kening. “Pada saya?” Soalan aku dijawab dengan anggukan saja. Aku melangkah keluar dari rumah dengan surat dalam genggaman tangan kanan. Aku dah tak peduli pandangan mata Razmil. Dalam otak aku hanya terbayang lipatan kertas ini. Surat apa ni?
***
PULANG dari rumah ibu mertua Razmil, aku terus berbaring di atas katil. Abang Sham dan Kak Sofea pulang ke rumah mereka di Subang. Aku dah pelawa untuk tidur saja di rumah aku, tapi mereka berkeras untuk pulang.
Aku menoleh ke arah meja di sudut bilik, melihat handbag yang aku bawa bersama tadi. Aku bergegas bangun apabila teringatkan surat yang diberi oleh ibu arwah Kak Ira.
Perlahan aku melipat surat arwah. Air mata yang mengalir aku kesat sedikit. Tuhan, permudahkan jalanku.

Assalamualaikum, Adelia.
Maafkan akak kalau surat ni sekali lagi ganggu Adelia. Akak tak berniat pun. Tapi akak rasa ini medium yang paling sesuai untuk akak luahkan apa akak rasa.
Akak jatuh cinta pada abang masa hari akak sah jadi isteri dia. Mungkin ada yang kata akak gila. Ye lah. Tak kenal, terus nak jatuh cinta. Tapi akak rasa, tak salah jatuh cinta pada suami sendiri kan? AD tau tak, akak bahagia sangat dengan abang. Dia ada masa susah senang kita. Sekali pun dia tak pernah tinggalkan akak. Cuma kadang-kadang, ada masa akak rasa macam ada benda tak kena. Ada benda tak lengkap.
Bila dia senyum, akak rasa macam dia tak senyum untuk akak. Bila dia pandang akak, akak rasa dia macam tengah pejam mata. Bila dia buat apa saja, akak rasa dia buat bukan sebab apa yang dia rasa pada akak. Tapi lebih kepada status akak dengan dia. Akak isteri dia, dan akak tanggungjawab dia.
Sampai satu hari, akak terbuka satu folder dalam laptop dia. Akak tak sengaja. Tapi sebab sikap ingin tau, akak terus tengok apa ada dalam folder tu. Dan apa yang akak nampak, dalam tu penuh perkara libatkan AD. Gambar, email, apa yang AD dan abang pernah chat, dia simpan dan buat dalam satu folder. Walaupun tajuk folder tu ‘Deleting’, tapi akak tau, sampai bila-bila pun abang tak akan boleh buang, lupa AD.
Adelia,
Bila akak tau akak hamilkan anak abang, akak gembira sangat. Sebab akak harap, anak ni akan buang segala rasa abang pada AD. Tapi mungkin Tuhan nak tunjuk pada akak yang jodoh abang memang dengan AD. Beberapa bulan lepas akak hamil, akak dapat tau akak kandungan akak dijangkiti kuman. Doctor ada pesan suruh gugurkan kandungan sebab tak nak kesan buruk pada akak. Tapi akak tak mau. Akak tetap nak lahirkan zuriat abang, walaupun akak terpaksa bayar dengan nyawa akak. Sebab akak tak nak dia lupakan akak.
Akak terlalu sayangkan abang, dik. Sepenuh hati akak. Dan sebab tu, akak tak boleh nak lepaskan dia pada orang lain, kecuali AD. Akak berharap sangat AD boleh tolong akak jaga abang, jaga anak akak, gantikan tempat akak. Mungkin kita nampak abang tu kuat, kan? Tapi tak, dik. Dia sangat lemah dekat dalam. Macam mana pun dia kata dia ok, dia perlukan AD untuk hilangkan rasa sunyi dia. Jangan biar dia sorang-sorang, dik.
Maafkan akak kalau permintaan akak ni terlalu berat untuk AD penuhi. Tapi akak tau, jauh didasar hati AD, AD masih sayangkan abang. Kan dik?
Perlahan aku melipat surat arwah. Air mata yang mengalir aku kesat sedikit. Tuhan, permudahkan jalanku.
4 titik hujan:
hah razmil...cis x baek ooo mainkan perasan org..mau aku blangkong klu dpt laki cm2..cian kat AD
safya
-tenkiu bace n komen.
=)
siv..........
mis u muahhhhhhhhhhh
sayu=pilu
-takut nye.
:D
Post a Comment