"ACAP, aku rasa, aku suka pada Amir," luah Julia. Suasana kantin yang sesak, bising, terus Ashraf rasa macam senyap sunyi. Cepat cepat dia toleh tengok si Julia. Julia pula tak buang pandang pada satu sudut.
“Tak kelakar pun, Jue.”
Julia menoleh melihat Ashraf di sebelahnya. “Siapa kata aku tengah berlatih nak jadi pelawak?”
Ashraf telan liur. "Kau serius ke ni?" Soalnya. Julia mengangguk laju. "Amboi. Dulu bukan main lagi kau kutuk dia. Amir tu nerd lah. Spek tebal 14 incilah. Sekarang dah suka pula?" Sambung Ashraf lagi.
'Kutuk? Nerd? Amir tu baru masuk sekolah ni rasanya.'
Julia berfikir sampai berkerut-kerut keningnya. Seketika, dia tersedar dan pantas tangannya bertindak.
"HOI!!" Jerit Julia sambil menepuk belakang kepala Ashraf. Beberapa mata memandang. Ashraf yang sedang minum tersedak sedak. Kelam kabut Julia tolong tepuk-tepuk belakang Ashraf.
"Sorry babe. Heeee. Lebih-lebih pula aku."
"Jue, apa ni?" Marah Ashraf. Dia lap air yang terkena bajunya. Nasib baik limau suam. Kalau sirap? Tak ke pelik orang ingat dia period?
"Kaulah. Aku bukan cakap pasal Amir budak kelas Beta tu. Bengong." Julia kembali duduk sambil peluk tubuh. Renungan dia bukan main jauh lagi. Boleh sampai Korea Selatanlah orang kata.
Ashraf tergelak mengenangkan Amir dari kelas lima Beta. Siapa tak kenal. Super duper nerd. Spek punya tebal mengalahkan Great Wall of China. Setiap perkara yang dia cakap, mesti diselitkan dengan perkara yang dia belajar. Memang skema gilalah. Tapi selalu kena buli dengan budak kelas dia sendiri. Kesian.
"Hah! Kutuk akulah tu. I'm not talking about that Amir lah, Acap"
"Then? Amir mana? Cikgu Amir ke? Kau jangan main gila Jue. Karang tak memasal kau kena hempap dengan bini dia. Juara sumo sedunia tu. Badan kau yang sekeping ni karang boleh jadi sehelai je."
Julia menjeling Ashraf. Amboi. Boleh tahan jugak loyar buruk budak ni. Siap dengan pakej kutuk aku, gumamnya dalam hati.
Ashraf tersenyum-senyum. Tau yang Julia marah. "Okay okay. Serius. Amir yang tu ke?" Ashraf berkata sambil memandang tepat di satu sudut. Julia turut menoleh. Sekumpulan pelajar lelaki tingkatan enam duduk melepak sambil makan. Dan ada seorang yang pendiam. Dan itulah yang Julia suka.
"Yes. Exactly! Amir yang itulah!" Reaki Julia menyebabkan Ashraf ternganga. Dia menggeleng perlahan.
Julia mengerutkan kening. “Kau ni kenapa?”
"Gedik betul respon kau."
Bulat mata Julia. Dalam masa yang sama Ashraf dah berlari ke kelas. Risau terkena penangan 'flying kick' si Julia. Dia tak mahu risiko hilang upaya untuk peroleh anak satu hari nanti.
***
"ACAP.." Panggil Julia.
Ashraf yang sedang melukis di meja batu berhampiran kolam di laman rumahnya menggaru kepala. Kemudian dia mengeluh perlahan. "Tak bolehlah Jue."
"Tapi kenapa?" Julia berkerut kening.
"Ishhh. Tak bolehlah. Faham? Tak boleh."
"Tapi mesti ada sebab. Takkanlah tiba-tiba tak boleh." Julia beralih duduk menghadap Ashraf. Tak puas hati betullah dia dengan budak ni.
Ashraf menggaru kening sambil memandang Julia. "Sebab tak bolehlah. Tak boleh. Tau? Tak boleh." Ashraf beralih sedikit. Tak selesa ditenung Julia.
"Apa yang tak boleh tak boleh ni, Along? Jue?" Tegur mama Ashraf. Julia menoleh.
"Jue ni, ma. Ada ke patut dia suruh Along lukis gambar dia, tapi nak hasil macam muka Megan Foxx. Tak logik langsungkan, ma?" Ashraf menjawab. Tergelak Puan Maizura mendengar jawapan anak lelaki sulungnya tu.
Bulat mata Julia. "Memandai kau je!" Cubit Julia kuat-kuat. Terjerit jugalah si Ashraf tu.
"Hahaha. Sudah sudah. Bergaduh je kamu berdua. Mama nikahkan karang." Puan Maizura sudah bangun nak masuk ke rumah.
"Dengan tiang lampu ni? No no no." Julia menjawab.
Puan Maizura tersenyum sambil menggelengkan kepala dengan jawapan Julia. "Kamu cakap tak mau, nanti makin kuat jodoh tu tau. Dahlah. Makcik nak masuk dulu. Makanlah kek tu ya."
"Selisih malaikat 44, makcik. Haha. Terima kasih kek sedap ni makcik!!" Jerit Julia sedikit bila melihat Puan Maizura sudah melangkah ke dalam. Kek di sumbat ke mulut.
'Sedap betul kek mama Ashraf ni buat. Makin gemuklah aku ni' monolog Julia. Tingkahnya terhenti bila perasan dari tadi Ashraf memerhatikannya. Kening diangkat.
"Macam perangai Asya. Dapat kek terus berhenti merengek" kata Ashraf perlahan. Kemudian dia meneruskan melukis. Terus Julia teringatkan Asya, adik Ashraf yang bongsu. Baru lima tahun. Julia ketap bibir tahan geram. Laju tangannya hinggap di belakang kepala Ashraf.
Tersengguk Ashraf ke hadapan. Ashraf mendengus, menggosok perlahan belakang kepalanya yang sakit ditepuk Julia. "Jue, janganlah. Sakit tau tak."
"Hah. Cepatlah tolong."
Ashraf mengerutkan kening melihat Julia yang masih dengan perkataan tolong. "Tolong apa lagi ni?"
Julia mengeluh. "Tolong tengok-tengokkan Amir untuk aku. Please, kau sajalah satu-satunya makhluk dalam dunia ni yang boleh tolong aku, Acap." Julia sedikit merayu. Ashraf mengeluh.
'Aku yang depan mata ni dia tak nak pulak.' Ungkap Ashraf dalam hati.
"Tak boleh." Ringkas jawapan Ashraf.
"Dari tadi tak boleh, tak boleh, tak boleh. Lepas tu bukan nak cakap sebab apa tak boleh. Bosanlah!" Julia mula bangun, nak balik.
Cepat cepat Ashraf tangkap pergelangan tangan Julia. "Dia dah ada girlfriend. Okay?"
Julia terdiam. Perlahan dia menoleh melihat Ashraf. Dia duduk kembali di kerusi di sebelah teman karibnya tu.
"Mana kau tau?" Soal Julia perlahan. Rasa macam perit pula bila tahu orang yang dia suka dalam diam, dah ada awek.
"Kamil bagitau."
Julia terus diam, kemudian dia mengangguk-angguk perlahan. Dia tunduk. Tanpa sedar, pegangan tangan Ashraf, masih belum dilepaskan.
"Aku tak nak bagitahu kau bukan sebab aku tak nak tolong kau. Tapi aku tak mahu kau sedih. Tak mahu kau rasa upset macam yang kau rasa sekarang." Ashraf melepaskan genggaman tangannya. Julia bangun dan terus berlalu pulang.
***
"IBU, kakak nak pergi 7E kejap."
Puan Jamilah menjenguk ke muka pintu. Julia sudah menyarung selipar. Tepat jam didinding berdenting sepuluh kali.
"Abang, pergi ikut kakak. Risau pula ibu kalau dia pergi sorang-sorang malam-malam ni," arah Puan Jamilah sambil merenung Jeffri, adik Julia yang sedang duduk di kerusi mengadap fesbuk.
"Alaa bu, kakak bukan bagi pun orang teman," Jeffri bersuara, tapi mata tak lepas dari PC di depannya.
"Jeffrii..."
Jeffri tak tunggu lama. Dia standby kan PC, dengan short pants, terus je berlari mendapatkan basikal BMX nya di penjuru garaj. 7E tak jauh mana. Dan dia sendiri tau setiap kali kakaknya tu ada masalah, tak ada tempat lainlah Julia pergi, mesti 7E dan akan terus ke satu taman permainan berhampiran. Main buaian.
Perlahan Jeffri mengayuh basikal. Dia tak mahu Julia tau yang dia mengekori kakaknya tu. Dia ternampak kelibat Julia keluar dari 7E. Cuma ada plastik kecil.
'Coklat, coke'
Satu kombinasi yang bagi dia langsung entah apa-apa, tapi itu yang jadi fevret Julia.
Tidak berapa lama, Jeffri sudah sampai di taman permainan. Melihatkan Julia yang terus berjalan ke arah buaian kanak-kanak disitu, Jeffri berhenti sekejap. Masih berkira-kira untuk duduk sekali atau cuma menemani dari jauh.
Lima belas minit berlalu. Jeffri masih di satu sudut tersorok, memerhatikan Julia yang duduk mendongak langit. Dan dia ternampak kakak nya mengelap air mata. Jeffri terkedu. Dia menghampiri.
"Kau ada problem ke kak?"
Julia terkejut. Dengan Jeffri sekali tersentak. Jeffri pelik, bila masa dia berjalan mendekati kakak dia pun, dia tak tau.
"Bila kau sampai?" Julia menyoal sambil kalut mengelap air mata.
"Orang tak suka kalau akak jawab soalan orang dengan soalan." Jeffri sudah mengambil tempat di sebelah kakaknya. Bersedia untuk menjadi Dr.Love.
Julia diam tidak terkutik. Masih berusaha mendongak melihat langit. Ah. Dia sengaja. Untuk elak air mata jatuh ke bawah.
"Jom balik. Ibu mesti tunggu lama kat rumah." Julia terus bangun dan mula berjalan meninggal kan buaian yang terus bergerak perlahan.
"Kak, even if you lost the one that you love, but if you're meant to be, love will lead him back to you, no matter what, no matter where."
Langkah Julia terhenti. Dia menoleh melihat Jeffri yang baru mengambil basikalnya di tepi tiang.
"He's just not that into me." Dan Julia terus berlalu.
2 titik hujan:
acap!!!!
take ur time..
nnti bile da reda boleh la confess kat jue..
aja2 faiti!!
hmm.. nape tak nak acap je.. hehe
Post a Comment