'nasib baik hari ni bos bagi balik awal' gumamnya dalam hati.
kawasan kota masai dilalui perlahan. budak budak kecik berlari lari dekat tepi tepi jalan. dah 5.30, patut lah ramai budak budak main sekarang ni.
perkarangan rumah dimasuki. ternampak kelibat adiknya, najmi yang baru keluar rumah. najiha keluar dari Gen2 kelabunya.
"awal balik kak? selalu dekat pukul 7 baru nak sampai," najmi bertanya. najiha senyum.
"futsal ke,jim?" soal najiha.
najmi yang baru nak pakai kasut mendongak.
"tak kak. ada pertandingan main congkak dekat padang. ni jim nak join lah ni" dia menunduk semula sambil mengikat tali kasut futsal.
"oh. good luck ya." najiha menjawab sambil mengambil briefcase di tempat duduk belakang. terdengar gelak tawa kuat dari najmi.
"apa yang kelakar sangat ni jim?" najiha mengerutkan kening.
"akak.. akak. tak alert langsung apa orang cakap." najmi menyorong keluar 135LC warna hitam merah miliknya.
"hah?" najiha masih blur blur.
"tak apa lah kak. jim pergi main congkak dulu ya." najmi berkata dan terus membawa motor kesayangannya sambil tergelakgelak.
'main congkak? apa apa je lah jim ni..' najiha menggeleng gelengkan kepala sambil terus masuk ke rumah.
+++++++++++++++++++++++
"jim, akak malas lah nak masak malam ni. fast food je boleh?" najiha bersuara ketika turun dari tingkat dua.
najmi yang duduk di sofa tingkat bawah menoleh. kening dikerutkan.
"sejak bila pulak akak rajin masak?"
"najmi!" najiha meninggikan suara sambil bercekak pinggang. najmi ketawa saja sambil terus menggigit kuaci. tumpuannya pada berita sedikit terganggu bila handphone nya berbunyi.
"yup." najmi menjawab panggilan. najiha cuma diam di sebelah.
"tak lah. tadi kan aku main futsal. kau macam tak tau je aku memang berfutsal petang petang. kenapa?" najiha menjeling sedikit adiknya yang masih mengunyah kuaci.
"tengok tivi dengan kakak aku. kau dah makan?"
diam sebentar dan diselangi tawa najmi.
"banyak cantik kau. gila apa aku nak ambik kau dekat skudai. aku kat masai dik nun oi. eh dah macam azwan ali pulak aku.hahaha."
tawa najmi terus bersambungan.
"eh. aku nak keluar makan ni. later okay?" najmi menamatkan panggilan bila melihat kakak nya beberapa kali melihat jam di dinding, tanda ingin cepat makan.
"makwe?" soal najiha tiba tiba. najmi tergelak.
"apa makwe. kawan lah. aza." najmi menjawab pendek. najiha mengerutkan kening.
"aza mana? course mate jim ke?"
"lah akak ni. dia kan anak haji ramli dekat dengan rumah kita kat kampung tu."
najiha cuba mengingat. tapi macam tak berapa nak ingat jugak. najmi bukan kawan sangat dengan budak perempuan masa kecik. 'macam mana aku nak ingat, kan?' monolog nya sendiri.
"eh cepat lah. nak makan apa ni?" najiha sudah hilang tumpuan dari tivi di depan mata.
"erm pizza jom kak. gian lah nak chicken supreme."
"jom lah. kejap akak siap." najiha melangkah semula ke tingkat atas. rumah teres dua tingkat yang cuma ada dia dan adiknya, agak sunyi.
"eh haa! kulit kuaci tu buang ya. jangan nak bersepah" najiha sempat mengingatkan adiknya.
"ya ya. pergilah siap cepat. sempat membebel lah akak ni." najmi tak tunggu lama. terus dikutip kulit kulit kuaci yang bertaburan atas meja kaca kecil didepannya.
dia terus ke dapur. fridge dibuka dan peelfresh orange diteguk.
"jim..jom. akak dah siap."
terdengar suara najiha dari ruang tamu. najmi bergegas keluar. langkah nya terhenti.
"dah siap?" riak wajahnya berkerut.
"dah. jom lah." sekali lagi najiha berkata dan pintu rumah dibuka.
"akak naik atas semata mata nak ambik cardigan je? ingatkan make up." najmi ketawa dan menggelengkan kepala.
"kenapa pulak? nak pegi makan je kan? tak kan lah nak ber make-up bagai, jim" najiha sudah mula menghidupkan enjin kereta.
"ya. tapi kak, tak salah kalau akak make up sikit, pakai baju yang girly sikit. kita ni bukan setakat makan je kak. kot kot boleh jadi program cari jodoh ke. kan?" najmi berkata sambil mengunci pintu rumah. najiha tergelak dan menggeleng geleng dengan kata kata adiknya.
"ehhh kak. jim nak drive."
najiha menoleh. keluar semula dari tempat duduk driver dan membiarkan najmi memandu.
"kalau betul tu jodoh akak, dia mesti tak kisah akak macam mana.." najiha bersuara ketika kereta mula bergerak.
najmi cuma senyum mendengar kata kakaknya.
ringtones sonyErricson sedikit mengejutkan najiha.
"assalamualaikum bah.." najiha memulakan perbualan.
"belum. baru nak pergi makan dengan jim ni. malam ni kakak malas pulak nak masak bah.."
diam lagi.
"hahaha. jim ni nak pizza. ni yang keluar sekejap. abah dah makan? ibu mana?"
najmi cuma mendengar sambil terus memandu menuju ke Masai.
"oh. nanti kirim salam ibu ye bah."
seketika, terdengar tawa najiha.
"tak lah. jim yang drive."
najmi melihat kakak nya mengangguk angguk.
"ha ye lah. kalau kakak dapat cuti lama sikit, insyaAllah hujung bulan ni kakak balik ye bah."
diam sebentar.
"ok. jaga diri baik-baik ye bah. love you. Assalamualaikum"
najiha menamatkan panggilan. najmi di sebelah ditoleh.
"abah dengan ibu kirim salam." najiha berkata. najmi cuma tersenyum. dari jauh dia ternampak sign PizzaHut. kereta diperlahankan.
"eh abah dengan ibu dah makan ke?" soal najmi.
"dah petang tadi. ibu tengah jahit langsir."
"jahit langsir? langsir baru?" najmi bertanya.
"entah. ya kot. hari tu akak ada bagi ibu duit beli kain langsir untuk raya. langsir tu lah kot."
najmi mengangguk. dia menoleh semula memandang najiha di sebelah.
"akak nak balik hujung minggu ni?"
"erm. macam nak balik. tengok dulu lah. kalau bos akak approve cuti akak tu, kita balik lah. jim belum exam lagi kan?"
"aaa belum belum. okay lah. boleh tahan lama jugak kita tak balik rumah ni." ujar najmi sambil memakir kereta.
najiha cuma mengangguk mendengar jawapan adiknya.
+++++++++++++++++++++++++++
"morning kak.." tegur najmi di pintu dapur ketika melihat najiha sedang menggoreng mee di dapur.
"hah baru bangun? duduk lah. kejap lagi kita breakfast sama sama," najiha menoleh melihat najmi yang sudah menarik kerusi untuk duduk.
"mee goreng ke kak?"
"ha ah. senduk lah. eh jim nak apa? neslo?" najiha berkata sambil menuang susu ke dalam gelas, untuk dirinya.
najmi menggeleng.
"nak orange kak. peelfresh."
najiha mengambil air oren dari dalam peti ais dan menuang ke dalam gelas, lalu menghulurkan kepada najmi.
"hmm. sedap! sama macam mee goreng ibu lah." najmi memuji.
"haa. kita balik next week. akak cuti dari hari khamis. kita gerak malam rabu ya?"
"serius? okay okay. jim tak kisah." najmi ketawa senang. rindu betul dekat ibu!
najiha tersenyum. tau sangat adik lelaki nya, satu satu nya adik lelaki yang dia ada manja dengan ibu. baru sebulan tak balik, dah macam macam.
"jim ni..tengah makan pun sibuk ber'sms'. tak boleh tunggu lepas makan?" tegur najiha bila melihat najmi membalas mesej.
"eh mana ada kak. ni jim baru je nak reply."
"tak ada lah. dua tiga bulan ni, akak nampak handphone tu tak berenggang langsung dari tangan. makwe?" najiha cuba menyerkap jarang.
"hahaha. mana ada makwe. aza lah kak." najmi menjawab sambil menghabiskan suapan terakhir.
"aza lagi. dia mesej apa? morning wishes?"
"pandai lah akak ni. mana akak tau? pernah buat ha?" najmi mengusik sambil terus bangun ke sinki. pinggan lepas makan dicuci. najiha tersenyum sambil menggeleng kan kepala.
'ada ada je adik aku ni..'
najmi duduk semula di kerusi, menghadap kakak nya. air di dalam gelas diteguk.
"aaa. akak keluar tak hari ni?" najmi bertanya. harap-harap akak tak keluar. boleh pinjam kereta.
"kenapa?" najiha menyoal.
"err. hari macam nak hujan lah kak. nak pinjam kereta boleh?"
'selalu nya weekend kakak tak keluar. mintak-mintak dia tak keluar. amin. fuh fuh!'
"hmm. nak pergi mana? jumpa aza?" najiha menyindir.
"halah kakak ni. keluar sekejap. nak pergi CS kejap. Inception kan dah keluar kak."
najiha bangun dari kerusi. najmi menurutinya, turut bangun dan berdiri di sebelah najiha.
"ya lah. guna lah. bawak elok-elok."
"hahahah! sayang kakak!"
najiha tersenyum menggeleng. nasib baik ada sorang je adik. kalau ramai, lepas tu semua macam si najmi, adoiii..
++++++++++++++++++++++++++
perjalanan dari pasir gudang ke temerloh mengambil masa lebih kurang 5 jam. najiha berkira untuk keluar dari rumah pukul 10. senang sikit gerak malam malam ni. kereta pun kurang.
"kalau akak dah mengantuk, bagi jim drive pulak." pesan najmi di sebelah. lebuhraya agak sunyi. najiha cuma mengangguk.
"kak..."
"ya?" najiha tetap memandang ke hadapan. bulan terang tetap menjadi lampu semulajadi.
"aza.."
"hah? mana aza?" kalut sebentar najiha. serentak terdengar najmi ketawa.
"bukan lah kak. tak ada nya aza sekarang ni. cum jim nak cakap pasal dia."
"ohh..ingatkan jim nampak dia. hah. akak nak tanya ni. selama ni jim tak pernah cerita dengan akak pun? tak pernah akak dengar pun nama dia. selalunya, siapa? nabil, syed. yang gila gila tu siapa?"
"midi."
"hah midi. tapi tak pernah sekali pun keluar nama aza."
"aza tu satu sekolah dengan jim dari form 1 sampai form 3. bila jim dapat SBPI Kuantan, tak pernah contact kot. ya lah. dekat sekolah pun, mana ada bercakap sangat. lepas spm, jim dapat matrik johor. then sambung kat utm. hah. kat u ni baru jumpa dia. kebetulan satu course."
"oh..tapi, tiba-tiba je rapat?"
terdengar najmi mengeluh perlahan.
"tu lah.."
"kenapa?"
"aza tu.."
"kenapa dengan aza?"
"errr..dia cakap dia suka jim." jawapan najmi menarik perhatian najiha. sekilas dia menoleh.
"then?"
"jim suka dia. tapi.."
"tapi?"
"jim suka dia macam kawan je. dia tu kira macam first kawan perempuan yang jim rapat lah."
"dan dia suka jim, more than a friends? macam boyfriend?" teka najiha. dan anggukan adik nya membuatkan dia tersenyum.
"sekarang macam mana?" soal najiha.
"tu la masalahnya..semua dah jadi macam janggal. macam dah tak pernah kenal. dua tiga bulan ni okay je. tup tup lepas dia cakap, rasa macam tak berapa okay sangat nak borak macam biasa lah kak. macam mana ha kak?"
"boleh akak tanya sikit?" anggukan najmi menyebabkan najiha meneruskan percakapan.
"jim selalu luangkan masa dengan dia kan?"
najmi mengangguk.
"setiap kali keluar, dia tak pernah keluarkan duit dia.kan?"
najmi mengangguk lagi.
"did she told you about her ex boyfriend?"
sekali lagi najmi mengangguk.
"jim belikan dia ubat kalau dia sakit? marah dia kalau dia tak makan ubat. kan?"
anggukan najmi membuatkan najiha tersenyum. najmi mengerutkan kening.
"kalau ada apa apa tugasan, jim pilih dia compared dengan budak perempuan lain kan?" najiha masih lagi menyoal.
"mana akak tau?"
"akak pernah rasa apa dia rasa."
"maksud akak?"
"ya lah. rasa special. rasa macam someone tu penting kan kita berbanding orang lain. rasa macam dia caring dekat kita. rasa macam dia jaga kita. akak pernah rasa macam tu. dan akak menidakkan tu cuma kawan."
najmi mengerutkan kening. masih blur.
"najmi..perempuan ni lain sikit. bila ada orang tanya dah makan ke. sihat ke. bila ada orang ajak keluar. bila orang act gentle sikit. bila orang selalu call, selalu mesej. dia mula rasa lain. dia mula beranggapan semua tu macam sign."
"sign?"
"ya. sign. tanda. yang konon konon lelaki tu suka dekat dia. ada rasa pada dia. realiti, lelaki tu cuma anggap dia kawan. melainkan lelaki tu betul betul suka dia, lelaki tu akan cakap."
najmi diam. cuba memahami.
"akak tak salah kan aza kalau dia rasa macam tu. sebab layanan jim pun akak tengok tak macam kawan. tapi akak tetap tak boleh salah kan jim jugak. sebab perempuan tak boleh senang senang rasa macam tu."
"paham ke?" najiha bertanya bila najmi masih diam.
"macam nak paham. tapi tak sampai otak lagi ni. sikit lagi paham kot. maybe lepas kita berhenti dekat RnR, makan makan. maybe jim paham. what do you think kak?"
najiha tergelak dengan kata kata najmi dan terus memasuki kawasan RnR macap.
+++++++++++++++++++++++++++++++
"kakak macam mana keja dekat sana? okay?" soal abah najiha, sejurus lepas makan malam. najiha yang sedang menonton berita, menoleh melihat abahnya yang duduk disebelah.
"okay je bah. macam biasa. abah dah tak kerja ni, tolong ibu je lah eh?"
Encik Naim tergelak mendengar kata kata satu satu anak perempuan yang dia ada.
"ye lah. pagi pagi, tolong siram bunga. karang tengahari sikit, tolong dekat dapur. petang petang ibu mintak bersihkan belakang rumah. jangan ibu mintak abah jahit langsir sudah."
"eh abah nya. tak ada kita mintak awak buat semua tu lah. awak yang mengada ngada nak tolong saya," sampuk Puan Nurul yang baru keluar dari bilik. najiha menggeleng gelengkan kepala sambil tersenyum dengan gelagat ibu abahnya.
"wah! sedapnya neslo ais!" najiha sedikit teruja melihat najmi yang muncul dari dapur sambil membawa segelas neslo ais dan kemudian duduk di sebelah ibunya.
"ha ah. lagi sedap kalau minum sorang-sorang." ujar nya selamba. bulat mata ibunya mendengar.
"ada pulak macam tu! pergi ambik untuk kakak," puan Nurul mencubit anak lelaki tunggalnya.
"adehh. ibu ni..sakit tau!"
ketawa encik Naim bergema lagi. lama rasa tak berkumpul anak beranak. najmi ke dapur, mengambil air untuk najiha kot.
"kakak, ibu nak cakap sikit boleh?"
najiha bangun dan duduk di sebelah ibunya.
"apa bu?"
puan Nurul diam sekejap. suami di sebelah di toleh. anggukan si suami sedikit melegakan.
"erm..kakak dah ada siapa-siapa ke?"
najiha mengerutkan kening.
"siapa-siapa apa, bu?"
"errr..kawan lelaki. ada?" serba salah puan Nurul nak bertanya. takut si anak anggap lain pulak.
"ramai je dekat ofis. kenapa, bu?" najiha masih lagi blur blur.
"tak tak. bukan kawan tu..ermm"
"habis tu, bu?"
"apa lah akak ni. boyfriend ler. adoiii" najmi menyampuk. tiga gelas air diletakkan di atas meja. dan dia terus duduk bersila di depan tivi.
ibu dan abah tersengih memandang najiha yang terdiam dengan ayat yang keluar dari mulut adiknya.
"boyfriend?" soal najiha inginkan kepastian. ibu abahnya cepat-cepat mengangguk.
"belum lagi, bu. kenapa?"
tersenyum senang kedua-dua ibu dan abahnya. semakin kuat perasaan ingin tahu dalam hati.
'pahal lak ni?' bisiknya dalam hati.
"macam ni lah kakak. tiga minggu lepas, ada orang datang rumah kita. hajat nak merisik kakak. tapi abah dengan ibu mintak tangguh sampai kakak balik. kot kot kakak ada orang lain. jadi tu yang abah dengan ibu mintak kakak balik. nak lah tanya depan depan. kakak setuju?" abah seperti cuba berdiplomasi.
"siapa bah?" soal najmi tiba-tiba. najiha masih diam. ya. dia juga nak tahu siapa yang merisik.
"budak budak jangan menyampuk!" tegur ibu. najmi memuncungkan mulut. ah budak ni. manja betul dengan ibu.
"err..betul jim tanya, bu. siapa?" najiha pula bersuara.
"anak Haji Amran. rumah depan sekolah rendah tu. kakak ingat?"
najiha tersentak. Haji Amran? ayah Amar. bukan ke semua abang dia dah kawin?
"bukan anak dia semua dah kawin ke, bah?" najiha mengerutkan kening. liur di telan banyak kali.
"eh. kan ada lagi sorang yang belum kawin,"babah berkata.
"siapa lagi?"
"Amar lah. kakak dirisik untuk si Amar tu."
kata kata ibu terasa perit. macam telan batu batu tepi jalan yang budak budak buat main batu seremban pun ada. tersekat sekat.
........................................................
...........................
....
najiha melihat amar dari jauh. dengan basikal racing, siap lepas tangan lagi sebab pegang gitar. tak lama, amar dah ada depan dia.
"lama ke kau tunggu?" soal amar. basikal ditongkat, dan dia terus duduk tepi najiha. najiha menggeleng. dia tak kisah lama mana pun kena tunggu amar. yang penting, dia tahu amar tetap akan datang.
"nak lagu apa petang ni?"
"main je lah lagu apa apa. aku tak kisah." najiha membetulkan rambut yang ditiup angin. suasana tapak permainan cuma ada budak budak kecik. tapi tak berapa ramai.
gitar mula dipetik. lagu Lara Hati nyanyian katon bagaskara kedengaran.
yang tertinggal hanya gambar mu
di meja kamarku
ditemani dua puisi tentang lara hati
engkau adalah yang terindah sepanjang hidupku
luka meruah semua telah berlalu
yang tersisi ringai tawamu di sudut benakku
seperti kau masih disini
lalu dipelukku
oh angin malam
bawa laguku
ungkapan rindu menggebu
ku masih tetap bertahan
kerna kenangan...
di meja kamarku
ditemani dua puisi tentang lara hati
engkau adalah yang terindah sepanjang hidupku
luka meruah semua telah berlalu
yang tersisi ringai tawamu di sudut benakku
seperti kau masih disini
lalu dipelukku
oh angin malam
bawa laguku
ungkapan rindu menggebu
ku masih tetap bertahan
kerna kenangan...
.......................................................
najiha nekad. dia yakin amar pun ada rasa yang sama macam yang dia rasa. dia yakin. sebab kalau orang lain pun nampak, tak kan dia yang merasa tak nampak yang amar suka kan dia jugak kan.
waktu rehat. najiha mendekati meja amar. diselit sekeping kad kecil. ringkas.
'aku suka kau.'
tak ada nama. tak ada tanda tu dia. tapi najiha yakin amar tau yang itu dia. malu nak cakap depan depan. cuma tulisan yang jadi perantara sekarang ni.
duduk sekelas, perasaan tak tenteram bila kelas terakhir bermula. matematik tambahan. kad tadi memang najiha selit dalam buku teks add math.
'apa reaksi amar ya...' tersenyum senyum najiha bila membayangkan yang amar akan propose dia lepas ni.
"petang ni jumpa tempat biasa." ringkas bicara amar sebelum kaki nya melangkah keluar dari kelas. dan najiha tersentap.
betul dia terkejut. dan untuk pertama kali, dia balik sorang diri. perjalanan nak ke rumah yang cuma 15 minit, jadi macam setengah jam sebab najiha sibuk berfikir, kenapa amar tiba tiba lain.
'dia malu atau dia tak suka?'
..........................................................
najiha termenung di bangku, tempat dia dan amar biasa duduk petang petang. perasaan di dalam bercampur baur. rasa macam nak tarik balik apa dia dah buat. tapi apa yang dah jadi, bukan boleh patah balik.
'heee bongok lah aku ni!'
"sorry lambat."
amar yang tiba berbasikal di pandang. tiada gitar. najiha mengerutkan kening.
"tak bawak gitar?"
"tak perlu." suara tegas kedengaran. amar mengeluarkan sesuatu dari poket seluar.
"i need an explaination" amar menyambung. kad yang ditulis najiha kini berada di atas kerusi. najiha memandang kad tersebut.
"nak explain apa?"
amar mengeluh perlahan.
"kenapa?" soal amar sambil memandang najiha di sebelah. najiha tunduk.
"sejak kau pindah sini, aku rapat dengan kau. kita selalu lepak berdua. keluar pergi bandar berdua. kau selalu jadi partner aku masa dalam kelas. kau care sangat dengan aku. dan aku rasa, kau pun ada rasa yang sama kan? kalau tak, kau tak kan buat semua ni. kan?" najiha memandang amar.
sekali lagi amar mengeluh. dia mengangkat sedikit muka, dan melihat kanak kanak berlari lari di kawasan taman tersebut.
"ya. aku suka kau.."
najiha mula tersenyum. dia tunduk.
"tapi as a friend.." amar menyambung.
senyuman najiha mati. tersentak tiba tiba. dia cuba menghadam bait bait ayat yang keluar dari mulut amar.
"lagi pun, aku suka kan sarah. maaf.."
"tapi..kau tak pernah bercakap dengan sarah pun? kau lagi banyak spent masa dengan aku.."
amar tersengih sedikit.
"tak bercakap, tak semestinya tak suka. aku malu nak tegur dia. apatah lagi nak bercakap dengan dia."
najiha diam lagi. sakit mencucuk cucuk.
"tapi..."
"jee..please..jangan lah ada perasaan dekat aku. kita dah macam adik beradik. kau tau tak, kau best friend aku. aku suka kau. aku sayang kau. tapi limit cuma sampai kawan baik. tak mungkin boleh lebih dari had tu. please..." amar memotong kata kata najiha.
najiha diam. perlahan dia bangun. ingin cepat cepat berlalu.
"jee..." panggil amar. langkah najiha terhenti. dia menoleh.
"amar. aku mintak maaf. selama ni, aku ingatkan kau suka aku jugak. tapi aku salah. maafkan aku sebab ada feeling ni. aku tak berniat nak khianat friendship kita. maafkan aku."
sejak hari tu, najiha dengan amar dah macam tak pernah kenal. masing masing diam bila berjumpa. kadang kadang najiha macam nak datang dekat bila amar lepak dekat taman permainan. tapi langkah kaki nya mati.
'apa pun aku buat, keadaan tak akan berubah. sebab orang yang dia suka bukan aku...'
..
...................
..............................................
"kak!!" jerit najmi. terangkat bahu najiha.
"suka terkejutkan akak!" najiha menampar bahu adiknya.
"orang panggil banyak kali tak dengar" najmi mengusap usap bahu nya yang kesakitan.
najiha diam. peristiwa hampir 8 tahun bermain main di kepalanya. najmi menggeleng kan kepala melihat kakak nya. lepas ibu dengan abah cakap pasal anak Haji amran datang merisik, kakak nya asyik termenung je. dekat seminggu dah.
"akak ni kenapa entah. macam mati laki. tapi belum kawin. macam hilang anak kucing. tapi allergic dengan kucing. macam..."
"enough jim.." perlahan najiha memotong kata kata najmi.
"jim boleh pinjamkan telinga.." suara najmi kedengaran lagi. najiha tersenyum.
"amar tu..he's the guy.." najiha membuka cerita.
"what guy?"
"jim ingat tak akak cakap apa yang aza rasa tu, sama macam yang akak pernah rasa?"
najmi mengangguk.
"amar macam jim lah. kan dulu masa akak form 3 sampai form 5, akak selalu lepak playground kan? jim nampak kan akak selalu lepak dengan dia. dia selalu nyanyi untuk akak."
najmi mengangguk lagi.
"every single thing yang akak buat, dia akan ada. dia teman. dia tolong. dia semua lah. sampai akak dah terbiasa dengan dia. and semua kawan kawan akak ingat kitorang couple. cikgu pun sama."
"then?" najmi bersuara.
"akak fikir, dia malu nak cakap. so i'm the one who make a move first. akak bagi kad bagitau akak suka dia. sebab akak terlalu confident yang dia suka akak jugak."
"peh! berani gila akak jim nih. hahahaha"
"perli akak eh??" najiha pura pura marah. kemudian dia ketawa jugak.
"hahaha. betul lah. okay okay. then?"
"petang tu kitorang lepak sekali. dia bagitau, dia suka akak as a friend. dan dia suka kan sarah. kawan kitorang. lepas tu, kitorg macam dah tak pernah tegur. jadi macam janggal."
"ohhhh..so apa yang akak tenungkan?"
"entah. i'm wondering. kenapa dia nak kan akak..." najiha tunduk. tak tau kenapa, rasa macam sakit yang dulu dirasa kembali. air mata bergenang.
"need a shoulder?" soal najmi lembut. najiha tersenyum. perlahan, dia bersandar di bahu adiknya.
"akak sayang dia lagi kan?" soalan najmi tidak dijawab. cuma air mata yang ditahan tahan keluar.
najiha kembali mengangkat kepala bila handphone nya berbunyi.
"ya...?"
++++++++++++++++++++++++++++
"err...jee sihat?" amar bertanya gadis di depannya. najiha yang duduk berdepan dengan amar rasa sedikit janggal. cuma anggukan yang diberi.
pelawaan untuk makan malam bersama diterima ketika amar menelefonnya malam kelmarin.
"jee kerja apa sekarang?" soal amar, cuba mematikan sepi yang lebih banyak menemani.
"erm..interior designer.." ringkas jawapan najiha.
"oh..good. nanti kita dah tak payah mintak orang hias rumah kita kan..?" amar gelak sendiri. entah apa yang kelakar entah.
amar berhenti ketawa. rasa macam gila pulak gelak sorang sorang.
"jee..." amar memanggil. najiha yang menunduk mengangkat sedikit muka.
"are you okay?" amar bertanya.
"erm...kenapa..kenapa tiba tiba?" najiha menyoal terus. rasa macam nak meletup dada nak tau apa sebenarnya yang amar nak kan.
"kenapa apa?"
"ye lah. dulu, amar tak bagi orang ada apa-apa perasaan pada amar. tapi sekarang amar datang merisik.." ah kekok pulak nak guna aku kau. hishhh~
amar berdehem sedikit.
"dulu, amar tak sedar. mungkin sebab kita dah terbiasa berkawan. bila jee cakap jee suka amar, amar rasa macam sikit tak selesa. rasa macam pelik. then, lepas tu, kita jadi macam tak kenal. amar try approach sarah. truly, kitorg ada couple. tapi tak sampai sebulan. sebab dia tak faham amar, the way you did." amar berhenti seketika. melihat kan najiha yang masih tidak memandangnya, dia menyambung kembali.
"terus terang amar cakap, amar nak sangat tegur jee. nak cakap dengan jee macam biasa. nak mainkan lagu untuk jee. nak balik sekolah sama sama. tapi amar rasa segan. dan ego dalam diri buat amar tak tegur jee..."
najiha masih diam. mendengar satu satu ayat yang keluar dari mulut amar.
"habis spm, masing masing pergi jauh. amar try nak contact jee. tapi tak tau macam mana. malu nak pergi tanya ibu dengan abah jee. jadi amar fikir, amar nak habiskan study, kerja. then terus serius dengan jee. satu perkara, amar selalu berdoa yang jee ni tulang rusuk amar yang hilang..."
setitis dua air mata najiha turun. dikesat sedikit. rasa sayu terbit mendengar kata kata amar.
"i miss you, najiha.." perlahan suara amar bergema di telinga najiha. suara yang sudah lapan tahun dia tak dengar. dan kini ungkapan yang dari dulu dia teringin nak dengar, sudah melekat di telinga.
"will you marry me...?"
anggukan yang diiringi senyuman. cukup membahagiakan.
+++++++++++++++++++++++++
"aza macam mana?" najiha menyoal najmi yang sedang baring di atas sofa depan tivi. najmi mengangkat sedikit kepala melihat kakaknya.
"entah. sihat kot." najmi terus duduk. melihat kakak nya menyiapkan bunga telur untuk hari perkahwinannya dengan amar.
"kot? what do you mean by 'kot'?" najiha menyoal lagi. najmi yang menongkat dagu memandangnya direnung.
"she got a boyfriend. bukan jim lagi yang jaga dia." perlahan suara najmi kedengaran.
"oh ya? bila?"
"a week ago."
"bunyi macam upset je, jim...?"
"nah...tak. langsung tak!"
"jangan confident sangat..nanti menyesal.." najiha mengusik adiknya.
najmi tersenyum. sedikit tawar.
ya. dalam hati ada sedikit menyesal. sebab dia dah mula rasa kehilangan...
.
3 titik hujan:
nak sambungan lagi..
mudah sgt najiha terima...tp n3 ni ttp best
kite xkan pernah sedar perasaan kite smpai kite kehilangannya kn? btw, nice story. =)
Post a Comment