"ASTAGHFIRULLAH al-azim. Tak bangun lagi budak sorang ni?" Puan Jamilah menggelengkan kepala melihat Julia yang masih belum bangun.
"Kakak, bangun. Dah 6.50 ni. Kakak tak nak pergi sekolah ke? Lambat nanti. Bangun cepat," Puan Jamilah menggerakkan bahu Julia.
Julia terus terduduk atas katil, macam kena renjatan elektrik pula. "6.50?? Kenapa ibu tak kejut awal-awal? Dah lambat!"
Berlari Julia ke bilik air. Memang dah lambat gila! Puan Jamilah menggeleng perlahan melihat gelagat anak gadisnya. Dia kemudian keluar dari bilik menuju ke dapur.
Lima belas minit berlalu, Julia sudah siap dengan pakaian sekolahnya. Dia berlari menuju ke meja belajarnya di sudut bilik. Julia dah tak sempat nak tengok jadual, dia main tarik saja buku atas meja, sumbat dalam beg.
'Ah lantak lah. Nak kena cepat ni!'
"Kakak tak breakfast dulu?" Soal Puan Jamilah bila melihat anak perempuan tunggalnya memakai kasut.
Julia yang kalut memakai kasut mengangkat muka melihat ibunya. "Tak sempat bu. Dah lambat ni. Sorry sorry. Kakak pergi dulu ya bu." Puan Jamilah cuma boleh menggelengkan kepala bila melihat Julia berlari lari keluar dari rumah.
Tak sampai sepuluh minit, Julia tiba di pagar sekolahnya. Peluh dikesat. Phew. Nasib baik sekolah dekat. Tapi berpeluh jugalah ketiak nak sampai sebelum loceng bunyi. Julia kemudian berjalan perlahan menghampiri kawasan perhimpunan yang sudah mula dipenuhi pelajar.
"Kenapa lambat?" Tegur Ashraf ketika melihat wajah Julia yang sedang beratur di barisan belakang. Julia mendongak melihat lelaki tinggi di hadapannya.
"Saja nak test best ke tak pergi school rushing rushing macam ni. Heh" Julia sinis. Ashraf menggeleng kepala dengan Julia. Dia perasan mata gadis yang berdiri di belakangnya sedikit sembap. Menangis kot. Dia memusingkan badan ke hadapan dan tidak lama, dia kembali menoleh ke belakang. Julia mendongak melihat Ashraf yang menghulurkan roti ikan bilis dan sekotak Ribena.
"Kau mesti tak breakfast lagi kan?"
Julia merenung roti kegemarannya di tangan Ashraf. Terkesan sikit dekat hati dengan ke-caring-an kawan sejak zaman tadikanya tu.
"Ambillah. Then kau pergi beratur depan sikit. Kau tu katik." Sambung Ashraf lagi. Julia menjeling marah.
'Pagi pagi dah kutuk aku!' Namun Julia tetap mengambil roti tersebut dan berjalan ke hadapan sedikit.
Sejurus selepas guru penolong kanan menyampaikan amanat, semua pelajar dibenarkan masuk ke dalam kelas. Tapi dah kalau namanya Julia, memang tak boleh lari dari perkataan kalut.
"Adehh!" Julia terjatuh. Entah macam mana dia berjalan entah. Memang buruk betullah tengok budak tingkatan lima tersadung macam Julia. Dari jauh Ashraf menggelengkan kepala melihat Julia.
"Jalan pakai hidung ke?" Soalan sinis kedengaran. Julia mengangkat muka. Terlihat Azie bersama dua lagi bala tenteranya berdiri memeluk tubuh melihatnya. Julia malas nak bergaduh. Cukuplah insiden hari tu yang menyebabkan dia mendapat musuh. Cepat-cepat dia kutip buku yang berterabur dan terus bangun. Ingin cepat-cepat pergi dari situ.
"Heh. Pengecut." Terdengar suara Azie lagi. Julia terhenti melangkah. Dia menoleh dan berpatah balik ke arah Azie, Mimi dan Nadia.
"Aku bukan pengecut. Tapi aku tak rasa nak bodohkan diri,” Julia berkata dan terus berlalu masuk ke kelas tanpa perasankan sesuatu.
***
JULIA terbongkok-bongkok menyelongkar seluruh kawasan meja belajarnya. Sekejap menggaru kepala, sekejap dia duduk seolah olah memikirkan sesuatu.
'Dekat mana diari ni. Semalam ada, hari ni dah tak ada.'
"Weh kak! Kenapa dengan bilik kau ni?" Tegur Jeffri, sedikit terkejut melihat bilik kakaknya yang tunggang langgang. Dah macam tongkang pecah dah.
"My saviour. Mari sini kejap!" Panggil Julia.
Jeffri melangkah masuk. "Apa benda?"
"Tolong akak cari buku. Cover dia line hitam hijau. Tolong. Buku tu penting gila." Julia sudah mula mencari semula. Jeffri mengerutkan kening.
"Buku apa, kak?" soalnya, tapi tetap membantu kakaknya mencari buku tersebut.
Tingkah Julia terhenti. Dia mula berfikir. 'Takkan aku nak bagitahu tu diary. Karang dia jumpa, mesti dia baca. Bukan boleh percaya sangat budak sorang ni.'
"Tu buku latihan add math akak. Nak kena hantar esok." Julia menipu sedikit. Tak apa. Tipu sunat. Hehehe.
"Eh? Boleh pula sekolah akak pakai buku latihan lain dari buku yang ada lambang sekolah?" Pertanyaan Jeffri membuatkan Julia terdiam.
"Banyak tanyalah kau. Cari jelah."
Jeffri cuma mengangkat kening dengan jawapan kakaknya.
***
DUA jam berada di dalam makmal Kimia, melakukan eksperimen Naftalena, akhirnya pelajar kelas Lima Alfa keluar dan kembali ke kelas. Julia berjalan seiring dengan Ashraf memanjat tangga yang ada.
"Jue, kau balik dulu. Aku nak pergi toilet jap" Ashraf menghulurkan buku laporan kimianya pada Julia.
Julia mengerutkan keningnya. "Kenapa bagi aku buku kau?" Julia bertanya.
Ashraf menepuk dahinya. "Tolonglah bawak masuk dalam kelas. Adoiiii." Ashraf berkata lagi. Pening dengan perangai Julia. Kadang kadang tu cepat pick up. Tapi kalau mode lampi dia datang, memang rasa macam bercakap dengan budak tiga tahun pun ada.
Julia mengangguk-angguk dan terus berlalu ke kelas bila melihat Ashraf sudah menukar arah. Dia perasan sesuatu. Pelajar kelas Beta, Gamma, Delta. Semua macam pandang dia, bisik-bisik, lepas tu gelak. Pandang, bisik-bisik, gelak.
'Apa benda entah diorang ni.' Ujarnya dalam hati dan meneruskan langkah. Malas nak ambil kisah. Sampai di kelas, Julia termenung di mejanya. Cikgu Salleh yang sepatutnya masuk mengajar subjek bahasa melayu tak datang. Cikgu relief pun tak ada. Julia mencari Ashraf. Pun tak ada.
'Lama betul pergi toilet.'
Dia melihat pelajar perempuan lain sibuk bersembang. Ada jugalah dua tiga yang buka buku. Julia kembali menconteng meja. Dari tingkatan tiga dia melangkah masuk dekat sekolah ni, dia memang tak berapa ada kawan. Nasib baik dia terjumpa semula dengan Ashraf, kawan zaman tadikanya. Terus dia rapat dengan Ashraf. Memang kalau dibuat analisis, kawan perempuan yang dia ada boleh di kira dengan jari tangan. Bukanlah dia dipinggirkan atau sengaja meminggirkan diri, tapi dia tak selesa berkawan dengan orang lain selain Ashraf.
Julia kemudian menongkat dagu, memikirkan di mana letak diarinya yang hilang. 'Malam kelmarin, lepas tulis, aku letak atas meja. Sekali dengan buku fizik. Lepas tu....' Berkerut-kerut kening Julia cuba mengingatkan.
'Ohh! Aku bangun lambat, so aku main tarik je semua buku atas meja. Damn! Mesti tertarik sekali diari tu!' Cepat cepat dia cek beg sekolahnya. Tak ada. Dia cek dalam meja. Pun tak ada. Dan dia tersedar sesuatu. Liur di telan perlahan.
'Damn! Aku ada terlanggar geng power puff girl tu!'
Terbayang di matanya buku yang turut terkeluar dari beg ketika dia jatuh. Dan ketika dia kutip semula, memang dia tak perasan ada lagi ke tak buku tertinggal sebab dia tengah sibuk nak pergi dari geng-geng perempuan macam tu.
"Jue!" Terangkat bahu Julia. Dia memejam mata, menahan nafas. Perlahan dia buka mata semula, melihat Ashraf berdiri di depannya, sedikit tercungap.
"Lain kali, jangan buat gila main jerit panggil aku macam ni. Aku boleh mati tau." Marah Julia.
"Okay okay. Sorry. Okay. Listen." Ashraf mengambil kerusi dan terus duduk di depan Julia. Julia mengangkat kening melihat perangai Ashraf. Lain betul dua tiga hari ni.
"Did you lost something?" Soal Ashraf, betul betul berdepan dengannya.
"Even if I lost something, boleh tak kau jauhkan sikit muka kau? Nak cium aku ke apa?" Julia menolak wajah Ashraf menggunakan jari telunjuknya. Ashraf tergelak. Baru perasan yang jarak muka dia dan Julia cukup rapat tadi.
"Eh ada hilang apa-apa tak?" Soal Ashraf lagi sekali. Julia mengetuk jari-jarinya di atas meja.
'Hilang apa eh?' Berkerut-kerut keningnya cuba memikirkan jika dia ada hilang barang. Lima minit berlalu. Julia mengangkat bahu.
Ashraf mengeluh. Lampi dia dah datanglah ni.
"Diari. Kau ada hilang diari?" Soalan Ashraf membulatkan mata Julia yang dah memang bulat.
"God! Aku lupa. Betul betul! Aku hilang diari. Kau ada jumpa eh?" Soalnya pada Ashraf dengan harapan lelaki di depannya yang jumpa diari tu, bukan Azie and the gang.
"Bukan aku jumpa. Orang lain."
"Siapa?" Julia bertanya lagi. 'Bukan Azie please. Bukan Azie.. Bukan Azie..' Doanya dalam hati sambil mata tak berkelip pandang Ashraf.
"Azie."
"Damn!" Julia pandang Ashraf. Ashraf pandang Julia. "Dia baca ke?" Soal Julia. Ashraf geleng perlahan.
"Tak. Dia tak baca." Jawapan Ashraf memang bagi Julia tarik nafas gila-gila punya lega. "Tapi dia bagi semua orang baca."
Dan Julia rasa macam nak mati masa tu juga!
0 titik hujan:
Post a Comment