Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Wednesday, November 3, 2010

Ego si Cooper.

Lini membuka pintu rumah sewa yang berkunci dari luar.

“Senyap semacam je. Budak ni tak pergi tutor business dia ke apa?”

Lini berjalan pantas ke bilik hujung sekali, berhampiran dapur. Nasib baik Taty bukan jenis yang kunci pintu bilik.

“Aku dah agak!” Lini menggeleng kepala melihat Taty sedang lena tidur, dengan bantal hitam di muka. Comforter putih di tarik.

“Taty! Kau tak pergi tutor ke?”

Diam, tak ada respon.

“Tatyana!”

Ada sedikit gerakan. Kemudian diam kembali. Lini dah geram.

“TATYANA TARMIZI!”

Bulat mata Taty. Tapi sekejap je, dah sepet balik.

“Apa kau ni? Terkejut aku tau.” Bantal hitam di ambil semula menutup muka, tapi sempat di rampas Lini.

“Kau tak pergi tutor ke petang ni?” Lini duduk di sebelah. Taty mencari handphone bawah bantal putih di kepala.

“Aaa. Tadi Wahid kata tutor cancel. Aku tidur lah. Kau baru balik kelas ke?”

“Oh. Ingat kau malas. Ha ah. Aku baru balik kelas ni. Panas betul petang ni.” Lini mencabut shawl di kepala.

“Aku lapar lah wei. Jom cari cendol pulut.” Taty bangun dari katil hitam putih nya.

“Bangun-bangun, cakap pasal makanan. Kejap lagi lah. Pukul lima kita gerak. Dekat tepi medan ada brader tu jual cendol pulut. Yang naik lori gila tinggi tu.” Lini baring atas katil Taty. Taty toleh sikit sebelum masuk bilik air.

“Okay. Hah dah baring tu, pandai-pandai kemas.” Taty terus hilang.

“Woii!!”


****


“Betul ke nak pergi tasik ni?” Taty sudah duduk di atas scooter Ego milik Lini. Sejak kesayangan dia, 135LC hilang tempoh hari, dia dah mula kan hidup solo. Pergi mana-mana naik bas, tak pun lenjan Ego Lini. Lini ni satu hal, tiap kali keluar je, mesti nak Taty yang bawak. Konon bajet ayu tak nak bawak motor. Cis!

“Jom lah. Boleh lepak, jalan-jalan. Ni aku dah bawak kau punya DSLR.”

“Bila masa kau ambik?”

“Tadi. Hehe” Lini saja buat muka comel, tak nak Taty marah. Dia tau Taty tak suka orang main ambik barang dia tak bagitau. Tapi dia terpaksa buat gini, kalau tak Taty tak nak pergi tasik.

“Jom?”

Taty jeling, tapi tangan tetap tekan starter. Lini dah tergelak.


****


“Pfft. Mini cooper weh!”

Taty toleh kiri sambil kaki tongkat motor. Dia cabut helmet, buka seat dan sangkut helmet ARC putih.

“Helmet oi.”

Lini hulur helmet, tapi mata tak lepas dari pandang Mini Cooper biru sebelah scooter Ego. Ah betapa kecil nya Ego berbanding Cooper tu.

Taty geleng lagi. Entah apa yang best sangat dengan Mini Cooper tu, dia tak tau.

Kecik, mahal. Tak berbaloi langsung!

“Homaigot. Hot!” Lini menyiku-nyiku Taty. Taty kerut kening.

“Apa?”

Lini cuma menjelingkan mata bulat nya ke arah Mini Cooper di sebelah.

Ada sorang lelaki kurus, tengah betulkan tali kasut sebelum memulakan jogging. Taty cuma angkat kening.

Tak berminat.

“Jom lah. Karang petang gelap. Muka kau pun nanti tak nampak tau.”

Taty dah mula melangkah. Lelaki tadi berdiri.

‘Tinggi.’ Kata Taty dalam hati.

Taty dan Lini lalu depan Mini Cooper. Lelaki tadi toleh.

‘Ok, mata seksi’. Taty senyum sendiri.


****


“Pergi mana oi?” Jerit Lini bila nampak Taty keluar dari bilik.

“My milk dah habis. Nak pergi 7E. Nak apa-apa?” Taty dah dekat pintu.

“Erm. Cadbury ok?”

“Coklat tak habis-habis. Cemana lah tak gemuk.”

“Woi!”

Taty ketawa sambil sarung helmet dekat kepala.

Pukul lima lebih, Shah Alam memang sesak. Orang berduyun-duyun balik kerja, balik kelas. Lepas tu semua nak cepat sampai rumah. Semua dah hilang rasa sabar.

Nasib baik merempit. Selit sana sini, dah sampai 7E.

“Ouch!”

Taty pegang kepala yang terhantuk dekat pintu 7E.

Sakit sial!

“Damn! Sorry awak. Saya tak perasan langsung tadi. Nak cepat. My mistake. I’m so sorry!”

Taty geleng kepala.

“Never mind. Salah saya jugak. Masuk tak agak-agak.”

Taty dongak.

“Cooper.”

“Ego.”

Serentak.

Taty tergelak. Dan lelaki Cooper tu pun tergelak sekali.

“You noticed me, kan?”

Taty senyum tak menjawab apa-apa.

“Ali.” Lelaki tadi menyambung.

“Taty.”

“Apa?”

“T-A-T-Y. Taty.”

“Oh. Taty. Ok. I’m in hurry. I have to go. See you then.”

“Ok. Better careful next time.”

Ali senyum.

‘Mata dia memang seksi.’ Taty senyum sendiri. Dah lupa nak beli DutchLady.


****

“Hi Taty.”

Taty angkat muka. Lini terkejut. Terganggu sedikit ketika dorang lunch di Medan Selera seksyen tujuh.

“Hai.” Taty senyum.

“Erm Lini. Ni Ali. Ali, meet my housemate, merangkap soulmate ever after, Lini.”

Ali angguk. Lini senyum.

“Come and join us.”

“Eh thanks. But I have to meet someone dekat sini. Maybe next time?” Ali masih berdiri di tepi meja.

“Sure.” Lini senyum.

Ali pergi jauh sikit.

“You know him?”

Taty dah agak soalan tu akan keluar dari Lini.

“Hari tu terjumpa masa pergi 7E.”

“Patut kau tak belikan Cadbury aku. Pergi beli meggi. Siapa nak makan?”

Taty gelak.

“Is that his girlfriend?” Tiba-tiba Lini bercakap, sambil mata memandang ke satu sudut. Taty toleh ke belakang.

Ali duduk menghadap seorang perempuan, rambut panjang, yang sememangnya cantik. Taty pandang Lini di hadapan, angkat bahu.

“Mungkin.”

Taty terus diam lama.


****


Lini meluru masuk rumah. Tak ada tempat lain dia nak tuju, bilik Taty.

“Taty!!!”

Taty yang baru lepas mandi terkejut.

“Kau kalau tak kasi orang lain rasa nak meninggal, tak boleh?” Taty kerut. Tak suka sebenarnya kena jerit gitu gaya. Dia lemah semangat sikit. Nampak je kental. Heh.

“Ok ok sorry. Meh sini!” Lini tarik Taty yang cuma bertuala duduk atas katil.

“Tengok apa aku jumpa dekat Ego. Ada orang letak a piece of paper dekat Ego.”

“Kertas apa? Saman?”

“Nope! A poem.”

Taty kerut lagi. Apa lah Lini ni. Balik-balik kelas menjerit, lepas tu cakap pasal orang tulis poem, letak dekat Ego. Mengarut!

“Untuk kau.”

Taty terdiam. Kertas dekat tangan Lini di ambil.




Taty;

aku menulis dengan rasa
bila apa yang di dalam melonjak ingin keluar
kerna yang di dalam terlalu menujah ingin muntah

aku coretkan dengan nafsu
aku tak harapkan mereka
aku tak harapkan dia
aku cuma..

aku cuma ingin kan kau
aku cuma terlalu pandang kau

untuk sekali ini;
jangan toleh tempat lain.

untuk aku.



Taty diam lagi.


****


“Siapa yang kasi poem tu pada kau eh?” Lini bersuara ketika masing-masing bersandar pandang tivi. Taty diam tak menjawab. Dia pun tak tau nak agak siapa.

“Tak ada klu langsung kan?”

“Ha ah.” Taty jawab ringkas.

Sunyi tumpang lalu lagi.

Taty menoleh ke meja sebelah Lini bila handphone nya berbunyi.

“Tolong babe. Abah call kut.”

Lini mencapai handphone dan menghulurkan kepada Taty.

“Unsaved number.” Sempat Lini mengerling.

“Taty?” soal orang di hujung talian. Lelaki.

“Ya.” Taty menjawab.

“Saya ganggu?”

“Erm. Depends on the reason why you call me.”

Terdengar tawa di hujung talian.

“Saya ada buat joke ke tadi?” Taty menyoal.

“Dingin lah awak ni.”

“What ever.” Taty dah berkira-kira nak letak.

“Eh hey. Please jangan letak phone.”

“I’m not 14 years old girl yang akan tergelak-gelak bila ada unknown call.”

“Okay I’m sorry. My mistake.”

Taty terfikir sesuatu.

“Ali?”

“Ahah. You noticed me?”

“Is that you, Ali?”

“Yes. Sorry for bothering you, Taty.”

Taty tergelak. Rasa malu pulak garang-garang tadi.

“Garang eh?”

“I’m not. Cuma sedikit tak suka dengan orang yang tak kenal, call.”

“Then, why did you pick up my call?”

“I thought it might be an emergency call. Who knows kan?”

“Betul. Sorry lagi sekali.”

“Never mind. Eh mana dapat nombor saya?”

“Dari soulmate awak, Lini. Petang tadi terjumpa dia.”

Laju Taty pandang Lini yang dah tersenyum-senyum depan tivi padahal tengah tengok berita.

“Oh. She gave you my number? Baik nya hati Lini.” Taty memperkuatkan suara. Lini dah tergelak besar. Tau dia akan kena marah lepas ni.

“Erm. I’ll call you later? I have things to do.”

“Okay. Thanks for calling.”

Taty senyum.

“Ehem!” Lini mengusik dari jauh.


****


“Nice poem. Mana dapat?” Teguran Zizi mengejutkan Taty. Perlahan dia mengambil semula cebisan kertas dari tangan Zizi. Tak suka ada orang main baca hak persendirian.

“Ada orang bagi.”

“Eh wait. Aku rasa macam pernah baca.”

“Apa?”

“Poem tu. Tak salah aku, someone nama Faliq yang tulis. Eh meh tengok balik.”

Nak tak nak Taty terpaksa hulur jugak.

“aku cuma ingin kan kau, aku cuma terlalu pandang kau, untuk sekali ini, jangan toleh tempat lain, untuk aku.” Zizi mengulang bait-bait akhir puisi tersebut.

“Eh betul lah ni. Faliq punya poem. One of my favourite poet!”

“Siapa Faliq ni?”

Dupdapdupdap.

****


“Do you know someone yang bernama Faliq?”

Ali dekat sebelah Taty toleh. Kerut-kerut kening.

“Kenapa?”

“Itu jawapan ke? Itu soalan rasanya.”

Taty tarik rumput dekat kaki dia. Tak ramai orang dekat tasik petang tu. Ali tersenyum dengan respon Taty.

“Not so sure. Kenapa?”

“He gaves me this thing. Mungkin jugak bukan dia. Maybe ada orang lain yang tak ada idea, dan copy poem ni, bagi pada saya.”

Ali baca sajak atas cebisan kertas yang hampir renyuk.

“Awak bawak poem ni pergi mana-mana ke?”

“Ha ah. Kenapa?”

“Kenapa awak bawak?”

“Mana tau kalau saya jumpa Faliq tu, saya nak tanya dia depan-depan.”

“Awak sendiri tak kenal dia. Macam mana awak nak tanya?”

Taty diam. Betul jugak. Silly me!

“You love his writing, kan?”

“I’m not.”

“Yes, you are.”

“No, I’m not!”

“Okay okay. Let say, you have something yang bagi awak sangat special. Awak simpan tempat selamat, atau awak nak benda tu bersama awak sepanjang masa?”

“Mesti lah saya nak benda tu ada depan saya sepanjang masa.”

“Same goes to this poem.”

Taty kecik kan mata, tanda tak puas hati.

“Comel.” Ali puji sikit. Terus Taty bangun.

“Main buaian jom!”

Ali ketawa. Tau yang Taty segan kena puji gitu.

"Yang hari tu, girlfriend awak ye?"

"Which one?"

"Ramainya!" Taty jeling, marah sikit.

"Ok ok. Serius yang mana? Awak bukan selalu jumpa saya kan?"

"Masa dekat Medan, lepas awak tegur saya, awak ada jumpa one girl yang cantik."

Ali kerut kening.

"Oh! She's my cousin. Duduk sini jugak. Mama ada kirim barang bagi pada dia."

Taty angguk-angguk. Kenapa entah dia rasa lega. Heee.

“Dah berapa lama kita kenal?” Soal Taty. Ali di sebelah berayun perlahan.

“Almost two months.”

“Dekat sini kan?”

“Yes.”

Taty senyum. Tak tau lah kenapa yang sedingin-dingin makhluk boleh jadi seseorang yang asyik senyum, sejak kenal dengan Ali ni.

“Eh wallet awak jatuh.”

Ali pandang bawah. Dan terus mengambil wallet yang terkena debu tanah.

Taty menggeleng. Ada sekeping kad lagi tertinggal. Taty bangun sedikit, dan mencapai kad tersebut. Ali tak perasan.

Student ID.

“Faliq bin Ridhuan." Taty baca perlahan. Ali toleh. Tak sempat nak buat apa-apa dah.

"Faliq? Are you Faliq?” Taty menghentikan ayunan, tepat pandang Ali. Ali diam.

“Are you Faliq, the one who gave me that poem?” ulang Taty.

“Taty, I’m so sorry. I never meant to..”

Taty bangun dan mula menjauh.

“Taty..” Langkah kaki terhenti bila terasa tarikan pada sling bag yang dipakai.

“Listen, girl.” Ali depan mata, pandang Taty tepat guna mata seksi tu.

“I’ve falling for you for the first time we met. I admit this is my fault when I have to tell you a lie about my own self. But this is the only way for me to stay with you.”

Taty tunduk. Tak berani nak bertentang mata. Mata Ali sangat menyeksakan dia untuk bernafas.

“Taty..” Ali pegang sikit dagu Taty, dan dongakkan wajah mulus itu.

Taty toleh. Betul, dia tak boleh nak pandang Ali sekarang. Rasa suka, nak menangis, sakit hati, semua tengah bercampur sekarang. Macam ada gig dalam hati Taty.

“Untuk sekali ini, jangan toleh tempat lain, untuk aku.” Ali baca kan sedikit ayat terakhir dalam puisi yang dia cipta khas untuk Tatyana.

Taty tunduk.

“Untuk sekali ni aje! Lepas ni dah tak nak tengok awak lagi!”

Taty angkat muka. Pandang tepat muka Ali. Ali senyum. Tau dia tak bertepuk sebelah tangan.

Taty tunduk semula.

“Tak suka tengok saya ke?” Ali soal.

“Mata awak seksi. Bahaya sangat nak tengok lama-lama.”

Ali senyum. Hangat tangan Taty, dia rasa kini.



****

TAMAT.


###

Rasa macam tak sedap lah cerpen ni. Sorry guys! -___-"

6 titik hujan:

~ZYX~ said...

ahaha..comel je...jgn toleh tempat lain..utk aq..sweet nye...

Anonymous said...

comel jee story ni..
first time bace yours..
sayee suke.. =)
^docter_fish^

Amal said...

eheee.
terima kasih babes. :)

Jalak Lenteng said...

nice one la...Taty?????herm...weird...haha...is dat a name....

Amal said...

nama vokalis band Selamat Pagi Gadis. hahaha.

nurwaheeda said...

sweet! finally, xde sad ending. haha.