Hani toleh belakang, melihat Yusnita, kakak ipar nya yang sedang melipat kain.
"Dekat klinik Penawar tu eh?"
"Ha ah. Boleh?"
"Boleh. Hani tak ada plan apa-apa pun esok."
"Ha bagus lah. Esok pagi akak bagi duit dengan nama ubat dia sekali."
"Orite." Hani tengok tivi semula. Biasa lah kalau hari Jumaat malam Sabtu ni, dia memang tak lekang dari tivi. Sayang betul kalau tertinggal Mega Movie. Lagi-lagi kalau dia tengah tayang cerita best-best macam Pirates of the Carribean. Tak kisah lah The Curse of Black Pearl ke, Dead Man's Chest ke atau At World's End. Semua dia suka, sebab ada Johnny Depp.
"Hani nak kerja tak?" Soal Hazim, abang Hani yang baru keluar dari bilik. Hani toleh dekat pintu bilik.
"Kerja apa?" Hani bertanya.
"Erm kerja kedai, dekat Kedai RM2 tu area pusat komersial depan ni. Mau?"
Hani kerut kening. Nak ke tak eh?
“Memang confirm dapat ke?”
“Supervisor situ kawan abang. Dia cakap dia memang tengah nak cari pekerja. Kalau nak, abang rasa memang boleh dapat.”
Hani diam, berfikir lagi.
“Abang bukan apa. Dari Hani duduk rumah tak buat apa, baik kerja. Ada jugak duit belanja lebih.”
“Adakah ini bermaksud abang tak mau bagi Hani duit belanja dah?” Hani bertanya skema. Yusnita tergelak.
“Bukan gitu. At least kalau Hani kerja, dapat lebih lagi. Abang pun kalau bagi, tak ada lah sampai RM500. Kan?”
Hani angguk-angguk kepala, menerima apa yang abang dia bagitau.
“Boleh lah, bang. Hani pun dapat experience nanti.”
“Haa esok abang call kawan abang tu.” Hazim tunduk merenung laptop, menyambung kerja yang tertangguh sekejap tadi. Hani kembali melihat cerita
“Akak rasa akak ada dengar bunyi fon lah. Fon Hani ke?”
“Haa? Yeke?”
Hani perlahan kan bunyi tivi, dan dalam sayup-sayup terdengar lagu Meg & Dia : Going Away. Berdesup Hani berlari masuk bilik.
‘Zara is calling.’
Ceh budak ni rupanya yang telefon.
“Ha menda?”
“Amboi baik nya kau greet aku.” Hani gelak mendengar respon Zara, kawan satu sekolah nya di SBPI Pekan dan jumpa sekali lagi dekat Kolej Matrikulasi Tangkak. Kuat betul jodoh. Eheh. Ini pun kebetulan Zara duduk di Taman Mawar, Pasir Gudang ni, dekat dengan rumah abang Hani. Sebab tu Hani habiskan cuti sem dekat sini. Sekurang-kurang nya, adalah juga Hani berkawan.
“Hahaha. Biasa lah. Hah kenapa ni? Nak ajak aku keluar?”
“Pandai! Jom pergi CS esok. Aku nak cari sling bag.”
“Sling bag lagi? Yang dah ada tu tak elok ke?” Hani berjalan keluar dari bilik, duduk depan tivi. Hazim menoleh sekejap tengok adik perempuan nya, kemudian kembali dengan kerja yang tak siap-siap.
“Adik aku tu lah. Dia pergi lenjan beg aku sampai buruk. Ni nak beli yang baru. Nak tak?”
“Ermm sat aku tanya abang akak aku.”
Hani menjauhkan sedikit fon dari telinga, lalu menoleh melihat abang dan kakak nya.
“Zara ajak pergi CS esok, boleh dak?” Hani angkat kening.
“Ikut lah. Akak tak kisah. Tapi jangan balik lambat sangat tau.” Yusnita menjawab. Hazim mengangguk tanda setuju dengan apa yang Yusnita cakap.
“Ok cool!”
Hani senyum. Fon dilekap di telinga semula.
“Babe, boleh boleh. Pukul berapa?”
“Ha cantik. Dalam pukul 11 lah. Karang tak lah lambat sangat balik.”
“Aaaa. Tapi kita keluar pukul 10 eh. Aku nak pergi Klinik dulu. Nak belikan ubat untuk anak saudara aku.”
“Boleh. No problem.”
“Okay. Jumpa esok.”
****
“Dah?”
Hani yang berjalan keluar dengan plastik ubat di tangan mengangguk. Ubat dimasukkan dalam beg.
“Ubat amenda?”
“Faiq tu, selsema dia tak hilang lagi.”
Zara mengangguk-angguk. Mereka berdua melangkah keluar dari Klinik.
“Kita nak terus pergi ke?”Soal Zara.
“Jom pergi kedai kek hujung tu dulu.” Hani menarik tangan Zara.
“Nak beli apa?”
“Nak beli tiub motor. Jom lah.”
“Kelakar.” Zara tarik muka masam.
“Alaa. Itu pun nak merajuk. Siku karang. Nak beli roti lah. Yang ada benda macam habuk kayu atas dia tu. Aku tak ingat lah nama dia. Ada yang kari, ada yang original. Sedap wooo!”
Hani pusing belakang bila terasa diri bercakap sorang-sorang. Dan ya, Zara dah masuk dalam kedai RM2 sebaris dengan klinik dan kedai kek.
“Saja kasi aku macam orang gila cakap sorang-sorang kan?” Hani tepuk bahu Zara.
“Sakit duh! Aku nak cari getah rambut jap. Yang aku punya, adik aku rembat.”
Hani geleng kepala. Asyik adik ambik je. Nasib baik adik aku lelaki. Tehehehe.
Sementara menunggu Zara memilih barang, Hani berjalan-jalan di sekitar kedai. Dia suka tengok pasu-pasu kecil yang orang buat hiasan. Comel je. Di satu sudut, Hani perasan ada seorang lelaki, pekerja kedai tengah duduk susun barang. Tak tau aura apa entah yang datang, Hani mendekati lelaki tersebut.
“Excuse me.” Tegur Hani. Lelaki tadi toleh.
‘O-em-ji. This is the most wonderful creatures I’ve ever seen!’
“Ye?” Respon lelaki tadi tarik semula Hani supaya tak terbang jauh sangat.
“Aaaa. Mug ni berapa ringgit eh?” Hani kalut, pura-pura tanya harga mug putih di depannya.
“Cik, ni kedai RM2. Jadi semua barang dalam kedai ni, RM2.” Lelaki tadi kembali dengan tugas nya.
Hmmmph! Belagak. Tapi aku suka. Macam mana ni.. Macam mana ni..
“Errr…” Hani masih cuba berkata-kata.
“Ada apa-apa lagi?” Lelaki tadi bangun.
Humang haih. Tinggi nya!
“Boleh. . . . Boleh awak keluar dengan saya?”
. . . . . . .
. . . .
. .
. . . .
. .
“Apa?” Lelaki tadi bertanya, kening dia dah kerut-kerut dah.
Eh apa benda punya soalan aku tanya ni. Ya Allah!
“Boleh awak keluar dengan saya?” Hani tanya lagi walaupun otak kata jangan.
Ah gila macam ni!
“Hani!” Zara yang baru je berdiri belakang Hani sendiri terkejut. Tapi Hani tak peduli, dia tetap pandang lelaki di hadapannya, mengharap kan jawapan.
“Pintu keluar dekat situ.” Lelaki tadi menunjukkan jari telunjuk nya pada pintu masuk kedai.
Bulat mata Hani.
****
Hani bungkam. Zara masih lagi merah muka tahan gelak.
“Aku tak sangka kau ni berani betul kan? Aku sendiri pun tak pernah lagi nak propose depan-depan gitu tau?” Berair-air mata Zara. Hani jeling.
“Belagak betul tau mamat tu. Kalau tak nak, cakap je lah. Ini, ‘pintu keluar dekat situ’. Heeee! Sakit hati aku.”
“Tapi kau kena bangga, babe.”
“Bangga amenda nya?”
“Ye lah. Kau baru menang award cinta direject paling pantas dalam dunia. Cool duh!”
“Ah cool kepala hotak kau.” Hani minum air di depannya.
“Hahahaha. Ala rilek lah. Lepas ni kau tak payah dah lah pergi kedai tu. Lagi pun, kau duduk rumah abang kau ni sekejap je kan?”
Hani mengangkat kening, setuju dengan kata-kata Zara.
“Hani nak kerja tak dekat kedai RM2 area pusat komersial depan ni?”
Tiba-tiba je kata-kata abang Hazim terngiang-ngiang dekat telinga. Hani dah mula kerut kening.
“Damn it! Aku lupa!” Hani ketuk meja kuat. Zara yang tengah sedap nak ngap Big Mac terkejut.
“Kenapa pula kau ni?”
“Abang Hazim cakap dia nak call kawan dia nak mintak kan aku kerja dekat kedai RM2 tu.”
Hani pandang Zara. Zara pandang Hani. Kemudian dua-dua jerit kuat.
“Shit!”
****
Pulang dari CS, Hani terus siap-siap mandi. Kejap lagi abang Hazim balik. Nak kena tanya betul-betul ni aku dapat ke tak kerja dekat kedai RM2 tu.
“Hani dah makan?” Soal Yusnita ketika Hani keluar dari bilik.
“Belum. Akak dah makan?” Hani berjalan ke dapur.
“Akak tunggu abang balik. Kalau Hani nak makan dulu, makan lah.”
“Tak apalah kak. Hani tunggu abang sekali nanti. Ni Hani bancuh air milo eh?” Hani ambik jag dalam cabinet.
“Ha boleh jugak. Akak baru je nak bancuh tadi.”
Hani senyum. Milo dalam bekas bulat di cedok, ditambah susu, dan diletak air.
“Tadi pergi CS Hani beli apa?” Yusnita bertanya sambil tangannya menyenduk lauk ke dalam mangkuk. Kemudian dihidangkan di atas meja.
“Tak beli apa pun kak. Teman Zara cari sling bag dia.”
“Hani tak ada duit eh? Kenapa tak mintak dekat akak?”
“Eh tak lah kak. Duit abang kasi hari tu pun tak habis lagi. Hani tak rasa nak beli apa-apa pun. Kitorang pun tadi pergi tengok wayang, makan. Tu je.” Hani duduk di meja makan, senyum pada Yusnita yang baik sangat. Biasa lah. Hani tak ada kakak. Ada abang, dan adik lelaki sorang. Yusnita ni pulak anak tunggal, memang dia manjakan sangat adik-adik ipar dia.
“Haa. Kalau Hani nak guna duit, bagitau tau.”
“Hmm. Hari tu Hani ada nampak satu converse ni kak. Cantik ah. Smart gila. Karang kalau kita keluar, Hani tunjuk kat akak.”
“Warna apa?”
“Merah. Cool kan?”
“Akak pun suka sneakers merah. Tapi dulu boleh lah akak pakai. Dah jadi bini orang, mak orang ni, tak sesuai pulak.” Yusnita gelak.
“Ala. Rilek lah kak. Akak baru 28 kan? Muda lagi. Hehehe.”
“Dah tua tau 28 ni. Haa nanti kita shopping sama-sama.”
“Hehe. You are the best sister in the world tau!” Hani cubit pipi kakak iparnya itu. Yusnita senyum manis.
“Ni bila abang nak balik ni? Lambat betul.” Hani jeling jam, tepat pukul 8.30 malam. Baru je dia nak membebel, terdengar ada orang bagi salam.
“Ha tu abang balik. Hani sendukkan nasi eh.” Hani angguk dan mengambil pinggan di atas rak.
“Eh Ita, sejak bila abang ada adik perempuan ni?” Hazim bersuara ketika melihat Hani menyeduk nasi ke dalam pinggan. Yusnita ketawa mendengar kata-kata suaminya.
“Amboi. Sedap perli orang.” Hani meletakkan pinggan nasi di atas meja.
Hazim masih ketawa dengan jelingan Hani. Tapi memang betul. Jarang dia nampak Hani tolong dekat dapur. Selalu nampak dia basuh baju, kemas rumah. Bab masak-memasak ni, dia tahu, Hani angkat tangan awal-awal. Tapi malam ni pelik pula.
“Faiq mana?” Soal Hazim pada Yusnita.
“Tidur. Petang tadi penat sangat main dengan anak Kak Suri. Tu yang tidur awal tu.”
“Hai selsema macam tu pun main jugak?”
“Tak apa lah bang. Biar dia berpeluh, cepat sihat.” Yusnita menyenduk kan lauk ikan pari masak asam pedas ke pinggan Hazim.
“Woah! Asam pedas ikan pari. Fevret tu!” Hani cepat-cepat capai sudu bila Yusnita selesai ambikkan lauk untuk Hazim. Hazim dah geleng kepala.
“Tadi baru je abang ingat abang ada adik lelaki sorang, adik perempuan sorang. Ni nampak nya, abang terpaksa akui abang ada dua orang adik lelaki.”
“Abang ni. Ada pula cakap gitu. Hani perempuan lah!” Hani pura-pura marah, tapi tak lama dia ketawa. Yusnita tergelak kecil dengan gelagat adik beradik di depannya.
“Eh abang. Macam mana kerja tu?” Hani memandang Hazim.
“Ha. Nasib baik Hani ingatkan abang. Tadi abang dah call dah Manaf. Dia cakap boleh. Tak payah interview, boleh terus kerja.”
Mati aku.
“Err tapi kan Hani cuti sebulan je. Tak apa ke kerja sebulan je?” Hani cuba cipta alasan supaya dia dapat lepas dari kena kerja dekat kedai tu. Gila apa nak kena jumpa mamat tu lagi.
“Abang dah cerita detail. Dia tak kisah. At least dia boleh cari orang lain dalam masa sebulan ni. Kan?”
Gulp! Dah tak ada alasan lain ni.
Hani menguis nasi dalam pinggan.
“Jangan cakap kat abang Hani tak mau. Abang dah tolong tau.”
Cepat-cepat Hani dongak bila Hazim cakap gitu.
“Eh tak lah. Siapa kata Hani tak mau. Hani nak lah. Bila Hani start kerja?”
“Esok. Pukul 10.”
“Hah?!”
****
“Hani ye?”
Hani mengangguk, sambil memandang Encik Manaf yang duduk di depannya.
“Erm saya tak ada benda sangat nak tanya. Hazim dah cerita semua. Kamu kerja sebulan je kan?” soal Encik Manaf lagi.
“Errr ya, encik.”
Encik Manaf mengangguk-angguk.
“Ok kalau macam tu, kerja elok-elok ok? Mari saya kenal kan kamu pada pekerja lain.” Encik Manaf keluar dari bilik pejabat nya di belakang kedai dan Hani mengikut dari belakang. Mereka berdua berhenti di hadapan dua orang perempuan dan seorang lelaki.
“Ok Hani. Ini Assistant supervisor dekat kedai ni, kak Syikin. Ini Imah. Dan handsome boy ni, Rifqi.” Cepat-cepat Hani pandang Encik Manaf.
Handsome boy? Sounds gay!
Rifqi pandang Hani, kemudian dia toleh tempat lain. Hani gigit bibir. Dah mula rasa lain macam.
“So, Hani, apa-apa tanya diorang. Okay?”
Hani mengangguk perlahan.
“Okay kalau macam tu, saya pergi dulu lah. Nak tengok kedai dekat Kampung Pasir Puteh.” Encik Manaf terus keluar dari kedai.
“Okay Hani. Ni akak nak bagitau. Kedai ni ada dua cashier je, akak dengan Imah. Tapi in case kalau tak cukup orang, semua pun boleh jadi cashier. Erm barang selalu datang hari Selasa. Jadi kedai akan jadi bersepah. Kena cepat-cepat kemas. Kalau boleh jangan sampai hari Khamis. Dan untuk pembahagian kawasan, kawasan depan sampai stationary punya rak tu, tempat Imah.”
Hani melihat tempat yang ditunjuk kak Syikin.
“Hani punya tempat, kawasan getah rambut ni, pakaian, sampai barang-barang macam pasu kecil ni. Dan yang belakang, dari kawasan bekas plastik, barang dapur, tu semua kawasan Rifqi. Ok?”
“Tempat kak Syikin mana?” Hani bertanya. Kak Syikin tergelak.
“Kak Syikin punya tempat satu kedai ni. Dia akan tolong semua. Dia tak ada tempat spesifik.” Kak Imah menjawab.
Hani mengangguk-angguk.
“So kalau tak ada apa-apa, dah boleh tengok tempat kamu lah. Apa-apa, tanya je eh.” Kak Syikin berlalu ke depan. Hani berjalan menuju ke tempatnya. Melipat tuala-tuala kecil yang sedikit berselerak, menyusun sepit-sepit rambut di tempat nya.
“Could you please stop doing all these things?”
Hani terkejut bila satu suara menyapa. Dia toleh ke kiri, Rifqi berdiri disebelah nya.
“Pardon me?”
Rifqi tarik nafas dalam-dalam.
“Kau apply kerja dekat sini, aku rasa rimas tau tak.”
Kerut kening Hani dengar ayat yang keluar dari mulut Rifqi.
“Excuse me! Aku kerja dekat sini sebab abang aku yang tolong, sebelum benda bodoh tu jadi semalam. Langsung tak ada kena mengena dengan kau. Dan aku pun tak hingin lah nak kerja dekat sini kalau aku tau kau ada.”
Rifqi sedikit terkejut,dia ingatkan Hani ni jenis perempuan lembut-lembut. Tapi sebenarnya, boleh tahan garang juga. Rifqi merengus dan berlalu.
“Dan. . .” Ayat Hani tergantung menyebabkan Rifqi berpaling semula.
“Tolong jangan nak perasan sangat!”
****
“Kenapa kau tak bawa bekal hari ni? Selalu nya kau lah orang yang paling berjimat sekali, hari-hari bawa bekal.”
Hani pandang Zara didepannya yang terpaksa temankan dia makan dekat kedai makan sebaris dengan kedai RM2. Tengah hari makan sorang, memang tak ada selera.
“Pagi tadi kak Ita bangun lambat. Dia tak sempat nak masak.” Hani menjawab sambil menyuap nasi berlaukkan ayam masak merah.
“Logically, dia kerja awal pagi. Memang tak sempat nak masak. Kau ni masuk kerja pukul 10, tak kan tak sempat nak masak kot?”
“Malas lah.”
“Ke tak reti masak?”
“Lebih kurang.”
Zara geleng kepala dengan Hani. Paham sangat dia dengan perangai Hani. Kalau ikutkan, Hani ni tak ada lah jahil sangat bab-bab masak. Setiap kali dia masak, orang makan bertambah. Tapi disebabkan dia ni malas, memang susah lah.
Hani bangun pergi cuci tangan. Tisu dimeja cashier dicapai. Teh O Ais yang tinggal suku disedut habis. Mulut dilap.
“Dah?”
“Dah. Jom.”
Zara bangun diikuti Hani. Mereka jalan beriringan menuju ke kedai.
“Thanks tau babe. Esok offday aku. Kita keluar nak?”
“Erm tak sure lah. Aku nak kena teman mama pergi beli barang. Tapi nanti aku text kau lah macam mana. Ok lah. Aku balik dulu. Kerja elok-elok.”
Hani melambai Zara yang mula berjalan menuju ke kawasan perumahan pangsapuri berhadapan dengan kawasan pusat komersial. Kemudian, Hani masuk ke dalam kedai dan menuju ke kawasan nya. Gelak tawa yang boleh diklasifikasi kan gedik pada pendengarannya sedikit mengganggu. Hani berjalan-jalan di sekitar kedai dan berdiri berhampiran dua orang perempuan yang menghampiri Rifqi.
“Ala sombong tau awak ni. Bagi lah nombor fon awak. Senang kitorang nak ajak keluar nanti.” Terdengar salah seorang perempuan tu berkata, dan disambut ketawa manja-minta-penampar dari yang lagi sorang.
“Maaf. Saya tak pakai fon.” Rifqi jawab ringkas dan beralih ke tempat lain. Tapi dua orang perempuan tu tetap ikut.
“Kedekut nya. Ok kalau gitu, bila awak cuti? Nanti kita keluar tengok wayang, makan-makan. Mau?” Mereka masih mencuba.
“Saya kerja tujuh hari seminggu. Maaf”
Hani tunduk merenung bekas pisau didepannya. Ini agaknya pandangan dia pada aku bila aku cakap macam tu pada dia dulu, Hani bermonolog. Terbayang peristiwa dua minggu lepas di ingatannya. Malunya!
“Alaa awak ni. . .”
“Rifqi, Kak Syikin panggil dekat dalam.”
Rifqi, dan dua orang perempuan itu pandang Hani tepat. Hani angkat kening pada Rifqi.
“Terima kasih.” Rifqi terus berlalu masuk ke dalam. Padahal kak Syikin ada kat depan jadi cashier. Dan bila dua orang perempuan tu jeling Hani, Hani senyum sinis.
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong kakak?” Sengaja perkataan kakak ditekan. Tanpa menjawab, mereka berdua berjalan keluar dari kedai.
Hahahaha! Padan muka!
****
Seminggu selepas kejadian, Rifqi sudah mula boleh senyum pada Hani. Minggu pertama Hani kerja, dia tak pernah tegur langsung gadis itu.
Tak bercakap pun tak apa. Janji tak bergaduh, tak bermasam muka. Hani lega.
“Akak balik dulu ye, Hani. Abang akak dah ambik tu.” Kak Syikin menunjukkan kereta Saga biru di depan kedai fon di sebelah kedai RM2.
“Ok. Baik-baik kak.” Hani melambai perlahan.
Kak Imah tak kerja hari ni. Offday dia. Rifqi dah lama start motor, hilang. Sekarang tinggal Hani sorang berdiri depan kaki lima kedai yang dah gelap, tunggu Hazim ambik.
Hani tengok jam, dah dekat 15 minit dia berdiri.
‘Mana abang ni. Lambatnya. Selalu nya kedai belum tutup dia dah ada tunggu.’
Speaking of the devil, tup tup Hazim call Hani.
“Abang kat mana?” Tak sempat bagi salam dah, Hani terus terjah.
“Abang ada masalah lah, Hani. Abang rasa Hani kena balik berjalan malam ni.” Hazim bersuara dihujung talian, resah.
“You gotta be kidding me.”
“Tak lah Hani. Abang serius ni.”
Hani mengeluh.
“Abang sendiri tau kan kawasan sini gelap. Nak berjalan sorang-sorang? Tak nak lah!” Hani sedikit berkeras.
“Habis macam mana? Abang jauh nak ambik.”
“Ok. Abang dekat mana sekarang?”
“Tadi abang keluar dinner dengan akak dan Faiq. Dekat Setulang. Nak balik ni baru perasan tayar pancit. Abang baru nak tukar tayar ni.”
Hani diam. Memang tak boleh nak buat apa. Abang dia bukan Superman boleh terbang ambik dia bawa balik rumah.
“Erm tak apalah. Hani balik sendiri.”
“So sorry tau. Balik hati-hati. Make sure ada apa-apa, terus call abang.”
“Ok ok. Don’t worry.”
Talian dimatikan. Hani tengok jam di tangan, dah 10.30 malam. Nak lepak kedai makan, perempuan, sorang-sorang. Tak nak lah. Dah lah penuh lelaki tengok bola. Nak minta tolong Zara ambik, dia ada dekat Terengganu, cousin dia kahwin. Dia mana tau orang lain lagi dekat sini.
Haih. Tawakal je lah.
Hani baru melangkah bila ada satu motor berhenti disebelahnya. Hani terus berjalan, malas nak layan mat-mat motor.
“Baru nak balik?”
Hani toleh sebab dia rasa dia kenal suara tu.
Ya. Rifqi.
“Tak lah. Tadi dah balik, ni datang semula.”
“Heh. Pandai bergurau.”
Hani menjeling, sedikit marah.
“Abang kau tak ambik pulak malam ni?” Rifqi mematikan enjin motor dan mula menolak motor mengikut Hani berjalan perlahan-lahan.
“Tak. Kereta dia pancit dekat Setulang.”
“Oooo.”
Dua-dua diam. Hani pula rasa janggal tiba-tiba bila diiringi seorang lelaki malam-malam macam ni.
“Ni balik berjalan sampai rumah?” soal Rifqi.
Hani mengangguk. Dan diam lagi.
“Sorang-sorang?”
“Ada nampak orang lain ke?”
“I’m just asking.”
Hani diam mendengar Rifqi menjawab. Ah aku ni, orang teman tanpa disengajakan ni, bersyukur lah sikit.
“Terima kasih.” Ujar Rifqi tiba-tiba.
“Hah?”
“Terima kasih untuk kelmarin.” Sambung Rifqi. Terbayang di mata Hani dua orang budak perempuan yang ganggu Rifqi itu hari. Dia kemudian mengangguk dan tersenyum.
“Selalu ke ada orang kacau macam tu?” Tiba-tiba Hani bertanya.
Rifqi mengeluh sedikit.
“Tak adalah selalu sangat. Tapi bila ada yang datang macam tu, entah lah. Rasa rimas gila.”
“Mungkin dorang betul-betul suka.” Hani bersuara perlahan. Dan tiba-tiba dia harap Rifqi tak ada disebelah dia sekarang. Terasa malu betul dengan apa yang dia buat beberapa minggu yang lepas. Main propose tanpa fikir apa-apa. Heee malunya!
“Itu dorang punya masalah. Sekarang ni, they annoyed me. Sangat.”
Hani tunduk saja. Mungkin ini apa yang Rifqi rasa bila dia ajak keluar dulu. Hmmph! Gila tau kau ni, Hani!
“Kau umur berapa?” Rifqi ubah topik. Hani dongak toleh Rifqi disebelah.
“18. Dah nak masuk 19 dah.”
“Belajar lagi ke memang nak kerja terus?”
“Belajar lagi. Tengah cuti sem.”
“Matriculation student?”
“Ha ah.”
“Matrik mana?”
“Tangkak. Ex-matrik jugak ke?” Hani semakin berminat untuk tau mendalam tentang cinta pandang pertama nya ni. Eh cinta pandang pertama ke? Hehehe.
“Ha ah. Tapi dekat Gambang.”
“Oh. Kawan ada dekat situ. Sekarang belajar dekat mana?”
“UTM. Ini final year.”
Hani mengangguk-angguk.
“Eh final year pun kerja? Tak bizi dengan FYP ke?”
Rifqi tersenyum. Terserlah lesung pipit di pipi kanan nya. Manis.
“Ini minggu last aku kerja. Then nak sambung FYP semula. Next week dah nak balik Skudai.”
“Minggu ni last??” Hani sedikit terkejut. Dah mula nak rapat, kenapa nak kena menjauh.
“Ha ah. Kenapa?”
Hani menggeleng laju. Tak nak terkesan sangat dia sedih. Ego kena jaga!
“Tak ada apa-apa. Eh dekat UTM ambik apa?”
“Mekatronik. Tau?”
“Pasal robot-robot tu eh?”
Rifqi tergelak. Hani kerut kening.
“Lebih kurang lah. Eh kenapa?” Rifqi pelik bila Hani tiba-tiba berhenti melangkah.
“Dah sampai dah.” Hani berkata sambil menoleh sebuah rumah teres dua tingkat di sebelah kiri.
“Oh. Ok lah. Sedap sangat borak sampai tak perasan dah sampai.” Rifqi senyum. Hani tunduk. Malu.
“Terima kasih sebab temankan sampai rumah.” Hani cuba senyum pada Rifqi walaupun dia rasa muka dia dah merah gila macam udang kena bakar.
“It’s okay. Kau pun ada tolong aku hari tu. Even.”
“Erm, kalau nak balik, balik lah.”
“Kau masuk rumah dulu, baru aku balik.”
Hani garu kepala. Dia mula melangkah ke halaman rumah abangnya. Seketika, dia berpaling semula.
“Maaf untuk apa yang aku pernah cakap masa mula-mula kita kenal dulu. Tolong lupakan.” Hani bersuara tiba-tiba dan terus berlari masuk rumah.
Rifqi terdiam.
****
“Babe, dapat mana?” Suara Zara dihujung talian cukup teruja.
“UTM. Chemical engineering. Hahah. Kau?”
“Aku dapat UKM. Math.”
“Woah congrates! Kau memang otai math dari dulu.”
“Tapi kita dah tak sama dah. Sedih lah weh!”
Hani tersenyum sedikit.
“Tak apa lah. Ada masa free, kita jumpa kat JB. Okay tak?”
“Hehehe. Ok ok. Eh macam tak percaya kan? Macam baru je itu hari masuk matrik. Ni dah nak masuk U dah.”
“Betul lah. Pejam celik pejam celik, kita dah makin tua. Hadoiii.”
Zara ketawa mendengar rungutan Hani.
“Eh kau UTM?” Soal Zara tiba-tiba.
“Yup. Kenapa?”
“Bukan ke Rifqi study sana?”
Hani terdiam tiba-tiba. Malam selepas Rifqi temankan dia balik, Rifqi dah tak datang kerja. Encik Manaf kata, dia ada emergency dekat UTM. Tak sangka malam tu last dia bercakap dengan Rifqi.
“Erm. Dia dah habis rasanya.”
“Babe. Sorry. Aku tak berniat nak ungkit benda lama.”
“Hey it’s okay lah. Aku tak kisah pun.” Hani cuba ketawa.
“Kau sayang dia?”
“Hahaha”
“What’s ‘hahaha’ ?”
“Hmmph. Tak adalah sayang. Tapi pernah suka. Alah. Benda lama. Dah lupa dah.”
“Kau ni susah nak suka orang tau tak, Hani. Dan bila kau dah cakap kau suka, aku tak rasa kau boleh lupa gitu je.”
Hani diam lama. Tak tau nak cakap apa sebab apa yang Zara cakap tu betul.
“Doa je lah. Kot-kot jodoh korang kuat, jumpa jugak satu hari nanti kan?”
“Hahaha. Tak harap pun, babe. Kalau ada, bersyukur. Kalau tak ada, aku redha.”
“Amboi. Sekarang ni kemain kau ya? Ayat matang je.”
Hani tergelak besar dengan kata-kata Zara.
****
“Hani, pergi mana lepas ni?” Soal Ain, rakan sekuliah yang baru Hani kenal semalam. Hani yang baru masukkan buku dalam beg menoleh.
“Nak jumpa Dr Ridhuan. Kau nak balik dulu balik lah. Aku takut lambat je ni.”
“Dr Ridhuan? Kau mentee under dia ke?”
“Ha ah. Patut nya aku jumpa dia semalam. Tapi dia ada hal. Tu yang nak jumpa hari ni. Kau dah jumpa mentor kau?”
“Dah. Semalam tu lah. Aku pergi dengan Alias. Eh tak kan kau sorang je dengan dia?” Ain bertanya lagi. Mereka sama-sama melangkah keluar dari kelas Dr Azimah.
“Sorang je lah nampak gaya nya. Sulia tak datang pun.”
“Oh tak apa lah. Eh aku balik dulu lah. Karang terlepas bas pulak.” Ain menepuk sedikit bahu Hani dan terus berlalu pergi menuruni tangga di hujung blok.
Hani meneliti kertas jadual yang disalin minggu lepas di papan kenyataan fakulti nya.
‘Bilik 3410 ni dekat mana eh? Tingkat empat kut?’
Hani berjalan menuju ke lif berhampiran foyer. Dari tingkat dua, lif berhenti di setiap tingkat sehingga sampai di tingkat empat.
Ting!
Hani berjalan keluar dari lif. Tangannya sibuk memasuk kan payung hitam yang dipegang dari tadi, langsung tak tengok depan.
“Adoii!”
Hani memegang kepala yang terhantuk pada kotak yang dipegang seseorang. Hani tak nampak muka si pemegang kotak, tapi Hani pasti itu lelaki. Di sebabkan lelaki itu sangat tinggi, jadi paras kotak yang dipegang, sama level dengan kepala Hani. Ah Hani tak lah tinggi mana pun.
“Errr maaf cik. Saya tak sengaja.” Lelaki tadi merendahkan kotak yang dipegang.
Bulat mata Hani melihat lelaki di hadapannya.
“Rifqi?”
“Hani?”
Serentak.
****
Keadaan café tetap riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar bersembang. Tapi langsung tak beri kesan pada dua orang; seorang lelaki dan seorang perempuan yang dari tadi masih diam tak berkata apa.
Cuma bunyi sudu berdentung-dentang bila berlaga dengan cawan berisi Teh O suam.
“Course apa?” Soal Rifqi tiba-tiba, memecah sunyi.
Hani mendongak lihat Rifqi di depannya. Kemudian tunduk semula.
“Chemical engineering.” Ringkas. Rifqi mengangguk.
“Belum habis belajar?” Sambung Hani.
“Dah. Tadi tengah kemas lab yang saya guna dulu.”
Hani terdiam. ‘Saya? Aku salah dengar ke apa ni?’
“Kenapa diam je? Dulu kalau dekat kedai, awak paling kuat sakat orang, kan?”
“Tak tau nak cakap apa.”
Rifqi senyum mendengar jawapan Hani.
“Tak nak tanya apa-apa? Contohnya kenapa saya pergi tak bagitau awak. Tak nak tau?” Rifqi masih memancing Hani supaya bercakap. Tangan Hani yang asyik memusing gelas Teh O Ais nya terhenti.
“Kenapa?” Hani mendongak melihat Rifqi.
“Malam tu, sebelum awak masuk rumah, awak suruh saya lupakan apa yang awak pernah cakap. Kan?”
Hani tunduk mengiyakan.
“Jadi, saya cuba lupakan apa yang awak dah buat. Dan cuba lupakan awak.”
Kerut-kerut kening Hani cuba pahamkan apa yang Rifqi sampaikan.
“Tapi, saya tak boleh.”
Hani telan liur.
“Hani. . .” panggil Rifqi perlahan. Hani tak berani angkat muka.
“Boleh awak keluar dengan saya?”
Hani dah tak tentu arah dengan kata-kata Rifqi. Dia terus bangun, pegang beg dan mula melangkah.
“Hani. . . !” Panggil Rifqi agak kuat.
Muka Hani dah tak boleh kawal dah kemerahan dia. Hani berhenti melangkah. Kemudian dia berpaling semula melihat Rifqi yang berdiri di tempatnya.
“Pintu keluar dekat sana.” Hani menunjukkan pintu café yang tertutup.
Rifqi ketap bibir, kecewa. Dia tunduk.
“Jom.”
Rifqi angkat muka laju. “Apa?”
“Kata nak keluar dengan saya? Pintu keluar kan dekat sana. Jadi, jom lah.” Ujar Hani.
Rifqi tergelak. Perlahan dia mendekati Hani yang tersenyum manis dan berjalan keluar bersama.
**
cerita makin entah apa-apa. sorry.
4 titik hujan:
hehehe...
masih chomel wat...
suke2..
:)
oklah ni.. paling kurang kau boleh mengekspresikan cerita.. aku langsung jahanam.. haha
bisa mencairkan hati kerasku...hahaha
Post a Comment