Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Sunday, December 26, 2010

Destini : TigaBelas.

MEMIKIRKAN kenduri Kak Lia yang makin dekat, aku baru teringat aku tak ada baju nak pakai untuk hari kenduri tu nanti. Itu hari Mama offer nak belikan, aku jual mahal sangat. Haa kau! Sekarang baru kelam kabut nak cari yang baru. Pulang dari Tadika Kemas Seksyen 4, aku terus memandu ke Kajang. Malas pula nak pergi jauh-jauh. Pergi Metropoint Kajang sudah.

Sampai di sana, aku terus melangkah masuk ke dalam Jakel dalam Metropoint. Hmm, lagi dua minggu ni nak kenduri. Sempat ke? Eh tak apalah. Teringat pula dekat Shima, kawan satu UKM dulu. Mak dia pandai menjahit juga. Hantar dekat dialah. Dahlah mak dia cas murah je, cepat pula tu.

“Kakak!”

Aku yang tengah pegang kain Cotton English warna coklat cream berkerut. Ada orang panggil aku ke? Tapi diam seketika. Ah. Bukan panggil akulah tu.

“Kak!”

‘Hishh. Akak tak kerja kedai kain ni lah, dik oi. Akak pun nak beli kain ni hah.’ Aku masih buat-buat tak tau. Aku yakin, bukan panggil aku.

“Kakak Adelia!” Bersama tepukan di bahu. Terkejut mak, nyah!

Aku toleh belakang. “Laaa. Alia rupanya. Akak ingatkan ada customer panggil akak kedai ni haaa.” Aku tergelak. Alia menggeleng.

“Lain kali tolehlah sikit kak. Ni malu Alia tau. Dari luar kedai orang panggil akak.” Alia menyalami aku. Aku senyum.

“Alia datang dengan siapa ni? Ibu?” Aku menarik Alia keluar dari kedai kain.

“Ha ah. Tapi ibu dengan ayah pergi MyDin depan ni. Ni Alia dengan Abg Jim.”

Terbayang wajah Azim yang baru saja memulakan pengajian dekat UTEM Melaka. Mula-mula dulu masa lepas SPM, dia kerja. Sekarang ni, bila dia sambung belajar semula, ada tiga oranglah anak Ibu yang tengah belajar.

“Mana Jim nya?”

“Budak kuat makan tu, mana lagi kak. Dia tengah makan aiskrim dekat BR. Mula-mula tadi dia ajak Alia makan Pizza. Heee. Orang kenyang baru lepas makan, dia lapar lagi. Bela jin agaknya.”

Aku tertawa mendengar rungutan Alia. “Jom minum-minum nak? Boleh kita borak-borak.”

“Kat mana?”

“Tuu. Kat kopitiam hujung tu.” Aku menunjukkan satu kedai di hujung blok. Alia mengangguk laju dan kami berjalan masuk ke dalam kedai.

“Amboi. Tadi kata lapar. Ni siap order Chicken Chop ni apa cerita?” Aku mengusik setelah waiter mengambil order.
Alia tersengih. “Datang tempat orang ni kak, kena makan apa yang ada.”

“Ha ye lah tu. Eh kenapa tiba-tiba boleh ada dekat sini?”

“Abang Azreel dah nak habis sem. Dia nak bawak balik barang dia nanti. Dia suruh ayah datang bawa dua kereta. Dia nak pinjam satu. Senang dia nak angkut barang. Tu yang kitorang naik dua kereta tu. Nanti tinggal satu kat abang Chik.”

“Oh. Jadinya, Alia tadi naik dengan Jim, ibu naik dengan ayah?”

Alia menggeleng, “Abang Jim mana boleh berpisah dengan ibu. Anak manja tu. Alia yang naik dengan ayah. Abang Jim bawa ibu.” Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum. Kening diangkat bila melihat Alia kelam-kabut mengeluarkan telefon dari sling bag yang dipakai.

“Yup. Orang dekat Kopitiam, level satu.”

Diam sekejap.

“Hee mengadalah kau ni bang Jim. Tadi dah cakap dah orang nak jalan-jalan. Marilah naik atas ni.” Alia kerut-kerut kening.

“Ah malas. Orang dengan Kak AD ni.” Aku tersenyum mendengar Alia mula nak marah-marah.

“Kau ni kan! Naik je lah escalator tu. Lepas tu karang cari je kopitiam ni. Ada satu je dalam Metropoint ni.” Alia marah-marah.

“Haaaa! Naik satu level je.”

Diam lagi. “Hahaha. Bengong. Dekat atas tu, box karaoke adalah. Eh cepatlah. Bagitau ibu sekali tau.”

Alia tamatkan talian. “Sakit hati tau dengan bang Jim ni. Mengada sangat.”

Aku senyum lagi. “Beza umur Alia dengan Jim, tiga tahun eh?”

“Ha ah. Serabutlah kak ada abang macam dia ni. Tapi nak buat cemana. Dah dia je yang ada dekat rumah. Along walaupun kerja dekat Melaka, tapi dia ada rumah sewa sendiri. Dia balik hujung minggu je. Abang Ngah, kat Subang tu haa. Kerja kat syarikat apa entah. Tapi under Petronas. Sekarang dia busy dekat Kuantan, ada projek apa entah. Abang Chik kat sini, belajar kat GMI. Jadinya, tiap-tiap masa Alia kena mengadap muka mangkuk hayun sekor tu je lah dekat rumah. Bosaaaaaan sangat!”

“Alaa. Tapi nanti kan Jim masuk UTEM?”

“Memanglah kak. Tapi dia dah cakap awal-awal, tak nak duduk hostel, nak duduk rumah je.”

“Hehe. Tak apalah. Boleh dia jaga Alia, jaga Ibu dengan ayah.”

Alia menggeleng pantas. “Tak ada maknanya kak. Dia tu sebenarnya tak nak berpisah dengan Ibu. Dia mana boleh jauh sikit dari Ibu. Karang datanglah manja dia.”

“Kutuk nampak!” Azim yang baru muncul tiba-tiba terus duduk sebelah aku, sangat memeranjatkan.

“Wei masuk bagi salamlah!” Alia menempelak. Azim jelir lidah pada Alia. Aku tersenyum menggeleng melihat gelagat dua beradik ni.

“Hai kak. Sihat?” Azim kenyit mata pada aku.

“Kau menggedik ni kenapa bang Jim? Orang bagitau ayah karang!” Alia menepuk tangan Azim.

“Kau jeles?” Azim menjawab. Alia bulatkan mata.

“Haa dah dah. Bergaduh je korang ni tau. Ha Jim, akak sihat je. Makin kembang ni haa.”

“Eh taklah kak. Makin cantik Jim tengok ni.” Aku ketawa dengan kata-kata Azim. Budak ni bukan boleh dilayan sangat.

“Nasib baik akak ni Along punya, kalau tak, Jim dah rembat dah.” Sambung Azim lagi. Dia ketawa. Mata aku membulat.

“Along punya?” Aku menyoal Azim, bergilir memandang Alia di depan.

“Eh bukan ke Ibu cakap itu hari nak datang minang akak. Kan Lia?” Azim pandang Alia. Aku turut tenung Alia.

“Hah?” Makin bulat mata aku.

Apa ni?

***

KAWASAN Tasik Cempaka Bangi petang itu seperti biasa, dimeriahkan dengan orang ramai berjogging. Namun tak semeriah antara aku dan Ibu. Masing-masing antara kami berdua, diam. Ada banyak perkara aku nak tahu, nak dengar dari mulut Ibu sendiri tentang apa yang Alia dan Azim katakana. Tapi aku sendiri tak tahu nak tanya macam mana.

“Ibu minta maaf ye Adelia.” Perlahan suara Ibu masuk ke dalam telingaku. Aku toleh sebelah, melihat Ibu. Raut wajah wanita tua itu sedikit gusar.

“Ibu tak salah apa-apa dengan AD. Sepatutnya, AD yang minta maaf dengan Ibu.” Aku pegang tangan Ibu perlahan.

Ibu menggeleng. “Masa Ibu cakap pada Along yang Ibu nak bermenantukan AD, Along senyum. Diam je. Ibu yakin, Along suka AD juga. Sebab tu dia tak halang Ibu bila Ibu plan nak pinang AD bulan lepas.” Sambung wanita itu lagi. Laju aku pandang Ibu. Aku tak tau apa-apa pun pasal ni. Sungguh.

“Tapi tiga empat hari lepas, Along telefon Ibu. Dia kata, dia nak Ibu batalkan hasrat untuk pinang AD. Dia kata, AD dah ada pilihan AD sendiri.”

Aku diam. Aku tahu Adib nampak macam mana aku menangis bila melihat Razmil menangis ketika di hospital beberapa minggu lepas. Aku tahu yang Adib faham apa aku rasa ketika itu. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang Adib cuba buat sebenarnya.

“Maafkan AD, Ibu.”

***

“TERIMA kasih sebab datang kenduri tahlil ni dan tolong apa yang patut.” Razmil menegur ketika aku membantu mencuci pinggan mangkuk di dapur rumah Ibu kak Ira. Aku menoleh sekejap kemudian kembali mencuci cawan.

“Putrajaya dengan Kajang tak jauh mana, bang. Saya datanglah tolong.”

Razmil angguk perlahan. Dia duduk di kerusi di meja makan kecil di dapur Ibu. Hanya kami berdua. Dan aku mula rasa janggal bila diam begitu.

“Abang.” “Adelia.” Serentak. Dan sama-sama terdiam.

“Adelia nak cakap apa?” Soal Razmil.

Aku menggeleng laju. “Abang cakap lah dulu.”

Razmil diam semula.

“Erm..” Hanya itu yang aku dengar. Aku toleh melihat Razmil yang memusing-musing cawan di atas meja. “Abang minta maaf dengan apa yang abang buat pada Adelia dulu.” Dia tunduk. Aku pegang sinki kuat.

“Tak apalah bang. Benda dah lama jadi. Saya tak simpan dendam apa-apa. Saya ikhlas doakan abang dengan arwah akak bahagia.”

“Tapi Kak Ira dah tak ada.” Sayu aku dengar suara Razmil. Teringat pesanan Kak Ira dari suratnya, Razmil tak kuat. Dia sekarang sorang-sorang.

“Abang kan masih ada Ibu, Abah, adik beradik abang, famili Kak Ira. Dan abang ada Syahmil. Macam mana pun, abang kena kuat untuk anak abang tu.”

Razmil masih tunduk. Aku tak tau apa yang ada dalam kepala dia sekarang.

“Dan abang ada saya lagi.”

Razmil angkat muka, renung aku tepat. Dan aku sendiri terkesima dengan ayat yang keluar dari mulut aku. Tuhan, betulkah tindakan aku ni?

***

AKU mengambil cuti selama dua minggu untuk membantu menguruskan majlis perkahwinan Kak Lia dan Abang Fazzrul. Walaupun dalam emosi tak berapa nak betul sangat, tapi depan semua orang, aku kena maniskan muka. Tak mau ada yang fikir bukan-bukan.

“Babah tengok anak babah ni, makin hari, makin kerap termenung. Apa yang ada dalam fikiran tu?” Tegur babah tiba-tiba ketika aku sedang duduk di kerusi di meja bulat berdekatan dengan kolam tepi rumah.

Aku tersenyum. “Tak ada apa-apa, bah. Teringat kenangan lama, masa kecik-kecik. Tengok-tengok, semua dah besar sekarang. Sarah dah bertunang. Ni, giliran Kak Lia pula tamatkan zaman bujang. Dah nampak dah jalan diorang kan bah?”

“Betul. Tapi kadang-kadang, itu bukan pengakhiran. Maksud babah, kita tak tau lagi tentu hidup kita macam mana. Mungkin susah sekarang, tapi nanti, end up dengan perkara paling menggembirakan. Kan?” Babah usap perlahan kepala aku. Aku senyum menunduk.

“AD ada masalah?” Tanya babah lagi.

“AD tak tau nak cakap macam mana, bah.” Akhirnya, air mata yang aku tahan sejak beberapa lama, mengalir juga. Babah cukup tau bila aku ada masalah. Babah cukup faham.

“Babah tak paksa AD cerita. Tapi anytime you need a shoulder, you can lean on me. Ok dear?” Aku angguk dan tersenyum. Babah cium dahi aku dan perlahan usap rambut aku.

***

“ADELIA AZMAN!”

Omakkau! Terangkat bahu aku. Cepat-cepat aku pusing tengok siapa yang panggil. Dan aku nampak mama berdiri sambil cekak pinggang dekat tangga rumah. Aku tersengih.

“Berangaaaaaan je! Cepat tolong Kak Mia siapkan hantaran Kak Lia dekat atas.”

“Alaa mama ni. Nak rehat sikit pun tak boleh tau.” Aku merungut tapi tetap bangun dari sofa depan TV. Aku mula hendak melangkah ke tangga atas.

“Rehat sikit apanya? Dari zohor tadi melepek dekat situ sampai nak masuk asar.” Ada suara menyampuk nampaknya. Aku nampak dekat muka pintu rumah, Abang Iqram masuk dengan tangga besi.

“Jeles lah tu!” Ujarku, sinis.

“Jeles lah tu.” Abg Iqram mengajuk sambil menggoyang-goyangkan punggung.

Berkerut kening aku. “Mama! Tengok abang tu!”

“Haa sudah. Melayan korang berdua ni, tak minum orang yang tolong dekat tanah tu. Dah dah. AD pergi naik, tolong Kak Mia. Kamu, Iqram, nak buat apa tangga tu?” Mama tanya abang Iqram. Aku masih berdiri di sebelah mama di tangga.

“Tadi Faris cakap nak pasang kelambu dalam bilik. Ni yang Iqram bawa tangga ni.” Jawab abang Iqram. “Tepi sikit!” Abang Iqram sengaja melanggar bahu aku ketika naik ke tingkat dua.

“Mama..!” Aduku.

“Ehh malaslah layan kamu ni. Mama banyak lagi kerja.” Mama berlalu ke dapur. Abang Iqram yang dah berada dekat tingkat atas menjelir lidah pada aku. Aku ketap bibir tahan geram. Abang Iqram dah masuk ke bilik pengantin ketawa-ketawa. Aku mula rasa nak membunuh ni. Aku berjalan sambil menghentak-hentakkan kaki tanda protes dengan abang Iqram.

“Marahlah tu. Biar nanti selalu sangat kerut-kerut, nanti cepat tua. Biar masa nak bersanding nanti ada kedut.” Abang Iqram meletakkan tangga berhampiran katil.

“Heleh. Orang pakailah Olay Total Effect tu. Apa susah!” Aku duduk mengadap Kak Mia yang sedang menyusun buah dalam bakul, muka masam.

“Kenapa ni?” Tanya Kak Mia.

“Tu tanya orang tua tu.” Aku menjawab tanpa memandang pada Abang Iqram. Kak Mia tergelak mendengar jawapan aku.

“Orang tua pun, hensem tau?” Abang Iqram bersuara walaupun sibuk memanjat tangga memasang tempat untuk menyangkut kain kelambu.

“Yek! Kucing Auntie Sue 13 tahun cahaya lagi hensem dari abanglah.”

“Eh korang ni bisinglah.” Abang Faris menyampuk.

“Tak adalah bang. AD ni tadi cakap kau buncit. Ada ke patut? Aku back up kau lah.” Ujar Abang Iqram.

Bulat mata aku. “Wei! Mana ada orang cakap gitu. Jahatlah abang Iqram ni!”

“Dah AD. Jangan layan sangat abang kamu tu. Ni potongkan akak reben ni.” Kak Mia menghulurkan reben warna emas pada aku. Aku capai gunting, aku potong. “AD lain dua tiga menjak ni.” Sambung Kak Mia. Suaranya berubah nada.

“Hah?” Aku pandang Kak Mia. Kak Mia angkat kening.

“Ada masalah kat tempat kerja?”

“Tak adalah kak.” Aku senyum sikit.

“Kalau tak ada, muka tu taklah mendung 24 jam. Kan?”

“Nampak sangat ke kak?” Aku sedikit berbisik.

Kak Mia tersenyum. “Nampaaaaak sangat. So tell me, apa yang merunsingkan sangat tu?” Aku diam. Tak tau nak cakap apa. Tak tau nak cakap macam mana.

“What if.. Erm.. Agak-agak akak, babah terima tak kalau bermenantukan duda anak satu?” Aku tenung muka Kak Mia dalam-dalam. Tangan Kak Mia yang ghalit melilit reben dekat pemegang bakul terhenti.

Kak Mia pandang aku, tajam. “Adelia dah fikir masak-masak untuk terima Razmil?”

***

“SELAMAT pengantin baru, kak!” Aku mencium pipi Kak Lia selepas majlis akad nikah selesai. Kak Lia senyum manis. Orang yang bersesak di masjid membuatkan aku sedikit rimas. Aku berjalan ke perkarangan masjid, terasa bahang matahari mula memerit. Baju kurung moden berwarna coklat kayu gelap sudah mula basah. Nasib baik warna gelap. Tak adalah nampak basah dekat ketiak. Nasib baik.

“Adelia.”

Aku toleh belakang bila nama dipanggil. Terlihat, seorang lelaki tegap menyarung baju melayu hitam, berdiri mengadap aku. Sambil mendukung bayi.

“Abang.” Aku tersenyum.

***

SUASANA sejuk lepas hujan petang tadi sedikit pun tidak memberi kesan. Padahal aku ni pantang kalau sejuk-sejuk, tambah pula penat berkemas lepas kenduri petang tadi. Kalau ikutkan mata, dah lama aku terbungkang dalam bilik. Tapi otak ni tak berhenti berfikir. Entah apa yang difikirkan, aku sendiri tak tahu. Aku terus leka duduk dekat kerusi di meja bulat. Tak tau kenapa, dari dulu, aku memang suka duduk sini. Tenang. Deheman babah membuatkan aku berpaling.

“AD tak join Kak Lia dengan Abang Fazzrul buka hadiah?” Soal babah dan terus duduk di depan aku. Aku menggeleng. Kemudian memusing-musingkan mug berisi kopi panas di atas meja.

“Babah tanya AD, babah tak join pula?”

“Malaslah. Bukan ada orang bagi hadiah dekat Babah pun.” Jawapan babah buat aku tergelak sedikit.

“Kalau babah nak orang bagi hadiah, babah kena kahwin lagilah.” Aku mengusik.

“Haishh. Dengar dek mama kamu karang, letih babah nak memujuk.” Aku ketawa senang. Babah tersenyum sambil mendongak melihat langit. Banyak bintang malam ni. Lepas hujan.

“Babah..” Aku pandang babah, kemudian tunduk bila babah tenung aku semula. “Sebenarnya, banyak yang AD nak tanya babah. Nak minta pendapat babah, tapi tak tau nak cakap macam mana.” Luahku.

“Mulakan dari mana yang mula-mula buat AD pening.”

Aku diam sekejap. Perlahan aku keluarkan satu lipatan kertas, dan hulurkan pada babah. “Babah bacalah dulu.” Babah ambil dan baca. Sunyi seketika.

“Bila Ira bagi?” Soal babah setelah membaca surat Kak Ira.

“Erm, ibu kak Ira yang bagi, masa malam AD ikut abg Sham pergi kenduri tahlil rumah arwah.” Babah mengangguk perlahan.

“Jadi, apa AD rasa AD nak buat? Terima Razmil dan anak dia?” Terusan babah bertanya.

Aku mengeluh. “Mungkin. Tapi..” Ayat tergantung.

“Apa?”

“Few weeks ago, AD terjumpa Makcik Fatimah, jiran Pak Long tu. Dia cakap dengan AD, dia pernah terfikir untuk pinang AD untuk Adib. Tapi tak jadi, sebab Adib bagitau Ibu dia yang dia tak mau halang kebahagiaan AD.”

“Babah tau pasal Adib tu.” Ringkas.

Bulat mata aku. “Babah tau? Dari mana?”

“Pak Long cakap.” Terangkat kening aku. Mana pula Pak Long tau ni. “Sebenarnya, Ibu Adib dah pun datang merisik AD, tapi tanya pada Pak Long lah. Then Pak Long call babah, nak tanya pasal AD.”

God!

“Babah cakap apa?”

“Babah cakap, babah tak nak masuk campur dalam buat keputusan macam ni. Apa-apa, kena tanya empunya diri lah.” Jawapan babah buatkan aku lega sangat. “Jadi, sekarang macam mana? AD rasa tak tau nak pilih yang mana satu?” Soal babah lagi.

“Bukan macam tu bah. Cuma AD rasa serba salah dengan Ibu, dia baik dengan AD, tapi AD tolak permintaan dia.”

“Betul juga tu. Kenapa AD tak mau Adib tu? Babah tengok Adib tu baik, muda lagi. Kerja elok, hormat orang tua.” Sambung babah.

Aku tersengih. “Tapi bah, that guy, he’s just not that into me.”

“Apa pulak? Kalau tak, tak kan dia suruh Ibu dia pinang AD.”

“Encik Azman, dia tak suruh, Ibu yang nak. Tau?”

“No. Ibu cakap, Adib yang minta Ibu dia pinangkan AD untuk dia.” Ujar Babah.

Berkerut kening aku. Tapi... “Taklah babah. Dia ada awek. Tapi awek dia tu ada masalah. Bila Ibu asyik suruh dia kahwin, dan dia nampak AD rapat dengan Ibu, dia setuju je lah. Sebab nak jaga hati Ibu. Lagipun, dia tu kawan AD lah bah.”

“Tapi babah rasa, dia suka AD.”

“No, he doesn’t.”

Babah tersengih, sinis. Heee geram tau babah ni! “Ok, babah nak tanya.” Aku pandang babah sambil menyisip sedikit kopi yang sudah mula sejuk.

“AD terima Razmil?”

Aku angguk perlahan.

“Syahmil?”

“Yes.”

Babah tenung aku. “Macam mana kalau Kak Ira tak tulis surat ni? AD masih akan tetap terima Razmil dan Syahmil?” Soal babah sambil pegang lipatan kertas yang aku bagi tadi.

Aku terdiam, lama.

“Macam tak terima je?” Babah menembak.

“Hmmph. AD terima Razmil, Syahmil, ikhlas dari hati, bukan sebab ada siapa-siapa suruh.” Nekad.

Babah senyum. “That’s my girl.”

“Kenapa babah tanya macam tu?”

“Babah tak nak anak babah buat satu kesilapan besar dalam hidup hanya sebab perasaan simpati.” Babah bangun dari kerusi, mengusap perlahan dahi aku.

“Babah..”

Babah toleh.

“Babah dengan mama terima Razmil?”

Babah senyum lagi. “Siapa pun yang jadi menantu babah, babah terima. Asalkan tau jaga perkara yang paling babah sayang, anak-anak babah.” Aku senyum mengangguk.

Terima kasih, babah.

***

SEMINGGU selepas Kak Lia selamat dinikahkan dengan Abg Fazzrul, Pak Long pula membuat kenduri kecil di rumahnya. Siang buat kenduri doa selamat untuk Kak Lia, malam disambung dengan kenduri tahlil untuk arwah Shafiq.

“AD!” Tepukan di bahu mengejutkan aku yang tengah bersiap dalam bilik Shafiq.

“Babe! Walaupun aku nak marah sebab kau masuk tak reti nak ketuk pintu, tapi aku nak peluk kau sebab sudi datang kenduri ni!” Lekas aku peluk Dina yang entah bila sampai. Lamanya tak jumpa makhluk Tuhan yang sorang ni.

“Rindu dekat kau!” Dina menjerit perlahan. Aku tergelak sambil meleraikan pelukan. “Pipi kau makin tembam tau!” Sambung Dina sambil mencubit pipi aku.

Aku menepuk tangannya. “Sakitlah!”

Dina tergelak. Kami duduk di atas katil milik arwah. “Woah. Style gila bilik arwah Shafiq eh? Sukalah aku!” Dina memerhati sekeliling bilik. Aku senyum. Memang aku akui bilik arwah Shafiq sangat smart.

“Eh kau datang dengan famili kau ke?”

“Tak lah. Parents aku pergi kenduri rumah cousin dekat Negeri Sembilan, bawa adik-adik aku sekali. Aku datang dengan Hafiz.”

“Oh yeah? Eh kau bila nak bertunang dengan Hafiz?”

Dina tertawa. “Tunggu lah dua tiga tahun lagi. Sama-sama tak stabil lagi ni.” Dina menghampiri meja stadi milik arwah Shafiq, mengambil satu gambar yang aku bingkaikan di atas meja.

“Kau masa kecik?”

“Ha ah. Masa raya tu, dengan arwah.” Aku senyum perlahan melihat gambar di tangan Dina.

“Eh tadi aku nampak Adib dekat bawah. Korang memang rapat eh?” Dina bertanya sambil meletakkan gambar tadi ditempatnya.

“Hahaha. Memanglah rapat. Dah rumah dia sebelah rumah Pak Long ni haa.”

Bulat mata Dina. “Gila kuat jodoh korang!”

“Tak lah. Memandai je tau kau ni. Dia tu kerja dengan Pak Long aku. Dulu, dia bos aku.” Aku membetulkan baju yang dipakai. “Jom turun. Aku dah siap.” Dina mengikut aku keluar dari bilik. Orang dah makin ramai.

“Razmil macam mana, babe?” Soal Dina ketika aku dan dia sama-sama turun tangga ke tingkat bawah.

“Tuuu.. Sihat walafiat je.” Aku menunjukkan ke arah sofa hadapan TV. Seorang lelaki yang sedang memangku seorang bayi, duduk bersembang dengan babah dan Pak Long.

Terangkat kening Dina. “Kau dengan dia dah okay eh?” Aku senyum menjawab pertanyaan Dina. “Isteri dia mana?” Sambung Dina lagi.

“Isteri abang Razmil dah meninggal. Dah nak masuk dua bulan dah, babe. Sorry, aku sendiri tak sempat nak bagitau kau banyak benda. Kan?”

“Innalillah..” Dina terdiam seketika, kemudian laju dia menarik tangan aku. “Wait! ‘Abang’ Razmil?” Bulat mata Dina. Aku tersenyum lagi, tak berkata apa-apa. Laju aku berjalan ke arah babah.

“Babah, nak ajak Razmil pergi ziarah Shafiq boleh?” Aku sedikit berbisik. Babah mengangguk perlahan. Aku berpaling pada Razmil. “Abang, temankan AD sekejap.” Pak Long dan Dina memerhatikan aku tak berkelip.

“Pergi mana?” Soal Razmil, sambil menepuk-nepuk Syahmil yang lena tidur.

“Adalah. Jom!”

“Syahmil ni?” Razmil masih pandang aku. Aku pandang babah.

“Mil, mari sini babah pegangkan Syahmil tu. Pergilah ikut AD. Dia kata nak belanja makan.” Babah berkata. Aku mengerutkan kening.

“Babah jangan nak memandai eh.” Aku pura-pura nak marah. Babah dan Pak Long ketawa. razmil meletakkan Syahmil yang sedang tidur di atas pangkuan babah perlahan. Kemudian Razmil menghampiri aku yang sudah mula melangkah.

“Pergi dulu tau.” Aku menuju ke pintu, diikuti Razmil. Sekilas, terasa lengan dipegang. Aku menoleh.

“Babe, aku tak tau cerita sebenar. Tapi aku dapat rasa kau makin bahagia sekarang. Aku doakan kau tau sayang.” Dina memeluk aku kuat.

Aku balas. “Terima kasih Dina sebab ada sepanjang aku merana dulu. Kau kawan aku dunia akhirat.” Aku cium pipi Dina.

“Wei! Aku nak kahwin dengan Hafiz. Bukan dengan kau!” Dina menolak pipi aku lembut.

“Tak nak! Aku nak kahwin dengan kau. Dengan kau!” Aku cuba tarik Dina kuat ke dalam pelukan. Tapi Dina lagi kuat menolak.

“AD. Babah nak menantu lelaki ye.” Babah menyampuk dari dalam. Aku ketawa mendengar kata-kata babah. Dengar je tau babah ni!

“Eh aku nak keluar kejap. Ada tempat nak pergi. Kejap lagi aku balik. Kau tolong mama jaga Syahmil tau.” Dina mengangguk, melambai aku pergi ke arah Razmil yang sudah menunggu di kereta.

***

AKU pegang batu nisan pada kubur arwah Shafiq yang sudah lama aku tak ziarah. Rumput-rumput kecil yang mula tumbuh, aku buang sedikit.

Assalamualaikum Apit. Kau tahu tak, yang aku rindu kau sangat-sangat. Banyak benda dah berubah Pit. Agaknya kalau kau ada lagi depan aku, mesti kau akan cakap, aku dah semakin matang. Sebab yes, aku rasa aku memang dah makin matang. Makin kuat.

Sejak kau pergi, aku rasa sangat aku sorang-sorang. Kalau ikutkan, kita tak adalah rapat sangat. Tapi tak tau macam mana aku rasa kau sangat paham jiwa aku. Kau soulmate aku. Kan? Tapi, tak semestinya soulmate akan jadi cinta hati kita. Kan?


“Adelia. .” Terasa sentuhan lembut di bahu. Aku toleh. “Abang tunggu dalam kereta ye?” Razmil berkata perlahan, mungkin tak mahu mengganggu aku. Aku angguk. Razmil melangkah pergi ke kereta di depan pagar kawasan perkuburan Islam di Lubok China.

Apit, aku terima dia Pit. Aku terima dia sepenuh hati aku. Kalau dulu, kau mungkin marah dia sebab main-mainkan perasaan aku, tapi aku rasa kalau kau ada hari ni, kau mesti akan sokong tindakan aku. Kan Pit kan? Sebetulnya, aku terima dia bukan sebab permintaan Kak Ira. Tak. Aku terima dia ikhlas. Aku terima dia, dan Syahmil. Sebab aku terpaksa akui, sekali pun aku tak dapat lupakan dia.

Apit, kau paham kan situasi aku sekarang? Doakan aku bahagia dari sana ye Pit. Doakan aku bahagia sampai bila-bila tau Pit. Kau doakan tau.


Aku mengusap perlahan batu nisan tertulis nama Muhammad Shafiq bin Mazlan. Rindu betul aku pada arwah. Rindu pada senyuman dia. Rindu pada nakal dia. Rindu pada kehadiran dia.

Aku pergi dulu, Apit. Nanti aku datang lagi. Aku sayang kau sangat-sangat.

Perlahan aku melangkah keluar dari kawasan perkuburan, masuk ke dalam accord hitam milik Razmil, yang satu waktu dulu penyebab aku mengenali satu watak yang langsung aku tak pernah terfikir untuk hidup bersama.

“Adelia. . .” Panggil Razmil. Aku menoleh sekejap melihat dia disebelah. “Abang minta maaf untuk segala-galanya yang pernah abang buat, sakitkan hati Adelia. Abang tau abang banyak salah. Tapi Adelia tetap terima abang.”

Aku tunduk.

“Abang tak boleh nak janjikan yang abang akan bagi sepenuh kebahagiaan pada Adelia sekarang, dan pada kehidupan akan datang. Tapi seboleh mungkin, abang akan cuba sentiasa buat Adelia senyum, dan sedaya upaya abang akan elakkan dari lukakan hati kesayangan abang ni.”

Aku tersenyum menunduk.

“Adelia, terima abang?”

“Dengan Syahmil sekali, bang.” Aku menjawab perlahan, langsung tak angkat muka.

“Terima kasih, sayang.” Laju aku menoleh melihat Razmil di sebelah. Dia tersenyum sambil memutarkan stereng, membelok keluar dari kawasan perkuburan.

"Dia cintakan AD. Sampai bila-bila pun, perkara tu tak kan berubah, dik."

Terngiang-ngiang kata-kata Kak Ira ketika aku sempat melawat arwah satu ketika dulu. Terima kasih Tuhan, atas kurniaanMu ini. Hidup aku masih lagi panjang, insyaAllah. Tapi buat masa sekarang, aku berharap waktu ini tak akan berlalu, biarkan ia berhenti.

Biarpun dia yang pernah hancurkan hati aku satu ketika dulu, tapi tetap cuma dia yang boleh rawat segala luka di dalam, cuma dia yang boleh buat aku senyum seperti dulu.

Terima kasih Tuhan. Terima kasih.

15 titik hujan:

asip محمد said...

nice ending.. aku tak sangka pulak kau nak dgn razmil.. harap adib dgn awek beliau kawin laa pulak.. kah3

Amal said...

sebenarnya kan asip, aku dah ada plan untuk HID dua. heuheuheu

lonely writer said...

sbnrnye, nak ad dgn adib...tapi...ending ni pon ok...huhu

epy elina said...

nice....
bgus2...
klu ada HID lg baik....

MaY_LiN said...

ingat ngan adib..

luv' said...

yay! da 2nd pulak~~good..coz sy x kenan sngt lah AD trima razmil ni.adib is better hehehe
btw all de best!!~~

arisa iwahashi said...

ala... xsangka ending dy cam ni~~
n0t as what i expected...hehe...
anyway gud j0b...^_<

nice st0ry...more to reality...
i still hope AD will choose Adib~~

zura asyfar said...

best ending but ingtkan ad ngn adib..btw selalu je sedih bace part arwah syafiq..dulu smpai menitik air mata lg ms arwah shafiq mati..huhu..congrats writer, karya anda mmg best :))

aisyah said...

beb..ak nanges la wei...
hbiskan cite ni lam sehari je..
tp kesian dowh kt adib tu...
adelia lak..ramai tul sangkut ngn laki...

Amal said...

aiyoo.. hahaha

actually aku sendiri pun tak suka ending ni. tapi tak apalah. aku cuba buat yang terbaik untuk second HID. doakan aku rajin.

:D

iza said...

nk dia ngan adib la... hikhik.. nyway ending ni pun bez...

Anonymous said...

Emm..cm xleh nk tme sgt ending ni...
Xleh...coz cm ase ad kaitan ng ak lak... Hahaha...
N ingatkan ending ni Ad plih Adib..
huhuhu..
Btw,congrat coz da abiskan cte ni...
(^_^)V

yuta0330 said...

aku pon nk tambah jugak la..
btol3..x bpe ske dgn ending, tp, mmg hebat la writer..bijak wt jln cter..x stereotype..<-- btoi ka gue eja?
btw, sian la dgn AD ni, asik x mjadi jek hubungan dia..hopes dia jd setabah yg bleh..
ces, tulis beria, mcm la wujud watak tu..haha..

Amal said...

@yuta;
kalau betul2 wujud cane?

sakura said...

knp x bgi ad n adib
sama2 bujang..
razmil ni duda anak sorg plk 2
mcm x bext jer amik bekas org.