Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Sunday, December 26, 2010

Julia : Enam.

“Tak sangka Azie tu berperangai Lucifer kan? Muka dah cantik dah.”

Laju Julia pandang Ashraf di depan yang sedang sedap menghirup cendol pulut di satu gerai tepi jalan berhampiran kawasan perumahan Bangi Lama, di simpang tiga.

“Woah. Mulut kau boleh tahan evil ya.” Julia menjawab.

“Heh. Yang patut kau panggil evil tu, si Azie tu.” Ashraf menjeling Julia. “Aku tak paham kenapa kau boleh baik sangat hati tu, tak bagi Cikgu Ramli gantung je si Azie tu. Dia dah lah ponteng kelas, siap pedajal orang. Kalau aku jadi pengetua, aku buang terus.” Sambung Ashraf.

“Thank God kau tak jadi pengetua.”

“I will, one day.”

“Hah. Make sure kau bagitau aku kau jadi pengetua sekolah mana. Tak lah aku sekolahkan anak aku dekat tempat kau.”

Ashraf ketawa kuat mendengar kata-kata Julia.

“Aku bukan apa, Cap. Kesian ah. Itu hari pun dah nak kena gantung sekolah. Aku tak nak sebab diari tu, dia terus kena gantung. Karang, dendam dia pada aku makin membukit.” Julia mengacau-ngacau cendol pulut dalam mangkuk plastik di depannya.

“Kau rasa, kau buat baik gini, dia hargai ke?” Soal Acap.

Julia diam, pandang kenderaan yang lalu lalang di kawasan menghala ke Dengkil.

“Tak tau lah. Aku ni dah lah kawan tak ramai dekat sekolah tu. Diam-diam aku ni pun, bertambah juga musuh.” Julia mengeluh.

“Aku ada. Jangan risau.”

Julia ketawa sedikit. Ashraf pandang.

“Kau lelaki, Cap. Tak semua benda aku boleh cerita dekat kau. Aku perlu seorang perempuan untuk jadi buddy aku.”

“Alah. Apa benda yang tak boleh cerita nya? Pasal period pain? Eh come on. Mama aku perempuan kot. Adik aku si Aleesya tu, dah form one, dia dah period, dia perempuan. So what?”

“Bukan benda tu lah!”

“Then?”

“Pasal cinta, pasal perasaan. .”

Ashraf tersenyum.

“Aku ni tak ada perasaan ke sampai kau tak boleh nak cerita dekat aku?”

“Hmmph! Lelaki lain lah!” Julia dah mula marah-marah.

Kau jatuh cinta dengan aku, dan kita akan bercakap pasal perasaan, berdua saja.

Ashraf menggeleng perlahan, dan terus diam.



****


“Hai.”

Julia diam tak terkutik, masih menunduk, cuba menyelesaikan soalan Matrik, latihan Matematik Tambahan yang diberi Cikgu Zaidi tengahari tadi. Sambil terangguk-angguk mendengar lagu The Kooks dari MP3 yang dibawa sembunyi-sembunyi ke sekolah.

“Julia!” Panggilan kuat beserta ketukan di atas meja mengejutkan Julia.

“Oh mak kau!”

“Shhhhh. Silent please.” Tegur seorang pengawas perpustakaan yang kebetulan lalu di situ. Julia angkat tangan tanda minta maaf. Dan dia mendongak melihat siapa berdiri di hadapannya.

“Errr. . . Amir.” Cepat-cepat Julia menarik MP3 di sebalik tudung sekolahnya.

“Boleh aku duduk?” Amir menyoal.

Julia mengemas meja yang berselerak. “Duduk lah.”

Banyak meja kosong lain, apasal nak duduk sini ni?

“Kau rilek je bawa MP3, tak takut kena rampas?” Amir memulakan perbualan.

Julia tersengih sedikit.

“Pandai berak, pandai lah cebok.”

Amir angkat kening mendengar perumpamaan yang keluar dari mulut Julia. Dia melihat Julia yang kembali tunduk menyambung membuat latihan Add Math.

Padahal yang sebenarnya, Julia tengah cover sebab kalut duduk bertentangan dengan Amir. Tak pernah sekali pun termimpi nak duduk berhadapan gini. Ah dalam mimpi pun tak pernah termimpi.

Apa kau mengarut ni Julia?!

“Jue. . .”

Alamak dia dah panggil. Nak dongak tengok dia ke tak?

“Hmm. .” Julia angkat muka sikit.

“Aku. . .” Kata-kata Amir terhenti. Julia angkat kening.

“Aku minta maaf atas segala tuduhan aku pada kau.”

Julia tunduk, menconteng-conteng kertas A4 yang ada atas ribanya.

“Sepatutnya aku kena lebih matang, kena check dulu apa yang jadi betul ke tidak. Ini tak, aku main belasah je.”

Julia masih diam, mendengar.

“Aku percaya hundred percent kata-kata Azie. Lagi-lagi pula lepas aku baca diary kau tu, memang menyirap juga lah.”

“Bukan aku yang tulis,” Sampuk Julia.

“Aku tau. Dan itu silapnya aku. Percaya kata-kata Azie.”

Julia diam semula. Tak tau nak cakap apa sebenarnya.

“Aku nak cakap itu je. Aku harap, kau maafkan aku dan kawan-kawan aku.” Amir mula bangun. Julia mengangguk saja.

“Amir. .” Panggil Julia tatkala Amir mula melangkah. Amir berhenti, menoleh.

“Kau dengan Azie tu, couple ke?” Soal Julia.

Berkerut kening Amir.

“Aku dengan Azie what? Hell no! Mana pula datang cerita tahyul ni?”

“Errr. . . Aku dengar-dengar je. Tak apalah kalau salah.”

“Hmm. . Jangan suka dengar cerita yang bukan-bukan Jue.” Amir berkata dan terus berlalu. Dan Julia terus tutup buku, berangan sambil tersenyum.

Haihhh..




****



“ACAP!!”

Julia melambai-lambaikan tangan pada Ashraf yang baru saja selesai berlatih bola sepak di padang sekolah. Sebagai salah seorang pemain tetap bola sepak sekolah, memang kerja dia lah kena berlatih petang-petang. Lagi-lagi pula dah dekat pertandingan peringkat Zon, lagi lah kerap berlatih.

Ashraf berlari anak mendapatkan Julia yang berada di pinggir padang, bersama basikal BMX.

“Kau bawa basikal Ijep ni, dia tak marah?” Soal Ashraf ketika sampai pada Julia. Nafas nya sedikit turun naik.

“Sejak abah beli motor Ego tu, dia tak pandang dah basikal ni. Aku je lah yang bawa.”

Ashraf senyum. Dia lap peluh yang mengalir di pipi.

“Dah habis praktis?”

Ashraf mengangguk.

“Jom balik.” Julia mula hendak mengayuh. Tapi terhenti bila Ashraf memegang handle basikal.

“Kau kena bawa aku lah. Aku tak bawa motor hari ni.”

Bulat mata Julia.

“Kau gila apa? Dah lah berat. Busuk. Berpeluh. Tak nak aku!” Julia menolak Ashraf. Dia mula mengayuh.

“Wei! Ni bau jantan. Wangi tau!” Ashraf mengejar. Julia ketawa kuat-kuat.

“Bagi aku bawa basikal, kau berjalan.” Ashraf berkata bila dia berjaya pegang seat basikal.

“Tak nak! Nanti kau tinggal aku jalan sorang-sorang.” Julia berdegil tak mahu turun dari basikal.

“I won’t lah sayang.”

“Gedik tau nak ber-sayang-sayang.” Julia tepuk dahi Ashraf.

“Sakit lah!”

Ashraf menggoncang-goncangkan basikal sampai lah Julia turun. Julia mencebik.

“Jahat lah! Kau tinggal aku, siap!”

Ashraf ketawa. Dia mula mengayuh perlahan, seiring dengan Julia.

“So, tell me.” Kata Ashraf tiba-tiba.

“Apa?” Julia bertanya pula.

“Ah come on, Jue. Kau tak akan dengan sesenang hati nak datang time aku habis main bola, dan ajak aku balik. Mesti ada benda jadi ni.” Tembak Ashraf dan sangat mengena.

Julia menunduk, bermain dengan jari.

“Tick tock tick tock.” Ashraf membuat bunyi jam.

“Okay. Tadi masa aku lepak dekat library, Amir datang jumpa aku.”

Ashraf angkat kening.

“Dia kacau lagi?”

Julia menggeleng. “Tak. Dia datang minta maaf.”

Ashraf mengangguk-angguk. Julia diam semula.

“Jadi, apa masalahnya?”

“Aku tanya pasal dia dengan Azie.” Sambung Julia.

“Then?”

Julia berhenti melangkah. Kayuhan Ashraf turut terhenti.

“Dia cakap, dia dengan Azie bukan couple.” Ujar Julia dan terus toleh Ashraf di sebelah.

Ashraf pandang Julia tak berkelip.

0 titik hujan: