Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Sunday, February 6, 2011

Julia [akhir]

Jeffri mengayuh basikal perlahan-lahan menuju ke gerai burger di hujung simpang masuk ke kawasan perumahannya. Ikutkan hati memang malas. Tapi ibunya nak sangat makan burger tepi jalan, terpaksa lah dia keluar rumah meninggalkan DOTA yang disayangi.

“Eh Acap, sejak bila kau niaga dekat sini?” Jeffri mengangkat kening sikit melihat Ashraf tangkas menyiapkan burger yang di order beberapa orang yang sedang menanti berhampiran gerainya.

“Ah. Aku tolong Man je. Dari duduk rumah goyang kaki, baik aku tolong dekat sini. Bergerak juga urat-urat badan aku ni. Dapat duit, dapat makan free.” Ashraf tersengih memandang Jeffri.

“Kau dari rumah ke?” Sambung Ashraf. Dalam masa yang sama, dia mengambil roti yang siap di bakar oleh Man, lelaki yang tua dua tahun daripadanya, kemudian sekeping daging ayam diletak di atas roti tersebut. Sos lada hitam dipicit diikuti sos cili biasa. Beberapa keping timun dan salad ditabur diikuti mayonis. Kemudian dilapik dengan roti lagi sekali dan lantas tangan Ashraf laju membalut burger yang sudah siap.

“Ha ah. Ibu nak sangat makan burger. Hmm kasi burger ayam satu, burger daging tiga.” Jeffri mengimbangi badan di atas basikalnya.

“Julia ada dekat rumah?”

“Ada. Duduk menggemukkan diri.”

Ashraf ketawa kuat. “Entah macam mana lah dia tu nak gemuk. Makan banyak pun kering macam tu juga. Eh dia tak kerja?”

“Entah. Dia ada apply 7E tu. Tapi tak ada call lagi. Tak sure lah dapat ke tak.”

Ashraf mengangguk-angguk perlahan.

“Jeles ah aku tengok korang. Dah habis SPM. Duduk rumah lepak je. Bangun tidur lambat.” Jeffri mengeluh sedikit.

“Ala rilek lah. Nanti kau pun rasa. Oh by the way, congrates untuk PMR kau. Dapat 6A kan?”

Jeffri tersengih. “Eheh. Thanks. Tapi aku tak lah sepandai Ain. Dia dapat 8A.”

Ashraf tersenyum mendengar kata-kata Jeffri. Jujurnya dia memang bangga dengan adiknya, Ain yang berjaya dapat 8A dalam PMR. Dia sendiri pun dulu dapat 5A je.

“Kau apply MRSM ke?”

Jeffri menggeleng. “Dah apply. Tapi tak ada rezeki kot. Aku tunggu mana-mana SBPI. Tapi harap-harap dapat sama dengan Ain lah.”

Terangkat kening Ashraf mendengar kata-kata Jeffri. Kemudian dia tersenyum menggeleng.

“Nah. Burger ayam satu, burger daging tiga.” Ashraf menghulurkan bungkusan plastik pada Jeffri. “Aku ada tulis dekat pembalut dia tu.” Sambungnya. Jeffri mengangguk-angguk. Duit dihulurkan.

Ashraf menolak. “Aku belanja. Hadiah kau dapat 6A.”

“Burger je?” Gurau Jeffri. Ashraf tergelak.

“Thanks bro.” Jeffri mula hendak mengayuh basikalnya ketika Ashraf memanggilnya semula. Jeffri berpaling.

“Jaga Ain baik-baik.”

Jeffri tersenyum, malu-malu.

****

Ashraf duduk memandang skrin besar yang tersedia di Bistro seksyen tiga Bangi, tempat dia dan Kamil selalu lepak. Sesekali, Ashraf mengetap rahangnya.

“Aku tak sure benda ni betul atau tak. Tapi itu lah yang aku dengar. Amir berpakat dengan Azi nak kenakan Julia sebab Azi bengang Julia report dengan cikgu yang dia ponteng dekat surau.” Suara Kamil kedengaran. Ashraf berpaling melihat Kamil disebelahnya.
“Rilek ah dude. Kau jangan marah aku.”

Ashraf tersengih sikit. “Mana ada aku marah kau. Cuma aku bengang je. Apahal entah Azi tu buat gitu dekat Julia.”

“Tapi kau jangan risau. Diorang tak sempat kenakan Jue sebab kantoi dekat library, Jue terdengar Azi dengan Amir borak, cakap pasal benda tu.”

“For real?”

Kamil mengangguk. “Dan sekarang, Amir masih berusaha nak minta maaf dengan Jue. Heh.”

“Mana kau tau semua ni, Mil?”

“Hehehe. Aku kan ramai spy. Benda macam ni, kacang je!”

Ashraf menggeleng sikit. “Kau dengan makcik Mariam sebelah rumah aku tu dah tak ada beza dah, Mil. Kuat bergosip.”

“Woi!”

****

Julia tersenyum melihat Ashraf berdiri di halaman rumahnya. Perlahan dia menghampiri Ashraf. Senyuman paling manis diberi. Entah kenapa, baru kali ini dia sedar orang yang paling dia perlukan adalah Ashraf, bukan orang lain. Julia tau, dia tak akan jumpa orang lain yang boleh sayang dia, macam yang Ashraf sayang.

“Dah ready?”

Julia mengangguk. Lantas mereka berdua berjalan menuju ke sekolah. Hari ini, keputusan SPM keluar. Jawapan yang menentukan hala tuju langkah kaki mereka selepas ini.

Tiba di sekolah, Julia dan Ashraf sama-sama menghampiri Cikgu Maznah.

“Julia dan Ashraf,” kata-kata Cikgu Maznah terhenti, senyuman menghiasi wajah guru berusia lewat 30-an itu. “Tahniah. Kamu berdua berjaya mengharumkan nama sekolah kita. Cikgu bangga dengan pencapaian kamu.” Sambung Cikgu Maznah sambil menghulurkan slip keputusan SPM.

Julia merenung keputusan ditangannya. 7A1 dan 3A2. Lantas dia memeluk Cikgu Maznah girang. Terlalu gembira.

“Tahniah, Jue. Cikgu tahu kamu boleh buat.” Cikgu Maznah mencium pipi anak murid kesayangannya. Ashraf yang memerhati cuma tersenyum.

“Terima kasih, cikgu. Terima kasih sebab sedarkan saya hari tu. Terima kasih sangat cikgu.” Julia sekali lagi memeluk cikgunya itu. Air matanya mengalir.

“Sama-sama. Okay lah. Kamu pergi lah jumpa kawan kamu yang lain.”

Julia mengangguk. Dia dan Ashraf berlalu dari pejabat dan menuju ke kerusi batu berhampiran padang. Tempat lepak dia dan Ashraf satu ketika dulu.

“Tak sangka kan Jue? Berjaya jugak kita. Alhamdulillah.” Ashraf tersenyum melihat Julia yang merah matanya. Julia hanya mampu tersenyum.

“Jue,” panggil Ashraf. Julia mendongak.

“Be mine.”

Julia tersenyum malu, dia tunduk melihat jari-jarinya berpaut dengan jari-jari Ashraf.

Terima kasih, Tuhan.


****


Enam tahun berlalu.

Julia tersenyum ketika menyelak satu demi satu lembaran sketch book yang diberi Ain, enam tahun lalu. Buku lakaran yang penuh dengan wajahnya. Menangis, ketawa, merajuk, diam, marah, senyum. Semua ada. Buku lakaran milik Ashraf yang sudah pun menjadi miliknya.

“Orang rasa Acap suka akak.”

Terngiang-ngiang kata-kata yang keluar dari mulut adiknya dulu. Dan kini dia mengakui kebenarannya. Cuma dia terlambat. Hari keputusan SPM keluar, dia bermimpi mengambil keputusan bersama dengan Ashraf. Dia bermimpi Ashraf melamarnya. Dia bermimpi hidup bahagia dengan Ashraf.

Realitinya, Ashraf mengalami kecelakaan jalan raya ketika pulang selepas minum di restoren mamak bersama Kamil. Kamil sendiri koma tiga hari bila motosikal mereka bertembung dengan lori laju dari arah bertentangan. Ashraf meninggal di tempat kejadian.

Yang tinggal hanya lukisan tangannya. Lukisan cinta hatinya.

Julia.







TAMAT

12 titik hujan:

asip محمد said...

amal.. kenapa tragis sgt ending dia? btw.. cerita baru.. cerita baru.. aku nak baca lagi.. hahaha

Amal said...

@asip;
ini je yang aku terfkir. hahahaha.
cerita baru? nanti lah. :D

MaY_LiN said...

alaaaaaaa
sedihnya..

Anonymous said...

amal.....sentap doe bace ending dia...perghh....sedih :'(

Amal said...

alamak babe,
jangan sedih2. :)

sakura said...

ingatkan happy ending...

Anonymous said...

aloh ending.........huaaaaaaa #_#

nurwaheeda said...

bru nk rasa best..tibe2 trsentap! huhuuu...btw, crite nie best. huhuuu...=)

Anonymous said...

waaa...sedih...nape asyraf mati....huhuhu...

AmirasYahirah said...

amal,,
jgn la jht sgt....
semua cite kau nk bgi sad ending,,
kejam la kau...
hehe,,btw,best

Amal Hamsan said...

Haha. Kalau nak pegang Julia di tangan, email je aku. Thanks babes. :)

Azian Zul said...

alaaaa...apasal sad ending nih..dh syok2 berangan dia bahagia ngan asyraf...x best ..x best...x best..huhuhu