Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Sunday, February 6, 2011

Julia : TigaBelas.

“OKAY kelas. Macam mana dengan kamu punya presentation next week? Dah ready?” Cikgu Fazilah a.k.a cikgu Sejarah paling cool dalam dunia. Julia teringat lagi, dulu dia memang pemalas sangat nak membaca buku Sejarah, tapi memikirkan cubitan halus Cikgu Fazilah di perut, membuatkan dia tidur bersama buku teks Sejarah setiap malam. Fuh!

“Cikgu, kalau bertiga boleh tak? Sebab kelas kitorang kan 29 orang student je. Sorang lagi mesti tak ada partner.” Tanya Zubaidah, penolong kelas.

Cikgu Fazilah diam sebelum membuka mulut, “Boleh. Tapi make sure semua buat kerja. Kalau tak, cikgu potong markah kamu. Ini 10 peratus masuk final tau.”

Semua pelajar mengangguk. Julia terdiam. Alamak! Dia berpasangan dengan Ashraf. Perlahan, dia toleh Ashraf di sebelah kanan. Ashraf diam tak pandang dia langsung, masih dengan sketch book yang tak pernah ditinggalkannya.

‘Macam mana ni. Aku dengan dia dahlah tak bertegur sejak kes aku marah hari tu. Damn.’

Loceng berbunyi, tanda kelas Cikgu Fazilah dah habis. Tunggu giliran Ustazah Saimah pula ambil alih, kelas Pendidikan Islam. Sejurus selepas Cikgu Fazilah angkat kaki keluar kelas, Julia resah di tempat duduknya.

‘Nak tanya dia ke tak ni?’

Julia garu kepala yang tak gatal. Dia memusing badan ke kanan. “Acap, bila kita nak start bincang?”

Ashraf yang tengah khusyuk melukis sesuatu, angkat muka sikit. “Bincang apa?” Angkat muka, tapi tak pandang Julia langsung. Berkerut kening Julia.

“Tadi, presentation yang cikgu cakap tu. Kan kita plan nak buat sama.”

Ashraf mengeluh perlahan. “Dulu.”

Bertambah-tambah kerutan di dahi Julia. “Apa yang dulu?” Julia dah blur. Ashraf diam. Masih memangku kepala, bermalasan di meja. Julia renung Ashraf apabila lelaki itu masih diam.

“Bila kita nak buat?” Julia terus bertanya.

Ashraf tarik nafas panjang. “Tukar partner. Aku dengan Kamil. Kau dengan Suzana.” Ringkas, dan Ashraf terus bangun keluar kelas.


***

“MIL, belikan aku karipap seringgit,” jerit Ashraf sikit, melawan bising suara pelajar. Kamil angguk. Sementara tunggu Kamil beli makanan, Ashraf belek surat khabar yang ada tersedia dekat sudut kantin.

‘Macam-macam berita sekarang ni.’ Ashraf menggeleng-geleng melihat paparan yang ada.

“Hoi.” Satu suara menegur. Ashraf toleh. Kamil dah pun ada depan mata dengan mee goreng dan karipap tiga biji.

“Cepat betul kau beli?” Ashraf angkat kening.

“Apa guna ada junior. Heh.” Kamil mula makan.

Ashraf geleng kepala. Kamil ni satu hal. Suka buli junior. Bila ditegur, nanti pandai pula dia cakap inilah cara nak rapatkan hubungan antara junior dengan senior.

“Alamak. Ada sweet couple lah pula.”

Mata Kamil tertumpu pada satu tempat. Ashraf toleh tempat yang sama. Amir dan Julia.

“Oh damn. Aku tak perasan tu diorang. Sorry bro. Gua tak sengaja.” Kamil laju minta maaf pada Ashraf yang dah mula tak keruan. Serius dia memang tak perasan. Ashraf senyum senget.

Kamil angkat kening. “Eh dude, oral test English nanti, kau dengan siapa?” Kamil bertanya sambil suap mee goreng masuk mulut. Konon-konon nak tukar topik, tapi salah lagi. Lupa Ashraf berpasangan dengan Julia.

‘Shit!’ Kamil mengutuk dirinya sendiri. Dia melihat Ashraf yang berlagak selamba.

Ashraf pandang Kamil. “Aku nak tukar partner lah. Kau jadi partner aku, ok?”

Terhenti Kamil makan. “Hell no! Asal aku pula?”

“Kau kan otai English.”

“Ah. Otai tak otai. Semalam masa presentation Sejarah, aku dah cukup baik hati lepaskan Suzana, cukuplah. Dah tak ada lagi. Oral test English ni, kau cari orang lain.” Kamil terus menyuap mee gorengnya. Ashraf angkat kening, bersahaja. Tanda dia tetap mahu ber-partner dengan Kamil.

“Come on lah Acap. Aku dah lepaskan banyak peluang nak bersama dengan Sue tau tak. Kali ni aku tak nak. Kau buat jelah berdua dengan Julia.” Kamil separuh merayu. Dia tak mahu hilangkan waktu dia dan pujaan hatinya. Dah lama dia sukakan Suzana.

Namun Ashraf tetap menggeleng. “Tak nak. Alah beb. Sue tu kan dah ada boyfriend. Tak elok tau tak kacau hak orang lain.”

“Ah peduli apa aku. Baru boyfriend lah bro. Orang dah kahwin pun bercerai berai.”

“Teruklah perangai kau ni.”

Kamil tergelak mendengar rungutan Ashraf. “Fight for your love, man!” Kamil bangun, pergi basuh tangan. Ashraf perhati dari jauh, dengan ayat terakhir Kamil bermain-main di kepala.



***

JAM menunjukkan tepat pukul 5.30 petang ketika Julia berlalu keluar dari rumah. Basikal BMX adiknya yang tersandar di tepi pagar ditolak keluar ke perkarangan rumah.

“Kak, kau nak pergi mana tu?” Jeffri menegur Julia yang dah ada dekat depan rumah. Julia yang baru nak mengayuh basikal, berpaling.

“Playground sat. Awat?” Julia jerit sikit. Berkerut kening Jeffri.

‘Sejak bila kakak aku pandai cakap Kedah ni?’ Jeffri pelik.

“Aaaa. Nanti kau tolong pergi 7E terus kak. Topup dah habislah. Celcom RM10 ok?” Jeffri berkata kuat.

“Duit?” Julia terus memandang adiknya.

Jeffri mencebik. “Halah. Pakailah duit kau dulu. Balik karang orang bayarlah semula.” Julia mengecilkan mata pandang Jeffri.

“Janji haaa.” Adik dia ni tak boleh pakai sangat. Karang bila time dia minta duit, mulalah bagi 1001 alasan.

“Ye. Orang bayar nanti.”

Julia angguk, terus kayuh basikal ke taman permainan. Petang-petang gini seronok tengok budak-budak main. Rasa nak jadi budak-budak juga. Julia bawa basikal keliling taman. Tak adalah besar mana pun. Lepas tu, dia sandarkan basikal pada satu tempat duduk batu, dan duduk di situ. Tenang.

“Julia?” Tegur satu suara.

Julia dongak. “Eh makcik.” Laju Julia bangun, dan terus bersalam dengan Puan Maizura. Puan Maizura tersenyum.

“Haa betullah Jue. Makcik ingatkan makcik salah orang. Nasib baik Asya bagitau.” Puan Maizura terus duduk di sebelah Julia.

Julia bertanya. “Mana Asya, makcik?” sambil matanya mencari-cari kelibat kanak-kanak kecil, adik Ashraf.

“Tu. Tengah berbuai tu. Dengan kawan dia. Beria-ia dia ajak makcik datang sini. Nak suruh Acik temankan, Acik pula ikut abah dia.” Puan Maizura menunjuk ke arah kanak-kanak perempuan sedang ketawa apabila buaian yang dinaik berbuai tinggi.

Julia tersenyum. “Angah mana?”

“Dekat rumah. Dia tu lagilah. Bila makcik suruh, adaaaa je alasan dia. Nak buat kerja sekolahlah. Penatlah. Padahal, duduk rumah, online.” Puan Maizura ketawa kecil. Julia ikut tergelak.

“Jue sihat?” Puan Maizura renung muka anak gadis disebelahnya.

“Sihat Alhamdulillah, makcik. Macam ni jelah. Makin gemuk pun ada. Nak jogging malas. Tu yang pinjam basikal Ijep, adalah sikit bersenam.”

“Tak ada gemuklah makcik tengok Jue ni.” Julia ketawa saja mendengar pendapat Puan Maizura. Kemudian sunyi memintas lagi. Sebetulnya, Julia jadi janggal untuk bersembang dengan mama Ashraf. Mungkin sebab lama dah tak jumpa agaknya.

“Jue sibuk study ye sekarang?”

Julia angkat kening. “Tak adalah, makcik. Asyik main je.” Julia ketawa kecil. “Kenapa, makcik?” Puan Maizura tersenyum, sambil mata memerhati Asya yang bermain papan gelongsor.

“Lama Jue tak datang rumah makcik dah.” Perlahan suara itu masuk ke telinga Julia. Julia tunduk. “Kamu berdua bergaduh ke?” Puan Maizura toleh ke kanan, melihat Julia.

Julia angkat muka. “Eh. Tak adalah makcik. Mana ada gaduh. Kitorang okay je. Hehehe.” Julia ketawa seceria mungkin. Dia tak mahu tunjukkan sangat muka serba-salahnya.

“Hmm. Makcik bukan nak masuk campur hal kamu berdua. Tapi kalau ada masalah, cubalah selesaikan elok-elok ye?” Julia terangguk-angguk mendengarkan pesan Puan Maizura.

“Along pun dah lain sekarang. Bercakap kurang. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Asya ni dulu manja betul dengan dia. Selalunya, dia yang rajin bawa adik dia ke sini. Tapi sekarang, memang dia elak sangat kalau makcik suruh bawa Asya ke playground ni. Tak tahulah kenapa.”
Julia tarik nafas. ‘Sebab dia tak nak bertembung dengan Jue tu, makcik.’

“Dia nampak macam kecewa bercinta.” Puan Maizura menyambung kata setelah agak lama mendiamkan diri. Julia mengerutkan kening lantas berpaling melihat Puan Maizura. Dia ingin bertanya macam-macam, tapi mulutnya terkunci tatkala pandangannya bertembung dengan mata Puan Maizura.

Julia akhirnya tertunduk.


***

“ALONG, panggil Acik ajak turun makan. Dah siap dah ni.” Puan Maizura menghidangkan makan malam sambil dibantu Ain.

“Dik, sini jap.” Panggil Ashraf perlahan. Asya yang duduk main barbie doll datang menghampiri Ashraf yang sedang meniarap, online.

“Tolong Along boleh?”

Asya berdiri berhadapan dengan Ashraf. “Apa?” Barbie doll di tangan tak lepas.

“Tolong panggilkan Acik dekat atas. Cakap, mama suruh turun makan. Kaki Along sakitlah.” Ashraf menunjukkan kakinya kepada Asya. Asya tengok sekejap kaki Alongnya, kemudian mengangguk. Dia terus berlari ke tingkat atas.

“Along… Mama suruh kamu, kamu suruh Adik pula.” Puan Maizura menegur. Ashraf tersengih, terus duduk dekat meja makan. Tidak lama kemudian, Asya turun bersama Azza.

“Ma, abah mana?”Soal Azza.

“Belum balik surau lagi. Kejap lagi baliklah tu.” Puan Maizura menjawab setelah mengerling jam di dinding.

Azza berpaling melihat Ashraf. “Eh Along tak ikut abah pergi surau eh?” Azza tanya Ashraf pula. Ashraf menggeleng. Asya yang baru sampai diribanya.

“Along, tadi Adik pergi peygaun denan mama, jumpa kak Jue.” Asya dengan pelatnya memberitahu. Ashraf telan liur.

“Kak Jue?” Ashraf angkat kening pandang mamanya. Puan Maizura pandang Ashraf, pandang Asya.

“Kak Jue laaa. Awek Along dulu. Kan?” Asya berkata lagi, sambil mengusap rambut barbie dollnya.

Ashraf rasa tercekik.

0 titik hujan: