Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Sunday, February 6, 2011

Julia : DuaBelas.

“JULIA.” Panggil satu suara. Julia yang berjalan memanjat tangga ketika baru pulang dari Makmal Kimia menoleh. Azie, Mimi dan Nadia tunggu disebalik tangga, berhampiran dengan hujung blok.

Julia mematikan langkah, “Apa?”

“Mari sekejap. Ada benda aku nak cakap.” Azie masih menunggu, sambil memeluk tubuh.

Julia tarik nafas dalam-dalam. “Aku nak cepatlah!” Dia sudah berkira-kira hendak melangkah menaiki tangga apabila mendengar salah seorang dari mereka berkata sedikit keras.

“Baru couple dengan Amir, dah nak berlagak? Sinilah hoi!” Mimi jerit sikit. Julia mengeluh, tapi tetap melangkah menghampiri pelajar bertiga tersebut.

“Eh apa ni?!” Julia sedikit marah bila dia ditarik ke hujung blok, tempat sunyi. Buku amali yang dibawa dah tercicir jatuh, tertinggal dekat tangga.

“Kau dengar sini.” Azie menarik tudung Julia ke belakang supaya Julia diam. Julia terdongak sedikit. Mimi dan Nadia masing-masing memegang tangan Julia. “Aku tak suka tengok kau menggedik-gedik dengan Amir!” ujar Azie sambil mencengkam kuat tangan Julia. Julia berusaha cuba melepaskan tangannya yang mula sakit.

“Kau nak cakap apa, cakap jelah. Tapi tak payahlah pulas tangan aku macam ni!” Julia terus merentap tangannya laju. Dia mengurut-urut pergelangan tangannya yang kemerahan.

“Aku pelik,” kata-kata Azie terhenti. Dia meneliti Julia dari atas sampai bawah lalu menyambung, “Kau ni tak adalah cantik pun. Nak banding dengan aku, heh memang macam beauty and the beast. Tapi macam mana Amir tu boleh terpikat dengan kau. Kau dah mandrem dia ke?”

Julia tergelak sinis. “Sayang muka cantik tapi tak ada otak,” ujar Julia perlahan tapi masih dapat di dengar oleh Azie. Membulat matanya.

“Kau cakap apa, Jue?!” Azie memegang kuat pipi Julia. Julia mengetap rahang geram.

“Aku tak adalah bodoh sangat nak main benda khurafat macam tu.” Julia berkata sambil cuba melepaskan diri. Tapi apalah sangat kudrat seorang lawan tiga orang.

“Heh. Habis tu? Kau tau tak, aku ni orang yang paling rapat dengan status makwe dia. Tapi tiba-tiba kau kasi haru biru semua. Kau ni memang siallah!” Azie merentap tudung Julia sedikit. Julia membiarkan saja.

Dia pandang Azie. “Kalau kau nak dia, usahalah lebih sikit.” Julia bersahaja. Dan reaksi sebegitu lagi menyakitkan hati Azie.

“You… You bitch!” Tangan Azie dah naik tinggi. Julia pejam mata, tunggu masa nak rasa penampar sulung Azie.

“Jangan asyik nak bitch bitch kan orang lain sangat, Azie. Kau tu pun tak lari jauh mana dari perkataan bitch tu.” Satu suara beserta pegangan pada tangan Azie mengejutkan empat pasang mata. Azie berpaling laju, melihat Ashraf berdiri di sebelahnya.

“Yang kau sibuk kenapa?!” Azie merentap tangannya dari genggaman Ashraf.

“Aku tak suka nak sibuk-sibuk ni. Tapi kau tengah buat hal dengan Julia. Which means, you are messed up with me too.”

“Kenapa pula? Julia ni awek kau?” Azie menjegil melihat Ashraf.

Ashraf menggeleng. “Nope. She’s more than that.” Mencerun mata Ashraf merenung Azie. Azie mendengus kuat dan terus mengajak Mimi dan Nadia pergi dari situ.

“Nah. Buku kau tercicir dekat tangga tadi. Aku terjumpa.” Ashraf menghulurkan buku amali Kimia pada Julia setelah melihat Azie beredar. Julia membetulkan tudung yang sedikit terkebelakang. Kemudian dia mengambil buku dari tangan Ashraf.

“Ada rambut terkeluar lagi tu.” Ashraf terus membantu membetulkan tudung Julia yang sedikit senget. Julia terdiam.

“Errr… Terima kasih.” Laju Julia beredar dari situ. Ashraf panggil Julia. Tapi Julia tak toleh belakang pun. Ashraf mengeluh perlahan.

‘Jue…’



***

SAMBUTAN Hari Guru memang meriah kalau dekat sekolah. Macam-macam aktiviti ada. Tapi bukan untuk Julia. Dari dulu lagi Julia memang tak suka dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan ramai orang. Dia lebih suka duduk dekat tempat-tempat yang tak ada orang. Dan kalau ikutkan hati, Julia memang malas nak pergi sekolah hari ni. Nak rehaaaat je dekat rumah. Tapi nasib baik semalam Amir suruh juga dia datang. Kalau tak, jangan harap dia nak ada dekat dalam dewan ni sekarang.

Julia menguap beberapa kali. Bosan betul bila mendengar ucapan panjang-panjang dari cikgu. Nasib baik boleh duduk. Kalau berdiri, mahu longgar lutut. Julia mengosongkan otaknya, masih mengunyah gula-gula getah dan menconteng buku-buku catatan kecil miliknya.

“Baiklah, untuk memulakan sambutan Hari Guru kita pada tahun ini, kita mulakan persembahan oleh pelajar tingkatan lima, yang merupakan pemain bola sepak sekolah kita.” Cikgu Suzana bersuara sejurus selepas Pengetua memberi ucapan. Pelajar mula riuh rendah. Lebih-lebih lagi bila ada seorang lelaki keluar membawa gitar, diekori seorang teman.

“Dipersilakan, Kamil dan Ashraf,” sambung Cikgu Suzana lagi.

‘Acap dengan Kamil?’

Berkerut kening Julia. Dia terus mengangkat muka melihat Ashraf dan Kamil mengambil tempat di atas pentas. Ashraf membetulkan kedudukan mic stand dan Kamil mula memegang microfon.

“Assalamualaikum semua. Erm bersempena pagi yang cantik ni, saya, Kamil dan Ashraf, pelajar dari kelas 5 Alfa nak ucapkan zillion terima kasih pada cikgu-cikgu yang susah payah didik kami. Terima kasih cikgu.” Ujar Kamil. Pelajar mula bertepuk tangan.

“Jadi, sebagai pembukaan untuk persembahan, kitorang akan bawakan dua lagu, khas untuk semua. Saya tak pasti korang semua pernah dengar ke tak lagu ni. Tapi sebab lagu ni agak senang, so, terimalah, Wistle For The Choir, by The Fratellis.”

Petikan gitar dimulakan oleh Ashraf sangat menarik perhatian semua pelajar. Julia terus melihat Ashraf. Dia pernah lihat Ashraf memetik gitar ketika dia selalu lepak rumah Ashraf dulu. Tapi tak tahulah pula dia boleh sampai nak perform sekarang.

Well it's a big big city and it's always the same
Can never be too pretty tell me your name
Is it out of line if I were simply bold to say
"Would you be mine"?

Because I may be a beggar and you maybe the queen
I know I maybe on a downer am still ready to dream
Now it's 3 o'clock time is it it's time to take for you to talk

So if you're lonely why'd you say your not lonely
Oh your a silly girl, I know I hurt it so
It's just like you to come And go
and you know me no you don't even know me
Your so sweet to try, oh my, you caught my eye
A girl like you's just irresistible

Well it's a big big city and the lights are all out
But it's as much as I can do you know how to figure you out
And I must confess, my hearts in broken pieces
And my heads a mess
And it's 4 in the morning, and I'm walking along
Beside the ghost of every drinker here
who has ever done wrong

And it's you, woo hoo
That's got me going crazy for the things you do

So if your crazy I don't care you amaze me
Oh your a stupid girl, oh me, oh my, you talk
I die, you smile, you laugh, I cry
And only, a girl like you could be lonely
And it's a crying shame, if you would think the same
A boy like me's just irresistible

So if your lonely, why'd you say you're not lonely
Oh your a silly girl, I know I hurt it so
It's just like you to come and go
And know me, no you don't even know me
Your so sweet to try oh my, you caught my eye
A girl like you's just irresistible

Persembahan mereka di sambut dengan tepukan gemuruh oleh pelajar. Julia sendiri terkejut. Dia tak pernah dengar lagu yang dinyanyikan oleh Ashraf dan Kamil tu. Tapi disebabkan musik lagu itu cukup santai, semua orang seperti terpukau. Para pelajar yang duduk dibahagian belakang mula berdiri di bahagian tepi dewan, untuk lebih dekat supaya dapat melihat.

“Okay sekarang, giliran Ashraf untuk persembahkan lagu kedua. Terimalah, Exit Music by Radiohead.” Kamil bangun dari kerusi, dan masuk ke belakang tabir. Tinggal Ashraf seorang. Perlahan, Ashraf memejam mata dan mula menyanyi.

wake from your sleep
the drying of your tears
today, we escape, we escape

pack and get dressed
before your father hears us
before all hell breaks lose

breathe, keep breathing
don't lose your nerve
breathe, keep breathing
I can't do this alone

sing us a song
a song to keep us warm
there's such a chill

you can laugh
a spineless laugh
we hope your rules and wisdom
choke you
now we are one
in everlasting peace
we hope that you choke
that you choke

Julia mendengar lagu kegemarannya yang dinyanyikan Ashraf. Wajah Ashraf diperhatikan dari jauh. Terngiang-ngiang suara Ashraf yang tengah menyanyi di atas pentas.

breathe, keep breathing
don't lose your nerve
breathe, keep breathing
I can't do this alone

Julia terdiam. Mata dia menipu atau dia tengah bermimpi? ‘Tadi Acap pandang aku kan? Masa part korus tu?’



***

“OKAY guys. Sebelum pertandingan peringkat zon bermula, saya dah setkan satu perlawanan persahabatan dengan sekolah Alam Shah. Game tu minggu depan. Dengar cerita, pemain dorang boleh tahan hebat. Jadi, bila adakan game dengan dorang ni, saya harap dapat suntik semangat dekat kamu, sekaligus dapat bagi gambaran macam mana permainan ni nanti.” Ujar Cikgu Ramlan selaku coach pasukan bola sepak.

“Game tu nanti buat dekat sekolah kita ke sekolah diorang cikgu?” Azman, penjaga gol bertanya.

“Erm kita akan buat game dekat padang UKM.” Cikgu Ramlan menjawab. Ashraf, Kamil dan pelajar lain mengangguk-angguk.

“Ok kalau semua dah paham. Latihan petang ni macam biasa. Siapa lambat, 10 round!” ujar Cikgu Ramlan sebelum terus keluar dari bilik meeting. Yang tinggal cuma riuh rendah student.

“Weh sikit air kau. Hauslah.” Ashraf terus capai botol air mineral 1.5 liter milik Kamil di atas meja.

“Lain kali bawa air sendiri.” Kamil jeling. Ashraf cuma tersengih. “Eh Cap. Itu hari masa kau perform lagu brader Thom Yorke tu, kau nak dedicate dekat siapa sebenarnya?” Kamil bertanya.

“Mana ada nak dedicate dekat siapa-siapa. Kau ingat itu rancangan radio?”

Kamil tergelak. “Kau tak payah nak kencing aku. Kau ingat aku tak nampak mata kau melekat dekat si Julia tu?” Bulat mata Ashraf.

“Mengarutlah kau!” Ashraf masih terus cuba menafikan.

Kamil terus ketawa. “Aku nampaklah. Masa yang part korus tu. Kan?” Kamil masih lagi mendesak. Ashraf telan liur. Dia pandang Kamil.

“Obvious sangat ke?” Soal Ashraf sedikit perlahan.

“Kah kah kah. Kantoi lu memang nak kasi lagu tu pada Julia!” Kamil ketawa kuat.

Ashraf ketap rahang. “Bangsat lu, Mil. Main-mainkan gua pula!” Ashraf dah bangun mengejar Kamil yang dah pun berlari keluar dari bilik mesyuarat mereka. Lari punya lari, Ashraf terlanggar seseorang.

“Eh eh. Sorry sorry. Tak sengaja.” Kelam kabut Ashraf minta maaf. Pelajar perempuan tadi terduduk. Habis buku berterabur.

“Jue?”

Ashraf terkejut bila Julia mendongak tengok dia. Ashraf pegang tangan Julia nak tarik tolong bangunkan. Sedikit terkejut bila tangan itu direntap semula.

“Err. Sorry. Aku tak sengaja tadi.” Ashraf tunduk tolong kutipkan buku yang berterabur. Laju tangan Julia menepis.

“It’s okay. Aku boleh kutip sendiri.” Dingin. Ashraf pandang Julia yang sudah pun berdiri di depannya.

“Jue, aku minta maaf ok? Aku nak kejar Kamil tadi. Tak perasan kau baru keluar dari library.” Ashraf menjelaskan walaupun dia dah tak nampak mana Kamil pergi.

“Aktif ye kelab bola sekarang. Waktu belajar pun kena praktis berlari.”

Ashraf tarik nafas dalam-dalam mendengar ayat yang keluar dari mulut Julia. “Jue. Aku tau aku salah, buta sangat mata tak nampak kau sampai terlanggar, sampai kau jatuh. Tapi tak perlu rasanya kau jadi sarkastik sangat.”

Julia merengus sikit. Kemudian dia terus melangkah.

“Julia.” Tangan Ashraf sempat capai lengan Julia.

“Apa pegang-pegang ni?!” Julia tengking. Terangkat kening Ashraf. Selama dia berkawan dengan Julia bertahun-tahun, rasanya ini pertama kali Julia tengking dia macam tu sekali.

“Aku tak tahu apa salah aku pada kau Jue. Serious shit, aku blur dengan semua ni. Kita sangat ok, tapi tiba-tiba aku rasa macam aku dah tak kenal siapa kau. Aku hilang Julia aku yang dulu.” Ashraf berkata perlahan.

“Aku bukan Julia kau.” Julia membalas. Masa tu, Ashraf rasa memang ada satu lembing sesat tertusuk dekat dada dia.

“Aku tau kau bukan Julia aku. Kau Amir punya. Aku minta maaf. Selama ni, aku harap kita kawan sampai bila-bila, sampai aku mati. Tapi tak apalah. Kalau ini yang kau pilih, aku dah tak boleh nak buat apa.” Diam seketika.

Julia menunduk.

“Sekali lagi aku minta maaf pada kau walaupun aku tak tau kenapa aku kena minta maaf. Just, please take a good care of yourself.”

0 titik hujan: