Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Thursday, March 17, 2011

Destini : LimaBelas.

AKU duduk berhadapan dengan Dina. Setelah hampir beberapa bulan tak berjumpa, hari ini aku dan Dina berbuka puasa bersama. Seminggu selepas peristiwa aku terserempak Razmil dan seorang wanita. Suasana kedai makan BBB Tomyam dipenuhi pelajar-pelajar seperti biasa. Petang masih cerah. Aku pandang Dina, Dina pandang aku.

“Kita tengah bersembang guna telepati ke?”

Kata-kata Dina membuatkan aku tertawa. Ini satu perkara yang menyebabkan aku rindu nak duduk berjam-jam dengan Dina. Aku rindu gurauannya, aku rindu kata-kata nasihatnya.

“How’s life?” Aku mula menyoal Dina sementara menunggu azan Maghrib.

Dina menjelirkan lidah. “Tipikalnya soalan kau.” Dina terus ketawa dihujung ayatnya. Aku turut tergelak.

“Habis kau nak aku tanya apa?”

“Hahaha. Kidding lah. Aku sekarang macam ni jelah. Dengan kerja yang memang tak akan pernah habis.”

“Bila nak bertunang?”

Dina tersenyum manis. “InsyaAllah lepas raya haji ni.”

“For real?” Bulat mata aku mendengar jawapan Dina. Dina mengangguk. Alhamdulillah. Seorang lagi kawan baik aku akan menamatkan zaman bujangnya.

“Kau tanya aku, kau dengan Razmil, bila lagi?”

Aku tersenyum mendengar soalan Dina. Senyuman beserta keluhan. “Entahlah, Dina.”

“Entah? Korang tak pernah bincang ke hal ni?”

Aku ketap bibir. Aku geleng perlahan, masih berusaha untuk tidak mahu membiarkan mood aku terus dipeluk erat keperitan. Sungguh aku tak nak pertemuan aku dengan Dina jadi tak sedap bila aku bersedih.

“Babe, kau okay tak ni?”

Aku pandang Dina. “Aku tak nampak penghujung hubungan aku dengan dia, Dina.”

“Maksud kau?”

Aku melepaskan keluhan lagi. “Perkara yang sama jadi lagi. Baru-baru ni, aku terserempak dia dengan perempuan lain.”

“Kawan tak?”

“Holding hands. Aku tak nampak perkataan kawan ada dekat antara dorang.”

Giliran Dina mengeluh. Dia pegang tangan aku erat. “Habis macam mana sekarang?”

“Entahlah Dina. Aku dah tak tau nak fikir apa.” Aku tunduk. Dan seperti dulu, aku tak boleh nak menangis dah. “Jalan hidup aku dan dia saling bersilang, cuma, mungkin aku dan dia tak pernah bertemu dekat destinasi yang sama.”

***

AKU mencapai handbag dari bahagian kaki di tempat duduk sebelah, dan terus keluar dari kereta. Aku berdiri tegak memandang sebuah rumah dua tingkat dihadapan aku sekarang. Terasa berat hati nak masuk, tapi memikirkan ajakan Makcik Latifah untuk berbuka sekali, aku tarik nafas paling dalam dan terus melangkah ke pintu masuk.

“Assalamualaikum.”

Terdengar salam aku dijawab dari dalam dan kelibat Makcik Latifah muncul dari dapur. “Haa AD dah sampai pun. Mari masuk.”

Aku tersenyum dan melangkah masuk ke dalam rumah. Tangan dihulur pada Makcik Latifah. “Mak cik sihat?”

“Sihat orang tua. Macam ni lah. Lama juga AD tak datang sini ye? Dekat seminggu.”

“Ha ah. AD ada hal sikit minggu ni. Pergi beli barang nak raya.” Ujarku.

Makcik Latifah mengangguk sedikit ketika mengunci pintu. “Dah nak raya ni kan? Masing-masing sibuk.”

“Syahmil mana, makcik?” Aku bertanya pada Makcik Latifah ketika mengekorinya ke dapur. Rindu juga nak lihat wajah si kecil tu.

“Ada dekat dapur, teman makcik masak.” Sampai di dapur, aku nampak Syahmil dalam walking chair, sibuk bermain dengan robot kecil.

“Syahmil!” Laju tangan aku mencubit pipi bulat itu. Syahmil tertawa sedikit dan terus aku dukung Syahmil.

“Banyaknya makcik masak. Ramai ke nak datang?” Aku melihat satu persatu lauk di atas meja. Nasi beriani, ayam masak merah, acar timun, dan ada mee bandung. Makcik Latifah asalnya dari Muar, jadi dia punya mee bandung, memang double thumbs up!

“Si Syahir cakap dia nak ajak kawan-kawan dia berbuka sekali. Tu yang makcik masak lebih ni. Makcik ajak AD sekali.”

Aku mengangguk-angguk. Perlahan, aku bertanyakan pada Makcik Latifah, “Razmil datang?”

“Tak tau lah. Semalam makcik ada call dia, ajak sekali. Tapi dia cakap tak tau lagi datang ke tak.” Makcik Latifah menjawab sambil meletakkan hirisan epal dan oren di atas meja makan.

Minta-minta dia tak datang!

“Kenapa, AD?” Makcik Latifah memandang tepat aku yang tak habis-habis mencium si Syahmil.

“Err tak ada apa-apa. AD saja tanya.” Aku tersenyum kambing. Tak mau Makcik Latifah perasan ada yang tak kena antara aku dengan Razmil. Lepas kejadian aku terserempak dengan dia dan seorang wanita lain, aku dah tak ada mesej atau call dia. Ada juga Razmil cuba menghubungi aku, tapi sekalipun aku tak pernah angkat.

Inilah perempuan. Bila orang pujuk, mengada. Bila orang tak pujuk, merana.

“Ma..” Terdengar satu suara dari ruang tamu memanggil Makcik Latifah. Tak sampai sepuluh saat, kelibat Syahir kelihatan di pintu dapur. “Kawan abang dah sampai dah.” Syahir menyambung. Dia cuma dua beradik dengan arwah kak Ira, jadi dia senang membahasakan dirinya abang.

“Eh akak dah sampai.” Syahir berjalan menghampiri aku dan tunduk menyalami. Walaupun beza umur aku dan Syahir cuma dua tahun, tapi dia cukup hormatkan aku sebagai seorang kakak.

“Sihat?” Soalku ringkas.

Syahir mengangguk. Dia mengambil Syahmil dari dukungan aku. “Meh dekat uncle.”

“Panggillah kawan abang tu duduk dekat meja makan. Kejap lagi dah nak berbuka.” Makcik Latifah berkata sambil mata melihat jam dinding yang sudah hampir pukul 7 malam. Syahir mengangguk dan berlalu ke depan.

“AD tolong ambil air dalam fridge. Tadi makcik ada buat jus oren.”

Terangkat kening aku. Fresh orange kot! Aku membuka peti ais dan ternampak ada dua jug besar. Aku capai satu dan terus berlalu ke meja makan. Ada tiga orang kawan Syahir yang sudah sedia duduk di meja makan, menunggu azan maghrib.

“Kak Adelia?” Aku yang baru hendak menuang air ke dalam gelas, terhenti. Menatap satu wajah yang duduk di sebelah Syahir.

Bulat mata aku. “Azreel.”

“Macam mana akak boleh ada dekat sini?” Soal Azreel. Kini, Aku dan Azreel jadi tumpuan.

“Korang kenal ke?” Syahir menyoal. Makcik Latifah memandang aku dan Azreel, adik Adib, bersilih ganti.

“Dia kawan abang aku.” “Dia adik kawan akak.”

Kata-kata kami serentak keluar, menimbulkan tawa dari dua orang lagi kawan Syahir. Syahir pun turut ketawa. “Kak AD ni, bakal jadi isteri abang ipar aku.”

Azreel pandang aku laju. Aku cuma angkat kening, dan tersenyum melihatnya. Hajat hati nak bertanya macam mana boleh kenal dengan Syahir. Tapi teringat yang Adib pernah bagitau Azreel belajar di GMI, Syahir pun sama. Jadi tak mustahil kalau dorang ni berkawan.

Makcik Latifah seperti hendak berkata sesuatu, tetapi azan Maghrib berkumandang. “Abang, baca doa.”

Sejurus selepas doa dibaca, masing-masing mencapai kurma dari dalam pinggan. Dan ketika itulah suara orang memberi salam kedengaran dari pintu rumah. Aku terdiam. Suara itu aku cukup kenal, empunya suara yang aku tak nak sangat jumpa, Razmil.

“Masuk, Mil. Dah berbuka dah.” Makcik Latifah menghulurkan sepinggan kurma pada Razmil yang sudah pun ada diruang makan. Aku dapat rasa dia berdiri di belakang aku.

“Tak apalah. Mama makan dulu, biar saya jaga Syahmil. Kejap lagi baru saya makan.” Razmil mengambil Syahmil dari pangkuan aku. Aku terus diam tak terkutik. Nasi beriani Makcik Latifah ni tiba-tiba jadi tak sedap. Satu senduk nasi pun susah sangat aku nak habiskan. Terasa macam ada roadblock dalam tekak.

“Dah sudah, AD?”

Aku berpaling melihat Makcik Latifah yang masih duduk di meja makan. “Dah makcik. Kenyang.” Ujarku perlahan dan terus berlalu ke dapur. Yang sebenarnya, aku langsung tak boleh nak telan apa-apa sekarang. Aku cuma harap aku dapat keluar dari rumah ni, pergi jauh dari Razmil.

“AD marah abang lagi?”

Terangkat bahu aku. Terkejut. Aku terus membiarkan air keluar dari paip, membasahkan tangan aku. Kalau boleh, biar tangan ni beku, senang sikit aku nak lempang si Razmil ni.

“Adelia..” Pegangan di lengan buatkan aku bergerak jauh sedikit darinya. Sungguh aku tak mau tengok lelaki ini. “Abang minta maaf okay?”

Aku dongak tengok muka Razmil. “Kenapa nak minta maaf? Abang ada buat salah ke?”

Razmil terdiam. Dia menarik nafas sedikit. “Abang minta maaf kalau AD marah abang keluar dengan Hanim.”

Oh. Nama dia Hanim.

Aku mengeluh sedikit. “Kalau dia kawan, AD tak kan marah. Dan abang tak perlu minta maaf.”

“Habis kenapa lari dari abang? Abang call, kenapa tak jawab?”

Sekali lagi aku mengeluh. “AD tak lari. Cuma, bagi AD masa.”

“Untuk apa?”

“Abang memang biasa berjalan pegang tangan dengan kawan?” Aku tatap wajah itu. Dan nampak riak itu berubah. Aku tunduk. Takut untuk tahu kebenaran.

“Kitorang tak pegang tangan. Masa tu dia nak pulangkan handphone abang.”

Tak logiknya alasan Razmil ni!

“Kenapa dia pegang handphone abang pulak?”

Sekali lagi raut wajah Razmil berubah. “Dia punya phone, dah kena block. Dia pinjam handphone abang untuk call famili dia. Itu je.”

Tak masuk akal langsung.

“Itu hari, abang berbuka dengan Hanim tu ke dekat Kampung Bharu?”

Anggukan Razmil ibarat petir, mengejutkan, mematikan. “Masa tu abang betul-betul lupa kita dah plan nak berbuka. Kebetulan masa tu dia cakap dia tak ada kawan nak ajak berbuka. Dia ajak abang. Abang temankan dia.”

Abang temankan dia, AD makan sorang-sorang.

“Adelia, kalau ada apa-apa tindakan abang yang buat AD rasa marah, sedih, abang betul-betul minta maaf.”

Aku menarik nafas panjang. “Lain kali, jangan buat lagi.”

Razmil tersenyum senang.

***

“ADELIA!”

Laju aku bangun dari pembaringan. Peh. Jeritan mama boleh campak aku masuk alam barzakh macam ni. “Ye mama.”

“Dah nak berbuka. Turun.”

Aku berjalan malas turun ke tingkat bawah. Kalau diikutkan, insyaAllah esok hari raya. Memang dah plan dari awal-awal lagi untuk beraya di rumah Pak Long. Babah memang suka sangatlah. Lagipun, tahun ni Kak Mia dan Kak Dhiya masing-masing beraya dekat rumah mertua. Jadinya yang ada sekarang cuma aku, kak Lia, abang Sham dan kak Sofea. Abang wan pun beraya dekat rumah mertua.

“Tidur je. Macam mana nak dapat pahala banyak masa puasa?” Mama dah mula membebel. Bahaya ni. Sepatutnya aku kena sediakan kapas banyak-banyak.

“AD sakit kepalalah, ma.”

“Yelah. Tidur banyak, memanglah sakit kepala.”

Aku duduk di sebelah babah di meja makan. Sungguh aku tak larat. “Babah, sakit kepala.” Aku sandarkan kepala pada bahu babah.

“Migrain lagi?” Soal babah. Aku angguk perlahan. Tiba-tiba mengada rasa nak menangis. Padahal tak adalah sakit sangat sampai nak kena menangis. Tapi tulah. Kalau dengan babah, manja tu memang tak boleh kawal.

“Manjanya acu dengan TokNgah. Rina pun tak manja macam tu kan?”

Aku buka mata, tengok abang Sham yang duduk berhadapan dengan aku. “Jeles.”

Pak Long dan babah ketawa. Mama malas nak layan aku. Hehe. Nenek dah pun duduk di sebelah Pak Long. Kak Lia tuang air. Kak Sofea sendukkan nasi. Aku? Rilek saja.

“Lepas berbuka nanti, makan ubat.” Aku angguk lagi mendengar saranan babah. Lepas berbuka, aku terus naik ke bilik. Mama yang suruh aku berehat. Yea! Tak payah kemas dapur.

Usai solat maghrib, aku tak tunggu lama, terus baring atas katil. Lampu dipadam, cuma lampu meja kecil tepi katil aku buka. Baru saja aku nak terlelap, terdengar ketukan dipintu diikuti derapan kaki melangkah masuk.

“Dah tidur?” Babah terus duduk di pinggir katil.

Aku buka mata sikit. “Ha ah. Babah dah nak pergi masjid?”

“Sekejap lagi babah pergi. Ni makan ubat dulu.” Babah membangunkan aku sedikit, menghulurkan dua biji panadol Actifast dan segelas air suam. Aku teguk perlahan dan kembali baring.

“Mama ada dekat bawah. Nanti apa-apa, panggil mama okay?” Babah dah mula bangun.

“Esok raya eh, bah?”

Babah mengangguk dan tersenyum. “Dah lah. Rehat. Babah nak pergi masjid.” Aku tersenyum dan melihat babah keluar dari bilik. Tak perlu tunggu lama, aku dah terbang pergi jumpa Thom Yorke.

***

PERLAHAN aku buka mata. Suasana cukup sunyi. Aku hela nafas dalam-dalam. Entah berapa lama aku tidur. Jari-jari menari di sekitar pelupuk mata. Tidak lama, aku mencapai handphone di atas meja kecil. Berkerut kening aku nak hadap cahaya dari handphone. Perit juga mata.

Dah pukul satu pagi.

Patutlah sunyi. Aku bangun, tangan melurut rambut ke belakang. Kepala aku dah kurang rasa sakit. Kemudian aku berdiri, menuju ke tingkap bilik. Angin menyerbu masuk ke muka saat aku buka tingkap. Angin malam, sejuk. Bulan penuh malam ni. Teringat masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu berharap untuk dapat sama-sama menikmati cahaya bulan dengan orang yang aku sayang. Romantik.

Satu pergerakan di halaman rumah Ibu menarik perhatian aku. Aku mula untuk zoom in. Okay tipu. Aku kecilkan mata supaya dapat lebih fokus melihat apa benda yang ada dekat kerusi besi depan rumah Ibu.

Adib.

Betul. Sekarang, aku sedang melihat Adib duduk keseorangan di kerusi besi di halaman rumahnya. Dia duduk bersandar, dengan kaki di atas meja bulat, hanya dengan seluar pendek tanpa baju, dan diselubungi asap rokok. Adib mendongak ke atas. Dan ketika itu aku sedar, aku dan dia sedang pandang ke arah benda yang sama, bulan. Lama aku dan dia begitu, diam. Terus membiarkan bayu malam menarik pergi segala kesepian.

Apa agaknya yang Adib tengah fikir sekarang, kan?

Bunyi mesej dari handphone sedikit mengganggu. Aku masuk ke dalam menuju ke katil, mencapai handphone. Mesej dibuka, dari Adib. Dari Adib?

Selamat malam, Adelia.

Aku teguk liur. Tak pernah sekali pun dia mesej aku sejak hari pertama aku kenal dia, tapi tiba-tiba malam ni aku dapat mesej selamat malam. Aku berjalan laju ke tingkap dan kelibat Adib dah tak ada di kerusi itu.

Dia nampak aku?

***

“BOSANNYA!”

Aku terus terbaring atas sofa depan TV. Memikirkan hari raya pertama yang langsung tak membahagiakan. Pulang dari ziarah kubur arwah Shafiq, aku dah tak tau nak buat apa. Nenek, mama dan babah ikut Pak Long pergi rumah kawan lama diorang. Aku nak ikut, babah tak kasi. Sedih. Abang Sham pergi rumah mertua Kak Sofea. Tak jauh mana, dekat Rembau je. Kak Lia ikut abang Fazzrul pergi beraya rumah kawan abang Fazzrul. Aku sememangnya sorang-sorang dekat rumah sekarang!

Kenapa semua tinggal aku?

Handphone yang tercampak bawah meja depan TV aku capai. Laju saja tangan menaip.

Selamat hari raya, bang.

Mesej dihantar kepada Razmil. Mesej yang aku tau, aku tak perlu harapkan apa-apa balasan. Aku letak handphone di atas lantai, terus tertiarap. Kaki goyang-goyang. Rancangan TV semua bosan tahap neraka. Nak tengok DVD, malas nak bangun nak pergi pasang. Dan berakhir dengan aku yang terus meniarap macam orang tak ada masa depan, terbaring meratap nasib. Eh eh. Emo!

Aku capai semula handphone. Satu nombor didail. “Babe, ada mana?”

“Aku dekat kampung lah, AD. Awat?” Suara Dina dihujung talian. Aku terbaring lemah semula. Baru je ingat nak beraya rumah Dina. Tapi dia pula balik kampung. Terbayang kampung Dina di Pendang, Kedah.

“Ingatkan nak beraya dekat rumah kau.”

“Ololo. Sedihnya suara. Aku balik lusa. Nanti kita jumpa ye.” Ada tawa dihujung kata.

“Haha. Yelah. Okay babe. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.”

“Selamat hari raya. Aku pun minta maaf, babe. Take a good care of yourself, okay?”

Aku tersenyum selepas talian ditamatkan. Aku bangun dari sofa, meregang-regangkan sedikit otot. Rambut yang dah mula nak cecah pinggang, aku ikat tinggi. Aku menuju ke pintu rumah, cuba untuk melihat suasana perayaan.

“Selamat hari raya, Adelia.”

Aku yang berdiri tegak dekat pintu rumah sedikit terkejut. Laju aku menoleh ke arah rumah sebelah, rumah Ibu. Adib berdiri dengan baju melayu biru gelapnya. Tersenyum memandangku.

Aku senyum kembali. “Selamat hari raya.”

Adib masih senyum, dan perlahan masuk ke dalam rumahnya. Aku diam tak terkutik di depan pintu rumah Pak Long. Jauh di sudut hati, aku senang dengan senyuman itu.

***

MASIH lagi hari yang sama, hari raya pertama. Malam, kami sekeluarga membakar satay. Aku sendiri tak tau berapa cucuk satay. Tapi memang cukup banyak. Cikgu Izzuddin sekeluarga pun ikut serta. Dan aku jadi sedikit tak keruan bila abang Sham masih menggiat aku dengan Adib. Aku dan Adib, tak jadi masalah. Tapi jelingan Azreel buat aku rasa tak senang.

“Abang, janganlah usik AD dengan Adib.” Aku menegur abang Sham. Tapi ternyata teguran tu langsung tak beri kesan pada abang Sham. Lagi hebat dia mengejek adalah. Ni aku memang bersyukur sebab abang Iqram dan abang Faris tak ada. Kalau tak, mampus.

Aku menghampiri abang Sham ketika dia sedang gigih menjaga api untuk membakar satay. Abang Sham menoleh melihat aku. Kemudian dia kembali membalikkan cucuk-cucuk satay di atas tempat pembakar besi. Tak lama kemudian, abang Sham pandang aku semula.

“Apa?”

Aku tersengih. Aku duduk di atas kerusi di belakang abang Sham. “Erm. Abang kenal Hanim?”

Soalan itu keluar dari mulut aku ketika kak Sofea datang menghampiri kami bersama Sabrina di pangkuan. Kak Sofea pandang aku dan abang Sham silih berganti.

“Siapa Hanim bang?” Kerutan Kak Sofea cukup membuatkan aku faham yang kak Sofea dah salah sangka. Dia mesti ingat abang Sham ada perempuan lain dekat luar.

Abang Sham laju menggeleng. “Eh. Mana abang kenal. Ni AD baru je tanya abang.”

“Abang jangan main-main bang.”

Aku dah mula ketawa. “Akak, bukan macam tu lah. Abang Sham tak ada perempuan lain. AD cuma nak tau kalau-kalau abang kenal mana-mana kawan sekerja dia nama Hanim. Tu je.”

“Oh.. Ingatkan apa tadi.” Kak Sofea tersenyum malu. Aku menggeleng-geleng sambil terus ketawa.

“AD ni, hampir-hampir buat abang tidur luar tau tak.” Abang Sham mengurut dadanya. Kak Sofea menjeling, laju je jarinya mencubit abang Sham.

Aku tersenyum. “Abang kenal ke tak?”

“Hanim eh?” Abang Sham memeluk tubuh, lagak sedang memikirkan sesuatu. “Abang rasa kitorang tak ada officemate nama Hanim.” Ayat yang meluncur laju dari mulut Abang Sham membuatkan dahi aku berkerut.

“Tapi Razmil cakap, Hanim tu kawan dia.”

Abang Sham pandang aku. “Razmil?”

“Errr..” Aku tersengih. “Razmil cakap, tu kawan dia. Kawan kerja. Sebab tu AD tanya abang, kalau-kalau abang kenal.”

“Hmm. Setahu abang, tak ada orang nama Hanim dalam office tu.” Abang Sham mengurut-urut keningnya. “Eh! Ada lah! Abang baru teringat!”

Bulat mata aku bila abang Sham cakap dia tau. “Abang kenal ye?”

“Tapi Hanim yang abang kenal, bukan officemate kitorang. Dia cuma client yang pernah deal dengan syarikat kitorang. Jumpa pun dua tiga kali je. Abang tak tau pulak dia rapat dengan Razmil.”

“Hanim yang abang kenal tu, macam mana?”

Abang Sham mengipas bara api. Satay dibalik-balik. “Dia dalam akhir 20-an. Specky. Badan dia berisi sikit. Rambut paras bahu.”

“That’s her!”

Berkerut kening abang Sham tengok aku. “Macam mana AD boleh kenal Hanim?”

Soalan abang Sham buatkan aku tak senang duduk. Takkan aku nak bagitau yang aku terserempak dengan Razmil dan Hanim masa diorang nak pergi karaoke? Berpegangan tangan? Tak boleh!

“Itu hari AD terserempak masa nak berbuka.”

Abang Sham mengangguk-anggukkan kepala. Aku kemudian duduk semula di kerusi belakang Abang Sham. Memikirkan kata-kata Abang Sham tadi. Mungkin Razmil dan Hanim banyak berurusan dalam hal kerja, jadi mereka berdua jadi rapat. Tapi, rapat sampai berpegangan tangan, sampai pergi karaoke berdua? Tapi, Razmil cakap diorang tak pegang tangan. Cuma masa tu Hanim nak pulangkan handphone dia.

Ah!

Aku tak lah bodoh sangat sampai tak tau beza cara nak pulangkan handphone dengan pegang tangan. Agaknya Razmil ingat aku ni baru umur belasan tahun tak? Mudah percaya, senang diperdaya.

Aku hela nafas paling dalam. Makin lama, makin aku susah untuk faham dengan Razmil. Dia semakin penuh dengan komplikasi. Dia dah mula bina dinding-dinding batu sekeliling dirinya untuk halang aku dari masuk. Aku mendongak, melihat langit malam yang terang disinari bulan penuh. Masih bulan penuh, bulan semalam yang aku lihat bersama dengan Adib.

Adib.

Aku tunduk semula, melihat persekitaran rumah Pak Long yang dipenuhi orang-orang yang aku sayang. Babah, Pak Long dan Cikgu Izzudin duduk di kerusi besi berdekatan kolam. Mama, Ibu dan nenek bersembang di kerusi kayu berdekatan dengan rumah Ibu. Kak Lia duduk di kerusi plastik dengan Kak Sofea dan Alia. Abang Fazzrul membentuk kumpulan dengan Alfie, Azreel dan Azim.

Serentak dada aku berdegup kencang. Laju aku tunduk sebab aku baru tersedar, dari tadi mata Adib melekat pada aku. Aku telan liur, perlahan.

***

JAM di dinding menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Penat membakar satay masih terasa di tubuh. Eh tak. Penat menelan satay sebenarnya. Yang membakar, abang Sham dan abang Fazzrul. Aku rebahkan badan ke katil. Handphone di meja kecil aku ambil.

Abang busy?

Mesej ke dua aku hantar kepada Razmil pada hari raya pertama. Kemudian aku letak handphone di tepi. Siling di atas di tenung, boleh tembus sampai ke langit. Sesekali, tangan aku mengelus lembut kening, mengurangkan tekanan.

Hampir setengah jam berlalu, aku toleh semula melihat handphone di tepi aku apabila tiada balasan apa-apa dari Razmil. Handphone di tangan aku picit-picit. Nama Razmil dicari dan punat hijau ditekan. Aku rasa, tak salah untuk berborak seminit dua dengan dia. Lagipun, sejak aku dan dia berjumpa di rumah Makcik Latifah itu hari, dia tak ada contact aku langsung.

Dan seperti biasa, panggilan pertama dan kedua memang tak pernah dijawab. Dan sedikit hampa bila panggilan ketiga pun turut tak berjawab. Ah sudah pukul dua. Mungkin dia dah tidur agaknya.

Abang dah tidur ya?

Satu lagi mesej dihantar. Mungkin juga dia tak perasan bunyi handphone kan? Jadi kalau dia baca mesej aku, mungkin dia akan hubungi aku. Mungkin. Lima belas minit berlalu, masih tiada balasan. Aku yakin dia sudah tidur.

Aku terus bergolek-golek atas katil. Suasana sunyi macam ni, suka biarkan aku terus tenggelam dengan emosi. Aku rindukan Shafiq. Aku rindukan gurauannya, rindu senyumannya, rindu usikannya. Aku senang untuk hidup dengan Shafiq. Sebab dia terlalu berharga untuk aku. Tak ternilai.

Gegaran handphone mengejutkan. Aku ambil, dan oh! Mesej dari Razmil. Dia belum tidur rupanya. Aku mula tersenyum sambil menekan punat View.

Adelia, boleh tolong faham tak? Sekarang ni masa untuk abang luangkan masa dengan famili abang. Abang busy dengan kerja, jadi cuma ini masa yang abang ada untuk berborak dengan mak, ayah, adik beradik abang dan Syahmil. Dulu AD cakap AD akan faham abang. Tapi you keep on pushing me. Abang rimas. Tolong bagi abang ruang untuk diri abang sendiri.

Ada seseorang tengah hiris hati aku kecil-kecil. Aku genggam handphone erat-erat. Tangan aku menggeletar. Hati aku ngilu. Aku pegang bantal peluk erat-erat. Cuba mencari kekuatan sendiri. Dan aku sangat berharap supaya Shafiq ada, dan tolong pegang aku supaya jangan jatuh. Tapi aku dah pun pecah.

Selamat hari raya.

Hanya itu yang aku taip. Handphone dibiarkan di atas meja kecil. Aku duduk terjelupuk dibirai katil. Apa salah aku? Mengganggu sangat ke bila aku mesej pukul dua pagi? Kalau ye pun sibuk, dia boleh mesej dan cakap dia busy kan? Tapi kenapa dia cakap benda tu semua? Kenapa sekali pun dia tak pernah cuba nak jaga hati aku. Kenapa sekali pun tak pernah?

Air mata yang aku penat aku tahan, akhirnya terlepas keluar. Dan tak mahu berhenti. Aku tekup muka dengan bantal, berharap bantal ini akan serap semua kesedihan aku. Tapi tak mungkin kan?

Aku bangun, berjalan menuju ke tingkap yang dari tadi terbuka. Aku renung bulan di langit.

Apit, aku selalu berdoa yang aku ni rusuk kiri Razmil yang hilang. Aku selalu berharap dia perlukan aku sama macam aku perlukan dia. Aku cuba sedaya upaya untuk tak mencipta sebarang kemungkinan kepada pengakhiran. Tapi aku tak kuat, Pit. Aku tak larat nak tanggung semua ni. Tolong aku, Pit.

Deringan telefon di atas meja langsung tidak aku pedulikan. Air mata yang mengalir lebih menarik untuk diseka dari menjawab panggilan itu. Kali ketiga telefon berbunyi, aku mengalah. Aku berjalan menuju ke meja dan mencapai handphone. Aku kembali menuju ke arah tingkap. Handphone di tangan direnung.

Adib?

Mata aku laju mencerun ke kawasan rumah Ibu. Dan di situ, aku ternampak Adib berdiri di kerusi dihalaman rumahnya. Berdiri tegak memandang aku yang menangis di tingkap bilik.

“Ya.” Seboleh mungkin aku tahan suara supaya tak terkesan yang aku tengah menangis.

“Saya nampak awak.” Dalam suara Adib kedengaran dihujung talian. Dan di situ, Adib masih melihat aku.

“Saya tau.” Aku jawab perlahan. Sunyi mencelah. Aku pandang dia, dia pandang aku. Tiada perbualan. Cuma angin mengisi suasana dingin.

“Awak boleh menangis kalau awak nak.”

Aku terdiam. Sungguh aku kaku mendengar kata-kata Adib. Aku tersandar pada dinding. Dan perbualan aku dan dia cuma dihiasi dengan bunyi tangisan aku. Dan Adib masih di situ, berdiri tegak memerhati ke arah tingkap bilik aku, mendengar tangisan aku yang tak pernah berhenti.

2 titik hujan:

AmirasYahirah said...

amal hamsan,,,
i cried again,,,
the first time was the scene ad bace diary apit,,
and now bile ad hope that apit akn ada by her side tht time,,
mybe sbb i really wnt apit end up with ad,,
ad mcm org bdh yg still nk dkt razmil,,
ad had suffered a lot,, poor her..
haha,, sesi luahn prasaan pulak,, sorisori..

Amal Hamsan said...

amirasyahirah;
hehehe. thanks babe. biasalah cerita cinta. tapi seriously thank you sebab baca cerita saya. :)