Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Thursday, March 17, 2011

Destini : TujuhBelas.

HAMPIR seminggu berlalu. Aku masih berada di rumah sewa di Putrajaya ini. Sepatutnya waktu-waktu cuti sekolah macam ni, aku balik rumah. Kalau tidak pun, teman Pak Long di Melaka. Tapi buat masa sekarang, aku belum rasa nak balik. Aku tak boleh nak berhadapan dengan keluarga aku dengan muka yang tak berapa nak siap ni.

“AD.” Satu suara menjengah ke telinga. Aku berpaling. Suhana datang menghampiri dengan senyuman. Senyuman yang aku tak berapa nak faham sangat. Ini mesti ada apa-apa ni.

Aku angkat kening. “Kenapa kau ni, Sue?”

“Sepatutnya aku yang tanya kau kenapa.” Suhana bersandar pada pagar balkoni, mengiring mengadap aku.

Kening aku berkerut. “Hah?”

Suhana mengeluh. “Dah dekat seminggu aku duduk rumah ni sorang-sorang. Bosan tau.” Suhana terus berdiri di balkoni rumah, bersebelahan dengan aku. Aku terdiam, faham apa yang cuba disampaikan Suhana. Betul kata dia, hampir seminggu ni aku macam orang bisu. Bercakap bila perlu. Lepas tu memerap dalam bilik. Dah bosan, baru keluar tengok bukit yang ditanam dengan pokok kelapa sawit belakang rumah.

“Kalau bahu kau tu dah berat sangat, bagi dekat aku sikit. Aku boleh tolong ringankan.”

Aku tersenyum mendengar kata-kata Suhana. Boleh tahan deep juga ayat budak ni. Aku terus memandang bukit yang melindungi hampir sebahagian apartment yang aku diami dari terkena mentari petang. Mug berisi hot chocolate aku pegang erat.

“Entahlah Sue. Aku cuma rasa penat. Penat sangat. Perkara yang aku dah pernah lalui, aku kena hadapi lagi sekali. Nak kongsi, benda ni tak berapa penting pun. Sebab tu aku lebih suka diamkan diri. Aku tau, satu hari nanti aku akan okay semula.” Aku menoleh memandang Suhana dan menyambung, “Jadi, kau jangan risau. Aku akan okay. No matter what.”

Suhana tepuk bahu aku dua tiga kali. “Okay, then. Tapi kalau dah tak tahan sangat, cepat-cepat cerita dekat aku eh.”

Aku mengangguk perlahan sebelum Suhana menyambung, “Tapi kan babe. Kalau kau rasa kau dah penat dengan semua benda yang berjadi berulang kali, kenapa kau terus biarkan diri kau ulang perkara yang sama lagi? Come on. Buka pintu, keluar. Okay?” Suhana menyambung kata-katanya.

Aku menarik nafas dalam-dalam memikirkan nasihat Suhana. Dan akhirnya aku mengangguk perlahan. Bersyukur sebab masih punya teman yang mengambil berat. Kami berdua kemudian terus diam, membiarkan angin petang menyelinap masuk ke dalam rumah.

Deringan handphone aku di sebelah TV di ruang tamu sedikit mengganggu. Aku berjalan masuk ke dalam. Nama Makcik Latifah muncul di skrin handphone.

“Assalamualaikum, makcik.” Sapaku seperti biasa.

“Waalaikumsalam. AD, AD dekat mana?” Suara Makcik Latifah yang agak kalut merisaukan aku.

“AD dekat rumah. Kenapa ni makcik?”

“AD ambil makcik sekarang boleh? Kita pergi Johor.”

Kening aku berkerut. “Buat apa pergi Johor, makcik?”

“Tadi Razmil call makcik, ayah dia tenat.”

“Hah?” Aku terdiam. Sumpah terkejut. “Err makcik tunggu sekejap. Saya siap-siap. Nanti saya ambik makcik. Makcik tunggu sekejap tau.” Panggilan ditamatkan.

“Kenapa AD?” Teguran Suhana bersama sentuhan perlahan dibahu mengejutkan aku.

Aku berpaling. “Ayah Razmil tenat. Aku kena pergi Johor.” Aku terus berlalu masuk ke bilik. Suhana mengekori dari belakang. Aku mengambil beg yang agak besar dari dalam almari dan mula memasukkan beberapa helai baju kurung.

“Babe, kau pergi mandi. Biar aku kemaskan barang-barang kau.”

Aku pandang Suhana. Dia mengangguk dan tersenyum. Aku bangun dan mengambil tuala dari ampaian di sudut bilik. Sebelum keluar, aku sempat menoleh semula. “Sue, tolong letakkan baju kurung biru atas katil. I’m gonna wear that one.”

Suhana mengangguk. Selepas selesai segala-galanya, aku terus memandu kereta keluar dari kawasan Putrajaya dan menghala ke Kajang. Dalam perjalanan, aku menekan-nekan nombor babah.

“Babah, AD nak pergi JB ni.” Laju aku bersuara ketika babah menjawab panggilan.

“Ada kerja apa?”

“Ayah abang Razmil tenat, bah. AD nak bawa makcik pergi sana sekarang.”

Terdengar babah beristighfar panjang. “Okay, AD. Drive carefully. InsyaAllah esok babah datang.”

“I will, babah. Nanti bagitau mama dengan abang Sham. Okay?”

“Okay. Ingat. Jangan kelam kabut sangat. Bertenang saja.”

Aku cuma mengangguk walaupun sedar babah tak akan nampak. Aku terus memandu laju menuju ke rumah Makcik Latifah. Ketika aku tiba, Makcik Latifah sudah menanti di hadapan rumah. Cuma Makcik Latifah seorang. Syahir ada peperiksaan katanya. Tak dapat nak ikut. Syahmil pula sudah seminggu mengikut Razmil ke JB.

Jam menunjukkan hampir ke pukul 10.30 malam ketika aku dan Makcik Latifah tiba di Hospital Sultanah Aminah. Dan sewaktu kaki kami melangkah keluar dari kereta, handphone Makcik Latifah berbunyi.

“Ya Raihana, makcik dah sampai dekat hospital.”

Raihana, adik Razmil. Aku menoleh ke belakang apabila menyedari Makcik Latifah masih tidak melangkah dari kereta. Aku menghampirinya. Panggilan tamat. Makcik Latifah memandang aku dengan satu pandangan.

“Ayah Razmil..” Kata-kata Makcik Latifah terhenti seketika, diselang dengan keluhan. “Ayah Razmil dah tak ada.” Kata-kata Makcik Latifah meluncur laju ke dalam telinga. Aku terdiam. Jujur, aku terkejut sangat.

Innalillahiwainnailaihiraji’un.

Ketika aku terlihat Mak Razmil, Makcik Ruzaina dan dua orang adik Razmil duduk di kerusi di luar bilik kecemasan, laju aku menghampiri.

“Makcik..” Panggilku perlahan. Makcik Ruzaina mengangkat muka dan dengan lelehan air mata, ibu tua itu memeluk aku erat. Seboleh mungkin aku cuba untuk ringankan keperitan yang ditanggung. Tapi aku bukan siapa-siapa. Aku cuma mampu mengusap perlahan tubuh kecil itu dan mengesat air matanya.

“Abang Razmil mana makcik?”

Makcik Ruzaina berdehem beberapa kali kemudian mengangkat muka memandang aku semula. “Tadi, lepas doktor beritahu pakcik dah tak ada, dia cakap dia nak pergi bilik air. Makcik pun tak tau mana dia pergi.”

“AD pergi cari abang sekejap ye makcik.”

Makcik Ruzaina mengangguk. Makcik Latifah duduk disebelahnya, cuba menenangkan beliau. Aku terus berjalan menuju ke hujung bangunan. Sampai di satu sudut yang menunjukkan simbol tandas, aku menghampiri laju.

Dan langkah kaki aku terhenti.

Di situ, aku melihat Razmil duduk tersandar di dinding, menekup kepalanya. Terbayang di mata aku satu situasi yang pernah berlaku dulu, perkara yang sama ketika Kak Ira meninggal dunia hampir setahun yang lalu. Aku meneguk liur apabila melihatkan diri aku yang sepatutnya berada di samping Razmil sekarang ni, sudah ada penggantinya.

Hanim.

Air mata mengalir perlahan melihat Hanim berada di sebelah Razmil, seboleh mungkin menenangkan lelaki itu. Aku terus diam memerhati dari jauh.

Maafkan AD, kak Ira. AD tak mampu nak bahagia kan dia. Dia dah tak perlukan AD. Sebab dia dah jumpa seseorang yang boleh ubat kesunyian dalam hati dia selepas akak pergi. Dan macam mana AD sayangkan dia sekalipun, itu tak akan mengubah apa-apa.

Maafkan AD, kak. AD tak dapat tunaikan janji AD. Maafkan AD.



***

KENDURI tahlil berjalan seperti biasa. Masuk hari ni, sudah hampir tiga hari aku menetap di rumah keluarga Razmil di Kampung Pasir Puteh di Pasir Gudang. Babah dan mama yang datang dua hari lepas, sudah pun pulang semula ke rumah pagi tadi. Yang tinggal hanya aku dan Makcik Latifah serta ahli keluarga Razmil yang lain.

Tiada Hanim.

Aku tak nampak wanita itu sepanjang kenduri diadakan. Untuk bertanya pada Razmil, masih tidak punya kesempatan. Malah aku sendiri langsung tidak sempat menyapanya sejak dari malam aku tiba itu hari. Tak tau macam mana aku nak menegur. Terbayang segala-galanya di depan mata.

Pegangan tangan, cerita Hanim dan peristiwa di hospital malam ayah Razmil meninggal.

“Abang.” Entah apa benda yang menyihir aku supaya terus menghampiri Razmil yang duduk termenung di pangkin di hadapan rumahnya. Razmil menoleh sekejap dan kembali memeluk kegelapan malam setelah melihat aku duduk di sebelahnya.

Aku mula tak keruan bila bersebelahan dengan Razmil. Macam mana untuk aku mulakan perbualan? Soalan ‘abang okay?’ hanya akan mengundang padah. Aku tak mahu tanyakan soalan bodoh macam tu.

“Bila AD datang?”

Soalan Razmil menyelamatkan aku dari terus terpaksa memikirkan permulaan konversasi yang baik. Tapi laju kening aku berkerut. “Datang ke mana?”

“Rumah abang ni.”

Aku telan liur. Dia tak perasan aku rupanya. Aku menunduk perlahan. Sudah mula terasa bagaimana rasanya diri dah tak terlihat lagi.

“Dah dekat tiga hari AD ada dekat sini, bang.” Ujarku perlahan. Tangan mula sejuk. Degupan jantung melaju. Dada aku sakit tiba-tiba. Tak tau kenapa. Mungkin ini kesan bila kita terluka. Agaknya.

“Oh. Abang tak perasan.”

Macam mana abang nak perasan kalau dalam fikiran abang sekarang, hanya ada Hanim.


***

HAMPIR dua minggu berlalu selepas arwah ayah Razmil meninggalkan Razmil sekeluarga. Aku masih lagi tidak menghubungi Razmil kerana menghormati ruang masa yang ada untuk diri dia dan keluarganya. Ada juga aku mesej Razmil dua tiga kali, namun tiada balasan. Jadi aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri. Biarlah dia yang menghubungi aku dulu.

Sehinggalah malam ini, satu kejutan apabila Razmil menelefon aku.

“Nim, you tunggu tempat biasa. Kejap lagi I’ll pick you up.” Terjahan Razmil memakan diri. Diri aku.

“Excuse me?” Aku berpura-pura bertanya. Padahal aku taklah pekak sangat untuk tidak mendengar perkataan ‘Nim’ di permulaan ayat. Siapa lagi kalau bukan Hanim kan? Tapi tak tau lah kalau dia ada terlalu ramai perempuan.

Razmil terdiam sekejap sebelum berkata, “Sorry. Abang tersalah call.”

“Never mind. Lain kali, hati-hati.” Aku terus tamatkan panggilan dan bangga sebab aku berjaya berlagak cool. Padahal sekarang aku tengah kesat air mata. Apa kata makian paling bagus supaya aku dah tak perlu rasa sakit macam ni?

Ya Allah. Aku punyalah bagi dia masa untuk dia luangkan dengan family dia, tapi dia gunakan ini semua untuk semakin rapat dengan Hanim.

Tapi macam mana kalau dia keluar atas urusan kerja? Ah jangan nak jadi bodoh sangat, Adelia. Urusan kerja apa benda? Tengok jam tu. Dah pukul 10 malam. Bukan 10 pagi. Kalau nak jaga hati sendiri pun, biarlah yang masuk akal sikit.

Tapi, bukan ke aku dah doakan supaya Razmil bahagia ke? Jadi kenapa aku nak kena cemburu kalau dia keluar dengan Hanim? Sedangkan aku tahu Hanim tu kebahagiaan dia. Kenapa aku nak kena menangis macam ni? Kenapa aku nak kena rasa perit macam ni?

Aku semakin bodoh.

Getaran handphone sekali lagi mengejutkan aku. Aku capai handphone, babah. “Assalamualaikum, babah.” Peraturan pertama bila cakap dengan babah, suara kena ceria.

“Waalaikumussalam. Anak babah sihat?”

Suara babah menyejukkan hati. Dan peraturan pertama aku dah gagal bila teresak-esak aku menjawab soalan babah. “AD sihat, bah.”

“What’s wrong, sweetheart?”

Dan soalan-soalan babah seterusnya cuma dapat dijawab dengan esak tangis yang tersedu-sedu. Makin aku cuba untuk berhenti menangis, makin banyak air mata keluar. Hipotesis pertama, cubaan untuk berhenti menangis berkadar songsang dengan jumlah kandungan air mata yang keluar.

“AD cuba sepenuh hati untuk ingat semua perkara yang dia buat, yang sakitkan hati AD, supaya AD boleh bencikan dia. Tapi bila rasa benci mula ada, rasa sayang pada dia makin bertambah. Makin kuat, makin buat AD sakit, bah. Sebab AD tau, sikit pun AD tak dapat bencikan dia.” Dan tangisan terus lagi menghiasi perbualan aku dan babah. Babah terdiam lama.

“Let him go, Adelia.”

Aku diam, membiarkan babah pula bersuara. Sudah aku jelaskan semuanya, dan seperti yang aku sangka, babah akan mengucapkan kata-kata itu. Aku paham, dan aku tak bertanya.

“Satu hari nanti, AD akan jumpa lelaki yang baik, yang akan menyayangi dan lebih tahu menghargai AD.” Semoga satu hari nanti, doa babah ini termakbul.


***

AKU berdiri sambil mencekak pinggang melihat kawasan meja yang dikhaskan untuk aku sepanjang aku bekerja sebagai salah seorang tenaga pengajar di Tadika KEMAS ini. Baru sebulan sesi persekolahan bermula selepas cuti hujung tahun. Dan dalam masa sebulan inilah aku ambil peluang untuk berfikir itu ini, dan hari ini, semuanya akan berakhir.

Aku mengambil kotak di kaki dan aku letak di atas meja. Beberapa biji buku beserta fail aku masukkan ke dalam kotak. Peralatan tulis yang diletakkan khas di dalam bekas bulat turut diletakkan di dalam bekas bersegi itu. Mana-mana kertas kotor yang tidak digunakan lagi aku masukkan ke dalam tong sampah di sudut meja.

Aku menarik nafas lega apabila semua tugas mengemas selesai. Macam tak percaya. Rasa macam baru je lagi aku jejak kaki dekat sini, tapi hari ini sudah menjadi hari terakhir aku menanam kenangan.

“Betul ke AD nak berhenti mengajar dekat sini?” Kak Jihan di belakang menegur.

Aku menoleh dan tersenyum. “Ya kak.”

Kak Jihan duduk di kerusi di mejanya. “AD ada masalah ke sampai nak kena berhenti? Kalau AD ada terasa dengan akak, akak minta maaflah.”

Aku tertawa kecil. “Tak ada terasa terasalah kak. Sebenarnya, AD berhenti ni sebab AD ingat nak sambung belajar. InsyaAllah dekat UKM juga. Jadi kalau ada masa lapang, nanti AD datang sini lagi.”

“Ohh. Akak ingatkan ada kes apa tadi. Baguslah macam tu. Teruskan belajar, jangan berhenti.” Aku mengangguk perlahan.

“Cikgu… Janganlah pergi.”

Satu suara yang teresak-esak menarik aku untuk terus berpaling ke pintu. Pelajar kelas Matahari, diketuai Zaquan berkumpul di pintu bilik guru. Aku tersenyum penuh terharu dan menghampiri mereka. Aku memandang Zaquan yang mengesat air mata dihadapanku. Kemudian aku duduk mencangkung, memadankan aras mata aku dan kanak-kanak berusia enam tahun ini.

“Cikgu janganlah pergi.” Sekali lagi Zaquan berkata, masih dengan esak tangisnya. Yang lain ikut mengangguk.

“Quan, Quan kan ketua. Kalau Quan menangis, macam mana Quan nak jaga anak buah Quan. Macam mana Quan nak tengok-tengok kan Amie, Zaza, Janna kalau Quan menangis?” Mendengar pujukan dari aku, Zaquan sedaya mungkin menahan dari terus sedu. Dalam masa yang sama, air mata terus saja menitis.

Aku menggeleng perlahan. “Quan janganlah nangis. Nanti bila-bila cikgu ada masa, cikgu datang tengok Quan, Bila, Azwa dengan yang lain-lain. Okay?” Aku mengusap perlahan kepala Zaquan. Dia tak dapat menahan esak yang semakin kuat dan akhirnya tetap terus menangis dan disambut sedu dari kanak-kanak lain, kelas Matahari. Kelas yang aku pegang hampir setahun.

“Cikgu jangan lupakan kitorang tau.” Azwa memegang lengan aku perlahan.

Haih. Budak-budak ni semua magician ke apa? Tengok. Kan aku dah menangis. Bila aku dah tak tau nak cakap apa untuk pujuk diorang semua, aku terus depangkan tangan dan cuba untuk peluk semua yang ada disitu.

“Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu.” Aku meleraikan pelukan. Aku lihat satu demi satu wajah-wajah kecil dihadapanku. “Cikgu nak, semua yang ada dekat sini belajar rajin-rajin, jangan bergaduh. Ingat, apa yang penting, semangat setiakawan yang pernah cikgu ajar dulu. Tau.” Masing-masing mengangguk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut aku.

“Okay sekarang, pergi masuk kelas. Sekejap lagi cikgu masuk.” Zaquan mengangguk lagi dan mengajak rakan-rakannya berlalu ke kelas. Satu suara memanggil aku ketika aku baru berpaling.

“Untuk cikgu..” Nabila menghulurkan sebuah manila kad yang dilipat dua. Baru aku hendak membuka mulut untuk bertanya, Nabila telah lebih dahulu berlari menuju ke kelas. Aku menggeleng sambil tersenyum.

“Sayang betul diorang tu dekat AD, kan?” Kak Lia bersuara sejurus selepas ‘drama sedih’ tadi berakhir. Aku tersenyum.

“Berat juga rasa hati nak tinggalkan diorang.”

“Tak apa. AD pergi untuk sambung belajar. Jangan risaulah.”

Aku mengangguk-angguk dan duduk dikerusi sambil membuka kad yang diberi Nabila. Sekali lagi air mata mengalir apabila melihat isi kandungan kad berwarna biru tersebut. Penuh dengan tulisan kanak-kanak berusia enam tahun. Di tengah-tengahnya terlekat gambar aku bersama mereka. Mereka; dari Kelas Matahari.

Perlahan, aku senyum dan menyimpan kad istimewa itu di dalam kotak.


***

BABAH sedang duduk membaca majalah di meja bulat ketika aku selamat tiba di rumah. Keluar dari kereta, aku terus menghampiri babah dan bersalam.

“Mama mana, bah?”

Babah angkat sedikit kaca mata. “Mama pergi surau. Ada ustaz mengajar petang ni.”

Aku mengangguk-angguk. Perlahan aku bangun dan mendekati kolam berhampiran babah. Ikan koi berenang-renang perlahan. Seketika, aku bangun dan menoleh melihat babah. “Babah nak minum?”

“Boleh juga.” Babah menjawab, matanya masih pada huruf-huruf di dalam majalah. Aku angkat bahu dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Aku menuju ke dapur. Suasana sunyi menyelinap. Namun tidak aku hiraukan. Jag kecil dari dalam kabinet aku ambil dan seuncang teh Lipton aku capai. Beberapa sudu gula di masukkan kedalam jag bersama uncang teh dan aku tuang air panas.

Sudah siap semuanya, aku berlalu semula ke halaman rumah. Melihatkan babah yang masih dengan majalahnya. Begitulah babah. Kalau ada buku yang disukainya di tangan, memang tak nampak apa dah.

“Minum, bah.”

Babah angguk perlahan dan terus diam. Aku angkat kening dan mencapai handphone di atas meja. Sejak lebih sebulan berlalu, handphone ini tak banyak gunanya. Cuma berbunyi ketika babah call atau mesej-mesej penting sahaja.

Aku mengeluh perlahan. Babah di depan ditenung. “Pentingkanlah magazine tu dari anak sendiri.”

Tak disangka-sangka, meledak ketawa kuat dari babah. Berkerut kening aku. Entah apa benda entah yang kelakar sangat dalam majalah tu.

“Lama babah tunggu AD keluarkan ayat tu. Haih. Penat buat-buat serius ni.” Babah meletakkan majalah di atas meja diikuti kaca mata.

Boleh tahan bulat jugalah mata aku dengar kata-kata babah. “Babah ni! Main-mainkan AD je!”

Babah terus ketawa. Aku yang mulanya nak mogok tarik muncung empat belas inci, tertawa akhirnya. Dah lama tak gelak macam ni. Dah lama tak berborak dengan babah macam ni.

“So, kenapa balik tiba-tiba ni?”

“Aik? Sejak bila AD tak boleh balik rumah sendiri ni?”

“Haha. Bukanlah. Selalunya, AD tunggu cuti baru balik. Ni balik hari Rabu, esok tak mengajar ke?”

Gelengan perlahan aku disambut kerutan didahi babah. “AD dah tak mengajar dah, bah.”

“Quit?”

Aku angguk perlahan sambil menyisip teh sedikit. Babah angkat kening,tanda mahukan penjelasan yang lebih panjang. Aku letak cawan di atas piring dan tersenyum memandang babah.

“AD nak sambung belajar.”

Babah peluk tubuh. “Master?” Aku angguk, diikuti anggukan babah.

“AD ingat nak buat Master in Pure Math. InsyaAllah AD nak apply untuk intake bulan June ni.”

“Good. Tapi sekarang baru bulan Februari. Lagi tiga bulan ni, AD nak buat apa?” Aku tersenyum. Satu perkara yang aku dah rancang sepanjang perjalanan untuk pulang ke Pahang ni.

“AD nak duduk dekat kampung, nak jaga nenek.”


***

“SELAMAT pagi, nek.”

Sapaan aku hanya dibalas senyuman manis dari wajah tua itu. Jam baru pukul 6.45 pagi. Aku sudah siap solat dan kini sudah berada di dapur. Nenek baru lepas jerang air. “Nenek nak makan apa pagi ni?”

“Nenek pun tak tau nak makan apa. Ada telur je ni.”

Aku bangun dari kerusi dan menghala ke arah kabinet dapur. Nasi semalam pun dah habis. Kalau ada nasi sejuk, boleh buat nasi goreng. “Nek, kita sarapan dekat Tanjung Karang nak tak?”

“Ish tak payahlah. Pagi-pagi nak ke sana. Tak nak lah nenek.”

“Kalau macam tu, AD pergi beli nasi lemak dekat warung Tok Ali kat simpang tu.”

“Ha ye lah. Nanti kalau ada apam, belikan nenek seringgit.”

Aku angguk dan tersenyum. Selendang hitam disarung di kepala dan aku terus berjalan keluar dari rumah nenek. Walaupun warung Tok Ali tu agak jauh, tapi aku tetap nak jalan kaki. Pagi-pagi macam ni, berjalan sambil menghirup udara segar dari sawah padi, memang satu perkara yang tak boleh dibeli.

Dua tiga orang pelajar perempuan melintasi aku dengan berbasikal. Mendengarkan mereka bergelak ketawa, cukup membuatkan aku cemburu. Aku rindukan kehidupan persekolahan. Zaman untuk aku tak perlu jaga hati siapa-siapa. Cuma hati aku.

“Tok, bagi nasi lemak dua ya.” Ujar aku ketika aku berhenti betul-betul di hadapan warung Tok Ali. Ada dua tiga orang lelaki berusia yang berkopiah yang duduk di situ. Baru pulang dari masjid agaknya.

Haji Jumali yang lebih senang aku panggil Tok Ali mengambil dua bungkus nasi lemak dan memasukkan ke dalam plastik merah bertangkai. “Lagi, cu?”

“Erm nak apam ni seringgit, cucur badak ni seringgit.”

Tangkas tangan Tok Ali memasukkan empat potong apam dan tiga biji cucur badak yang agak ‘badak’ saiznya ke dalam plastik. “Ini je?”

Aku angguk perlahan. Plastik bertukar tangan. Not hijau bernilai RM10 ku hulur. “Simpan bakinya, tok.”

“Eh tak payahlah susah-susah, cu. Banyak sangat ni.” Tok Ali serba salah.

Aku tersenyum perlahan, berkira-kira untuk pergi. “Tak apa. Tok simpanlah.”

Tok Ali garu kepala dan kemudian tersenyum. “Anak ni, cucu siapa ya?”

“Saya cucu Khadijah. Cucu arwah Ariffin.”

Tok Ali terdiam sekejap, berfikir sebelum berkata. “Oh. Cucu Haji Ipin ya?” Aku mengangguk laju sambil tersenyum. “Anaknya Azman kan?” Kata-kata Tok Ali sekali lagi aku sambut dengan anggukan.

“Adelia, tok. Anak Azman yang bongsu.” Aku memperkenalkan diri.

“MasyaAllah. Dah besar dah kamu ye. Dah makin cantik dah. Dulu masa kecik-kecik, tak pakai baju berlari-lari depan rumah atuk.”

Aku ketawa mendengar cerita Tok Ali. Tak sangka Tok Ali masih ingat pada aku. Masa kecil, memang aku rajin berjalan sampai ke rumah Tok Ali. Bukan aku sengaja, tapi Shafiq yang asyik ajak ikut. Kadang-kadang tu, tak sempat berbaju, dah Shafiq tarik bawa naik basikal. Berkayuhlah Shafiq bawa aku, dua-dua tak pakai baju. Dah macam toyol.

“Tak apalah, tok. AD balik dulu. Nenek dah tunggu dekat rumah tu. Terima kasih ye tok.” Aku meminta diri untuk pulang. Orang semakin ramai memenuhi warung Tok Ali. Dia pun tak menang tangan mana nak layan orang yang datang, mana nak berborak dengan aku lagi.

“Yelah. Jalan elok-elok. Nanti kirim salam dekat nenek kamu.”

Aku angguk dan berjalan pulang ke rumah. Suasana pagi mula menerang. Burung-burung terbang di kawasan sawah padi yang menghijau. Dari jauh, rumah-rumah penduduk kampung cuma seperti satu titik hitam yang mampu dihilangkan dengan satu jari.

Kan bagus kalau perasaan ini boleh hilang macam tu je..

0 titik hujan: