Woot woot!


Just in case nak mengorat, email je. : AmalinaHamsan@gmail.com *wink*

Tuesday, April 19, 2011

Destini : DuaSatu.

SEKARANG ini, cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar, aku dah pun dalam perjalanan pulang ke Pahang. Yelah. Cuti-cuti semester macam ni, tak berapa sedap juga nak pergi fakulti hari-hari. Bukan ada orang pun. Nak fikirkan tesis, haih memang tak bergerak ke manalah. Sudahlah dengan keputusan periksa itu hari buat hati tak tenang manjang. Baik balik rumah, jumpa mama dengan babah lagi baik. Lagipun dah nak dekat Hari Raya Korban ni. Sudahlah Raya Puasa itu hari aku dapat cuti untuk beberapa hari je. Kali ni nak raya puas-puas!

Jam tepat menunjukkan pukul 5.30 petang ketika aku tiba di hadapan rumah. Dan bila kereta babah tak ada depan rumah, tambah gusar aku. Mana pula mama dan babah ni? Handphone dari dalam beg aku capai dan mula mendail nombor babah sebelum satu suara menegur aku. “AD?”

Aku menoleh ke kanan, melihat kawasan rumah Makcik Radiah, jiran aku sejak dari aku kecil lagi. “Eh makcik. Mama pergi mana ye, makcik?”

“Eh kamu tak tau ke mama dengan babah kamu balik kampung?”

Bulat mata aku. “Balik kampung? Bila?”

“Pagi tadi. Lah. Makcik ingatkan kamu tau.”

“Babah tak cakap apa-apa pun. Erm tak apalah, makcik.” Aku senyum saja melihat Makcik Radiah yang masih berdiri di pintu rumahnya.

“Ada kunci tak ni?”

Soalan dari makcik itu buatkan aku mengeluh kuat. Bijak kan Adelia? Balik tak bagitau konon-konon nak suprisekan mama dan babah. Lepas tu aku sendiri yang terkejut. Lagi best, aku tak bawa balik kunci. Terbaik!

“Tertinggallah makcik. Ingatkan babah ada dekat rumah.” Aku dah tersandar dekat kereta.

“Hmm kalau macam tu marilah masuk rumah makcik dulu.” Pelawa Makcik Radiah. Aku yang berkira-kira hendak masuk ke dalam kereta menggeleng perlahan.

“Tak apalah, makcik. Lagipun saya sebenarnya ada janji dengan kawan ni. Mungkin saya tidur rumah dia kot, dekat Kuantan.”

“Ha kalau macam tu, tak apalah. Nanti kalau ada apa-apa, bagitau makcik ya.”

Aku mengangguk, tersenyum kecil dan terus masuk ke dalam kereta. Sejujurnya, aku tak ada apa-apa plan pun. Saja cakap macam tu pada jiran aku tu sebab aku segan nak menumpang rumah dia. Bila dah tau babah dengan mama ada dekat kampung, kalau ikutkan hati memang aku nak terus ke Selangor semula sehinggalah mata aku tertancap pada nama Sarah.


***

HANDPHONE di atas katil berdering beberapa kali. Berlari-lari aku keluar dari bilik air hotel dan terus mencapai handphone. “Ya.”

“AD, dekat mana?” Sarah di talian.

“Babe, sorry sorry. Aku lambat sikit. Perut buat perangai pula.” Aku masih menekan-nekan perut yang memulas sejak aku tiba di Kuantan senja tadi. Janji untuk makan malam bersama Sarah sedikit terbantut.

“Pulak. Okay tak apalah. Take your time. Aku tunggu dekat depan hotel ni.”

“Okay babe. Sorry sangat tau.”

“Haha. No biggie lah babe.”

Aku terus bersiap mengenakan tudung apabila perut dah mula reda sikit. Dekat setengah jam jugalah si Sarah kena tunggu depan hotel. Aku suruh dia naik atas dulu tak mahu. Sampai di depan hotel, aku nampak Sarah menunggu dalam Viva putihnya. Laju aku menghampiri.

“Babe, sorry lambat!”

Sarah ketawa dan mula memandu. “Tak ada hallah. Perut kau dah okay belum?”

“Okay sikit. Tak taulah kenapa. Memulas-mulas masa aku sampai tadi.”

“Salah makan kot?” Teka Sarah.

“Agaknya.” Aku memandang hadapan, melihat kawasan perumahan yang dikelilingi kawasan rumput yang agak luas. “Kita pergi TC ke?” TC adalah singkatan untuk Teluk Cempedak.

“Yup. Ada pakej penuh untuk kau malam ni.”

Aku kerutkan kening. “Pakej penuh?”

“McDonald dan suasana pantai waktu malam.” Sarah menjawab sambil berpaling melihat aku ketika keretanya baru saja diparkir di kawasan tempat letak kereta. “Jom, dah sampai.”

“Ini yang buat aku makin sayang kau ni!” Aku tersenyum dan lantas memeluk Sarah dan sama-sama berjalan masuk ke dalam McDonald. Sesudah memenuhkan perut dengan makanan-makanan berkalori tinggi, aku dan Sarah berjalan keluar dari McDonald dan menghampiri kawasan pinggir pantai yang tetap dipenuhi orang ramai walaupun jam sudah lewat ke angka sepuluh.

“Jomlah tidur rumah aku, AD. Bukan ada siapa pun. Nabil je.”

Aku yang sedang memegang Sundae coklat ditangan menoleh Sarah. “Nabil tu bukan siapa-siapa ke cik adik oi?”

Sarah ketawa. “Ala. Nabil je pun. Bukan kau tak kenal dia kan?”

“Tak apalah. Aku seganlah, Sarah. Nantilah. Tunggu kau dah ada anak, aku datang lagi.” Aku ketawa dihujung ayat.

“So, kau kena tidur rumah aku dalam bulan tiga tahun depanlah kan?” Sarah seperti berkira-kira sendiri sambil menggerak-gerakkan jarinya. Aku pandang Sarah, tak berapa faham apa maksudnya. “Ada manusia dekat dalam ni.” Sarah menyambung kata, sambil memegang perutnya perlahan.

Aku ternganga. Sumpah tak tahu nak cakap. Dan akhirnya aku peluk Sarah kuat-kuat, hampir menjerit kegembiraan. “TAHNIAH!”

Sarah ketawa dengan tingkah aku. “Kahwinlah cepat-cepat AD. Nanti kita boleh keluar sama-sama, bawa anak-anak kita jalan-jalan.”

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Sarah. Mendengarkan berita gembira dari Sarah, aku macam dah lupa apa jadi antara aku dan Razmil. Aku betul-betul gembira, betul-betul bahagia. “Dah berapa bulan ni?”

“Lima bulan. Due date bulan tiga tahun depan. Sebab tu aku cakap kau kena tidur rumah aku next year. Kalau kau tak datang, siap!” Sarah sedikit mengugut. Aku hanya ketawa saja. Ketawa dengan pelangi yang ada di sekeliling Sarah sekarang.

“Jom duduk. Karang kau penat pula nak berjalan jauh, tak memasal aku nak kena angkat kau nanti.” Aku bersuara setelah beberapa ketika. Sarah tersenyum, menggeleng perlahan dengan ayat aku. Aku dan dia kemudiannya duduk di lereng bukit pasir, bersama deretan pasangan kekasih yang lain.

Bekas Sundae yang baru habis, aku letak ke tepi. Angin malam menyejukkan aku yang hanya memakai baju lengan panjang yang agak nipisnya fabriknya. Namun sedikit sebanyak angin ini menenangkan aku, seperti membawa pergi segala keperitan.

“Kadang-kadang, aku tak faham kenapa kau suka sangat pantai waktu malam. Bukan ada apa pun. Gelap. Sejuk.” Sarah bersuara setelah agak lama aku dan dia berdiam. Aku tergelak kecil mendengar kata-kata Sarah.

“Gelap. Betul. Tapi cuba kau renung laut tu lama-lama, dan nanti kau akan nampak cahaya-cahaya yang sebenarnya sentiasa ada menerangkan kegelapan yang ada. Cuma kita tak pernah nampak. Macam tulah aku cuba tengok kehidupan aku. Selalu malap. Tapi aku harap satu hari nanti, aku akan nampak cahaya-cahaya yang terselindung.”

Sarah menoleh melihat aku. “Kau tak mahu cerita pada aku apa yang jadi?”

“Apa?”

“Come on, Adelia. Aku kenal kau dah lama. There must be something happened. Kalau tak, kau tak macam ni.” Suhana masih memandang aku.

Aku tersenyum membalas pandangan Suhana. “Aku dengan Razmil dah tak ada apa-apa.” Aku diam sebentar sebelum kembali memerhati laut lepas di hadapan aku. “Ah entah sejak bila aku dan dia ada apa-apa.” Aku ketawa, terasa lucu dengan kata-kata sendiri. Ya. Aku dan Razmil tak pernah ada apa-apa ikatan pun.

“Korang ada masalah?”

Aku mengeluh. Bercerita dalam suasana macam ni, selalunya aku tak dapat tahan air mata. Nasib baik tak ada background music macam dalam cerita Korea.

“Razmil dah buat keputusan. Dia akan berkahwin dengan Hanim.”

“Siapa Hanim?”

Aku mengangkat kening pada Sarah. “Entah. Aku tak tahu banyak pasal Hanim. Cuma abang Sham pernah cakap, syarikat Razmil pernah deal bussiness beberapa kali dengan syarikat Hanim bekerja. Maybe dari situ diorang kenal kot.”

Sarah terdiam mendengar. Dan aku terus menyambung. “Aku patut pergi awal dulu, masa Hanim datang jumpa aku dulu. Awal-awal dulu. At least aku tak lah rasa teruk sangat macam sekarang ni.”

“Hanim datang jumpa kau? Buat apa?” Sarah mengerutkan kening mendengar cerita aku.

Aku pandang Sarah. “Actually terserempak. Then kitorang minum sekali. Dia ceritalah yang dia dah pun terlalu rapat dengan Razmil masa tu. Dia minta aku berhenti berharap pada Razmil. Dia cakap, dia anggap aku macam adik, so dia tak nak aku kecewa pada masa akan datang.”

Sarah ternganga. “Bullshit! Kalau dia anggap kau macam adik, dia tak akan rampas Razmil. Gilalah perempuan sekarang. Tak fikir perasaan perempuan lain.” Sarah mula marah.

Aku tersenyum. “Tak babe. Okay mungkin dia ada salah juga sebab masih dengan Razmil walaupun tahu yang Razmil ada aku. Tapi aku tak salahkan dia hundred percent. Razmil yang memang dah tak mahukan aku. Apa lagi aku boleh buat.”

“Adelia Azman.” Aku berpaling apabila Sarah menyebut nama penuh aku.

“Forget him, forget his name, forget his face, forget his laugh, forget the love you once knew, remember, he has someone new. Forget how close you two are, remember, he has chosen her. Forget you memorized his walk, forget the way he used to talk, forget the way he used to say, remember, he has gone away. Forget the time that went so fast, forget the love that moved it’s past, forget he said he’d leave you never, remember that he’s gone forever.”

Aku terdiam mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut Sarah.

“Sorry. Aku tak reti nak beri kata-kata perangsang. Ayat tadi tu pun, aku jumpa dekat internet.” Sarah menyambung kata membuatkan aku ketawa.

Kemudian Sarah terus bersuara, “Aku tau, bukan senang nak lupakan semua ni. Dan kau memang tak akan boleh lupakan. Tapi aku harap, kau cuba berhenti dari ingatkan dia lagi. Dia dah pilih jalan hidup dia, tanpa kau. Dan aku nak kau pun buat perkara yang sama. Ambil sebanyak mana masa yang kau nak, dan move on. Satu hari nanti, kau akan jumpa yang betul-betul dengan kau.”

Genggaman tangan Sarah, aku balas kuat. Perlahan, aku senyum.


***


HARI Raya Korban.

Kali ini, semua berkumpul di rumah aku. Eh silap. Rumah babah. Adik beradik aku semua ada. Family Pak Long pun turut serta dan juga nenek. Memang riuh rendahlah rumah ni. Selalunya, sambutan Raya Haji dekat kawasan kejiranan rumah aku, taklah berapa nak ceria. Habis sembahyang raya, babah, Pak Long, abang-abang ipar dan anak-anak Pak Long ikut pakcik-pakcik kawasan rumah aku untuk beraya dari rumah ke rumah.

Untuk raya kali ini, geng-geng perempuan dalam rumah aku, mama, nenek, kakak-kakak semua bergotong-royong buat soto. Tak susah mana pun. Mama buat sup satu periuk besar, nenek tolong potong bawang merah untuk buat bawang goreng dan potong daun sup sekali, aku tolong goreng suh-hun dan buatkan sambal kicap. Babah suruh aku yang buat sambal kicap sebab babah kata sambal kicap aku power. Ehem! Kak Mia tolong goreng kacang tanah, kerja-kerja mericih ayam dilakukan oleh Kak Sofea, Kak Dhiya dan mak buyung, Kak Lia dan bahan-bahan selebihnya disediakan Kak Ika. Oh lupa. Kak Lia sudah mengandung enam bulan.

Suasana yang sangat sibuk bukanlah ketika orang ramai menyerbu rumah aku. Kesibukan sebenar bermula setelah semua orang balik. Ya. Penat gila nak kemaskan kawasan ruang tamu. Dengan mangkuk-mangkuk bekas orang makan soto, gelas, sup tumpah, air jus Rosalle yang tertumpah dan sudah pun bersemut, tisu bersepah, haih. Lepas kaum lelaki berziarah dari rumah ke rumah, kini giliran mama, nenek dan kakak-kakak aku pun mula keluar ke rumah Makcik Radiah. Aku yang menunggu Sarah datang, terpaksa tunggu di rumah dulu, dan dalam erti kata lain, akulah yang kena kemas semua ni.

“Itulah. Babah dah cakap, guna mangkuk polisterin tu je, AD taknak. Kalau pakai mangkuk tu kan senang je, terus buang. Tak payah nak basuh-basuh.” Babah menegur ketika aku merungut-rungut kena kemas.

“Babah, bumi kita ni dah sakit. Kalau kita guna barang-barang macam tu, berapa ribu tahun ambil masa nak lupuskan dia. Tak kan nak bakar kot? Menipiskan ozon nanti. Kan lagi elok kalau kita guna mangkuk kaca, basuh, siap.”

Babah tersenyum.

“Kalau macam tu, jangan membebel.” Abang Iqram menyampuk sebelum sempat babah bercakap apa-apa.

Babah berpaling melihat Abang Iqram di pintu rumah. “Terima kasih kerana suarakan hasrat hati babah.” Babah angkat ibu jari ‘thumb up’ pada Abang Iqram.

Aku menjeling. “Ok fine!”

Babah hanya ketawa dan aku meneruskan kerja-kerja mengemas. Sudah siap mengelap apa yang patut, aku berlalu ke dapur. Lengan baju kurung dilipat dan aku mula membasuh pinggan mangkuk yang penuh dalam singki. Babah masuk ke dapur dan duduk di meja makan kecil.

“Babah nak air ke?” Aku bertanya babah dengan tangan masih tangkas mencuci mangkuk. Babah menggeleng, sambil menghembus asap rokok perlahan keluar dari mulut dan hidung.

“Babah ni, cubalah kurangkan merokok tu.”

Babah buat tak tahu dengan apa yang aku cakap, masih fokus pada setiap kepulan asap yang dikeluarkan. Aku ambil tindakan mendiamkan diri. Apabila semua proses cuci mencuci siap, aku letak mangkuk di kawasan yang mama dah sediakan, senang kalau orang lain datang beraya nanti, tak adalah kena ambil dalam kabinet lagi.

Aku tengok jam tergantung, sudah pukul 12.00 tengah hari. Kelibat Sarah dan Adam belum nampak lagi. Perut aku dah mula nak buat gig. Aku ambil satu mangkuk, letak lima biji nasi impit yang sudah siap dihiris dadu, letak suh-hun, kacang, ricihan ayam, taugeh, sambal kicap, dan sup panas. Daun sup dan bawang goreng memang aku tak pandanglah. Tak sedap!

“How’s life?”

Babah tiba-tiba bersuara ketika aku tengah kepedasan makan soto akibat letak sambal kicap terlebih. Aku pandang babah sambil minum jus rosalle sejuk. “Apa bah?”

Babah pandang aku. Rokok yang dah pendek ditenyeh-tenyeh dalam ashtray. “AD sekarang ni okay atau buat-buat okay?”

Peh babah ni.

Aku angkat kening dan tersenyum. “Okay saja macam biasa. Tengah fikir nak buat tesis apa untuk master ni. Dah lah dua tiga orang senior AD cakap, sem dua ni subjek dia boleh tahan susah.”

“Pasal study, macam mana susah pun, babah tau AD boleh buat. Sekarang babah nak tau pasal social life.”

Aku ketawa. “Social life? Okay je. Adalah juga dua tiga kali AD clubbing. Nasib baik tak kena ambush.” Aku masih ketawa di hujung ayat.

“You are not okay.”

Kata-kata babah memberhentikan tawa aku. Aku terus diam. Aku akui, aku memang tak okay pun sebenarnya. Siapalah yang boleh berketawa senang hati bila orang yang dia sayang nak kahwin dengan orang lain. Kali ke dua pula tu.

“AD dah lain sekarang. Berahsia je dengan babah. Kenapa?”

Aku pandang babah yang dari tadi pandang aku. Mengeluh. “Bukan AD berahsia, bah. Tapi entahlah. AD jadi segan nak cerita masalah AD pada babah. Masalahnya sama je. Sebab tu AD rasa, lebih baik AD diam macam ni.” Babah masih pandang aku dan aku teruskan berkata. “Tapi babah jangan risau. AD akan okay. Okay?”

Aku cuba senyum untuk sedapkan hati babah, supaya babah jangan risau. Tapi aku sendiri dapat rasa betapa teruknya muka aku sekarang ni.

“Babah, Haji Kadri datang.” Abang Iqram muncul di muka pintu dapur. Babah toleh kepada Abang Iqram dan pandang aku semula.

Babah senyum. “Nanti AD buatkan air.”

Aku mengangguk dan tersenyum melihat babah berlalu ke ruang tamu. Abang Iqram masuk ke dapur, ambil gelas dan buka peti ais. “Abang tunggu kejap ya. Nanti tolong hantarkan air dekat depan.”

Abang Iqram telan air. “Kenapa abang pula? AD pergilah.”

“Alaa tolonglah. AD malas nak pakai tudung. Abang pergi jelah. Kan abang nak lepak sekali. Tolong ye tolong ye tolong ye.” Aku cakap banyak kali sebab aku tau Abang Iqram ni cepat rimas kalau orang minta tolong lepas tu cakap sampai empat lima kali.

“Ha yelah yelah. Cepat sikit.”

Tengok? Betul tak aku cakap? Aku siapkan jus Rosalle dalam jag kaca dan aku letak atas dulang dengan dua biji gelas. “Ni dah siap. Nanti abang ambil mangkuk ni pula eh. Soto semua dah sedia dekat depan.”

Abang Iqram menghampiri. “Letak sekali jelah mangkuk tu. Muat je lagi dulang ni.”

“Jatuh karang.”

Abang Iqram ambil dua mangkuk dan letak atas dulang. Memang tak muat. Degil. Kemudian, dia keluarkan jag air, diletakkan mangkuk di sisi gelas. “Hah. Muat je.” Abang Iqram angkat kening pada aku, bangga yang dia berjaya memuatkan semua barang sekali, tak perlu nak dua tiga kali keluar masuk dapur. Aku biarkan saja Abang Iqram berlalu ke depan, tangan kanan pegang dulang dan tangan kiri pegang jag. Malas nak layan.

Aku duduk di meja makan untuk menyambung makan soto yang tertunda tadi. Tiba-tiba Abang Sham masuk ke dapur. “Abang nak makan soto ke?” Tegurku.

Abang Sham menggeleng dan duduk berhadapan dengan aku. Dengan muka baru bangun, dia meraup rambut ke belakang. “Mana semua orang? Senyap je rumah ni.”

“Pergi rumah Makcik Radiah sebelah ni. Ini tak balik lagi, pergi rumah orang lain kot.”

Abang Sham pandang aku. “AD tak ikut?”

Aku menggeleng. “Kejap lagi kawan AD nak datang. Malas nak keluar. Karang kalau ikut, kawan datang AD tak ada pula.”

Abang Sham mengangguk perlahan. Dia kemudian diam lama, berangan. Aku terus menelan soto yang pedasnya menyebabkan aku berpeluh hebat sehinggalah abang Sham tiba-tiba bersuara semula. “AD, abang minta maaf.”

Aku mengerutkan kening. “Kenapa?”

“Hari ni kan hari raya.” Abang Sham ketawa di hujung ayat. Aku menarik muka pura-pura marah bila tau abang Sham main-main dan tetap akhirnya aku ikut tergelak. Kemudian, abang Sham berhenti ketawa, “Okay abang serius, abang minta maaf.”

Aku pandang abang Sham dan mendengarkan dia terus bersuara. “Abang dah tau apa jadi pada AD dan Razmil. Dan sungguh abang rasa sangat bersalah. Kalau lah dulu abang tak bagitau yang arwah Ira sakit, AD tak perlu pergi jumpa Razmil, dan tak perlu suffer macam sekarang ni kan?”

Aku tertawa kecil. “AD nampak sengsara sangat ke bang?” Abang Sham pandang aku. “Abang tak ada salah pun. Apa yang abang buat tu betul. Kita kan diharuskan melawat orang sakit. Abang jangan risaulah. AD tak pernah salahkan abang.”

Abang Sham mengeluh perlahan. “Abang kesal sangat dia buat macam ni lagi. Abang tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia sekarang. He’s totally different.”

“Tak apalah bang. Benda dah jadi. AD tak salahkan sesiapa pun. Apa yang jadi ni, AD terima semuanya. Ini salah satu ujian Tuhan pada AD kan. Jadi AD kena kuat.” Aku senyum pandang abang Sham.

“AD dah ada pengganti?”

Bulat mata aku mendengar soalan Abang Sham. “Abang Sham, baru berapa bulan benda ni jadi. Tak semudah tu AD nak terima orang lain, bang.”

“Kalau AD tutup hati AD, sampai bila-bila pun AD tak akan boleh lupakan dia, dik.”

“Betul. Tapi AD tak tutup hati AD. Cuma AD perlu masa untuk kumpul balik semua semangat yang dah tak ada. Lagi pun, sekarang ni, AD nak fokuskan pada study AD, pada masa depan AD dulu. Lepas tu barulah nak fikir pasal cinta-cinta ni.”

Abang Sham diam sekejap. “Okay. Mana yang AD fikir baik untuk AD, AD buat. Tapi kalau AD rasa AD nak abang tolong apa-apa, just call me. InsyaAllah, mana yang abang terdaya, abang tolong.”

Aku senyum.


***


AKU melangkah laju ketika pintu lif terbuka. Dari jauh, aku melihat kelibat kereta Dina sudah menanti di depan kawasan apartment. “Lambat!” Dina terus ‘sound’.

Aku hanya terkekek-kekek ketawa. “Bukan selalu. Aku make up tau tadi. Tu yang lambat tu.”

Dina mencebik. “Tak payah nak tipu aku. Kau tu bukan reti pun nak makeup makeup ni. Pakai eyeliner pun sampai ke kening.”

“Amboi. Ni dah lebih ni.” Aku menjawab sambil menjeling Dina.

Dina ketawa kuat, dan semakin kuat bila aku pun ketawa. “Okay. Disebabkan kau lambat, kau kena belanja aku makan.” Dina berkata apabila tawa mula reda.

Aku ni, kalau dengar orang minta belanja makan ni, aku mesti nak jadi The Rock, angkat kening. “Apa kaitan lambat dengan belanja makan pula? Tak nak lah.”

“Kalau tak nak, aku turunkan kau dekat sini sekarang,” sambung Dina sambil memperlahankan keretanya.

Aku menjeling melihat Dina. “Sudahlah! Hantar saya balik rumah mak ayah saya!”

Dina balas pandangan aku dan kemudian, terhambur lagi sekali tawa kami. Gila. Kitorang memang tak boleh berjumpa. Entah drama cerita mana yang jadi ikutan nanti tak tahulah.

“Kau kan dah kerja, mesti banyak duit. Aku ni, belajar lagi. Duit pun harap babah bagi. Sob sob.” Aku pura-pura lap air mata.

“Kau ingat aku terpancinglah dengan drama busuk kau ni? ” Dina ketawa jahat. Aku terusan ketawa. Sampai sakit-sakit perut. Ni silap hari bulan, boleh dapat six packs dekat perut ni.

“Kita makan dekat Tasik Idaman kan?” Dina bertanya bila tawa makin reda. Aku hanya mengangguk ketika kereta Dina membelok ke kanan, menuju ke kawasan Dengkil. Kiri kanan jalan gelap gelita dipenuhi ladang getah. Malam-malam macam ni, kawasan dekat sini boleh tahan ‘angker’ nya.

Tak sampai tiga puluh minit, kereta Dina membelok ke kiri menuju ke kawasan Tasik Idaman, restoren yang menyediakan tomyam yang boleh tahan ummph juga lah. Ketika sampai, orang tak ramai sangat. Bolehlah pilih meja atas tasik. Ya. Inilah bestnya restoren ni. Ada tempat makan atas tasik. Lepas tu bila ada orang berjalan dekat pelantar ni, semua bergoyang.

Restoren Tasik Idaman ni agak istimewa. Ada beberapa jenis meja untuk makan. Ada yang bertemakan pangkin dengan daun rumbia sebagai atap, ada yang memberikan suasana romantis di atas tasik dan ada yang untuk berkeluarga. Bagi aku, restoren ni cukup cantik.

Sementara tunggu order sampai, Dina keluarkan handphone dan letak atas meja. Kemudian dia toleh pandang aku. “So, how’s study?”

“Biasa saja. Macam sem lepas juga. Cuma nasib baik sem ni ada tiga subjek je.”

Dina angkat kening sikit. “Tiga je? Kelas kau berapa kali seminggu?”

“Erm seminggu ada lima kelas. Yang tiga subjek tu, one of them, tesis. Kiranya subjek yang aku belajar ada dua. Analisis Kompleks dengan Math Kabur.”

“Math Kabur? Haha. Apa ke pelik sangat nama subjek tu?”

Aku ketawa kecil. “Nama pelik tak apa. Kau tau tak, nasib baik subjek Math Kabur tu tak sekabur apa benda yang kitorang kena belajar. Senang jugalah. Nak compare dengan Kompleks, wew! Dah lah lecturer jarang masuk kelas. Kalau dia ajar pun, gitu-gitu je. Tapi bagi soalan pesen nak kasi kitorang semua ada skizofrenia.”

“Hahaha. Ala rileklah. Inilah cabaran. Baru rasa best nak belajar. Kalau senang sangat, kita buat sambil lewa.” Aku mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata Dina.

“Babe.” Dina panggil dan terus menyambung kata. “Kau belajar ni, sesaja nak sibukkan diri, sebab nak lupakan Razmil ya?”

Aku telan liur.


***

AKU melepek dekat meja yang bersambung terus dengan kerusi sejurus selepas Prof. Azrin keluar dari bilik seminar kecil ini, bilik yang selalu digunakan untuk subjek Kompleks Analisis. Kelas Kompleks Analisis ni hanya ada 15 orang pelajar. Ini subjek wajib, subjek yang sentiasa buat aku rasa nak menangis.

“AD, you okay ke?” Tegur Siew Mei, seorang pelajar sarjana yang sekelas dengan aku. Aku mengangkat muka melihat Siew Mei yang duduk di kerusi sebelah. Pelajar-pelajar yang lain sudah pun melangkah keluar dari kelas.

“Meimei, susahnya kelas hari ni. I tak boleh catch up lah.” Aku suka ubah nama-nama orang. Contoh macam Siew Mei ni, aku panggil dia Meimei. Comel.

“Haiya. Sama la. I pun tak faham sangat apa Prof ajar hari ni. Tak apa. Nanti kita buat study group. You jangan susah hati ya.”

Aku senyum mengangguk. Nasib baik ada kawan macam Siew Mei ni. Setelah melihat gadis bermata sepet berambut pendek itu keluar dari kelas, aku tersandar lemah. Minit-minit berlalu, aku biarkan fikiran aku kosong.

Sehinggalah perut berbunyi.

Aku tengok jam, dah pukul 12 tengahari rupanya. Aku melangkah malas keluar dari kelas, dan terus turun ke level bawah. Bertembung dengan dua tiga orang junior di foyer bangunan Matematik, hanya senyuman yang aku bagi. Tak ada mood nak beramah mesra bagai.

Aku terus berjalan melintasi bangunan Geologi dan menghampiri DAM. DAM adalah singkatan untuk Dewan Anuwar Mahmud, tempat untuk kuliah bagi kelas yang ada pelajar lebih dari seratus orang. Dan jika ada apa-apa majlis bagi Fakulti Sains dan Teknologi, di dewan inilah akan dipenuhi orang.

Aku mendaki jalan berbukit, yang berhampiran dengan bangunan Fizik dan Kimia Gunaan dan kemudian terus menyeberangi jalan memasuki kawasan Kolej Kediaman Ungku Omar. Di sini, makanannya sedap, murah pula tu. Dan aku selalu parking kereta dekat sinilah. Taklah jauh mana. Boleh bersenam. Eceh! Bersenamlah sangat. Lebih kepada bersenam mulut sebenarnya sebab asyik mengomel bila terpaksa berjalan kaki untuk naik ke bukit setiap hari.

Kafe Ungku Omar yang menjadi tempat persinggahan wajib aku kalau rasa malas nak masak dekat rumah sudah dipenuhi pelajar-pelajar dari pelbagai fakulti. Pinggan yang tersusun di satu sudut berhampiran bekas nasi, aku ambil. Nasi disenduk ke pinggan dan aku terus berjalan melihat tray-tray lauk yang banyak tersusun. Dan lauk yang aku pilih masih sama seperti ketika aku menjadi pelajar sarjana muda dulu.

Sambal pekat sosej dan tauhu telur yang dimasak sekali dengan sayur sawi. Dua jenis lauk ni dah cukup buat air liur meleleh.

Selesai membayar harga makanan, aku ke kaunter air dan mengambil segelas Teh O Ais dan terus berjalan memilih meja. Bila dah sorang-sorang macam ni, aku lagi suka untuk makan dekat penjuru kawasan. Kebetulan ada satu pasangan pelajar India baru bangun dari kerusi besi dengan meja berbentuk bulat di balkoni bangunan. Baru saja aku duduk, abang yang kerja dekat kafe ini datang tolong angkat pinggan dan gelas bekas pasangan tadi dan tolong lapkan meja.

“Selamat menjamu selera, mbak.”

Aku mengangguk dan tersenyum pada pekerja Indonesia itu. Fail kelabu yang aku kepit dari tadi aku letakkan atas meja. Slingbag dibiarkan di kerusi kosong yang disebelah aku. Handphone aku berbunyi ketika aku baru menyedut air ke tekak. Tangan laju menggeledah mencari handphone dalam slingbag.

“Ye babah.” Ujarku setelah punat hijau ditekan.

“AD dekat mana ni?”

“Dekat fac lagi. Tadi baru habis kelas. AD terus pergi makan. Rasa malas pula nak masak hari ni.”

“Bila masa AD rajin masak ni?”

Aku ketawa mendengar soalan babah. “AD rajin tau. Hari ni je malas. Haha. Babah dah lunch? Mama mana?”

“Babah baru lepas makan dengan mama lah ni. Kejap lagi baru gerak balik rumah.”

Berkerut kening rumah. Kejap lagi baru gerak balik rumah? “Babah pergi mana dengan mama?”

“Jerantut.” Ringkas jawapan babah tapi cukup buatkan aku rasa nak balik Pahang sekarang.

“Ala! Bestnya jalan-jalan!”

Babah ketawa. “Babah pergi beli barang dapur je. Alang-alang, singgah dekat kedai Nasi Ayam yang kita selalu makan tu.” Aku mula terbayang deretan kedai makan yang berhampiran dengan Pasar Besar Jerantut. Di situ ada satu kedai nasi ayam yang memang power lah dia punya rasa. Sambal dia pedas, sup dia sedap. Ayam dia pun lazat!

“AD tak pergi rumah makcik?” Babah bertanya ketika aku diam.

“Err..” Aku telan liur. “AD ada pergi. Cuma tak selalu macam dulu. AD busy sikitlah bah sekarang. Dengan kelas, dengan assignment lagi. Selalunya AD pergi seminggu sekali je.”

Deheman babah sedikit menggusarkan aku. “Yelah. Tapi kalau boleh, jangan abaikan Syahmil. Tak kisahlah apa yang dah jadi antara Razmil dengan AD, babah tak nak AD tinggalkan Syahmil tu.”

“InsyaAllah, bah. AD cuba.” Aku mula rasa tak senang bila babah berkata macam ni. “Okaylah. Pergi makan. Babah dah nak balik ni. Mama kirim salam.” Sambung babah lagi apabila aku hanya diam.

“Waalaikumussalam. Kirim salam semula pada mama, bah. Drive hati-hati. Love you!”

“Yelah. AD pun jaga diri. Take care, sweetheart.”

Aku tersenyum selepas talian tamat. Senyuman yang berakhir dengan keluhan panjang. Teguran babah tadi sedikit sebanyak menyedarkan aku. Ya. Dalam masa beberapa bulan ni, berapa kali sangatlah aku pergi jenguk Syahmil. Padahal, taklah jauh mana pun Kajang dengan Putrajaya.

Air diteguk lagi untuk menenangkan hati.


***


AKU berlegar-legar di kawasan menunggu untuk pelawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh. Malam tadi aku dapat panggilan dari mama, berita Sarah sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Pejam celik pejam celik, Sarah sudah pun menjadi seorang ibu.

“Adelia.” Panggil satu suara. Aku berpaling dan melihat Adib berdiri di belakang aku. Kening aku berkerut. Dia buat apa dekat sini? “Saya datang nak melawat Sarah. Nabil bagitahu dia dah jadi bapa malam tadi.”

Aku rasa bila aku fikir yang si Adib ni ada belajar ilmu hitam, pendapat aku tu tak salah. Tengoklah, dia boleh baca apa yang ada dalam otak aku sekarang ni.

“Awak seorang je?” Soalan Adib menarik aku dari terus fikir yang bukan-bukan.

Aku mengangguk. “Mula-mula nak datang dengan mama dan babah. Tapi mama dan babah ada hal tadi. Itu yang saya datang sendiri ni.”

Adib hanya mengangguk dan terus tersenyum. Dia memang suka senyum. Senyum yang buat aku rasa tak senang nak berdiri dekat dengan dia. Sebab aku rasa ada sesuatu yang buat jantung aku ni entah kenapa entah.

“Hah guard tu dah buka pintu. Jom, kita masuk sekarang.” Ajak Adib. Aku hanya menurut dan turut berpusu-pusu, berebut-rebut nak masuk dalam lif seperti orang lain. Nasib baik budak Adib ni badan dia tinggi. Dia boleh jadi dinding antara aku dan orang lain.

Tiba di tingkat empat, kami berdua melangkah keluar dari lif dan terus menuju ke wad Kenanga 2. Cari punya cari, akhirnya aku ternampak Sarah terbaring di atas katil nombor lapan. Sarah yang sedang memangku bayinya.

“Tahniah, babe!” Aku cuba kawal suara supaya tak nampak terlampau teruja, tapi tak boleh. Tetap juga terdengar nada menjerit dekat hujung ayat. Sarah hanya ketawa. Wajahnya nampak letih, tapi bahagia.

“Kau datang dengan Adib?” Soal Sarah. Dia cuba bangun. Aku bantu sedikit, meletakkan bantal di kepala katil.

“Taklah. Kebetulan tadi terserempak dekat bawah, naik sekali.” Adib menjawab bagi pihak aku. Aku mengangguk mengiyakan. Seketika, aku ternampak Nabil berjalan keluar dari tandas di hujung ruang. Dia tersenyum melihat aku dan Adib.

“Tahniah, bro. Dah jadi ayah dah kau sekarang.” Adib bersalam dengan Nabil.

Nabil ketawa. “Kau pun cepat-cepatlah. Jangan lengah-lengahkan, nanti kau dah tua, anak kau baru nak masuk tadika.”

Aku tak kisah dengan kata-kata Nabil, tapi aku geram bila dia sibuk angkat-angkat kening pada aku ketika ungkapkan ayat itu pada Adib. Sarah ketawa melihat aku geram mengetap bibir.

2 titik hujan:

Anonymous said...

aku xtaw nk kate ape lg..tp mmg aku tabik spring kat ko..sume kate2 ni mmg bg aku motivasi.. aku rasa dlm jiwa kite mmg ade rase yg sama..lara hati, jiwa pedih..hehe..tahniahh, n3 ni mmg sedey tpcukup bermakna...thumbs up!!!

Amal said...

anonymous;
wohoo! mucho gracias. aku takkan boleh menulis kalau tak ada pengalaman. tehehehe